Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Sekali lagi pendedahan tentang perbualan telefon antara peguam kanan VK Lingam dibuat oleh Ketua Umum KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kali ini pendedahan yang terlibat adalah bahagian kedua pita berkenaan.
Dan kali ini, penonton dapat mengetahui siapakah orang yang sedang bercakap dengan VK Lingam. Menurut pita tersebut VK Lingam sedang bercakap dengan Tun Ahmad Fairuz; mencaturkan tentang hakim-hakim di negara ini.
Menurut suara keadilan bahagian kedua pita itu, jelas menyatakan nama Tun Ahmad Fairuz apabila Lingam ditanyakan oleh perakam video siapa yang bercakap dengannya dalam perbualan telefon dan dia menjawab “Ketua Hakim Malaya, Datuk Ahmad Fairuz.”
Anwar pula berkata dalam kenyataannya selepas pendedahan tersebut, “[p]emimpin-pemimpin Umno yang secara konsisten menyoalkan kesahihan video pernah mendakwa bahawa nama Tun Ahmad Fairuz sebenarnya tidak muncul dalam video tersebut.
Kata Anwar lagi merujuk SK, “pemberi video tersebut masih ragu-ragu untuk mendedahkan diri dan bahagian video seterusnya kerana masih tidak yakin dengan jaminan keselamatan yang diberi oleh kerajaan dan Perdana Menteri.
“Saya mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri dan secara peribadi sanggup menghadapi mana-mana risiko, tetapi menurut pemberi video, Perdana Menteri telah memberi banyak jaminan - jaminan bahawa kadar jenayah akan turun, ekonomi akan pulih dan sebagainya, tetapi semuanya tidak dipenuhi.”
“Oleh itu, tidak hairanlah, jika pemberi maklumat tidak yakin bahawa jaminan-jaminan beliau cukup untuk melindungi keselamatan peribadi mereka” kata Anwar sambil meyakini bahawa bahagian ketiga video dan seterusnya akan didedahkan pada masa sesuai.
Dengan pita ini jelaslah kerajaan kita telah di cemari oleh kuasa luar untuk menentukan hala tuju negara kuku kita,ini bermakna jelas sama sekali ahli perniagaan serpeti Vinsent Tan Barjaya Group,TAK Ananda Krishnan,YTL dan ramai lagi telah mentabir negara apa yang ada di pentas persidangan UMNO hanyalah percacai atau anjg buruan kepada ahli perniagaan ini mereka peminpin UMNO telah diperkudakan oleh Taukeh judi negara budaya yang sama belaku di amerika sedang belaku dimalaysia ‘Amerika di kuda oleh taukeh yahudi di malaysia dikuda oleh taukeh judi’ ini jelas negara bukan milik rakyat malaysia tetapi milik pihak tertentu UMNO dan BN hanyalah tungangan mereka sebenarnya masaalah ini mula ujud apabila bermulanya pemerintahan TUN MAMAT MAHADIR dialah pemusnah negara,bangsa,agama dan umno itu sendiri tampa disedari oleh ahli umno TUN lah memulakan budaya rasuan didalam parti dan negara saya dengan ini menwartakan TUN MAMAT MAHADIR dengan CF bapa penhancur negara bebannya ditangun oleh rakyat pada hari ini setelah dia bersara. wang petronas yang di beri oleh petronas kepada kerajaan RM58 bilion RM28 bilion dari wang tersebut di bayar kepada kroni TUN melalui IPP Pengeluar Tenaga Bebas 48% dari wang tersebut hanyan dinikmati oleh segelintir orang sememangnya sudah kaya raya kebanyakan IPP adalah milik YTL POWER dan Powertek milik Ananda Krishnan. apakah jadahnya jika keadaan ini berterusan wang negara dimiliki oleh segelintir keroni UMNO ini jelas sekali UMNO juga telah dibeli oleh taukeh judi peminpin mereka juga adalah patung semata mata kepada taukeh yang kaya raya ini lah yang menjadikan TNB sentiasa kekeringan wang kerana tertekan oleh penjajian boh oleh TUN MAMAT MAHADIR dengan IPP suatu ketika dahulu. saya amat dukacita dengan sikap dan cara Peminpin UMNO meguruskan negara harapai saya Perjajian dengan IPP sewaktu TUN MAMAT MAHADIR di batalkan dan di kaji semula.Peranan ini perlu di urus dengan segera oleh PAC serta bagi megelakan negara terus rugi dan bebannya diletakan kepada rakyat.Tun badawi juga telah dibeli oleh taukeh judi ini lah bahana bila negara dikawal oleh orang luar termasuk badan kehakiman negara juga turut dibeli oleh Vinsent Tan bertolak dari itu tidak mustahil KPN juga telah dibeli oleh apa yang kita binbang bila ATM juga boleh dibeli. dari corak ini jelaslah negara ini bukan lagi dipinpin oleh UMNO dan BN tetapi oleh ahli perniagaan dan kroni mereka dari itu jelas ISLAM HADHARI juga ciptaan taukeh judi dan diwarwarkan oleh peminpin UMNO supaya melahirkan islam serderhana yang meredakan judi suatu hari nanti dari kitab HADHARI mereka amat binbang jika islam sebenar memerentah taukeh judi pasti tiada peluang untuk jadi kaya raya, UMNO juga binbang kerana cukai judi adalah penyumbang kepada pendapatan kerajaan dan sebahagian dari wang tersebut untuk dibayar kepada kakitangan awam sebagai gaji dari wang judi ini kerana pembendaharaan sama sekali tidak megasingkan cukai judi dengan lain lain cukai sesiapa kakitangan Penbedaharaan tahu perkara ini.apa salah wang cukai judi dibayar kepada IPP bukan dari wang Petronas sebab Peminpin UMNO otaknya beku walaupun kutub utara dan selatan telah cair. pemanasan global sama sekali gagal mencairkan otak peminpin umno. mereka rela jadi kuda kepang kepada taukeh judi dan keroni mereka inilah corak peminpin UMNO yang amat dungu.
A brother of prominent lawyer Datuk V.K. Lingam has lodged a police report against him, containing explosive allegations of offers of gifts to a former top judge, a former police top brass, and a former top officer of the Attorney-General’s Chambers.
Electrician K.V. Thirunanama Karasu, 50, made the report on March 19 this year, in which he said he and another brother were involved, either individually or jointly, in delivering the gifts in 1996.
This report is pursuant to another report which he lodged three days earlier at Kelana Jaya where he alleged that he was being followed and watched and that he feared for his life and safety of his family, because of a report he had wanted to lodge against Lingam and all those involved.
The March 19 police report was given to reporters today by Malaysian Democratic Party (MDP) secretary-general Wee Choo Keong (pix), who said Thirunama Karasu called him 10 days ago for help and subsequently gave him a copy of his report.
Thirunama Karasu was not present at today’s press conference at the MDP office at SS2.
Police on Sunday were not able to confirm receiving the report but a source said such reports are usually referred to the Federal Commercial Crimes Investigations Department and if any elements of corruption are found, the department will liaise with the Anti-Corruption Agency.
In his report, Thirunama Karasu named the gifts that he delivered:
A new leather briefcase (containing some documents), a wallet and a lady’s leather handbag, delivered to a former top judge’s house in 1996.
Three bowls of soup prepared by a brother’s wife for the former top judge’s wife who was sick at that time (no date given).
Four handphones and one extra battery to the former top judge and two former judges.
Thirunama Karasu also alleged that in 1995, he saw Lingam handing over a cheque for RM50,000 to a former industrial court chairman.
In that year, he also witnessed a dinner hosted by Lingam at his house in SS7, Kelana Jaya, for the former top judge and a former senior judge and their wives and children.
Thirunama Karasu also alleged that he had driven Lingam to the former top judge’s house, usually at about 11.30pm, and the latter would be carrying a big bundle of files. But when he returned to pick him up between 12.30am and 1am, he would be carrying a single file.
His police report also alleged that in 1996, he received cash from Lingam to settle a handphone bill in the name of a former top policeman.
Thirunama Karasu also recounted an incident in 1996, in which his brother instructed him, another sibling and a family friend to withdraw large sums of money from a bank in Jalan Sultan Ismail upon receiving information that the Anti-Corruption Agency was going to Lingam’s office to investigate the Perwaja Steel corruption case.
Some of the money was banked into his and the family friend’s accounts and five bank drafts for 60,000 pound sterling each were later banked into his account, and the accounts of five other people in London.
Thirunama Karasu claimed that in 1998, Lingam warned him not to tell the ACA about his dealings with the former judges and the former top policeman and those involved after he (Thirunama Karasu) gave a full statement to lawyer “Datuk Safee (sic) Abdullah and Sulaiman Abdullah”.
His police report did not mention the context in which he had given that statement.
However, he did say that in December 1997, he was forced to sign a statutory declaration prepared by Lingam, and another brother.
“In 1998, my brother sent three lawyers who forced me into making a false statement and made me sign the statement on 81 pages. They then told me to get admitted for two years in Hospital Bahagia. I refused. They then told me to put up an act that I was very depressed and mentally unstable and get admitted in University Hospital,” said Thirunama Karasu.
“They put fear into me during the 1998 ACA investigations and I told them that in 1998, the first and third statement which I gave ACA was true and the second statement was false,” he added.
Wee said there was no link between the sources of the 14-minute video clip released by Parti Keadilan Rakyat adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim in September and Thirunama Karasu’s police report.
He said the decision to set up a Royal Commission of Inquiry to investigate the video clip as announced by the prime minister on Friday should also take into account the contents of this police report.
ASEAN, merupakan singkatan bagi “Association of Southeast Asian Nations” atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November. Jadual isi kandungan [tutup]
* 1 Prinsip Utama ASEAN
* 2 Ahli ASEAN
* 3 Sejarah
o 3.1 Timor Leste
* 4 Lihat juga
* 5 Pautan luar
[sunting] Prinsip Utama ASEAN
Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:
* Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
* Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coerion)
* Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
* Menolak penggunaan ketenteraan
* Kerjasama effektif antara anggota
[sunting] Ahli ASEAN Negara-negara yang menyertai ASEAN. Negara-negara yang menyertai ASEAN.
Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Timur dan Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:
* Brunei Darussalam
* Filipina
* Indonesia
* Kemboja
* Laos
* Malaysia
* Myanmar
* Singapura
* Thailand
* Vietnam
[sunting] Sejarah Logo ASEAN Logo ASEAN
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah ASEAN
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.
[sunting] Timor Leste
Negara baru Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Su Kyi.
Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini. Timor Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN. Walaubagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.
ASEAN dianggar merangkumi 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi.
ASEAN, merupakan singkatan bagi “Association of Southeast Asian Nations” atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November. Jadual isi kandungan [tutup]
* 1 Prinsip Utama ASEAN
* 2 Ahli ASEAN
* 3 Sejarah
o 3.1 Timor Leste
* 4 Lihat juga
* 5 Pautan luar
[sunting] Prinsip Utama ASEAN
Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:
* Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
* Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coerion)
* Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
* Menolak penggunaan ketenteraan
* Kerjasama effektif antara anggota
[sunting] Ahli ASEAN Negara-negara yang menyertai ASEAN. Negara-negara yang menyertai ASEAN.
Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Timur dan Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:
* Brunei Darussalam
* Filipina
* Indonesia
* Kemboja
* Laos
* Malaysia
* Myanmar
* Singapura
* Thailand
* Vietnam
[sunting] Sejarah Logo ASEAN Logo ASEAN
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah ASEAN
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.
[sunting] Timor Leste
Negara baru Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Su Kyi.
Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini. Timor Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN. Walaubagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.
ASEAN dianggar merangkumi 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi.
Pertubuhan Persidangan Islam Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (Dialihkan dari OIC) Lompat ke: navigasi, gelintar منظمة المؤتمر الإسلامي Pertubuhan Persidangan Islam Ibu pejabat Jeddah, Arab Saudi Bahasa rasmi Arab, Inggeris, Perancis Keahlian 57 Negara Ahli 5 Negara Pemerhati Setiausaha Agung Prof. Dr. Ekmeleddin Ihsanoglu (Turki) Penubuhan – Rabat, Maghribi 25 September 1969 12 Rejab 1389 Hijrah
Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC (منظمة المؤتمر الإسلامي; Organization of the Islamic Conference) merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negara Islam.
[sunting] Sejarah dan matlamat
Matlamat utama OIC adalah “untuk menggalakkan keeratan antara ahli negara-negara Islam; bagi menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik, dan bidang-bidang lain; bagi berusaha untuk menghapuskan perbezaan rasial dan diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk; dan, untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mereka mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara, membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia dll”.
Organisasi ini ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada 25 September 1969 dengan persidangan pertamanya berlangsung di Rabat pada 22 September hingga 25 September.
Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga ahlinya dari negara-negara Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika Selatan.
Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober 2003 di PICC, Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kini Malaysia adalah pengerusi OIC.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) lahir pada 12 Rejab 1389 Hijrah apabila pemimpin dunia bersidang buat pertama kalinya di Rabat, Maghribi bagi membincangkan strategi ummah berikut pembakaran Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Mesyuarat persediaan di Rabat pada 8 dan 9 September dihadiri tujuh negara termasuk Malaysia bersetuju mencadangkan kepada Ketua negara dan kerajaan Islam supaya mengadakan sidang kemuncak Islam di Rabat. Jemputan dihantar kepada 25 negara itu yang dianjur oleh Raja Hassan II Maghribi, dan Malaysia diwakili oleh perdana menteri masa itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sidang kemuncak berikutnya diadakan:-
* Lahore, Pakistan (1972)
* Makkah/Taif, Arab Saudi (1981)
* Casablanca, Maghribi (1984)
* Dakar, Senegal (1991)
* Casablanca, Maghribi (1994)
* Teheran, Iran (1997)
* Doha, Qatar (2000)
* Putrajaya, Malaysia (2003)
[sunting] Setiausaha Agung OIC
- Tunku Abdul Rahman (1971-1973)
- Hassan Al-Touhami (Mesir 1974-1975)
- Dr Amadou Karim Gaye (Senegal 1975-1979)
- Habib Chatty (Tunisia 1979-1984)
- Syed Sharifuddin Pirzada (Pakistan, 1985-1988)
- Dr Hamid Algabid (Niger, 1989-1996)
- Dr Azeddine Laraki (Maghribi, 1997-2000)
- Dr Abdelouahed Belkeziz (Maghribi, 2001-2004)
- Prof Dr Ekmeleddin Ihsanoglu (Turki, 2005-)
[sunting] Keanggotaan
Keanggotaan awal adalah 26 negara
- Afghanistan (1969)
- Algeria (1969)
- Arab Saudi (1969)
- Chad (1969)
- Mesir (1969)
- Guinea (1969)
- Indonesia (1969)
- Iran (1969)
- Jordan (1969)
- Kuwait (1969)
- Lubnan (1969)
- Libya (1969)
- Malaysia (1969)
- Mali (1969)
- Mauritania (1969)
- Maghribi (1969)
- Niger (1969)
- Pakistan (1969)
- Palestin (1969)
- Senegal (1969)
- Somalia (1969)
- Sudan (1969)
- Surinam (1969)
- Tunesia (1969)
- Turki (1969)
- Yaman (1969)
- Azerbaijan (1972)
- Bahrain (1972)
- Oman (1972)
- Qatar (1972)
- Sierra Leone (1972)
- Syria (1972)
- Bangladesh (1974)
- Burkina-Faso (9174)
- Cameroon (1974)
- Gabon (1974)
- Gambia (1974)
- Guinea-Bissau (1974)
- Uganda (1974)
- Iraq (1975)
- Comoros (1979)
- Maldives (1979)
- Djibouti (1978)
- Benin (1983)
- Brunei Darussalam (1984)
- Nigera (1986)
- Albania (1992)
- Kyrgyzstan (1992)
- Tajikistan (1992)
- Turkmenistan (1992)
- Mozambique (1995)
- Kazakhstan (1995)
- Surinam (1996)
- Uzbekistan (1996)
- Togo (1997)
- Guyana (1998)
- Cote-Divoire (2001)
Hari ini, 30 hb Disember, 2006, hari yang sedih bagi rakyat Iraq, bagi bangsa Arab, bagi umat Islam dan bagi rakyat Dunia Ketiga: seorang pahlawan mereka yang terbilang telah mereka serahkan untuk dibunuh di tali gantung oleh musuh mereka, kaum oligarki A.S.-Inggeris-Israel. Hari ini hari yang hina bagi yang rakyat tertindas yang tidak akan luput oleh dari ingatan kemanusian dan yang akan dibela oleh mereka. Hari ini hari dikeluarkan amaran keras kepada kaum penindas di mana-mana bahawa mereka akan dihapuskan dari muka bumi!
Pada Mac 20, 2003, khasnya atas hasutan kaum Zionis Israel, Amerika Syarikat dan Inggeris, dengan membelakangkan P.B.B. dan undang-undang antarabangsa, melanggar Iraq, menggulingkan pemerintahan Saddam Hussein yang sah dan menakluk negara di kawasan strategik Asia Barat itu untuk mencapai hasrat jahat mereka untuk mencipta sebuah “Tatadunia Baru”. Tiga tahun kemudian, walaupun dengan bongkaknya mereka telah mengisytiharkana kemenangan, impian ini tidak mereka capai, walaupun Saddam Hussein, yang paling mereka benci, telah mereka tangkap dan bunuh melalui suatu perbicaraan olok-olok yang haram dan keji. Mereka — A.S. dan talibarut mereka di Baghdad dan di Tehran [1] — membunuh beliau pada pagi umat Islam di seluruh dunia melakukan ibadah korban!
Saddam Hussein dengan tabah dan sukarela telah menyerahkan dirinya untuk dikorbankan dalam perjuangan bersejarah kemanusiaan untuk menghapuskan kaum penindas sedunia dari muka bumi!
Dari kecil lagi, Saddam Hussein menunjukkan ciri-ciri seorang pengasih, seorang pejuang dan seorang yang berani, tekun dan tabah, tegas dan pintar. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam keluarganya menanam nekad dalam dada pemuda Saddam menjadi pejuang anti-imperislis yang teguh. Pada umur 20 tahun, beliau menjadi anggota Parti Ba’ath (= kebangkitan) Arab Sosialis Iraq (PBASI) dengan visi falsafah nasionalis Arab-Islam-sosialisnya yang jelas. [2] Dari sejak itu, di antara masuk dan keluar tahanan kerana aktiviti politik revolusionernya, beliau bekerja keras untuk membangunkan parti itu dan mendapatkan kuasa baginya di Iraq, yang berlaku pada 1968. Pada tahun ini beliau dipilih oleh parti itu menjadi naib ketua Majlis Pemerintah Revolusi dan juga Naib Presiden Iraq kepada Presidennya, Ahmad Hassan al-Bakr. Melalui falsafah kebangkitan Parti Ba’ath Arab yang unik itu dan melalui kebijaksaaan dan kepintarannya, beliau berjaya membangunkan Iraq, dalam masa yang singkat, dari unsur-unsur penduduk yang sukar dipersatukan (yang sengaja diciptakan oleh penjajah Inggeris dan Perancis selepas Perang Dunia Pertama), menjadi sebuah negara Arab yang moden, maju dan kuat, bersatu di bawah suatu pimpinan nasional yang berprinsip, dihormati kawan dan lawan.
Beliau meneruskan dasar nasionalis revolusioner Arab yang dimulakan oleh Presiden Nasir di dunia Arab. Salah satu tujuan nasionalisme ini ialah sokongan teguh terhadap perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin. Parti Ba’ath Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein bukan saja memberi sokongan politik dan kewangan kepada rakyat Palestin, tetapi juga sokongan ketenteraan. Oleh kerana ini, beliau sangat ditakuti oleh Israel, yang bekerja keras untuk menghasut A.S. menggulingkan Saddam dan tuduhan bahawa beliau sedang berusaha untuk membangunkan Iraq menjadi sebuah kuasa nukliar dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan Amerika itu. Pada 1981 Israel telah menyerang pusat tenaga nuklier Iraq di Osirak.
Perang Iran-Iraq (1980-88) yang bermula dengan impian Khomeini untuk mengeksport “revolusi Islamnya” ke seluruh dunia Arab diambil kesemptan oleh A.S., Inggeris dan Israel untuk melemahkan kedua-duanya. Namun demikian, jika Khomeini menerima cadangan genjatan senjata Iraq dua minggu selepas pertempuran berlaku, perang ini tidak akan berlarutan sehingga lapan tahun. Dalam perang inilah Saddam dituduh membunuh kaum Kurdish dengan gas kimia. Tuduhan ini palsu, kerana, mengikut suatu kajian tiga orang pengkaji A.S., Iraq tidak mempunyai senjata ini. Sebaliknya, yang mempunyai senjata ini ialah Iran. [3]
Perang ini membawa kepada penaklukan Iraq pada Ogos, 1990 ke atas Kuwait (yang diciptakan oleh Inggeris dari sebuah daerah Iraq) yang dihasut oleh A.S. dan sekutunya Inggeris dan Israel untuk melancarkan perang ekonomi terhadap Iraq sebaik saja Perang Iran-Iraq tamat. Amerika dan sekutunya mengambil kesempatan ini untuk menghimpunkan suatu pakatan tentera 30-bangsa (antarabangsa) untuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iraq untuk “membebaskan” Kuwait. Serangan ini dibuat pada 16 Februari, 1991, walaupun Iraq, melaui suatu perjanjian dengan Rusia bersetuju untuk mengundurkan tenteranya dari Kuwait sebelum tarikh akhir yang diberi oleh Bush Bapa yang menjadi presiden A.S. pada waktu itu. [4] Pada ketika inilah, A.S., Inggeris dan Israel menghasut rakyat Iraq kaum Syi’ah memberontak terhadap kerajaan pusat. Inilah yang menyebabkan Iraq mengalihkan tenteranya untuk menumpaskan pemberontakan ini.
Dua negara Arab, Arab Saudi dan Kuwait, terlibat dalam pakatan ini dengan membenarkan bumi mereka digunakan oleh A.S. dan Inggeris untuk menyerang Iraq.. Beberapa buah negara Arab dan juga Islam, termasuk Pakistan, Mesir dan Syria, mengirim asykar untuk mengambil bahagian dalam “Ibu Segala Perang” ini. P.B.B. sendiri subhat dan pada akhirnya Iraq dikenakan sekatan ekonomi dan zon larangan dikenakan terhadap Iraq selama 12 tahun. Boleh dikatakan tiap-tiap hari selepas itu kepalterbang-kepalterbang A.S. dan Inggeris memasuki zon-zon Iraq dan menembak sasaran-sasaran ketenteraan di Iraq. Dianggarkan sejuta juta orang awam Iraq, khasnya kanak-kanak dan orang tua, terkorban kerana sekatan ini.
Iraq inilah (yang telah melalui sekatan ekonomi P.B.B. selama 12 tahun, suatu pemberontakan oleh kaum Kurdis yang dihasut oleh Inggeris dan A.S. pada 2002 dan yang diceroboh tiap-tiap hari oleh jet-jet pejuang A.S. dan Inggeris) yang dituduh memiliki senjata pemusnah dan diceroboh oleh pakatan ketenteraan Barat pada Mac, 20, 2003.
Anehnya, pada hari ini, Saddam Hussein, presiden sebuah negara Arab dan Islam yang berdaulat dan anggota P.B.B. yang telah diceroboh oleh Bush dan Blair, atas hasutan kaum Zionis Israel, dihukum bunuh, kerana kononya seorang diktator yang zalim, sedangkan Bush dan Blair yang terang-terang melanggar undang-undang antarabangsa, menceroboh dan melakukan jenayah perang, dengan titisan darah tidak kurang dari satu setengah juta rakyat awam Iraq mengalir di tangan mereka, terlepas tanpa hukuman! Keadilan apa ini? Penceroboh dan penjenayah dikatakan penyelamat! Hendak membawa “demokrasi” ke Asia Barat, konon! Penyamun, perompak dan pengganas menyamar sebagai penyelamat! Jika tidak kerana kejahatan dan kezaliman yang dahsyat ini, kita boleh mentertawakan peristiwa ini sebagai kelakar yang paling lucu dalam sejarah dunia!
Untuk menipu rakyat dunia lagi, apabila setelah tiga tahun, mereka gagal mencapai matlamat mereka, Bush membawa dongeng baru: “untuk membawa demokrasi ke Iraq”. Ahli-ahli ekonomi politik tahu bahawa wujud banyak bentuk demokrasi, dan demokrasi ini harus selaras dengan sejarah dan tradisi bangsa itu. Demokrasi Barat hanya salah satu bentuk saja. Adakah Nabi Muhammad diktator kerana tidak dipilih oleh rakyat dan memerintah tanpa sebuah parlimen? Adakah Bush dan Blair tidak diktator kerana dipilih oleh rakyat melalui suatu sistem pemilihan, walaupun mereka terang-terang penjenayah perang? Adakah mereka tidak kejam dan zalim, walaupun telah membunuh satu setengah juta rakyat Iraq? Logik apa ini?
Sebenarnya, para pemimpin Arab sendiri, para pemimpin Islam, para pemimpin Dunia Ketiga, termasuk rakyat Amerika Syarikat dan Inggeris, telah melakukan kesalahan yang besar kerana bersubhat dalam pakatan jenayah yang dahsyat dalam sejarah manusia. Mereka sudah hilang kebolehan untuk mengetahui yang baik daripada yang buruk, yang benar daripada yang palsu.[5] Propaganda dan pembohongan A.S., Inggeris dan Zionis kita anggap sebagai kebenaran, dan kita jadi mangsa dan hamba kepada mereka!
Masanya sudah tiba untuk kita semuanya bangkit dan meruntuhkan sistem yang batil ini dan mendirikan sebuah dunia yang baru berdasarkan keadilan dan kebenaran. Jangan fikir kita tidak boleh melakukan ini. Pemberontakan terhadap sistem zalim kaum oligarki Inggeris-A.S. ini sekarang sangat besar dan meluas – dari timur ke barat, dari utara ke selatan. Kaum oligarki penindas ini sedang dikepung oleh rakyat mereka sendiri. Mereka sebenarnya tidak punya kekuatan, kerana kebenaran dan keadilan bukan di pihak mereka. Kebenaran dan keadilan di pihak rakyat tertindas. Kita harus sedar dan faham akan kebenaran agung ini. Inilah yang akan memberikan kita kemenangan muktamad pada akhirnya.
Kematian Saddam Hussein tidak sesia. Hari beliau dibunuh menandakan suatu peringkat baru dalam perjuangan rakyat tertindas untuk menghapuskan penjenayah perang Bush-Blair dan talibarut-talibarut mereka di mana juga mereka berada dan mewujudkan sebuah dunia baru yang aman dan adil.
Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kasmad172@yahoo.com.my Laman web beliau www.kassimahmad.blogpost.com
[1] Iran menggunakan sesetengah daripada rakyat Iraq dari puak Syi’ah melalui gerakan bawah tanah yang mereka sokong dan biayai untuk menjatuhkan kerajaan Parti Ba’ath Iraq dan menguasai Iraq secara haram. Percubaan mereka untuk membunuh pemimpin Iraq kerap berlaku dan kerajaan mesti bertindak untuk menumpaskan gerakan bawah tanah ini. Inilah yang dilakukan oleh Kerajaan Iraq dan inilah “asas” tuduhan “genosid” terhadap Saddam di Dujail pada 1982.
[2] Tidak ramai orang tahu bahawa Saddam Hussein juga seorang ahli fikir. Lihat wawancara beliau dengan penulis Fuad Matar dalam Fuad Matar, Saddam Hussei — The Man, the Cause and the Future, Third World Centre for Research and Publishing, London, 1981. Untuk falsafah PASBI, lihat Kassim Ahmad, Bush’s New World Order or Pax Americana, Golden Books Centre, Kuala Lumpur, 1991.
[3] Lihat Patrick E. Tyler, “Iran Faulted , too, in the Case of Attack on Kurds”, International Herald Tribune, May 4, 1990 dan Stephen C. Pelletiere et all, Iraqi Power and U.S. Security in the Moddle East, Stategic Studies Institute, U.S. Army College, Carlisle Barracks, Pensylvania, 1990.
[4] Kenyataan Naib Perdana Menteri Iraq, Tariq Aziz, kepada penulis dalam suatu pertemuannya dengan beliau di Baghdad pada 1999.
[5] Quran, lebih 1,400 dulu, telah mengingatkan orang mukmin dan umat manusia tentang tipu muslihat kaum oligarki Yahudi-Kristen ini, demikian: “Orang-orang Yahudi dan Kristen tidak akan menerima kamu sehingga kamu mengikut agama mereka.” (2: 120). Siapa yang enggan menerima sistem Liberal mereka (riba, penipuan dan penindasan) akan dianggap sebagai musuh.
raq adalah bumi yang sentiasa bergolak! Jika anda membaca sejarah Islam, tentunya anda akan menemukan sabda Rasulullah SAW yang menyifatkan bumi ini sebagai Qarbun wa Bala’. Sebagai bumi yang penuh pertumpahan darah di sepanjang zaman, Iraq kini bolehlah dikatakan telah berjaya melepasi satu tahap sukar dalam sejarah pembentukannya. Rupa-rupanya ada rahmat di sebalik pencerobohan tentera Amerika Syarikat pada tahun 2003 lalu. Slogan untuk membawa demokrasi yang dikumandangkan oleh Amerika akhirnya membungkam dirinya sendiri; bagaimana natijah pilihanraya Iraq baru-baru ini berhasil mengangkat kekuasaan yang tidak sealiran dangan telunjuknya sendiri.
United Iraq Alliance (UIA) merupakan badan politik naungan Ayatollah Ali Sistani - sang marja’ di Hauzah Najaf al-Asyraf. Dari penguasaan UIA inilah, kita akan dapat melihat bagaimana satu gambaran corak kepimpinan ’senyap’ seorang ulama progresif sehingga sukses memimpin bangsa Iraq keluar dari kelelahan pertarungan sejak berabad lamanya. Dari Sistani, banyak yang kita boleh belajar darinya. Sistani yang zuhud itu tidak pernah tampil di hadapan umum, tidak pernah memberikan wawancara dan tidak pernah berpidato di khalayak. Namun setiap perkataannya selalu didengari dan di taati. Ini berbeza dengan pendirian generasi yang lebih muda seperti Moqtada al-Sadr yang tampak lebih agresif. Namun, apapun pendirian generasi muda, ia tidaklah sampai hingga mengugat izzah mereka terhadap kepimpinan agama oleh Sistani.
UmmahOnline Team melihat ada sesuatu yang aneh, unik dan menarik dalam konflik. Justeru, dari lanjutan wawancara sebelum ini, kami berkesempatan untuk turut sama mengajukan hal ini pada Tuan Haji Mohamad Sabu. Iraq ketika serangan Hulagu Khan pada 1258M telah menampilkan Nashirudin at-Thusi sebagai penyelamat, meskipun at-Thusi telah dianggap ‘kafir’ oleh Ibn Taimiyyah ekoran berkerjasamanya dengan penceroboh Tartar. Untuk makluman, tentera Tartar ini hampir-hampir saja menakluk seluruh bumi Islam kalau tidak keberanian Sultan Qutuz yang bingkas bangun menundukkan Tartar dalam pertempuran di Ain Jalut, Palestin.
Namun begitu, selain keberanian Qutuz kita juga patut bertanya, sosok siapakah yang akhirnya telah berjaya mengislamkan Hulagu Khan dan tentera-tentera pencerobohnya ini? Peranan siapakah juga yang menggunakan hikmahnya hingga berjaya menyelamatkan demikian banyak khazanah ilmu di kota Baghdad? Dan, dengan usaha siapakah dunia Islam hingga kini bisa berbangga kerana pernah mempunyai balai cerap Maraghah? Pastinya ini semua tidak terrealisasikan tanpa adanya sumbangan besar khawjah Nashirudin at-Thusi - ilmuan muslim yang mengasaskan ilmu trigonometri.
Seperti at-Thusi juga, Sistani turut mempertontonkan bakat yang sama. Dari mula pencerobohan, Amerika sebenarnya telah diperdaya dengan hikmahnya. Tanpa disedari dari awal, strategi Sistani ini akhirnya merintis denai ke arah pembentukan sebuah kerajaan Islam yang paling demokratik dalam sejarah dunia Arab! Malahan sokongan Bush pada Shiah sekular, Iyad Allawi turut gagal untuk mengekang kebangkitan Ibrahim Jaafari, seorang teknokrat Islamis. Ini sesuatu yang tidak ddi sangka oleh kuasa besar tersebut. Cuma apa yang perlu ditangani oleh kerajaan baru Iraq dewasa ini ialah bagaimana untuk mengekang serangan-serangan bom ke atas rakyat awam. Pada kami, gejala ini yang bersumber dari dua pihak iaitu; (1) di lakukan oleh tentera CIA dan Mossad, atau (2) memang tidak boleh dinafikan ada kemungkinan besar ia di lakukan oleh pengganas muslim yang ‘bodoh’.
Merujuk kepada persoalan kedua ini, mengapa kami tidak ragu-ragu lagi mengelarnya sebagai perbuatan penganas muslim yang ‘bodoh’? Perkataan pengganas yang ‘bodoh’ adalah mencerminkan fenomena umat Islam sejagat yang dahagakan pemerintahan Islam tetapi salah memilih pendekatan. Usama Ben Laden adalah manifestasi terbaik bagi mangsa kepada keghairahan perjuangan agama ini. Manakala dalam kes Iraq pula, Mussab Al-Zarkawi. Pejuang-pejuang Islam palsu ini telah lupa bahawa Islam tidak pernah mengajar para penganutnya menyerang sebarang kepentingan umum, apatah lagi jika ia boleh mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa. Hingga kini, faktor utama bumi Iraq tidak aman bukan kerana adanya tentera penceroboh, sebaliknya kerana peranan Al-Zarkawi yang menganggu gugat asas pembinaan negara baru Iraq. Inilah puncanya!
Sebab itu, kami ingin tegaskan sekali lagi, tindakan Sistani yang ‘berkerjasama’ dengan tentera penceroboh barangkali pada peringkat awalnya merupakan satu keputusan yang di anggap tidak popular dan tidak Islamik. Tetapi cuba anda lihat hasilnya kini, tidakkah ia satu keputusan yang berbaloi? Bahkan kerana kebijaksanaan sang Ayatollah inilah, beliau - tanpa rasa prejudis dan diskriminasi agama - telah dicalonkan oleh sebuah kumpulan Kristian di Iraq (Chaldo Assyrians) untuk meraih anugerah Nobel Keamanan Dunia 2005. Pada Sistani, dunia memang terhutang budi dengan anda…
Apa pendapat saudara mengenai perjalanan demokrasi anjuran Amerika Syarikat di Iraq sekarang?
Demokrasi di Iraq, kita tak tahulah secara terperinci, samada mereka hendak teruskan ataupun sebaliknya. Tetapi dari sudut demokrasi, pilihanraya mereka jauhlah lebih bebas dari Malaysia. Itulah yang menyebabkan kumpulan yang Amerika tak suka pun boleh menang. Dan semua pemerhati politik bersetuju bahawa pilihanraya mereka bebas. Namun sejauh mana mereka dapat bertahan dengan suasana yang ada ini bergantunglah kepada perkembangan dari semasa ke semasa.
Nantinya Iraq akan membina membina pelembagaan baru. Agaknya ke mana halatuju negara Iraq ini?
Saya yakin dan percaya Iraq akan menjadi sebuah Negara Islam.
Bagaimana pula dengan kenyataan Ayatollah Ali Sistani yang mahu lembaga keagamaan dipisahkan dengan perjalanan politik?
Perjalanan politik yang dimaksudkan oleh Ayatollah Sayyed Ali Sistani itu ialah perjalanan harian perntadbiran eksekutif, seperti pembangunan infrastuktur, soal harga minyak dan lain-lain. Tetapi dari dasar negara, beliau tetap mahukan Islam sebagai teras perlembagaan Iraq.
Bagaimana pula dengan gerakan yang dicetuskan oleh Moqtada Sadr? Semacam tidak searus dengan corak yang Sistani anjurkan?
Beliau bukannya seorang yang bertaraf mujtahid. Beliau hanya bertahap sebagai penggerak ummah. Beliau sendiri pun tidak mengaku dirinya sebagai mujtahid. Jadi peranan beliau memang sesuai sangatlah sebagai pressure group ke atas tentera penceroboh Amerika. Lagipun dia anak muda. Bukan semua yang mesti berada pada posisi macam Sistani, cukuplah dia seorang saja.
Sebelum ini, Ayatollah Ali Sistani adalah mengeluarkan larangan untuk menyerang tentera Amerika. Apakah kebijaksanaan di sebalik kenyataan Sistani ini?
Ya, pada andaian saya dia memikirkan bahawa perlunya dibentuk kerajaan terlebih dahulu. Sebab kita tahu dari segi penentangan Amerika sekarang, kalau Amerika cabut, siapa yang akan naik? Kemungkinan Saddam dan Parti Baath yang telah tersusun lama akan muncul semula. Barangkali Ayatollah Sistani mahu mengelak keadaan ini dari berlaku.
Jadi, perlukah tentera Amerika berundur sekarang?
Perlu undur setelah Iraq mempunyai tentera dan polis sendiri. Amerika tetap perlu undur, kalau tak undur, mereka akhirnya akan diundurkan. Bahkan saya sendiri berasa Amerika tidak bersedia untuk bertahan lama di Iraq dalam menghadapi suasana yang tidak menentu ini.
Menariknya di Iraq (atau tepatnya: Baghdad), strategi yang sama pernah digunakan oleh Nashirudin At-Thusi semasa penaklukan oleh tentera Hulagu Khan? Kini skrip yang sama telah berulang kembali, cuma wataknya kali ini di bawa oleh Ayatollah Ali Sistani?
Ya semuanya serupa. Macam kita kata kezaliman yang berlaku di Baghdad di bawah pemerintah Abbasiyyah dulu. Tiada siapa yang dapat menjatuhkan kezaliman dinasti Abbasiyyah melainkan orang Tartar, kemudian barulah mereka dapat buat perubahan politik baru di Baghdad. Saddam pula, siapa yang dapat jatuhkannya kalau bukan kawan dia sendiri (rujuk: Amerika). Dan Amerika pun faham, bukan senang untuk menghadapi permainan politik orang-orang ulama Shiah ini terutamanya Ayatollah Sayyed Ali Sistani ini.
Bagaimana pula dengan ancaman dari Mussab Al-Zarqawi, kumpulan Tawhid, Al-Qaeda dll?
Sebenarnya kumpulan sebegini telahpun muncul duhulu. Pada dahulunya ia dibiayai oleh British untuk menyerang pengkalan-pengkalan Turki yang ketika itu di bawah permerintahan kerajaan Usmaniyyah. Kumpulan ini akan mengebom stesen kereta api, tempat-tempat awam bagi menghalau penjajah Usmaniyyah di negara-negara Arab ini. Dan inilah yang menjatuhkan penguasaan Usmaniyyah Turki dulu, iaitu atas semangat nasionalisme Arab. Dan kumpulan militan di Iraq kini pada asalnya telah dilatih oleh British dan CIA samada Pakistan atau tempat-tempat lain. Kumpulan ini juga, kadang-kadang dia digunakan oleh Amerika, dan kadang-kadang juga bila dia jadi monster mereka lawan semula Amerika. Tetapi kumpulan ini tidak melambangkan apa-apa untuk appear Islam di mata dunia. Lebih parah lagi di Iraq, kumpulan-kumpulan ini menganggap orang-orang Islam Shiah itu kafir, dan boleh dibunuh. Tetapi dengan jiwa yang besar, Sistani melarang orang-orang Shiah melawan balik sampai hari ini. Pada Ayatollah Sistani, kalau ada yang terbunuh itu, anggaplah ia sebagai satu korban. Bukannya kerana mereka takut? Mungkin di sini Ayatollah Sistani memikirkan, bila orang Shiah mengangkat senjata melawan balik, maka sampailah hasrat Amerika supaya orang Islam berbunuhan sesama sendiri.
Kini kerusi Presiden Iraq telahpun ditentukan dengan pelantikan Jalal Talabani dari suku Kurdi. Adakah ini membawa maksud bahawa Kurdi akan kembali menguasai politik di Iraq mahupun dunia Arab seperti yang pernah dibuktikan oleh Salahuddin Al-Ayyubi - yang juga dari suku Kurdi?
Pada saya, kita bolehlah meramal demikian, tetapi apa yang jelas ialah teori bulan sabit, iaitu kumpulan Ahlul Bayt yang rangkaiannya sampai ke Lebanon. Dan teori inilah yang membimbangkan Amerika, Israel dan negara-negara Arab yang telah sekian lama menjadi proksi Amerika.
Dalam wawancaranya dengan al-Jazeera, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi menggesa Amerika segera keluar dari Iraq supaya angkara keganasan di negara Arab itu dapat diselesaikan oleh masyarakat Iraq sendiri.
Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
Menyuruh Amerika keluar dari Iraq adalah betul. Apa yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia itu adalah satu seruan yang betul, tetapi yang paling lembut dan tindakan terkebelakang dibuat terhadap pencerobohan Amerika itu.
Walaupun ia suatu yang betul, tetapi wajar tindakan dan sikap lain yang didulukan selain dari sekadar menyuruh ia keluar.
Yang pertama, langkah Amerika memerangi Iraq itu adalah salah dan satu jenayah. Sebaik saja ia menceroboh Iraq empat tahun lalu, maka Amerika mesti dikutuk dan kesnya mesti dibaca dan dibincang di peringkat antarabangsa.
Setiap kali Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, mungkin sudah empat kali selepas Iraq diceroboh, maka topik utama yang perlu diketengahkan oleh perwakilan Malaysia adalah mengutuk tindakan Amerika itu.
Sama ada tindakan pencerobohan itu diikuti oleh keganasan dan huru hara seperti yang berlaku atau sebaliknya, apa yang penting pencerobohan itu mesti dikutuk. Badan dunia itu patut dibagi tahu perkara itu dan ia mesti diminta supaya membuat kutukan itu.
Pencerobohan seperti itu tidak boleh diadakan. Ia samalah seperti pencerobohan yang dibuat oleh Iraq ke atas Kuwait hujung tahun 80-an atau awal 90-an dulu. Kalau pencerobohan Iraq ke atas Kuwait itu dikutuk oleh dunia termasuk PBB dan kerananya mewajarkan Amerika dan sekutunya di Eropah menyerang Iraq, maka dengan alasan yang sama Amerika mesti dikutuk apabila ia melakukan perkara yang serupa ke atas Iraq empat tahun lalu.
Jika Amerika itu boleh dilawan, kalau ia negara terkuat di dunia, maka keengganannya keluar dari Iraq, boleh negara itu diserang seperti ia menyerang Iraq lebih 15 tahun lalu.
Apa yang dibuat oleh Saddam ke atas Kuwait dulu, samalah dengan apa yang Bush buat ke atas Iraq empat tahun lalu. Justeru itu hukum yang sama seperti yang dikenakan kepada Iraq wajar digunakan kepada Amerika.
Kutukan ke atas Amerika itu bukan sekadar pencerobohannya ke atas Iraq, malah pencerobohannya terhadap Afghanistan sebelumnya juga mesti dikutuk.
Maka selepas ia dikutuk, kutukan itu bukan sekadar sekali, tetapi mesti dibuat di mana-mana saja, berkali-kali hinggalah mereka keluar.
deklarasi NAM diperlekeh Amerika
Amerika menceroboh Iraq sebaik saja NAM menamatkan sidang kemuncaknya di Kuala Lumpur. Dalam sidang kemuncak di Kuala Lumpur, Deklarasi Kuala Lumpur yang diluluskan ialah supaya menghalang Iraq dari diceroboh. Belum sempat perwakilan tiba di negara masing-masing Amerika menceroboh Iraq atau ia mempesetankan Deklarasi Kuala Lumpur yang dicadangkan oleh Malaysia.
Tiada kutukan dari NAM. Dan NAM yang berkemuncak di Havana baru-baru ini tidak juga menjadikan penghinaan Amerika terhadap Deklarasi Kuala Lumpur itu dijadikan agenda panas.
Dan berikutan dengan kutukan yang sepatutnya dibuat, maka langkah yang patut dibuat ialah mengajak dunia memaksa Amerika mesti keluar dari Iraq.
Perdana Menteri Malaysia sepatut berbuat begitu. Bukan senang hendak memaksa Amerika keluar. Tetapi menyatakan ia mesti keluar bukan suatu yang susah. Ia boleh disuarakan bila-bila masa.
Menyuruhnya keluar seperti yng dibuat melalui Al-Jazeera itu sangat senang dan ia adalah tersenang dan jauh terkebelakang dari menyuarakan supaya Amerika dipaksa keluar.
Kalau Malaysia sanggup berkata begitu, maka tentu Presiden Chaves dari Venizuela tentu akan menyokong. Fidel Castro yang uzur itu mesti setuju. Presiden Ahmedinejad dan Presiden Korea Utara akan sedia menyokong, malah boleh sama-sama berkempen menyuarakannya.
Tetapi tiada siapa berhajat dan mahu memikirkan langkah itu kerana ia dilakukan oleh Amerika dan takut hubungan dengan Amerika terjejas.
Walaupun apa yang disuarakan oleh Perdana Menteri itu supaya Amerika segera keluar, tetap betul sekali pun ia paling lembut, pilihan yang terkebelakang dan dibuat paling lewat.
Kenyataan itu bukan pula dibuat dalam perhimpunan yang dihadiri oleh para pembesar dunia, atau ada peristiwa penting dunia, ia dibuat dalam interbiu TV, dan ia sebagai menjawab soalan. Ia belum menjadi satu agenda tetapi setakat ini mungkin mahu meninjau reaksi dunia.
Apa yang disuarakan itu tidaklah seserius yang disuarakan oleh rakyat Amerika sendiri. Rakyat Amerika sudah lebih lantang dan mereka menjadi satu kempen menyuruh Amerika keluar.
Malah Kongres Amerika sendiri sudah membuat keputusan tidak melulus langkah Bush menambah 20,000 tenteranya lagi di Iraq. Malah parti pembangkang Amerika sudah menjadi isu keluar dari Iraq sebagai modal kempen pilihan raya Presiden yang akan datang.
Bush sudah tinggal beberapa hari lagi saja, dan kalau dia bertegas tidak mahu keluar, yang menggantikannya baik dari parti mana saja, diyakini akan keluar dari Iraq.
Langkah yang disuarakan oleh Perdana Menteri itu betul tetapi ketika Amerika sendiri sudah letih dan ketika semua pandangan mengatakan Amerika kalah dalam pencerobohan di Iraq itu.
Mengapa Malaysia tidak membuat tindakan awal yang tegas? Sesudah bilangan yang mati dan cedera sudah tak terkira, sesudah tamadun di Baghdad sudah hancur dan menjelang dua tahun lagi perang mungkin tamat, maka baru menyuruhnya keluar secara sukarela.
Amerika mahu berundur sekarang bukan kerana mereka mengaku telah membuat satu kesalahan besar, satu jenayah, tetapi mereka mahu keluar kerana mereka tidak boleh menang. Baginya ia bukan kesalahan, tetapi satu kesilapan.
Manakala bantahan kita sepatutnya adalah pencerobohan dan memerangi negara orang lain adalah satu kesalahan besar. Ia bercanggah dengan piagam PBB, ia bercanggah dengan piagam Bandung dan ia bercanggah dengan berbagai-bagai peraturan antarabangsa.
Ia mesti dikutuk ketika ia mula berlaku, ia mesti dikutuk ketika ia sedang berlaku dan ia mesti dikutuk ketika ia hendak keluar. Keluar tidak dikutuk tetapi menjelang keluar atau selagi berada di Iraq ia mesti dikutuk. PM tidak kutuk.
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: navigasi, gelintar Logo Nam Logo Nam
Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih 114 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.
[sunting] Sejarah
Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah NAM
NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.
Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.
Mesyuarat berikutnya diadakan di Kaherah pada 1964. Perhimpunan ini disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.
Mesyuarat ketiga diadakan di Lusaka ialah antara perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM kerana pada tahun ini pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.
Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain.
Kedatangan bulan Sya’aban kali ini agak meriah dengan peristiwa samada baik atau buruk, suka atau duka, gembira atau sedih khususnya kepada dunia Islam. Dunia Islam menyaksikan bumi Iraq yang baru dijajah terus diselubungi jutaan masalah manakala bumi Palestin terus bermandi darah. Tekanan terhadap negara umat Islam yang lain turut bertambah termasuk bermulanya pemeriksaan senjata di Iran serta usaha dalam menumbangkan kerajaan yang sedia ada atas alasan rakyat Iran mahu kepada demokrasi ditambah dengan serangan ke atas Syria dan Lubnan oleh rejim yahudi dan tidak ketinggalan dengan masalah negara kita yang terpaksa berdepan dengan anak buah yahudi ASEAN iaitu Singapura yang meneruskan agenda pembangunan mereka yang mampu menggugat dan memberi kesan kepada negara ini terutama dalam kes penambakan laut. Malangnya jika pemimpin negara hanya tahu menjerit meminta tolong bagaikan orang kampung yang tiada kuasa sedangkan tampuk pemerintahan berada di bawah amanah dan tanggungjawab mereka. Kita bukan mahu bermusuh sebaliknya sentiasa berusaha dalam merapatkan lagi hubungan yang sedia ada tetapi mesti tegas jika hak kita cuba dicerobohi sesuka hati samada disebabkan kelalaian pemimpin atau keangkuhan negara jiran. Cubalah renungi sejarah penjajahan Palestin oleh rejim zionis yahudi yang bukan sahaja menyaksikan keangkuhan dalam menjajah telah menyebabkan banyak nyawa menjadi korban malah sejengkal demi sejengkal bumi Palestin dijajah sehingga kedudukan Masjid Aqsa terus terancam. Akhirnya penduduk Islam tempatan menjadi pelarian dalam negara mereka sendiri. Di manakah silapnya jika bukan dari sikap tidak tegas dan mudah lupa dengan perancangan jahat musuh yang penuh teliti dan kurang disedari.
Umat Islam tersepit di mana sahaja mereka berada terutama bagi mereka yang benar-benar ikhlas berjuang dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Gelaran sebagai pengganas dengan pelbagai tekanan yang terpaksa dihadapi bukan setakat dari musuh Islam yang nyata iaitu kuffar durjana malah pemimpin yang beragama Islam turut menggelarkan saudara seagama dan rakyat mereka sendiri sebagai pengganas sehingga ramai dipenjara dan tidak kurang yang dibunuh. Adakah musuh Allah akan berhenti melabelkan umat Islam sebagai pengganas yang merbahaya jika pemimpin umat Islam berjaya menghapuskan seluruh pejuang Islam dan memerangi pengajian agama serta pusat pengajian agama tanpa segan silu dan rasa bersalah kepada Allah. Sekurangnya malulah kepada penganut agama Budha dan Hindu di mana mereka tidak menyuruh agar ditutupkan tempat pengajian untuk melahirkan sami walau pun mereka tahu bahawa sami ini secara umumnya memang tidak akan banyak lagi menyentuh tentang kemewahan dunia dan pembangunan. Janji manis kuffar tidak lebih daripada janji manis iblis yang menyebabkan nabi Adam dan Siti Hawa dikeluarkan daripada Syurga oleh Allah akibat memakan khuldi larangan. Sepatutnya seluruh umat Islam bermula daripada pemimpin sehinggalah rakyat jelata bersatu hati dalam memulihkan kepercayaan dunia terhadap Islam bukannya mengeruhkan lagi suasana dalam memburukkan imej Islam yang suci murni. Pengurangan pengajian agama terutama pemimpin sanggup tunduk kepada telunjuk Amerika dalam membuangkan sukatan pengajian agama terutama bab jihad bukanlah suatu penyelesaian masalah sebaliknya ia akan menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Jika masalah jihad tidak lagi dipelajari menyebabkan umat Islam buta mengenainya yang menyebabkan mereka akan bertindak sesuka hati bukan berdasarkan jihad yang dikehendaki oleh Islam. Ingatlah kita bahawa manusia yang ditindas dan dizalimi akan bertindak balas mengikut kemampuan yang ada dan jika jihad tidak dipelajari akan menyebabkan mereka bertindak mengikut nafsu bukan lagi wahyu. Keganasan yang berlaku bukanlah disebabkan masalah jihad ada dalam Islam sebaliknya akibat kejahilan tentangnya ditambah lagi dengan tekanan musuh Islam yang semakin kuat terhadap Islam yang memerlukan umat Islam untuk mempertahankan diri daripada sebarang pencerobohan. Malangnya dengan ruang untuk menjelaskan setiap kekeliruan yang ditimbulkan agak terbatas telah menyebabkan tohmahan kuffar tidak dapat dijawab sepenuhnya kepada masyarakat dunia.
Menyedari bahawa dunia Islam hari tidak sunyi daripada masalah malah ia sentiasa bertambah bukannya semakin kurang akibat kesalahan dan kesilapan umat Islam sendiri yang meninggalkan ajaran Islam yang menyeluruh dari segi ilmu dan sikap atau tindakan sebagai mengamalkan ilmu yang dipelajari. Semoga berlangsungnya sidang kemuncak OIC di Putrajaya dapat mengubah banyak peranan yang sepatutnya dimainkan bukan setakat bercakap, memilih ketua baru dan kemudian lesu kerana takut kepada musuh Islam dan sibuk dengan masalah peribadi. Kembalikan pengamalan seluruh sistem Islam dengan semua negara umat Islam kembali kepada aqidah Islam bukannya terus berpecah dengan dasar sekulerisme, komunisme, sosialisme dan isme yang lain. Selagi Islam tidak menjadi cara hidup maka perpaduan yang dilaungkan tidak ke mana malah penderitaan umat Islam terus berpanjangan dan silih berganti bagaikan tiada henti. Jangan biarkan musuh sentiasa tertawa melihat OIC bersidang kerana hebat pada persiapan tetapi lembab dalam mengambil tindakan seolah-olah sesuai dengan namanya yang di baca Oh I See setakat melihat bukan bertindak. Tidak usah gembira kerana bertukar pengerusi baru jika ianya hanya berubah orang tetapi tidak berubah sikap sebagaimana berlaku kepada kesatuan negara berkecuali NAM di mana nama NAM ikut bahasa arab bererti tidurlah oleh engkau. Musuh Islam bukan gerun dan hormat dengan cakap tetapi takut bila umat Islam benar-benar bertindak. Kita begitu kecewa bila suatu persidangan yang memakan belanja yang begitu besar hanya membazir sedangkan hasilnya tiada malah jika wang yang digunakan itu diberikan kepada saudara tertindas maka ia lebih jauh bermanfaat. Suatu persidangan yang dibuat bukan untuk menjual nama dan mencari glamour tetapi bertujuan untuk menyelesaikan masalah umat Islam. Jangan pemimpin seronok bersidang dalam ruang berhawa dingin sedangkan ramai umat Islam yang terus menderita kebuluran dan menjadi mangsa penindasan kepada pemimpin yang hebat bercakap dan dalam masa yang sama rakus dalam bertindak menindas rakyat. Semoga peranan OIC dapat berjalan sebagaimana diharapkan dan ia terus relevan bukannya ketinggalan zaman.
Campur tangan dalam era globalisasi
Oleh:SYED HAMID ALBAR AKIBAT daripada globalisasi, dunia tanpa sempadan, demokrasi liberal, hak asasi dan kebangkitan masyarakat madani, kehidupan kita telah dipengaruhi oleh insiden-insiden yang berlaku di luar sempadan kita. Perkembangan ini telah menghasilkan paradigma baru dalam hubungan antarabangsa. Kini, kita dapat perhatikan pertubuhan serantau, separuh rantau dan organisasi pelbagai hala, mula memainkan peranan yang lebih aktif dan tegas.
Dunia hari ini tidak lagi dipisahkan oleh perbezaan ideologi, tetapi antara negara kaya dan miskin. Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah memperluaskan jurang digital antara negara membangun dan negara maju. Secara umumnya, globalisasi adalah satu proses politik ekonomi, sosial dan budaya yang telah memusnahkan sempadan geopolitik antara negara.
Arus globalisasi melemahkan keupayaan negara bangsa dan pemerintahan untuk bertindak tanpa gangguan dalam membentuk dasar dalaman negara. Kebebasan negara merencana dasar ekonominya di peringkat domestik mengikut kehendak dan kepentingan, juga sering terjejas.
Pada masa ini kredibiliti sesebuah negara bangsa diukur dari sudut kemanusiaan dan hak asasi manusia. Tidak dapat dielakkan lagi bahawa kebergantungan antara negara mengakibatkan kejadian di sesebuah negara memberi kesan terhadap negara lain. Dengan itu timbullah persoalan sama ada prinsip tidak campur tangan'' secara holistik dapat dipertahankan ataupun dijustifikasikan lagi. Perkara ini telah dibahaskan secara berterusan. Sebilangan pemerhati berpendapat bahawa prinsiptidak campur tangan'’ tidak patut menjadi amalan untuk semua keadaan.
Mereka menghujah bahawa skop krisis yang berlaku pada hari ini menimbulkan persoalan yang berbeza dari masa dulu. Mereka juga berpendapat prinsip `tidak campur tangan’ yang dianuti begitu lama perlu dikaji semula dan diberi pendekatan baru oleh masyarakat antarabangsa bagi memberi jawapan yang sesuai dan tepat kepada masalah konflik.
Selepas era perang dingin kita menyaksikan peralihan daripada sistem pemerintahan komunisme dan kerajaan kuku besi kepada sistem kapitalisme dan demokrasi liberal. Lantaran itu, pendekatan mengenai hak asasi, kebebasan dan peranan masyarakat madani menjadi isu politik dalam negara dan menimbulkan masalah diplomatik di peringkat antarabangsa. Justeru, ia memerlukan anjakan pemikiran dan penerimaan untuk dilakukan perubahan secara radikal ataupun evolusi. Sudah pasti masing-masing ada kesannya yang tersendiri.
Konsep yang dianggap sejagat oleh sebahagian masyarakat antarabangsa membangkitkan kontroversi kerana pengalaman sejarah dan budaya di sesebuah negara berbeza. Masyarakat antarabangsa yang diwakili negara maju mahukan semua negara menerima pakai prinsip hak asasi untuk melahirkan masyarakat yang saksama dan adil. Mereka berpendirian bahawa amalan hak asasi dan masyarakat madani adalah prasyarat utama bagi membentuk sebuah negara demokrasi tulen, tanpa mengambil kira keadaan dan iklim setempat.
Negara membangun menghadapi cabaran hebat untuk mewujudkan pencapaian pembangunan sosial, budaya serta ekonomi dan pada masa yang sama menegakkan hak politik dan sivil rakyat. Mereka berusaha mencari keseimbangan antara hak politik dan sivil dengan hak untuk mengecapi nikmat pembangunan ekonomi, sosial dan budaya. Mereka juga tidak dapat menerima tekanan dari negara maju yang hendak mengenakan norma dan nilai negara maju sebagai sejagat untuk dipatuhi oleh negara membangun.
Hakikatnya di peringkat dua hala dan pelbagai hala, memang diakui bahawa undang-undang antarabangsa telah menyekat kebebasan mutlak sebuah negara merdeka dan berdaulat dari bertindak sesuka hati. Namun demikian pegangan ini tetap tertakluk kepada prinsip tidak mencampuri hal dalaman negara lain.
Sebaliknya bagi mereka yang mahu melihat supaya campur tangan dibolehkan berpendapat kedaulatan sesebuah negara terpakai jika nilai sejagat terhadap hak asasi diamalkan dan jenayah kemanusiaan tidak berlaku di dalam negara tersebut. Apabila berlaku kezaliman yang tidak berperikemanusiaan dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan di sesebuah negara, maka negara tersebut dianggap hilang hak kedaulatannya. Dalam aspek inilah prinsip konvensional kedaulatan negara dan wilayah kelihatan dipersoalkan. Yang manakah patut diberi keutamaan jika timbul pertentangan antara hak asasi manusia dan hak negara? Peperangan di Semenanjung Balkan, memberi contoh yang baik tentang bagaimana prinsip campur tangan antarabangsa melalui mekanisme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaksanakan.
Dalam isu Semenanjung Balkan, Malaysia yang berpegang teguh kepada dasar tidak campur tangan, telah membuat pengecualian. Negara kita mendukung tindakan unilateral Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menggunakan ketenteraan terhadap bekas Republik Yugoslavia. Sokongan ini telah diberikan di atas asas bahawa jenayah pembunuhan dan serangan zalim ke atas rakyat Kosovo memerlukan tindakan segera dan hanya dengan campur tangan sahaja keadaan yang lebih buruk dapat dielakkan.
Konflik di Timor Timur pula mencetuskan dilema antara menghormati kedaulatan wilayah Indonesia dengan tuntutan masyarakat antarabangsa. Akhirnya masyarakat antarabangsa memaksa Indonesia untuk menerima mekanisme antarabangsa. Setelah Indonesia sendiri bersetuju, barulah kita menyokong tindakan masyarakat antarabangsa. Walaupun di peringkat awal masyarakat antarabangsa hanya mahukan Indonesia memberi kuasa autonomi kepada wilayah Timor Timur, namun Indonesia memutuskan untuk mengadakan referendum bagi rakyat. Timor Timur memilih antara autonomi dalam Indonesia ataupun sebagai sebuah negara merdeka. Rakyat memilih kemerdekaan dari Indonesia bersesuaian dengan kemahuan antarabangsa berasaskan rasional sejarah penjajahan.
Sayugia diingat bahawa negara-negara membangun terus khuatir bahawa tanpa garis panduan dan prinsip jelas dan di atas asas melahirkan masyarakat yang lebih saksama dan adil, negara-negara maju akan memaksa negara yang lemah ekonomi dan politiknya menerima apa sahaja yang dikehendaki oleh mereka. Walau bagaimanapun, kekhuatiran ini dapat diredakan dengan adanya penegasan bahawa campur tangan tidak akan diambil melainkan persetujuan diperoleh dari negara-negara yang terlibat dalam konflik tersebut.
Dalam konteks jenayah yang kini bersifat antarabangsa, seperti pengedaran dadah, penganiayaan terhadap kanak-kanak dan wanita, pembersihan wang dan rasuah, masyarakat antarabangsa berhadapan dengan fenomena baru untuk diuruskan dengan lebih berkesan lagi. Tidak syak lagi ada keperluan untuk kerjasama antara negara-negara bagi menangani masalah jenayah rentas sempadan ini. Apakah ini juga boleh dilihat sebagai campur tangan? Seterusnya ada konflik dalaman yang boleh mencetuskan kesan antarabangsa kerana negara berkonflik memiliki senjata kecil ataupun mereka memiliki persenjataan yang memusnahkan. Oleh itu PBB, pertubuhan serantau dan separuh rantau seharusnya berperanan jika kita mahu melihat keamanan dan keselamatan terjamin.
Lanjutan daripada itu kehadiran mekanisme penyelesaian konflik antarabangsa yang adil dan seimbang serta tidak membezakan antara negara-negara adalah penting.
Daripada pengalaman, kita perhatikan sering berlaku kuasa global dan rantau menghalalkan campur tangan bukan kerana kepentingan kemanusiaan tetapi lebih kepada kepentingan ekonomi dan strategik serta bertujuan memaksa penerimaan ideologi mereka. Persepsi kepada pandangan ini diperkukuhkan lagi apabila negara yang menghadapi krisis ekonomi dan kewangan memerlukan bantuan dari institusi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, pembentukan dasar dan pelaksanaannya diawasi dan dipantau oleh mereka.
Banyak negara membangun berpendapat konsep demokrasi liberal, ekonomi pasaran, perdagangan bebas dan hak asasi digunakan sebagai kaedah supaya mereka mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh negara maju. Ini telah terbukti apabila negara maju mengenakan cara yang berbeza untuk menyelesaikan masalah yang sama ke atas satu negara dengan negara lain. Perhubungan rapat dengan negara yang berkuasa menjadi penentu kepada bantuan antarabangsa.
Di Timur Tengah misalnya, kepentingan Israel diberikan keutamaan daripada mencari penyelesaian damai jangka panjang dalam konflik Arab-Israel, walaupun pencabulan hak asasi dan jenayah kemanusiaan jelas sekali berlaku. Perang saudara di Afrika (Rwanda, Burundi) dibiarkan berterusan untuk sekian lama tanpa penyelesaian sehingga mengakibatkan kesengsaraan dan penderitaan kepada orang awam. Pada masa yang sama bila konflik berlaku di Eropah kelihatan ada kesengsaraan untuk menanganinya. Sebaliknya pula di Asia, ada kecenderungan untuk campur tangan dan mengenakan syarat terhadap isu buruh, alam sekitar dan demokrasi. Keadaan yang sama juga berlaku di Amerika Latin.
Seterusnya, Amerika Syarikat (AS) dan Britain telah mengenakan zon larangan terbang di utara Iraq, tanpa mendapatkan kebenaran yang jelas dari Majlis Keselamatan PBB. Campur tangan sedemikian sememangnya telah mengetepikan prinsip dan integriti wilayah Iraq. Mereka menjustifikasikan campur tangan kononnya di atas prinsip kemanusiaan dan bagi memberi perlindungan kepada orang awam di kawasan yang dizalimi oleh kerajaan. Masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB tidak berdaya menyekat tindakan ini kerana ia melibatkan kuasa besar yang menjadi ahli tetap Majlis.
Oleh kerana tidak ada ketentuan yang jelas terhadap prinsip dan konsepnya maka campur tangan tersebut dibahaskan secara meluas. Sebenarnya konsep dan prinsip tidak campur tangan bukan perkara baru dalam perhubungan negara kerana ia sememangnya termaktub dalam piagam PBB.
Malaysia berpegang teguh kepada prinsip tidak campur tangan dalam perhubungan antarabangsanya. Kita melaksanakan perhubungan antarabangsa bersandarkan kepada prinsip kedaulatan negara dan integriti wilayah, kesaksamaan negara, saling hormat menghormati antara negara, tidak menggunakan kekerasan untuk merumuskan pertikaian, tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara, merumuskan pertelingkahan melalui rundingan serta mencapai manfaat dan keamanan secara bersama.
Pegangan ini adalah dengan Resolusi 47/130 PBB pada tahun 1992 yang menyeru supaya semua negara menghormati kedaulatan negara lain dan juga tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sistem pilihan raya negara lain. Antara lain resolusi tersebut menyebut:
i. Terus menegaskan sama hak'' danpemerintahan sendiri'’ hendaklah ditentukan oleh rakyat, sebagaimana terkandung dalam piagam PBB. Semua rakyat memiliki hak, secara bebas dan tanpa gangguan dari luar, memutuskan politik mereka serta melaksanakan program pembangunan ekonomi sosial dan budaya. Setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk menghormati hak tersebut sejajar dengan peruntukan yang terkandung di dalam piagam.
ii. Mendesak semua negara menghormati prinsip tidak campur tangan hal ehwal dalaman negara lain dan hak mutlak rakyat untuk menetapkan sistem politik, ekonomi dan sosialnya.
iii. Dengan sekuatnya merayu kepada semua negara untuk menghindarkan diri daripada membiayai ataupun memberikan wang secara langsung atau tidak langsung kepada parti-parti politik ataupun kumpulan ataupun mengambil tindakan untuk menjejaskan proses pilihan raya di sesebuah negara.
iv. Mengutuk apa juga bentuk tindakan yang menggunakan kekerasan bersenjata atau mengancam untuk menggunakan kekerasan terhadap rakyat sesebuah negara, kerajaan yang dipilih ataupun pemimpin yang sah di negara tersebut.
Prinsip-prinsip yang disebutkan di atas, seharusnya dipatuhi dengan penuh setia. Namun kita sering melihat kecenderungan negara maju untuk menekan dan mencampuri hal-ehwal dalaman negara membangun. Mereka sering berbuat demikian di atas galakan oleh kumpulan-kumpulan politik pembangunan dan pertubuhan bukan kerajaan tertentu. Mereka didorong oleh matlamat politik pembangkang yang suka mengheret kuasa luar untuk mencampuri hal-ehwal dalaman negara sendiri.
Walau bagaimanapun ramai pemerhati politik dan masyarakat antarabangsa berpendapat bahawa globalisasi dan kebergantungan menyebabkan sempadan kedaulatan sesebuah negara mula runtuh. Ada pihak yang mengatakan bahawa konsep kedaulatan negara yang dianggap sebagai kebal di masa lampau, kini tidak lagi relevan dan lapuk. Lantaran itu pemerintahan dalam negara menjadi lebih menyusahkan dan kompleks.
Dalam konteks kebergantungan inilah negara membangun menghadapi tekanan hebat. Namun demikian campur tangan tidak dikatakan campur tangan jika ia berlaku dengan persetujuan negara yang terlibat.
Persetujuan yang diberikan menjadikan hak dan kedaulatan negara tersebut tidak terjejas. Lantaran itu pertelingkahan mengenai campur tangan hanya timbul apabila insiden tersebut dilaksanakan dengan cara unilateral dan tanpa mendapat persetujuan daripada negara yang terbabit.
Setiap negara tetap tidak akan melepaskan hak mereka sebagai negara bangsa yang berdaulat untuk satu jangka masa yang agak lama lagi. Oleh itu perlu dicari satu kaedah baru yang munasabah dan terhormat bagi mengizinkan campur tangan yang dirasai selesa oleh semua negara. Setiausaha Agung PBB dan beberapa negara maju menganjurkan campur tangan kemanusiaan apabila berlaku pencabulan hak asasi manusia dan kezaliman yang dahsyat oleh pemerintah terhadap rakyat negaranya sendiri ataupun ke atas negara dan rakyat negara lain, sepertimana yang berlaku di bekas Republik Yugoslavia. Tetapi kebanyakan negara, khususnya negara membangun masih berhati-hati untuk menerimanya. Tindakan NATO secara unilateral, dengan mendapat izin Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu terlebih dahulu menimbulkan pendebatan, sama ada ia wajar atau tidak. Ternyata sekali keputusan tersebut telah diambil kerana NATO percaya jika tindakan tegas tidak dikenakan, keganasan dan kezaliman tidak dapat dihentikan. Buktinya ialah tindakan mereka telah mencegah penerusan pembunuhan kaum (genocide). Lagi pula mereka yakin jika proses Majlis Keselamatan digunakan keizinan tidak akan diperoleh kerana Rusia dan China sebagai ahli tetap akan menyekat kelulusan resolusi untuk membenarkan tindakan ketenteraan.
Cabaran yang dihadapi oleh negara membangun ialah bagaimana hendak dimanfaatkan kebergantungan tanpa menggadaikan prinsip kedaulatan dan kebebasan. Tidak dapat dinafikan bahawa hak negara untuk bertindak bebas terus tertakluk kepada perjanjian dan perundingan antarabangsa dan rantau yang telah ditandatangani atau diratifikasikan.
Di kalangan negara-negara ASEAN prinsip asas yang digunakan untuk perhubungan sesama mereka ialah tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara masing-masing. Malahan prinsip tersebut sememangnya terkandung secara tersurat dan tersirat di dalam dokumen-dokumen penting ASEAN, seperti deklarasi Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) yang dimeteraikan pada tahun 1971 dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara pada tahun 1976.
Walaupun begitu kerap timbul perbahasan di kalangan ahli-ahli ASEAN sama ada prinsip tidak campur tangan dapat dipertahankan pada masa ini. Sesetengahnya berpendapat prinsip ini mesti dikekalkan kerana melaluinya ASEAN telah berjaya memapankan kejituan, persoalan dan kesatuan semenjak ia ditubuhkan. Minat untuk mengubah pegangan kepada prinsip ini mula dirasai apabila bekas Menteri Luar Thailand dan Filipina mengatakan bahawa pendekatan interaksi fleksibel atau “campur tangan membina'’ seharusnya boleh digunakan tanpa menjejaskan prinsip tidak campur tangan. Pendekatan ini tidak disenangi dan tidak diterima oleh kebanyakan ahli ASEAN.
Ada pendapat, ASEAN boleh menerima pendekatan mempertingkatkan interaksi. Dengan terbentuknya mekanisme `Troika ASEAN '', negara-negara ASEAN bersetuju untuk membuat keputusan yang pantas bagi membincangkan isu-isu tertentu yang berlaku dalam negara-negara ASEAN jika negara yang terbabit dan negara ASEAN lain bersetuju untuk berbuat demikian. Oleh itu mekanisme troika dilihat sebagai melonggarkan prinsip tidak campur tangan. Dengan mengarahkan usaha terhadap penggunaanlangkah-langkah membina keyakinan’ dan diplomasi pencegahan' mungkin pada satu masa akan datang akan terbentuk garis panduan untuk membolehkan campur tangan dalam keadaan-keadaan tertentu. Ada tanda-tanda yang menunjukkan ASEAN telah mula beralih sedikit demi sedikit ke arahcampur tangan terhad’. Ia berlaku mungkin kerana peningkatan kebergantungan di kalangan negara ASEAN dan usaha ke arah kesepaduan ASEAN. Ia juga berlaku kerana keadaan dalaman sesebuah negara ahli boleh mempunyai kesan limpahan ke atas negara ASEAN yang lain. Mereka mula memikirkan bahawa prinsip tidak campur tangan tidak lagi praktikal untuk diamalkan dalam semua keadaan.
Perkembangan masa kini menimbulkan banyak persoalan tentang campur tangan negara asing melalui perwakilannya. Campur tangan kini dikaitkan juga dengan tindak-tanduk perwakilan asing semasa menjalankan tugas mereka. Perkara ini menimbulkan kontroversi dan perbahasan di antara perwakilan asing dengan negara tuan rumah.
Konflik dikatakan timbul akibat daripada pemakaian dan tafsiran peruntukan yang terkandung dalam Artikel 3 dan 41 Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik. Perwakilan asing menggunakan Artikel 3 bagi menyokong tindakan mereka untuk mengetahui situasi sebenar dalam negara tuan rumah melalui pengumpulan maklumat terkini secara sah di sisi undang-undang. Persoalannya, sejauh manakah ia boleh dilakukan supaya tidak dianggap sebagai mencampuri hal-ehwal dalaman negara tuan rumah? Jika ditinjau dari aspek peruntukan Artikel 3 semata-mata tanpa mengaitkan Artikel 41, perwakilan asing boleh melakukan apa sahaja di atas nama mengumpul maklumat. Tetapi Artikel 41 dengan jelas menyebut bahawa perwakilan asing hendaklah melaksanakan tugas dengan tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara tuan rumah.
Di kalangan negara-negara membangun dan ASEAN, pegangan pada prinsip tidak campur tangan dianuti dan dipatuhi tanpa menimbulkan masalah. Sebaliknya negara maju dan kuasa besar mempunyai sikap dan keangkuhan bahawa mereka berhak mengumpul maklumat dengan cara yang mereka fikir perlu dan sesuai. Mereka menggunakan tafsiran tidak campur tangan secara longgar dan meluas mengikut norma dan nilai mereka sendiri. Seringkali perilaku dan tindakan mereka dilihat sebagai mempunyai matlamat dan motif politik yang boleh mengancam kestabilan politik dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Dalam konteks Malaysia pula, kita berpegang kepada prinsip bahawa sesebuah perwakilan asing akan dianggap mencampuri hal ehwal dalaman negara jika mereka mendekati isu politik kepartian termasuk menghadiri perjumpaan tertutup yang dianjurkan oleh parti politik pembangkang ataupun badan bukan kerajaan yang menentang kerajaan secara langsung. Parti-parti pembangkang selalunya menggunakan perhubungan mereka dengan negara luar untuk menyelar dan menghina kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Perkara ini menjadi lebih ketara lagi jika diambil kira pendapat negara-negara tersebut yang cenderung kepada parti pembangkang atau pertubuhan bukan kerajaan tertentu. Apatah lagi ada bukti menyokong bahawa mereka membiayai aktiviti menentang kerajaan. Perilaku mereka telah memberi galakan dan perangsang kepada parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah ataupun dengan menggunakan taktik yang melanggar peraturan dan undang-undang setempat. Dalam konteks ini kehadiran dalam mesyuarat tertutup dan tidak telus yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan dianggap sebagai campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara tuan rumah.
Kita sedar bahawa tidak mungkin bagi sesiapa menemui maksud yang tepat apakah sebenarnya campur tangan dalam konteks hubungan antarabangsa. Tetapi secara mudahnya selain dari campur tangan yang dimandatkan oleh PBB atau perjanjian dan konvensyen antarabangsa serta rantau, seharusnya perwakilan asing mengambil kira sensitiviti negara tuan rumah dan kepentingan perhubungan dua hala. Sebelum mengambil sebarang langkah, perkara paling utama bagi perwakilan asing laksanakan ialah untuk memastikan hubungan dua hala yang baik terjalin antara negara yang mereka wakil dengan negara tuan rumah.
Oleh yang demikian maka sudah tibalah masanya untuk masyarakat antarabangsa mencari pendekatan yang dapat diterima pakai oleh semua negara maju dan membangun sebagai panduan. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk mencapai keharmonian dan mengatasi konflik ialah:
i. Persoalan mengenai kesan konflik, dan sejauh mana ia boleh mengancam keamanan dan keselamatan rantau ataupun antarabangsa.
ii. Soal tanggungjawab moral atau kemanusiaan yang boleh digunakan sebagai asas mengetepikan kedaulatan dan integriti wilayah di sesebuah negara. Misalnya, jika ia melibatkan pelanggaran besar terhadap hak asasi manusia atau jenayah kemanusiaan ataupun pembunuhan berasaskan kaum.
iii. Setakat mana patut dicari kesepakatan antarabangsa untuk tindakan bersama atas alasan kemanusiaan dan sekali gus mengetepikan prinsip kedaulatan negara. Pada ketika mana pula boleh dibenarkan campur tangan antarabangsa yang menghalalkan pelanggaran terhadap prinsip kedaulatan negara.
iv. Jika ada persetujuan, apakah mekanisme yang terbaik untuk digunakan bagi tujuan campur tangan?
v. Menimbangkan kesan kepada keamanan dan keselamatan serta kemanusiaan jika tidak diambil tindakan segera bagi mempertahankan prinsip tidak campur tangan.
vi. Kesahihan tindakan yang diambil oleh pertubuhan rantau untuk mempertahankan soal hak asasi manusia ataupun jenayah kemanusiaan dengan tidak memperoleh kelulusan daripada Majlis Keselamatan PBB terlebih dahulu.
vii. Tindakan yang menggunakan kekerasan ataupun kuasa tentera tanpa mendapatkan mandat dari Majlis Keselamatan terlebih dahulu.
viii. Sudah tiba masanya satu definisi yang unggul dicari dan digunakan bagi menjelaskan maksud kepentingan dan hak negara semasa konflik.
Semua persoalan yang diutarakan di atas sudah tentu akan menjadi bahan perbahasan yang tanpa kesudahan selagi prinsip tidak campur tangan masih terkandung dalam perjanjian-perjanjian antarabangsa serta ia diiktiraf sebagai sah dalam undang-undang antarabangsa.
Abdullah Cadang Dasar Tak Campur Tangan Asean Diperhalusi Dan Dikemas
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Selasa mencadangkan agar Asean memperhalusi dan mengemas kini dasarnya untuk tidak masuk campur urusan negara lain bagi menangani cabaran baru yang dihadapi kumpulan 10 negara itu.
Perdana Menteri berkata kontroversi mengenai isu Myanmar telah menimbulkan perbahasan mengenai dasar tidak masuk campur itu yang merupakan antara asas perpaduan Asean sejak 30 tahun lepas.
“Prinsip ini perlu diperhalusi dengan mengambil kira tekanan globalisasi.
“Saya berpendapat piagam baru Asean yang belum digubal merupakan wadah yang sesuai untuk mengemaskini prinsip TAC (Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama),” katanya ketika berucap pada Ceramah Asean 2006 yang diadakan sempena sambutan ulang tahun Asean ke-39 di sini Selasa.
Abdullah berkata konsep dan prinsip dalam perjanjian itu perlu diperhalusi dan dikemas kini agar ianya relevan dan sesuai dengan keperluan berubah-ubah oleh negara anggota.
TAC mengandungi antara lainnya prinsip asas Asean termasuk tidak mencampuri urusan dalaman negara anggota yang lain, dan ini menjadi pegangan kuat kumpulan serantau itu.
Abdullah berkata prinsip tidak masuk campur itu boleh terus menjadi pegangan Asean tetapi pada masa yang sama ia boleh membantu menjamin keamanan dan keselamatan serantau.
Beliau menyebut sebagai contoh pasukan pemantauan antarabangsa di selatan Mindanao, yang diketuai oleh Malaysia, yang telah membantu dalam memulihkan keamanan.
“Dalam kes selatan Mindanao, kita berjaya dapat membezakan antara penglibatan dan tidak masuk campur dalam urusan dalaman Filipina.
Abdullah juga berkata Asean amat penting kepada Malaysia dan pertubuhan itu telah memberikan impak yang besar dalam hubungan antarabangsa negara ini.
Katanya Malaysia adalah anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) tetapi Asean berperanan lebih besar dalam pendirian Malaysia berhubung hal ehwal serantau selain mengenai persekitaran antarabangsa dan politik.
“Malahan, Asean adalah asas bagi dasar luar Malaysia. Begitu sekali pentingnya Malaysia melihat Asean.
“Ia juga lambang kepada komitmen Malaysia untuk memelihara dan mengukuhkan Asean,” kata Abdullah.
Perdana Menteri menyeru Asean, yang selama ini lebih bergerak di peringkat sesama kerajaan, supaya memberi tumpuan kepada penduduknya bagi mendekatkan pertubuhan itu kepada masyarakat.
Katanya proses ini penting kerana lebih 50 peratus daripada 542 juta penduduk Asean terdiri daripada belia yang dilahirkan selepas Asean dibentuk pada 1967.
14 TAHUN DALAM NAM
PENGLIBATAN Negara Brunei Darussalam dalam pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa menyerlahkan kemampuan dan kewibawaan kita dalam meniti arus pergolakan dan perkembangan dunia sejagat. Dalam pada itu, negara juga terus komited menangani apa jua masalah global. Kesemua ini menampakkan kesungguhan kita bersama-sama masyarakat antarabangsa bagi mewujudkan dunia yang adil, sejahtera dan aman damai. Penglibatan berterusan itu juga sebagai bukti jelas yang negara kita sentiasa memikul tanggungjawab selaku sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat.
Dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), semenjak menyertai pertubuhan itu pada September 1992, Negara Brunei Darussalam amat berbangga kerana berupaya memainkan peranannya dengan lebih aktif di mana pelbagai kejayaan telah berhasil dicipta yang telah memberikan banyak manfaat kepada rakyat dan penduduk negara ini. Seperti juga hal dalam PBB, Komanwel, OIC dan ASEAN, penyertaan lebih sedekad dalam NAM memberikan ruang dalam menabur jasa dan membuat sumbangan yang berharga terhadap keamanan sejagat.
“Kami sebuah negara kecil. Tetapi kami akan melakukan apa yang terdaya oleh kami,” demikian dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika bertitah di Sidang Kemuncak NAM Ke-10 di Jakarta pada 2 September 1992.
Dalam konteks berkenaan, Brunei sentiasa bekerjasama bersama negara-negara membangun dengan perasaan saling hormat-menghormati dan semangat setiakawan. Kita sentiasa mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dan tidak mahu mencampuri urusan dalaman negara-negara luar. Ketegasan kita adalah jelas bahawa prinsip kita menghormati hak-hak orang lain dan sentiasa menghulurkan apa-apa jua bantuan yang termampu diberikan dalam meringankan kesengsaraan dan penderitaan masyarakat antarabangsa.
“Sebab itulah Negara Brunei Darussalam merasa sangat gembira untuk menyertai negara jiran Republik Indonesia dalam menubuhkan Pusat Selatan-Selatan di Jakarta. Penglibatan ini merupakan sumbangan yang kecil dan Negara Brunei Darussalam malah mahu melihat ianya digunakan dengan sebaik-baiknya,” sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Utusan Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Sesi Perbahasan Umum Sidang Kemuncak NAM Ke-14 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Havana, Cuba pada 16 September yang lalu.
Menurut Duli Yang Teramat Mulia, dalam pada itu, Negara Brunei Darussalam sentiasa mengungkayahkan apa yang termampu terutama dalam mempromosi keamanan sejagat dan perlucutan senjata nuklear. Di samping itu, Negara Brunei Darussalam juga memperjuangkan dalam mencari keadilan dan membantu mereka yang sentiasa tertekan dan tertindas. Kita juga memperjuangkan hak-hak wanita, kanak-kanak yang miskin dan memantau penyakit berjangkit.
Prinsip yang kita amalkan adalah selaras dengan prinsip-prinsip NAM yang antara lain menghormati hak asasi manusia, menghormati kedaulatan dan integriti wilayah semua negara, mengiktiraf persamaan bagi semua bangsa dan negara, tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain, menghormati hak setiap negara untuk mempertahankan diri secara bersendirian atau berkumpulan.
NAM yang bersidang kali ke-14 semenjak mesyuarat pertama pada tahun 1961 merupakan platform yang amat penting bagi mewakili suara dunia membangun. Pertubuhan yang mengandungi 116 buah negara mewakili kira-kira 55 peratus penduduk dunia dan dua per tiga anggota PBB. NAM sebagai pertubuhan kedua terbesar dunia berhasrat untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dunia, di samping memperjuangkan usaha memajukan negara kurang maju.
Pada sidang kali ini, menyaksikan Havana telah berhasil mengeluarkan draf setebal 91 muka surat yang akan menjadi landasan terperinci mengenai harapan dan cita-ciata NAM bagi memastikan pergerakan itu relevan, maju dan mencapai hasrat penubuhannya sejak beberapa dekad yang lalu.
Pembentukan Komuniti Keselamatan Serantau Untuk Kestabilan di Rantau Asia-Pasifik
Pengenalan
Berakhir Perang Dingin yang membahagikan dunia kepada Timur dan Barat telah menyaksikan politik dunia atau hubungan antarabangsa memerlukan satu penelitian baru termasuk dalam soal-soal keselamatan berikutan kemunculan wilayah yang multipolar. Tidak terkecuali juga dalam perdebatan ahli-ahli sarjana sains sosial bagi menentukan model keselamatan yang terbaik bagi rantau Asia-Pasifik dengan andaian bahawa keamanan di rantau ini boleh dicapai menerusi model yang sama seperti dilaksanakan di Eropah. Di kalangan sarjana khususnya dari Barat seperti Friedberg (1993) yang meramalkan rantau ini begitu terdedah kepada konflik bersenjata berikutan ketiadaan keseimbangan kuasa yang bersandar kepada teori realis. Ia menganggap selepas pengunduran Amerika Syarikat dari rantau Asia-Pasifik menyebabkan berlakunya persaingan antara negara-negara serantau yang ingin menjadi kuasa utama di wilayah ini. Dengan demikian, penulisan ini akan mendalami sama ada ramalan yang dibuat oleh Friedberg itu tepat dan adakah pendekatan teori realis dapat digunapakai di rantau ini serta meneliti apakah teori politik antarabangsa yang mendasari pembentukan komuniti keselamatan di Asia-Pasifik. Penilaian mengenai komuniti keselamatan di Asia-Pasifik menggunakan aliran teori konstruktivis yang dianggap lebih tepat menjelaskan situasi keselamatan di rantau ini terutama dengan kejayaan ASEAN mengekalkan keamanan Asia Tenggara dengan menggunakan pendekatan konstruktivis.
Latar Belakang Dan Pelbagai Perspektif Kestabilan Asia-Pasifik
Isu keselamatan Asia telah disentuh oleh Friedberg (1993) yang mengisi ruang perbincangan mengenai keselamatan di rantau Asia-Pasifik menjelaskan bahawa, rantau ini terdedah kepada bahaya konflik ekoran persaingan antara negara-negara serantau ekoran tiadanya mekanisme peningkatan kestabilan seperti yang terdapat di Eropah dan juga kurangnya intergrasi ekonomi yang tinggi dan institusi serantau yang mampu mengurang serta menguruskan konflik. Kewujudan China pula menyebabkan negara-negara serantau cuba untuk mengimbangi kebangkitan negara tersebut dari segi ketenteraan, ekonomi dan lain-lain aspek berkaitan. Ini berkaitan dengan trend semasa di dalam politik dunia yang menyaksikan lebih banyak subsistem wilayah yang muncul. Berakhirnya persaingan dua kuasa besar iaitu Soviet Union dan Amerika Syarikat, corak tradisional membabitkan interaksi strategik pakatan serantau akan kembali menguasai arena hubungan antarabangsa. Tidak terkecuali, rantau Asia-Pasifik dijangka menjadi medan kepada konflik kuasa besar.
“In Asia, by contrast, many of these same soothing forces are either absent or of dubious strength and permanence. While civil wars and ethnic strife will continue for some time to smolder along Europe’s peripheries, in the long run it is Asia that seems far more likely to be the cockpit of great power conflict” (Friedberg, 1993: 7).
Friedberg menjadikan pengalaman Eropah sebelum 1945 ketika berlakunya banyak konflik kerana faktor multipolar dijadikan landasan utama dalam menjangka kestabilan rantau Asia termasuk Asia-Pasifik pada masa hadapan. Beliau mengemukakan dua andaian mengenai perkara tersebut iaitu pada peringkat struktur, pembahagian kuasa di kalangan banyak negara tidak akan kekal sebagai faktor yang membawa keamanan kerana apabila berlaku anjakan pembahagian kuasa di kalangan negara-negara, peperangan cenderung untuk berlaku.
Dengan kata lain, keseimbangan kuasa yang wujud tidak kekal atau tidak dapat diseimbangkan dengan cepat untuk mencegah negara yang agresif. Faktor lain yang dikemukakan adalah struktur multipolar yang kompleks sehingga melambatkan keseimbangan kuasa yang berkesan. Berikutan sistem yang begitu kompleks, Friedberg menjelaskan bahawa perkara tersebut bakal mengundang bahaya kerana salah perkiraan kepada kedua-dua belah pihak iaitu yang mencetuskan konflik dan pihak mangsa. Walaupun dijelaskan secara ringkas, salah perkiraan ini akan menyebabkan peperangan berlaku.
Dengan menggunakan sejarah Eropah, negara-negara Asia dilihat sedang menuju ke arah demokrasi, kemakmuran, persamaan sosio-ekonomi dan mempunyai budaya politik pasca-nasionalis serta masih berada pada peringkat permulaan. Pada satu masa nanti, dijangka, rantau Asia akan mempunyai kepelbagaian kerajaan dan bentuk masyarakat. Pada masa sekarang, dua daripada empat kuasa besar Asia adalah kerajaan demokratik iaitu Jepun dan India manakala China masih lagi mengamalkan sosialisme dan Russia. Kuasa-kuasa yang kurang berkuasa pula terdiri daripada Australia dan New Zealand yang mengamalkan demokrasi liberal seperti Eropah. Terdapat juga regim-regim totalitarian seperti Myanmar, Korea Utara dan Vietnam serta wujudnya negara-negara yang demokrasinya masih belum matang atau merupakan kombinasi demokratik dan autoritarian seperti Filipina, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Pakistan. Dengan ini, seperti apa yang telah terjadi di Eropah, interaksi-interaksi akan berlaku antara kerajaan demokratik dan bukan demokratik serta antara kuasa besar, sederhana dan kecil.
Selain itu, rantau ini juga mempamerkan variasi yang pelbagai dari segi pendapatan per kapita dan ekonomi. Kebanyakan negara-negara di Asia-Pasifik berkongsi dua ciri utama iaitu ketidaksamarataan ekonomi yang rendah di kalangan penduduknya dan pertumbuhan ekonomi keseluruhan yang tinggi. Ketiadaan jurang ekonomi yang ketara menghalang negara-negara terbabit untuk melaksanakan dasar luar yang boleh membawa kepada peperangan seperti berlaku di Eropah.
“On the other hand, rapid national economic growth, and the shared feelings of power and entitlement that tend to go with it, may be at least as important a cause of expansionism as the efforts of embattled elites to maintain their domestic power. As Samuel Huntington suggested: The external expansion of the UK and France, Germany and Japan, the Soviet Union and the United States coincided with phases of intense industrialization and economic development” (Friedberg, 1993: 16).
Dalam konteks ini, ia merujuk kepada China yang mengalami kepesatan ekonomi bermula 1970-an hingga 1998 dengan mencatatkan kenaikan ekonomi empat kali ganda dan dijangka terus mendahului negara-negara lain. Dan jika jangkaan tersebut adalah tepat maka, kestabilan Asia diramalkan menghadapi masalah keamanan dengan ancaman China tersebut. Selain itu, soal nasionalisme dan identiti kebangsaan juga akan menyumbang kepada pertelingkahan dan perpecahan seperti mana yang berlaku di bahagian timur dan selatan Eropah. Kesan seperti itu juga boleh berlaku di Asia. Pemisahan etnik dan agama telah berlaku di India dan di Asia Tengah yang rata-ratanya republik Islam berkemungkinan membangkitkan sentimen co-religionist di barat China. Tuntutan kawasan juga masih berlaku di rantau ini dan membabitkan kuasa besar dan juga kecil yang dibimbangi menetuskan konflik seperti Jepun dan Russia, China-Russia, China-India, Jepun-China, Jepun-Korea Selatan, China-Taiwan, Laos-China, Myanmar-China, India-Pakistan, Kemboja-Vietnam, China-Vietnam dan tuntutan bertindih terhadap Kepulauan Spratly membabitkan Filipina, Malaysia, Vietnam, China dan Taiwan.
Friedberg juga melihat kepada rangkaian dan kerjasama perdagangan antara negara-negara Asia-Pasifik yang disifatkan masih rendah dengan jaringan perdagangan yang masih belum dibangunkan sepenuhnya, asas pengukuhan yang masih kabur dan bakal menjadi penghalang kepada pertumbuhan yang lebih pesat. Jumlah dagangan intra-Asia masih kecil berbanding jumlah dagangan keseluruhan negara di dalam wilayah ini jika dibandingkan dengan Eropah dan juga, Eropah mempunyai rangkaian kerjasama yang seterusnya dapat menyatukan wilayah tersebut sehingga semakin berkembang ke Eropah Timur. Di samping itu, negara-negara Asia yang paling maju pula seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan dan Hong Kong cenderung untuk meneroka pasaran luar untuk eksport dan melihat negara-negara serantau sebagai pesaing dalam sektor pembuatan.
Proses intergrasi Asia juga dikatakan lewat dimulakan dengan masa depan yang masih kabur. Halangan perdagangan di Amerika Utara dan Eropah melalui Kesatuan Eropah dan Kawasan Dagangan Bebas Amerika Utara, NAFTA tidak mencetuskan zon Asia sebagai satu pakatan ekonomi yang kukuh. Kewujudan rangkaian dagangan seperti ini menyukarkan tercetusnya konflik di kalangan negara-negara Eropah berbanding di Asia termasuk Asia-Pasifik.
“In the long run, the full development of regional economic ties will depend on the evolution of the political relationships among the major Asian powers. If these relationships turn sour and suspicious, the movement toward wider and deeper economic intergration will falter and could collapse” (Friedberg, 1993: 22).
Perkara lain yang dihujahkan oleh Friedberg adalah ketiadaan institusi serta mekanisme yang membantu mewujudkan keamanan seperti di Eropah. Usaha Amerika Syarikat dalam membentuk satu pakatan politik dan ketenteraan di Asia melalui SEATO menemui kegagalan. Rantau ini dianggap terlewat dalam menubuhkan institusi serantau. Pada 1989, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, APEC ditubuhkan berbanding di Eropah yang mana kerjasama sedemikian dibuat sejurus Perang Dunia Kedua antara Eropah Barat, Eropah dan Amerika Utara. Hujah seterusnya selain daripada faktor masa adalah ketiadaan budaya bersama dan semangat kekitaan di kalangan negara rantau ini jika dibandingkan dengan Eropah. Pemilikan dan pembangunan senjata nuklear yang tidak seimbang di wilayah ini juga membuka ruang kepada konflik mengikut pengkajian Friedberg. Dengan memberi contoh Russia dan China serta China dan India, pemilikan senjata nuklear menghalang konflik antara kuasa-kuasa Asia. Bagaimanapun, nuklear tidak dimiliki secara besar-besaran oleh negara lain.
Bagaimanapun, kajian ini yang membandingkan Eropah secara langsung tanpa mengambil kira beberapa faktor penting mengenai Asia terutamanya peranan China mendapat kritikan daripada sarjana lain seperti Acharya (2003) dan Kang (2003). Kang (2003) mengkritik Friedberg dengan mengatakan bahawa sekiranya China lemah di rantau ini akan membawa kepada konflik dengan mengambil kira faktor sejarah iaitu penerimaan negara itu sebagai teras di Asia serta aspek pengurusan ketidaksetabilan dan soal keselamatan melalui norma-norma serantau yang dikongsi bersama, peningkatan pergantungan ekonomi dan berkembangnya rangkaian institusi antara yang terabai di dalam kajian Friedberg.
Walaupun Kang menafikan bahawa negara-negara lain sedang mengimbangi China malah berlakunya bandwagoning, Acharya mengemukakan hujah beliau mengenai Asia Selatan yang dilihat mengimbangi China berdasarkan definisi aliran neo-realis. Kebangkitan kuasa India dan peranannya di dalam soal keselamatan Asia dapat dikesan melalui peningkatan hubungan dengan Myanmar untuk melakukan counter kepada pengaruh China di negara tersebut. India dan Amerika Syarikat juga melakukan rondaan angkatan laut di Selat Melaka untuk mencegah lanun dan pengganas. Faktor ini dijadikan bukti bahawa berlaku usaha mengimbangkan kuasa China di Asia selain jemputan ASEAN kepada India menyertai Forum Serantau ASEAN, ARF. Perdebatan yang timbul antara pengkaji-pengkaji tersebut adalah berhubung faktor kuasa Asia iaitu China terutama masalah bandwagoning yang diinterpretasikan secara berbeza oleh ahli-ahli sarjana. Hujah yang dikemukakan Acharya adalah petunjuk bahawa berlakunya bandwagoning adalah keputusan negara-negara untuk bersekutu dari aspek ketenteraan tetapi ia tidak berlaku secara meluas kecuali bagi Korea Utara dan Myanmar.
Kajian mengenai persoalan China sebagai kuasa yang perlu dihadkan dikemukakan oleh Segal (1996) yang menyatakan jika China dianggap perlu diseimbangkan untuk mengekalkan keamanan maka, ia perlu dilakukan secara bersama oleh negara-negara di rantau ini. Beliau mengemukakan contoh-contoh yang menunjukkan bahawa China akan bersikap sederhana apabila menghadapi tekanan bersama kuasa-kuasa luar. Manakala, polisi yang sama dikenakan terhadap Soviet Union juga perlu diamalkan kepada China oleh kuasa-kuasa dunia dan khususnya negara-negara ASEAN.
Acharya (2003) pula menolak sama sekali bahawa rantau Asia dan Asia-Pasifik adalah arena yang terdedah kepada konflik yang dibuat berdasarkan sejarah Eropah. Ini kerana pergantungan yang semakin meningkat sebagai satu kuasa ke arah kestabilan terutama rantau Asia Tenggara yang mempunyai hubungan ekonomi yang agak kukuh dengan Amerika Syarikat, China dan Jepun walaupun Segal (1996) berpendapat bahawa China tidak boleh dibataskan melalui ekonomi yang saling bergantungan.
Dengan demikian kajian ini mengemukakan beberapa faktor dan cuba menjawab persoalan yang penting dalam meramal serta merumuskan model alternatif keselamatan yang terbaik bagi Asia-Pasifik khususnya dan benua Asia amnya. Dan paling penting, model tersebut tidak menggunakan kerangka realis seperti yang diamalkan oleh kuasa-kuasa besar di Barat.
Perbincangan di atas telah memberikan gambaran mengenai isu-isu membabitkan keselamatan di rantau Asia-Pasifik dan bagaimana persepsi mengenai wilayah ini yang masih belum jelas terutama bagi sarjana Eropah dan Barat terutamanya pasca-Perang Dingin yang membawa anjakan dari segi teoritikal dan memerlukan penilaian semula dibuat terhadap bukan sahaja Asia malah seluruh dunia.
Model Keselamatan Alternatif Untuk Asia-Pasifik
Setelah membincangkan beberapa persoalan utama mengenai keselamatan Asia-Pasifik dan melihat perspektif terutama sarjana aliran neorealis serta neoliberal yang membuat perbandingan Asia dan Eropah, cadangan mereka adalah penubuhan satu institusi yang berperanan seperti NATO di samping mewujudkan keseimbangan kuasa untuk mengurangkan risiko konflik membabitkan China berikutan fahaman politik yang berbeza. Bagaimanapun, dalam mencari satu model alternatif kepada Asia-Pasifik, Acharya (2001) mengemukakan satu konsep yang begitu relevan dan bersesuaian untuk komuniti Asia-Pasifik yang menggunakan teori politik antarabangsa, konstruktivis. Security community atau komuniti keselamatan dianggap sebagai model keselamatan terbaik dalam mencegah konflik dan mengekalkan keamanan di wilayah ini.
Terdapat beberapa definisi bagi menjelaskan konsep komuniti keselamatan ini. Antaranya ia dimaksudkan satu kumpulan yang telah berintergrasi dari segi persamaan kesedaran komuniti diikuti oleh institusi atau amalan formal atau tidak formal yang berkembang dalam memastikan keamanan di kalangan ahli-ahli kumpulan itu dengan kepastian dan dalam jangka masa yang panjang. Komuniti-komuniti itu juga boleh bersatu melalui penggabungan politik unit-unit yang menyertainya dan ahli-ahli tersebut mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaannya.
Pengertian lain yang lebih pluralistik di kalangan negara-negara berdaulat adalah wilayah transnasional yang mengandungi negara-negara berdaulat yang mana rakyatnya mengekalkan pergantungan kepada suasana aman. Komuniti sedemikian boleh dikenalpasti melalui beberapa ciri tetapi yang paling adalah dua iaitu tidak berlakunya peperangan dan tiada persediaan yang signifikan untuk melancarkan peperangan terhadap ahli yang lain.
Komuniti keselamatan serantau pula sekumpulan negara yang mengumumkan untuk tidak menggunakan kekerasan sebagai jalan untuk menyelesaikan konflik-konflik intrawilayah. Tidak berlakunya peperangan pula tidak bermakna, negara-negara ini tidak mempunyai perbezaan, tuntutan bertindih atau konflik kepentingan di kalangan aktor-aktor. Ia juga memerlukan perbezaan dibuat daripada kerjasama keselamatan multilateral.
“Security communities are also marked by the absence of a competitive military build-up or arms race involving their members. Within a security community “war among the prospective partners comes to be considered as illegitimate” and “serious preparations for it no longer command popular support. States within a security community usually abstain from acquiring weapons that are primarily offensive in nature. Neither are they likely to engage in contingency planning and war-oriented resource mobilisation against other actors within the community” (Acharya, 2001: 17).
Antaranya adalah membezakan komuniti keselamatan dengan regim keselamatan. Regim keselamatan adalah sekumpulan negara bekerjasama untuk menguruskan tuntutan atau pertelingkahan dan mengelakkan peperangan dengan menutup ruang dilema keselamatan melalui tindakan dan persepsi mereka mengenai tingkah laku pihak yang lain. Komuniti keselamatan pula mestilah berdasarkan kepada fundamental dan kepentingan bersama di kalangan aktor-aktor berhubung mengelakkan peperangan. Komuniti keselamatan terbabit dalam hubungan keamanan dan kestabilan di kalangan sekumpulan negara tanpa ada perasaan bagaimana mereka mungkin secara kolektif berhubungan dengan aktor-aktor luar.
Juga penting untuk membezakan komuniti keselamatan dengan susunan keselamatan kolektif. Walaupun keduanya bersatu atas dasar perasaan kekitaan, perbezaan besar terletak pada cara-cara yang diambil untuk memastikan peperangan dielakkan. Sistem keselamatan kolektif yang biasanya bersifat multilateral berbanding komuniti keselamatan yang bersifat bilateral. Peperangan dielakkan melalui sistem keselamatan kolektif yang menggunakan ancaman untuk menghukum sebarang tindakan keganasan oleh satu ahlinya terhadap yang lain. Bagaimanapun, idea pencegahan peperangan mengikut komuniti keselamatan pula adalah melalui pembangunan dan amalan institusi yang kuat. Selain itu, keselamatan kolektif lebih cenderung kepada menghukum pihak bertindak ganas daripada menyediakan penyelesaian yang lebih pasifis kepada pertelingkahan.
Walaupun institusi keselamatan kolektif seperti PBB telah membangunkan mekanisme untuk penyelesaian lebih pasifis, kredibiliti keselamatan kolektif banyak bergantung kepada kewibawaan mekanisme hukumannya. Komuniti keselamatan pula sentiasa mencari jalan untuk memastikan pencegahan konflik melalui proses-proses yang intergratif dan resolusi konflik yang formal atau tidak formal. Seterusnya, penggunaan kekerasan langsung tidak mempunyai tempat di dalam pengurusan hubungan antara ahli di dalam komuniti keselamatan. Tetapi peperangan kekal sebagai instrumen yang sah di dalam sistem keselamatan kolektif.
Pembinaan komuniti keselamatan membabitkan pembangunan pemahaman yang dikongsi bersama mengenai pelaksanaan wilayah yang aman. Kepentingan-kepentingan yang dahulunya dicapai melalui peperangan ditukar melalui kaedah dan medium yang mementingkan keamanan.
“Recent writings on security communities have adopted a qualitative and sosiological approach, one which focuses on institutions, norms and the intersubjective process of identity building in the making of security communities” (Acharya, 2001: 21).
Seperti juga Kesatuan Eropah, ASEAN juga boleh dianggap sebagai institusi pembinaan komuniti keselamatan walaupun aliran neoliberal institusi mendakwa mengurangkan kesan anarki dan menyediakan ruang kerjasama dengan membekalkan maklumat, mengurangkan kos transaksi, membantu menyelesaikan konflik membabitkan pengagihan serta penipuan. Bagaimanapun, teori konstruktivis lebih tepat dalam menawarkan pandangan yang lebih mendalam bagaimana institusi dapat memberi kesan dan mengubah kepentingan dan tingkah laku negara-negara. Mengikut pandangan ini, institusi bukan hanya mengatur tingkah laku negara tetapi ia juga mampu membentuk kepentingan dan identiti negara-negara.
Menggunakan perspektif sosiologi untuk mengkaji pembangunan komuniti keselamatan pluralistik bermakna melihat lebih jauh dengan mengkaji bagaimana negara-negara meneruskan atau mencapai kepentingan mereka melalui langkah-langkah memaksimumkan utiliti dan mendalami ke tahap mana institusi serantau itu memberi kesan kepada pembangunan kepercayaan terutama melalui norma-norma tindakan; pembangunan budaya serantau berdasarkan nilai-nilai bersama; pembangunan projek-projek serantau untuk meningkatkan kepercayaan terhadap cita-cita bersama; dan pembangunan pembelajaran sosial melibatkan pendefinisian dan interpretasi semula dunia realiti, pertukaran kefahaman mengenai diri sendiri, persepsi terhadap realiti dan harapan normatif di kalangan kumpulan negara-negara. Dengan mendalami persoalan-persoalan sosiologi dan intersubjektif serta rangkaian yang sering kali diabaikan oleh para ahli teori rasionalis, pendekatan ini melihat melampaui batas-batas biasa sebuah institusi. Menggunakan pendekatan ini, maka penilaian lebih positif terhadap institusi dapat dibuat.
“For constructivist, just as power politics (which is viewed by realists as a given of international politics) is but socially constructed, cooperation among states is also to be understood as a social process that may redefine the interests of the actors in matters of war and peace. The habit of war avoidance found in security communities results from interactions, socialisation, norm setting and identity building, rather than from forces outside of these processes (such as distribution of power)” (Acharya, 2001: 3).
Bagi aspek norma pula, fungsi utamanya adalah membantu aktor-aktor untuk membezakan tingkah laku yang normal dan tidak normal, menyelaraskan jangkaan dan mengurangkan ketidakpastian, mempengaruhi pembuatan keputusan dan mengesahkan tindakan mereka dan juga tindakan yang lain memandangkan kesemua komuniti sosial bergantung kepada norma-norma tingkah laku. Norma-norma menyumbang kepada order antarabangsa dengan menghalang tingkah laku yang subversif dari segi matlamatnya serta menyediakan rangka kerja untuk penyelesaian tuntutan bertindih, mencipta asas untuk skim kerjasama dan tindakan yang menguntungkan semua pihak.
Pertimbangan soal identiti juga menjadi teras dalam pembentukan komuniti keselamatan. Bagi realisme dan teori liberal, kepentingan negara dibentuk oleh kuasa material seperti kekayaan dan kuasa. Bagaimanapun, bagi konstruktivis, faktor-faktor intersubjektif termasuk idea, budaya dan identiti menjadi penentu serta mempunyai peranan dalam interaksi dasar luar. Ini mewujudkan pandangan di kalangan sarjana bahawa pembangunan komuniti keselamatan sebagai pelaksanaan pembinaan identiti yang didefinisikan sebagai some degree of generalized common identity or loyalty. Perasaan bersama mengenai kekitaan merupakan manifestasi pembabitan populasi negara anggota komuniti keselamatan apabila identiti menjadi instrumen kepada intergrasi. Identiti juga adalah intersubjektif dan merujuk kepada ciri asas negara.
Dengan mencadangkan komuniti keselamatan sebagai model alternatif terbaik untuk Asia-Pasifik, amat penting juga untuk mengemukakan apakah contoh yang berjaya membabitkan komuniti keselamatan ini. Paling relevan dan berjaya sehingga kini adalah pertubuhan ASEAN dalam membentuk komuniti keselamatan bagi mengekalkan keamanan di rantau ini. Ini kerana ASEAN menyediakan ruang pengkajian yang kaya dan penting untuk komuniti keselamatan. Sejak pembentukan pada 1967, ia telah melalui pelbagai anjakan dan kritikan di dalam persekitaran strategik serantau. Pada 1960-an, rantau ini digambarkan sebagai begitu tertekan dengan pelbagai isu keselamatan dan pernah dilabel Balkan Timur atau wilayah domino. Ini kerana isu-isu membabitkan komunisme di Indo-China, konfrontasi Malaysia-Indonesia, penaklukan Kemboja oleh Vietnam, isu-isu tuntutan sempadan darat serta laut dan sebagainya. Penubuhan ASEAN pada mulanya tidak diberikan harapan ke arah kestabilan dan keamanan serantau tetapi sehingga kini, ia berjaya mengharungi rintangan dengan jaya dan pada awal 1990-an, ahli-ahli ASEAN boleh mendakwa bahawa mereka telah berjaya menjadi salah satu komuniti keselamatan paling berjaya di dunia.
Salah satu kejayaan ASEAN yang menjadikan rantau ini sebagai salah satu yang aman di dunia adalah kejayaan menyelesaikan konflik Perjanjian Damai Paris terhadap Kemboja pada 1991. Model institusinya telah menjadi asas kepada pembentukan Forum Serantau ASEAN, ARF yang merupakan platform kepada dialog keselamatan multilateral. Era Perang Dingin pula, ASEAN berperanan dalam mengawal tingkah laku kuasa besar dan pasca Perang Dingin, berjaya mencipta order serantau yang stabil di Asia-Pasifik.
Selain keselamatan, perdagangan serantau juga dititikberatkan dengan menjadi regim ekonomi yang membenarkan setiap ahlinya mengekalkan kedaulatan dan meneruskan kepentingan nasional. ASEAN dilihat menjadi badan penyelaras dasar bagi kerjasama ekonomi dan telah mewujudkan Kawasan Dagangan Bebas ASEAN, AFTA. Ia juga berfungsi sebagai forum liberalisasi dagangan, perkongsian maklumat dan landasan kepada urusan kolektif bagi mendapatkan akses kepada pasaran luar. ASEAN membuktikan kerjasama melalui komuniti keselamatan dapat dijayakan tanpa mengambil kira aliran politik sesebuah negara dan ia adalah gabungan sama ada negara demokratik atau tidak berdasarkan keahliannya menerima Vietnam, Laos, Kemboja dan Myanmar.
Langkah terbaru adalah cadangan penubuhan Komuniti Asia Timur, EAC dengan tema keamanan dan kemakmuran serantau. Sidang kemuncak tersebut telah menjemput hampir kesemua kuasa besar yang berada di lingkungan Asia-Pasifik seperti India, Pakistan, New Zealand, Australia, Jepun, Korea Selatan dan lain-lain. Usaha ini walaupun masih pada peringkat awal, sesuatu yang memberangsangkan bagi rantau ini ke arah mewujudkan komuniti keselamatan yang berjaya.
“What enables the ASEAN members to assert the ‘unique’ character of their own brand of regionalism, especially when compared with the legal-rational institutionalism of Western regional institutions (such as the EU), is not just their adherence to the legal norms of non-interference and non-intervention, but the principle and practice of consensus that is justified with reference to a regional cultural style which has enthroned consensus as the modus operandi of the Association” (Acharya, 2001: 26).
Komuniti keselamatan bermodelkan ASEAN dibentuk oleh norma-norma sosio-budaya yang kemudian mengisi ruang interaksi dan proses-proses sosialisasi yang mana melaluinya, ahli-ahli berkongsi satu identiti kolektif dan mampu mencapai cita-cita untuk hidup di dalam wilayah yang aman, makmur dan saling bekerjasama.
Rumusan
Daripada perbincangan di atas, dapat dilihat satu pola terutama di kalangan sarjana Barat untuk membandingkan rantau Asia-Pasifik dengan Eropah sehingga membuat kesimpulan bahawa rantau Asia begitu terdedah kepada konflik berdasarkan sejarah dan pengalaman Eropah. Kesimpulan mudah dengan meletakkan dua dunia yang begitu berbeza daripada pelbagai segi, sehingga memperlihatkan seolah-olah tiada model keselamatan yang lebih berjaya untuk dilaksanakan di sini selain daripada model Eropahnya. Persepsi terhadap China yang bukan tergolong dalam kelompok negara demokratik dengan mudah dianggap sebagai pencetus kepada ketidakstabilan serantau dan mendesak supaya pengimbangan kuasa dilakukan oleh pesaing-pesaing China seperi Jepun dan India.
Perspektif sempit golongan sarjana Barat menyebabkan mereka terlepas pandang akan model yang berjaya mengekalkan keselamatan rantau ini iaitu komuniti keselamatan yang dipraktikkan dengan berjaya oleh institusi ASEAN. Perkara tersebut berlaku kerana sarjana daripada aliran neorealis dan neoliberal menolak sepenuhnya kerangka teori konstruktivis sehingga tidak diberikan harapan untuk menjayakan agenda keamanan serantau. Aliran realis dan liberal yang menguasai arena politik dunia dan begitu dominan dalam menentukan hala tuju keselamatan negara dan wilayah sehingga cenderung untuk melihat kejayaan satu-satu model keselamatan hanya berdasarkan andaian-andaiannya. Dengan kejayaan ASEAN sedikit sebanyak telah membuktikan bahawa dalam konteks Asia-Pasifik, konstruktivis perlu diberikan ruang untuk menguji hipotesisnya.
Selain itu, ASEAN perlu diberi peluang untuk mengetuai model keselamatan di Asia-Pasifik walaupun amalan institusinya dipersoalkan sama ada akan berjaya diterapkan di rantau tersebut. Bagaimanapun, ia bergantung kepada komitmen struktur politik negara-negara di rantau ini untuk memberikan komitmen tidak berbelah bagi dalam mewujudkan rantau yang bebas, aman, berkecuali dan mengelakkan penggunaan ketenteraan dalam penyelesaian sebarang tuntutan atau pertelingkahan.
Tsunami: Mengapa Tiada Amaran Awal?
Kerajaan Barisan Nasional mesti bertanggungjawab di atas kelalaian yang telah menyebabkan 66 orang rakyat Malaysia terbunuh (setakat ini) dan beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal, harta benda dan mata pencarian. Berita tentang gempa bumi ini termasuk magnitud gegarannya telah diterima oleh Jabatan Meteorology Persekutuan pada jam 8.58 pagi.
Cawangannya iaitu Jabatan Meteorology Pulau Pinang pula hanya menerima fax tersebut pada jam 11.12 pagi (2 jam terlewat) dan isi kandungan fax itu pula TIDAK MEMBERI sebarang AMARAN AWAL supaya berjaga-jaga dan arahan kepada penduduk di sekitar Pulau Pinang dan Kedah untuk segera berpindah ke tempat yang lebih selamat. Manakala dari berita yang kita baca di akhbar dan dengar di televisyen serta radio - Tsunami melanda Pulau Pinang dan persisiran pantai Kedah pada jam lebih kurang 1.00 tengahari. Kalau kita kira dari tempoh mula fax itu di terima (iaitu pada jam 8.58 pagi) sehinggalah pada waktu Tsunami melanda Pulau Pinang, persisiran pantai Kedah dan kawasan-kawasan di sekitar pantai barat Semenanjung pada lebih kurang jam 1.00 tengahari, terdapat tempoh selama EMPAT JAM (4 JAM) untuk kerajaan memberi amaran pada orang awam dan melakukan evakuasi serta kerja-kerja pemindahan orang awam ke tempat yang lebih selamat. Tetapi, kenapa ini tidak dilakukan? Kenapa kita tidak diberitahu lebih awal?
Tempoh 4 JAM yang ada sudah mencukupi untuk kerajaan melakukan kerja-kerja memberi amaran awal dan melakukan pemindahan orang-orang awam. Walaupun harus diakui tempoh 4 jam itu singkat untuk memindahkan seluruh isi rumah, tetapi tempoh 4 JAM itu PASTI MENCUKUPI untuk menyelamatkan NYAWA orang-orang awam dan MEMINIMAKAN kerugian harta benda dan tempat tinggal. Jika amaran awal dan kerja-kerja pemindahan dilakukan di dalam tempoh 4 JAM itu, kemungkinan besar lebih ramai nyawa yang dapat diselamatkan dan kerugian harta benda serta kehilangan tempat tinggal dan rumah dapat diminimakan!
Pada hari yang malang tersebut, ramai yang berkelah di tepi pantai Batu Ferringhi dan Pulau Betong, sementara ramai keluarga yang tinggal di persisir pantai masih berehat di rumah, sewaktu cuti hujung minggu.
Kematian yang telah dicatat sehingga kini telah melebihi 50 orang, 15 daripadanya adalah kanak-kanak berumur 10 dan bawah, sementara yang termuda merupakan seorang bayi berusia lima bulan.Soalnya di sini - kelalaian 4 JAM tersebut -SIAPA YANG HARUS BERTANGGUNGJAWAB?
posted 9:30 AM | < Previous | Home |
Send this page to a friend.
7 comments
Bekas Makan dan Pengebom
Setiap ulang tahun pengeboman Hiroshima dan Nagasaki akan mengingatkan kita bahawa memori itu bukanlah neutral secara moralnya. Ia menjurus ke arah baik atau jahat, dan empat perspektif sering membentuk setiap kejadian sejarah – penyumbang atau orang yang menerima sumbangan, dan penjenayah atau mangsanya. Menjadi penerima sesuatu tindakan adalah kurang sedap berbanding dengan menjadi penyumbang tindakan tersebut, kerana ia menunjukkan kekurangan kuasa serta sifat kebergantungan. Tetapi menjadi mangsa sesuatu jenayah jelas lebih dihormati daripada menjadi penjenayah. Dan ketika tiada siapa pun yang mahu menjadi mangsa, ramai manusia hari ini mahu kalau boleh menjadi mangsa. Mereka mengimpikan status mangsa.
Menjadi mangsa memberikan hak untuk mengadu, protes dan menuntut. Adalah lebih baik untuk mengekalkan peranan sebagai mangsa, daripada menerima pampasan. Anda mendapat keistimewaan yang kekal, bukannya kepuasan sementara.
Apa yang benar mengenai seseorang individu itu, adalah lebih benar mengenai sesebuah kumpulan. Jika dapat dibuktikan dengan jelas bahawa sesebuah kumpulan telah menjadi mangsa ketidakadilan masa lampau, kumpulan tersebut akan mendapat kredit moral yang tidak terhad. Semakin serius jenayah yang dilakukan pada masa lalu, semakin besar hak yang mereka terima pada masa sekarang – yang diperolehi hanya dengan menjadi ahli kumpulan yang telah dizalimi itu.
Sudah tentu, kita kini mengakui dengan lebih jelas bahawa sejarah sering ditulis oleh pihak yang menang. Ini telah meningkatkan permintaan supaya sejarah mangsa dan mereka yang kalah ditulis, sekurang-kurangnya bersebelahan dengan sejarah pemenang itu. Ini merupakan satu tuntutan yang munasabah kerana ia membolehkan kita mengenali sejarah yang telah diabaikan pada masa lepas. Bagaimanapun, bercakap bagi pihak mangsa tidak akan menambah merit etika seseorang.
Malah, tiada keuntungan moral yang dapat dicapai daripada membangkitkan kisah silam jika kita gagal mengenal pasti masalah dan kesalahan diri sendiri. Tetapi, bukan mudah untuk melakukan sedemikian. Contohnya, pada 1995, Smithsonian Institution di Washington telah cuba mengimbas kembali tentang Enola Gay, pesawat yang menggugurkan bom atom ke atas Hiroshima.
John Dower, ahli sejarah Amerika dan pakar mengenai Jepun moden, telah mengkaji isu tersebut dengan panjang lebar. Dia menunjukkan bagaimana sejarah dapat ditafsirkan dan dinilai dalam cara-cara yang berbeza – daripada sudut pandangan Amerika dan Jepun, walaupun tiada siapa pun yang mereka-reka cerita atau menyalah ertikan sumber-sumber. Pemilihan dan penggabungan data sahaja sudah cukup baginya.
Bagi orang Amerika, kejadian itu dilihat sebagai “keberanian dan kemenangan di mana bom atom itu menggambarkan pukulan terakhir ke atas musuh yang agresif, fanatik dan kejam”. Daripada perspektif Jepun pula, kejadian tersebut telah “menjadikan mereka mangsa”, di mana “bom atom itu telah menjadi simbol penderitaan – sama seperti Holocaust bagi orang Yahudi”. Malah, di muzium Hirosima sendiri, sifat kemangsaan itu telah dieksploitasi dalam cara yang mengganggu memori. Tanggungjawab kerajaan Jepun dalam memulakan serta meneruskan perang itu atau pun layanan tidak berperikemanusiaan yang diterima oleh tahanan perang atau orang awam di bawah pemerintahan Jepun tidak pernah betul-betul diakui oleh mereka.
Semua orang memilih pandangan yang paling sesuai dengan diri masing-masing. Sama ada kita memilih menjadi hero atau mangsa, juruterbang pesawat yang telah menamatkan Perang Dunia II atau masyarakat yang terpaksa melalui kebinasaan akibat bom atom, kita sering kali akan cuba menjadi orang yang “tidak bersalah” dan “baik”.
Di Smithsonian, Enola Gay sepatutnya menjadi tumpuan dalam satu pameran yang mahu dibuat bagi menggambarkan pengeboman Hiroshima dari segala sudut pandangan. Bagaimanapun, ekoran tekanan daripada pelbagai kumpulan patriotik AS, pameran tersebut telah dibatalkan kerana ia dilihat sebagai satu mengusik serta mengganggu memori. Kegagalan untuk mempamerkan peranan Amerika sebagai hero penyumbang akan menggambarkan bahawa mereka memang bertanggungjawab ke atas pembunuhan yang tidak berasas itu.
Siapakah pula yang akan menjadi “orang jahat” sekiranya penulis enggan menjadi hero atau mangsa? Kajian Dower tentang cara berbeza orang Amerika dan Jepun mengingati kejadian Hiroshima telah memberikan kita satu contoh yang baik. Dia memasukkan dirinya ke dalam kedua-dua kumpulan – dia terkandung dalam satu kumpulan dan kerjanya telah membuatkan dia biasa dengan kumpulan yang satu lagi. Tajuk yang diberikan kepada versi faktanya, selepas mencuba “Mangsa di Hiroshima” (pandangan orang Jepun) dan “Kejayaan di Hiroshima” (pandangan orang Amerika”, adalah “Tragedi di Hiroshima”.
Tragedi. Perkataan itu bukan sahaja merujuk kepada kesengsaraan dan penderitaan, tetapi juga kepada kemustahilan bagi penebusan. Apa pun cara yang dipilih dalam sesebuah tragedi, air mata dan kematian pasti akan menyusul. Tidak dapat disangkal, agenda tentera Perikatan adalah lebih baik berbanding Nazi dan Jepun, dan perang ke atas mereka adalah adil dan perlu. Bagaimanapun, perang yang “adil” juga mengundang tragedi yang tidak boleh diambil mudah dengan mengatakan bahawa pihak musuh yang akan menanggung akibatnya.
Kotak makanan kanak-kanak berusia 12 tahun itu, meletup di Hiroshima, dan nasi serta kacangnya menjadi hangus ekoran letupan atom itu, adalah sama berat dengan rasa bersalah kita dan juga Enola Gay. Malah, pameran kotak tersebut bersama-sama dengan artifak lain yang dipinjamkan oleh muzium Hiroshima kepada institusi Amerika itu telah membuatkan pameran tersebut tidak dapat diterima oleh bekas “hero-hero”. Hanya jika ada orang yang dapat membayangkan pengebom dan kotak makanan itu pada masa yang sama, maka adalah mungkin bagi kita untuk mentafsir visi tragik sejarah yang sebenarnya diwakili oleh Hiroshima – sama seperti episod-episod lain yang telah menghanyutkan rasa bersalah kita.
posted 9:29 AM | < Previous | Home |
Send this page to a friend.
0 comments
Perpecahan Baru Eropah
Daripada The Economist Global Agenda
Russia dan Kesatuan Eropah (EU) akan menghabiskan sebahagian daripada tempoh empat tahun akan datang bertelagah tentang negara-negara yang terletak di antara mereka – di samping banyak lagi perkara lain
Pemimpin-pemimpin daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Russia bertemu untuk satu sidang kemuncak di The Hague pada hari Khamis 25 November. Asalnya dijadualkan berlangsung dua minggu lebih awal, pertemuan itu terpaksa ditunda kerana Suruhanjaya Eropah yang baru masih belum diluluskan. Mereka yang mengambil bahagian pada minggu ini boleh dimaafkan kerana mengharapkan ia berlangsung seperti yang telah dijadualkan pada 11 November, disebabkan oleh perhubungan diantara Brussels dan Moscow, yang rumit sejak beberapa bulan kebelakangan, menjadi lebih tegang berikutan keputusan pilihan raya presiden Ukraine yang menjadi pertikaian. Presiden Russia, Vladimir Putin, dengan segera mengucapkan tahniah kepada “pemenang”, Viktor Yanukovich, yang menyokong Moscow. EU, sebaliknya, telah melahirkan kebimbangan bahawa penipuan meluas telah menafikan jawatan presiden kepada pencabar yang pro-Barat, Viktor Yushchenko.
Kementerian Hal-ehwal Luar Russia dan Kremlin memberi maklumat tentang dasar luar. Lihat juga Misi Russia ke EU. EU menjelaskan hubungannya dengan Russia, termasuk satu laporan pada bulan Februari oleh Suruhanjaya Eropah. Laporan Human Rights Watch terhadap Russia. Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) mengumumkan penemuan-penemuan daripada misi pemantauan pilihan rayanya di Ukraine.
Sidang kemuncak EU-Russia sepatutnya mengikat perhubungan lebih erat berlandaskan kepada empat “ruang-ruang persamaan”: ekonomi, isu-isu keadilan dan kemanusiaan, pendidikan dan penyelidikan, dan keselamatan dalam dan luar negara. Seperti mana yang ditunjukkan oleh perbalahan mengenai Ukraine, isu terakhir di antara keempat-empat isu tersebut merupakan yang paling dipenuhi duri dan ranjau. Apa yang dipanggil oleh EU sebagai “kejiranan bersama” dengan Russia, dan apa yang telah digelar oleh Russia sebagai “hampir jauh” – Ukraine, Belarus dan Moldowa, dan, lebih jauh ke timur, republik-republik Caucasian yang terdiri daripada Georgia, Azerbaijan dan Armenia – telah menjadi satu keributan sangat besar yang menjejaskan hubungan.
Ini bukanlah kali pertama EU dan Russia telah berselisih faham mengenai rantau berkenaan. Setelah Alexander Lukashenka “memenangi” satu pungutan suara tidak lama dahulu di Belarus, yang membolehkan beliau kekal sebagai presiden, Moscow mengucapkan tahniah kepada diktator itu, sementara Brussels menganggapnya sebagai tidak adil dan mengetatkan lagi sekatannya terhadap rejim beliau. Tetapi Ukraine merupakan medan pertempuran utama untuk mendapatkan pengaruh di antara EU dan Russia. Lebih besar daripada Perancis, dan dengan jumlah penduduk hampir 50 juta, ia memiliki sempadan yang panjang dengan kedua-dua Kesatuan yang baru berkembang dan negara bekas Soviet tersebut. Itulah sebabnya mengapa pertikaman lidah mengenai Ukraine telah dilihat oleh sesetengah pihak sebagai pertikaian terbesar di antara Barat dan Russia semenjak konflik Kosovo pada 1999 – bahkan mungkin sejak berakhirnya Perang Dingin.
Russia telah menyokong Yanukovich yang pro-Moscow kerana tidak bimbang akan kehilangan Ukraine sebagai sekutu utamanya, setelah kehilangannya sebagai bekas jajahan Soviet. Seperti mana yang disebut oleh Lilia Shevtsova, seorang penganalisis Russia, di dalam satu temubual dengan Financial Times: “Russia masih dihantui keperitan kehilangan Ukraine…seperti seorang pesakit yang kakinya telah dipotong.” Moscow, nampaknya, sudah tidak mampu bertahan untuk sekadar melihat lingkaran pengaruhnya semakin layu semenjak kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991. Satu demi satu, bekas negara-negara pengikutnya menyertai pakatan NATO, dan pada awal tahun ini sekumpulan mereka – termasuk tiga republik bekas Soviet – telah menganggotai EU. Yang lain-lain, seperti Romania dan Bulgaria, akan mengikut jejak langkah mereka dalam waktu terdekat. Anggota-anggota baru Kesatuan telah memperketatkan keperluan visa untuk pelawat-pelawat dari Russia dan sempadan-sempadan mereka telah ditutup kepada sebahagian barangan Russia. Kesemua ini telah membuatkan Russia merasa terdedah kepada bahaya – dan oleh itu menjadikan ia lebih cenderung untuk menunjukkan kekuatannya kepada negara-negara jiran.
Walaupun Moscow bimbang mengenai pengaruh Barat di Ukraine, peluang negara tersebut dijemput untuk menyertai EU pada masa terdekat adalah malap. Kesatuan berminat untuk menggalakkan hak asasi manusia dan demokrasi di sana (dan juga di Belarus), tetapi polisinya terhadap Ukraine dilanda kekusutan. Ini menggambarkan satu perpecahan dalaman yang telah menjadi semakin ketara sejak negara-negara bekas blok-timur menyertainya pada bulan Mei.
Anggota baru terbesarnya, Poland, telah lama mempunyai hubungan yang akrab dengan Ukraine (hakikatnya, barat Ukraine pernah seketika menjadi sebahagian daripada Poland selepas ia menjadi sebahagian daripada empayar Austro-Hungary, dan sebahagiannya tidak menyertai semula Ukaraine sehinggalah 1945). Kerajaan Poland telah melobi secara bersungguh-sungguh untuk Ukraine (dan kemudiannya Belarus) diberikan satu hubungan khas yang pada akhirnya akan membawa kepada keanggotaan EU. Semakin lama Kesatuan menghalang negara-negara tersebut, kerajaan Poland berkata, semakin besar peluang mereka mengalami kerugian.
Tetapi negara-negara EU tersebut yang jauh dari segi geografinya menghakiskan kebimbangan Ukraine tentang mengekalkan hubungan dua-hala dengan Russia. Tambahan lagi, adalah lebih baik mereka memberikan tumpuan kepada negara-negara yang sedang menanti untuk menjadi anggota: bukan sahaja seperti Romania dan Bulgaria tetapi juga, Turki. Mereka berhujah bahawa EU tidak boleh sewenang-wenangnya menyerap sebuah lagi negara besar yang miskin untuk beberapa dekad akan datang atau lebih. Maka, di sebalik usaha melobi yang dilakukan oleh kerajaan Poland, tiada permuafakatan untuk menawarkan Ukraine satu tarikh untuk memulakan rundingan-rundingan untuk keahlian. Juga tiada persetujuan telah dicapai untuk memulakan perbincangan dengan Georgia yang “revolusi mawar”nya pada setahun lalu telah berjaya membentuk satu kerajaan yang pro-barat, di bawah kepimpinan Mikhail Saakashvili, yang pastinya sedang mengharapkan untuk diberi satu tawaran bagi menyertai kelab berpengkalan di Brussels itu.
Medan-medan pertempuran lain
Perbalahan mengenai Ukraine timbul pada ketika hubungan di antara EU dan Russia pasca-Soviet telah menjadi begitu menebal. Adalah benar bahawa kedua-duanya telah menjalin hubungan ekonomi yang kukuh: hanya lebih separuh daripada eksport Russia menuju ke Kesatuan yang telah berkembang, dan ia sebaliknya menjadi terlalu bergantung ke atas minyak dan gas Russia. Tetapi, di peringkat politik, kepercayaan telah semakin menyusut. Brussels khuatir bahawa, seperti mana yang telah dinyatakan kertas dasar Suruhanjaya Eropah pada awal tahun ini, sesetengah amalan di Russia “bertentangan dengan nilai-nilai universal dan Eropah”. Ia menghadapi masalah dengan demokrasi di Russia, atau lebih tepat kekurangan amalan demokrasi (terima kasih kepada kedua-dua pihak pembangkang yang lemah dan kepada pilihanraya yang menyimpang daripada kebiasaan) dan kebimbangan bahawa reformasi politik yang telah diumumkan ekoran daripada pengepungan di Beslan melambangkan satu langkah ke belakang ke arah pemerintahan diktator. Ahli-ahli baru EU dari Eropah Tengah menggesa untuk bersikap tidak bertolak-ansur terhadap Moscow: mereka mahu melihat bekas pemerintah mereka dicabar dan dikawal.
Russia, bagi pihaknya, merungut dibiarkan bersendirian. Ia marah tidak dimaklumkan mengenai pendirian-pendirian EU – tentang segalanya daripada imigresen kepada penyeludupan dadah – sehingga ia menjadi terlalu lambat untuk mempengaruhi mereka. Dan, walaupun telah mendapat layanan yang agak istimewa melalui perkelahian-perkelahian seperti sidang kemuncak dua kali-setahun EU-Russia, ia inginkan badan-badan bersama yang akan memberinya peluang mengambil bahagian dengan lebih kerap. Ia juga mahu kerajaan-kerajaan di Eropah lebih peka terhadap kebimbangan dalaman Russia: para pegawai Russia meradang apabila menteri luar Belanda mendakwa pihak berkuasa Russia menggagalkan operasi menyelamat di Beslan. Dan timbul kemarahan bahawa sesetengah negara EU membayangkan kepentingan Russia di negara-negara yang pro-Barat, seperti Ukraine, sebagai merbahaya. Para pengulas Russia telah mengambil peluang untuk memperkatakan mengenai “Russophobia” di Brussels.
Hasilnya ialah Russia sekali lagi mendesak tawar-menawar yang sukar. Ia kurang berminat di dalam hubungan persahabatan berbanding faedah-faedah komersil dan diplomatik. Dengan demikian, ia membawa kegembiraan di Brussels dengan mengesahkan Perjanjian Kyoto mengenai perubahan cuaca baru-baru ini, tetapi ia melakukannya hanya setelah memperolehi sokongan EU untuk keanggotaan Russia di dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan beberapa faedah ekonomi yang lain. Ia memperlihatkan kekerasan kepala yang serupa terhadap “ruang-ruang persamaan”: sedikit kemajuan telah dicapai pada sidang kemuncak minggu ini, yang pada asalnya dijangka untuk membawa proses-proses rundingan kepada satu penyelesaian. Jika cengkaman Russia ke atas Ukraine cuba dilonggarkan oleh EU dan negara-negara lain, ia hanya akan menggalakkan negara itu mempertahankan sudutnya dengan lebih bersungguh lagi pada masa hadapan.
posted 9:13 AM | < Previous | Home |
Send this page to a friend.
1 comments
PBB Sudah Tidak Relevan?
Ke arah satu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Yang Lebih Relevan
Daripada The Economist Global Agenda
Usul yang memang telah lama dinanti untuk memulihkan PBB telah didedahkan. Mereka yang menyokong berharap ia akan memberi nafas baru kepada badan dunia itu. Tetapi ianya timbul ketika PBB sedang hebat dikritik – terutamanya daripada rakyat Amerika, ramai di kalangan mereka memikirkan PBB sudah tidak relevan dan dipenuhi korupsi.
Para pengkritik dan penyokong PBB adakalanya kelihatan seperti terpisah jauh. Tetapi sejak tahun lepas, hampir kebanyakan daripada mereka, sama ada pelbagai pihak atau satu pihak, Amerika ataupun Eropah, telah bersetuju bahawa pertubuhan itu sedang dilanda krisis. Minggu ini, satu panel reben-biru yang telah ditauliahkan oleh setiausaha agung badan itu, Kofi Annan, akan mengeluarkan laporannya tentang apa yang perlu dilakukan mengenainya.
Keadaan PBB yang menyedihkan menjadi semakin ketara dengan meletusnya Perang Iraq. Mereka yang menyokong perang menyinga kerana setelah sedekad dengan pelbagai resolusi oleh Majlis Keselamatan, termasuk peluang terakhir melalui Resolusi 1441 yang mengancam “akibat yang serius” jika Iraq tidak menunjukkan bukti ia telah melucutkan senjatanya, PBB tidak boleh bersetuju untuk bertindak. Mereka yang anti-perang juga sama kecewanya kerana badan dunia tersebut gagal untuk menghalang perang daripada dilancarkan. Tetapi Iraq bukanlah satu-satunya masalah yang dihadapi PBB. Ia hampir tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan bencana-bencana kemanusiaan, seperti keganasan berterusan di Sudan. Dan ia tidak melakukan apa-apa langsung untuk menghalang Iran dan Korea Utara memburu senjata-senjata nuklear.
PBB menghantar maklumat mengenai program minyak-untuk-makanannya. Lihat juga pusat berita PBB, dan Artikel 51 dalam Bab VII Piagam PBB. Satu artikel oleh Gareth Evans, seorang ahli panel perubahan PBB, boleh dijumpai disini.
Menyedari bahayanya menjadi tidak relevan, Annan pada tahun lepas memberitahu satu panel seramai 16 orang anggota, yang kebanyakannya terdiri daripada bekas menteri-menteri kerajaan dan ketua-ketua kerajaan, untuk mencadangkan satu perubahan. Ia terbahagi kepada dua kategori: institusi dan budaya. Perihal institusi paling banyak yang menjadi pilihan utama – khususnya desakan untuk satu perubahan struktur di dalam Majlis Keselamatan. Tetapi perubahan di dalam amalan kerja PBB juga sangat genting.
Semua orang bersetuju bahawa Majlis Keselamatan merupakan satu pusaka tidak berperwakilan: daripada 15 kerusi, lima diduduki secara tetap, oleh anggota yang memiliki kuasa veto (Amerika, Russia, China, Britain dan Perancis) dan sepuluh yang lain diberi secara bergilir-gilir bagi setiap dua tahun untuk negara-negara anggota lain dan tidak mempunyai kuasa veto. Tetapi komposisi majlis tersebut melambangkan ciri yang wujud terhadap sistem dunia sebaik sahaja Perang Dunia Kedua telah dipersetujui beberapa dekad lamanya, tanpa sebarang kejayaan untuk mengubahnya. Jepun dan Jerman, penyumbang kedua dan ketiga terbesar kepada belanjawan PBB, percaya yang mereka layak untuk menduduki kerusi tetap. Begitu juga dengan India, negara dengan penduduk kedua terbanyak di dunia, dan Brazil, negara terbesar di Amerika Latin. Tidak seperti usaha-usaha terdahulu, keempat-empat negara ini akhirnya telah bersatu untuk menekankan kes mereka. Dan mereka telah disertai dalam semangat yang sama oleh negara-negara Afrika, yang inginkan dua kerusi untuk benua mereka.
Tetapi setiap negara yang menaruh harapan mempunyai para penentangnya sendiri. China tidak mempercayai Jepun. Itali menentang Jerman daripada menduduki satu kerusi tetap, yang akan menjadikan Itali satu-satunya kuasa besar Eropah yang tidak memiliki kerusi. (Ia sebaliknya mencadangkan satu kerusi untuk Kesatuan Eropah, yang langsung tidak dapat diterima kerana ini memerlukan Britain atau Perancis melepaskan kerusi masing-masing, dan institusi serantau tidak boleh menganggotai PBB di bawah Piagam PBB sekarang.) Mexico dan Argentina dengan Sepanyol sebagai bahasa ibundanya tidak fikir Brazil yang berbahasa ibunda Portugis patut mewakili Amerika Latin, dan Pakistan menentang dengan keras tawaran seterunya, India. Bagi negara-negara yang nampaknya berpotensi untuk mengisi kerusi benua Afrika, Mesir telah menuntut satu kerusi sebagai mewakili negara Islam dan dunia Arab. Itu akan meninggalkan Nigeria, negara dengan penduduk paling ramai di benua itu, dan Afrika Selatan, yang lebih kaya dan memiliki sistem demokrasi yang lebih stabil, bersaing antara satu sama lain.
Panel telah mencadangkan dua alternatif. Pilihan pertama akan memberi enam negara (satu pun belum dinamakan tetapi berkemungkinan Jerman, Jepun, India, Brazil, dan dua negara Afrika) menduduki kerusi tetap tanpa kuasa veto, dan menambah tiga kerusi tidak tetap, menjadikan jumlah anggota majlis sebanyak 24. Pilihan kedua, yang akan membesarkan majlis dengan bilangan kerusi yang sama, membentuk anggota-anggota peringkat pertengahan baru yang akan berkhidmat untuk empat tahun dan dengan segera boleh dilantik semula, di atas lapisan bawah sekarang yang mengandungi negara-negara anggota yang berkhidmat selama dua tahun, dan tidak boleh dipilih semula. Pesaing kepada negara-negara anggota yang akan menjadi anggota tetap menyokong pilihan ini.
Di samping reformasi Majlis Keselamatan yang paling ketara daripada usul-usul berkenaan, panel juga berkongsi pandangan yang sama mengenai garis-panduan bila negara-negara anggota boleh menggunakan kekerasan secara sah. Di bawah Piagam PBB, mereka boleh melaksanakannya hanya di bawah dua keadaan: Artikel 51 membenarkan penggunaan kekerasan di dalam kes yang jelas untuk mempertahankan diri, dan Bab VII membenarkan penggunaannya apabila Majlis Keselamatan memberikan persetujuan. Walaupun para ahli panel tidak mengusulkan sebarang perubahan besar kepada kedua-dua bahagian Piagam tersebut, mereka telah menawarkan penghalusan.
Biarpun Piagam berkenaan telah ditulis untuk mengawasi peperangan antara negara, panel berhujah bahawa walaupun tanpa semakan, Bab VII membenarkan Majlis Keselamatan meluluskan penggunaan kekerasan bagi tujuan-tujuan yang lebih kontoversi dan moden seperti memerangi pengganas dan campurtangan di negara-negara yang melakukan kezaliman kemanusiaan. Ia juga menimbangkan peperangan “pencegahan”terhadap ancaman-ancaman serius tetapi tidak pasti, yang berpotensi mempunyai alasan kukuh .
Tetapi panel turut menyatakan sebarang keputusan untuk menggunakan kekerasan perlu melepasi lima ujian: ancaman itu adalah serius; tujuan utamanya ialah untuk menghindarkan ancaman; penggunaan kekerasan perlu menjadi pilihan yang terakhir; kaedah perlulah seimbang; dan mesti ada satu peluang munasabah yang penggunaan kekerasan tersebut akan berjaya tanpa akibat yang membawa malapetaka. Semuanya perkara akal-waras (common-sense), tetapi panel memberi cadangan agar menjadikan ujian-ujian ini lebih jelas (jika subjektif dan tidak rasmi), dengan demikian akan meningkatkan kualiti perdebatan mengenai sebarang keputusan untuk melancarkan perang.
Sebagai tambahan, laporan tersebut menggesa PBB untuk menggunakan aset-aset yang dimilikinya dengan lebih baik di dalam peperangan menentang keganasan. Salah satu halangan kepada pembentukan satu strategi menentang-keganasan yang berkesan ialah kegagalan negara-negara anggota PBB untuk bersetuju terhadap definisi keganasan. Panel cuba membantu dengan memberikan definisi sebagai “sebarang tindakan yang bertujuan untuk menyebabkan kematian atau kecederaan tubuh yang serius kepada orang awam atau bukan pejuang”; negara-negara Arab mungkin akan terus menekan untuk pengecualian bagi kes yang melibatkan “penaklukan asing”. Laporan itu juga membincangkan mengenai apa yang dilihat sebagai kemungkinan satu “perlumbaan senjata nuklear” pada masa hadapan. Ia mencadangkan supaya diwujudkan lebih banyak insentif kepada negara-negara untuk berhenti memperkayakan uranium.
Minyak-untuk-makanan: pelan atau komplot?
PBB sememangnya sudah cukup banyak perkara untuk dirisaukan dengan imejnya yang dianggap lemah dalam menghadapi perang Iraq. Namun sejak meletusnya perang itu, ia juga telah diekori oleh tuduhan rasuah. Sebelum pencerobohan yang diketuai Amerika itu, ia menguruskan sebuah program “minyak-untuk-makanan” bernilai $62 bilion yang membolehkan Iraq menjual minyak untuk membiayai barangan kemanusiaan. Semenjak berlakunya peperangan, dokumen-dokumen telah ditemui yang kelihatannya menunjukkan Saddam Hussein memperjudikan sistem itu dengan mendapat berpuluh-puluh bilion dolar. Sesetengah wang disedutnya secara terus. Tetapi beliau mungkin juga telah membeli sokongan politik daripada mereka yang mempunyai kedudukan yang baik di dalam kerajaan negara-negara Barat dan, yang menjahanamkan, daripada PBB sendiri.
Benon Sevan, bekas ketua program minyak-untuk-makanan, telah muncul di dalam satu senarai mereka yang didakwa menerima baucar minyak daripada Saddam. Tetapi yang lebih hampir kepada pihak atasan, barangkali, ialah kes yang melibatkan Kojo Annan. Anak kepada setiausaha agung badan dunia itu bekerja untuk sebuah firma Switzerland, Cotecna, yang memeriksa barangan di lintasan sempadan. Beliau meninggalkan firma tersebut pada Disember 1998, tepat sebelum ia memenangi satu kontrak untuk kerja di dalam program minyak-untuk-makanan. Pada minggu lalu, akhbar New York Sun melaporkan bahawa anak Annan terus menerima bayaran daripada Cotecna sehingga 2004., Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat setiausaha agung, ia merupakan sebahagian daripada standard perjanjian untuk tidak-bersaing. Tetapi tempoh pembayaran tersebut telah disorokkan daripada para penyiasat Kongres Amerika yang kini sedang berang. Annan mendakwa beliau tidak mengetahui bayaran tersebut telah berlaku sejak sekian lama, dan mengakui bahawa pendedahan tidak sepenuhnya oleh anak beliau telah mencipta satu “masalah persepsi”.
Pada awal tahun ini, Annan menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat program minyak-untuk-makanan, yang diketuai oleh Paul Volcker, bekas ketua Rezab Persekutuan Amerika. Tetapi Kongres melakukan penyiasatannya sendiri secara serentak, dan menuntut agar Volcker berkongsi maklumat yang dimilikinya. Volcker enggan, atas alasan ia akan menghalang tugasannya sendiri. Pengulas-pengulas konservatif dan pengkritik PBB berkata Annan berlindung disebalik penyiasatan yang dilakukan Volcker, dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Mereka telah mendesak supaya Annan meletakkan jawatan.
Di dalam persekitaran begini, prospek untuk pembaharuan PBB agak suram. Perubahan struktur seperti diusulkan dalam laporan memerlukan sokongan dua-pertiga daripada perwakilan di Perhimpunan Agung, pengesahan selanjutnya melalui sokongan dua-pertiga kepada kerajaan negara masing-masing, dan tidak dikenakan veto oleh anggota-anggota tetap Majlis Keselamatan. Amerika kini memiliki pandangan buruk terhadap badan dunia tersebut. Ramai rakyatnya bertanya, mengapa perlu mengubah sesuatu yang memang langsung tidak berkesan dan malahan korup pula,? Di sebalik persetujuan sejagat yang PBB sedang berada dalam keadaan yang teruk, usaha untuk membuat perubahan akan menghadapi permasalahan yang sukar.
Kalau kamu telah menghunus pedangmu, kamu harus menggunakannya! Kalimat tua itu ditulis Fareed Zakaria dalam kolomnya di Newsweek edisi 17 Februari. Ia mengutip seorang diplomat senior Asia yang tak disebutkan namanya, untuk menggambarkan posisi Amerika Serikat (AS) saat ini. Bush telah menghunus pedang untuk memenggal kepala Saddam, dan dia harus menggunakannya. “You’ve drawn your sword. Now you must use it.”
Memang, hampir tidak ada yang percaya Bush akan memasukkan kembali pedang ke sarungnya. Polling Time/CNN, setelah Powell berbicara di sidang Dewan Keamanan (DK) PBB mengungkapkan, 75 persen responden berpendapat, perang tak mungkin lagi dihindari. Bahkan, setelah pidato bersejarah Powell tersebut, 17 persen rakyat AS, yang semula menentang perang, berbalik arah mendukung rencana Bush. Rakyat AS percaya, Saddam adalah orang paling berbahaya di dunia, dan karena itu, harus dilenyapkan, dengan segala cara.
Sayang, angin sejarah sedang tak berpihak pada Bush. Dunia berpaling dari benua Amerika ke Eropa untuk melihat tarian yang dimainkan Presiden Perancis Jacques Chirac. Akhir tahun lalu, ketika PBB merumuskan resolusi 1441, Chirac berdiri di posisi Bush, mendukung resolusi yang mempersulit posisi Saddam. Saat itu, Bush baru saja sukses menggulung Taliban dan mendapatkan mandat internasional yang luas. Tapi kini, ketika Bush semakin tampak arogan, dan gagal meyakinkan dunia internasional tentang pentingnya memerangi Saddam, Chirac memalingkan muka. Ia menentang perang.
Sebagai pemimpin satu dari lima negara yang memiliki kekuasaan veto di PBB, geliat Chirac tak pelak lagi mengubah peta politik dunia. Apalagi kemudian ia disokong penuh oleh Jerman, negara yang bersama Perancis, lantas diolok-olok Menhan AS Donald Rumsfeld sebagai “old Europe”. Dan, Eropa kini sanggup berkata tidak kepada Bush. Posisi itu didukung Austria ketika mengatakan, tidak akan mengijinkan wilayahnya dilewati pasukan AS tanpa Bush membawa mandat perang dari PBB.
Sidang Dewan Keamanan PBB 14 Februari lalu semakin memojokkan Bush. Perancis dan Jerman, yang juga menentang perang, didukung Rusia, pemegang kartu as hak veto. Putin, yang diklaim Bush sebagai sahabat baiknya, memilih bersama “old Europe” ketimbang bersekutu dengan bangsa Amerika. Sikap Rusia itu diikuti pemegang hak veto lainnya, RRC, sekutu lama Rusia. Dengan demikian, Bush hanya mampu mendapatkan dukungan dari Inggris, tetapi skor di Dewan Keamanan menjadi 3-2 untuk Jacques “Zinedine Zidane” Chirac dkk. Dunia seolah bersorak kegirangan menyaksikan AS yang kalah.
Jelas, makin sulit bagi Bush untuk mendapatkan mandat PBB untuk mewujudkan ambisinya memerangi Saddam. Tapi ia masih punya kartu lain. Seorang diplomat Indonesia di Cairo menyebutkan, Bush akan bertindak nekat untuk menyelamatkan mukanya. Pedang telah dihunus dan dia harus menggunakannya.
“Bush akan menggunakan kekuatan unilateral,” ujar diplomat tersebut. Kekuatan unilateral itu dibangung atas dukungan Inggris, Australia, Italia, beberapa negara Eropa Timur, dan sejumlah negara Timur Tengah. Dalam bahasa Time, Bush akan membuat DK PBB menjadi irrelevant, tidak relevan.
PERANCIS dan Jerman, sebenarnya, adalah sekutu Amerika, kata diplomat tadi. Namun, keponggahan Bush dan bangsa Amerika belakangan ini agaknya membangkitkan harga diri dua pemimpin negara berpengaruh di Eropa tersebut. “Apa-apaan, lu, Bush,” begitulah kira-kira kata Chirac dan Schroder.
Bush agaknya sedang mengayun pedang di pentas dunia yang sudah berubah. Jerman yang bersatu sekarang ini, kata diplomat tersebut, bukan lagi Jerman yang dulu dicabik-cabik AS dan Uni Soviet. Jerman sekarang lebih kuat, bersatu, dan mulai tumbuh kebanggaannya sebagai bangsa Arya yang unggul.
Kepeloporan Perancis dan Jerman seolah menyulut keberanian para pemimpin Arab. Segera setelah DK PBB bersidang mendengar laporan Blix dan El Baradei, Presiden Mesir Hosni Mubarak menyerukan segera digelar “emergency summit” para pemimpin Arab. Bahkan direncanakan, Mubarak akan terbang ke Paris untuk menemui Chirac.
Dari awal, Mesir, negara yang sebenarnya banyak mendapatkan bantuan ekonomi AS, menolak solusi perang dalam mengatasi krisis Irak. Bersama Raja Abdullah dari Jordania, Mubarak melakukan safari menemui para pemimpin Arab untuk membangun “visi Arab”. Bagaimanapun, Mubarak berpendapat, serangan AS ke Irak akan menyulut perang regional.
Mubarak dan Raja Abdullah melihat rencana serangan ke Irak tak boleh dilepaskan dari isu Palestina. Belakangan ini, pasukan Sharon terus menerus membantai warga sipil Palestina, tanpa Bush bisa menyetopnya. Terhadap Saddam, Bush amat kencang, sementara terhadap Sharon, yang mengerahkan ribuan tentaranya memerangi penduduk sipil Palestina sejak Maret tahun lalu, Bush tak mampu berbuat apa-apa.
“Tujuan kami adalah menghindari perang di Irak dan menyelamatkan rakyat Irak tak berdosa bila perang meledak. Tapi sebuah pertanyaan besar adalah apa yang yang terjadi di Irak setelah serangan,” kata Mubarak.
Inisiatif yang lebih “lunak” diusung Arab Saudi, karib AS di Teluk. Negara kerajaan ini sepertinya melihat Saddam dan Bush sedang bermain pedang. Dan, agar Bush memasukan kembali pedang ke sarungnya, Saddam harus menyingkir dari Baghdad. Hanya dengan itu, Arab Saudi melihat Bush tidak akan kehilangan muka.
Seorang diplomat yang dikutip harian Al Ahram, surat kabar berpengaruh di Mesir, melukiskan posisi Bush tidak sebagai pemain pedang tapi sebagai pemanjat pohon. Dengan mengirim pasukan demikian banyak ke Timur Tengah untuk menggempur Irak, Bush telah memanjat pohon yang tinggi. Agar dia tidak kehilangan muka, harus tersedia tangga yang memungkinkan dia turun dari pohon dengan bermartabat. “Jalan keluar yang sama dibutuhkan untuk Saddam bila ia menerima tuntutan untuk mundur,” ujar diplomat Arab tersebut. Arab Saudi sedang berusaha meminta jaminan AS, agar setelah Saddam turun, diktator itu tidak akan di-Pinochet-kan.
Persoalannya lalu, maukah Bush meletakan pedang yang telah dihunusnya? Maukah Saddam menerima tuntutan untuk mundur dari singgasananya? Perjalanan waktu beberapa pekan mendatang akan menjawab pertanyaan tersebut. Yang sudah terlihat dengan jelas saat ini adalah Bush sedang mempertaruhkan martabat bangsa Amerika dalam percaturan politik global. Lalu tersisa satu pertanyaan, akankah Bush mampu mempertahankan dominasi AS sebagai satu-satunya negara adi kuasa di dunia ketika Perancis, Jerman, Rusia, dan China mampu dan berani berkata tidak kepada Washington? (dahlan)
PERMUAFAKATAN ASEAN DAN DIPLOMASI NASI BASI
Hari ini, Pentadbiran Presiden George W Bush sedang aktif melakarkan semula peta geopolitik di Asia Barat. Sebab itulah Iraq diserang, dijajah dan dimusnahkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya sejak 2003. Sebab itulah Lebanon sedang dimusnahkan dan rakyat jelatanya sedang dibunuh secara kejam oleh rejim zionis Israel. Sebab itulah Iran dan Syria mungkin dibelasah oleh AS dan sekutunya tidak lama lagi. Sebab itulah Palestin sentiasa dihancur-leburkan rejim zionis Israel sejak zaman berzaman.
Berasaskan situasi seperti di atas, mengapakah Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice, diizinkan bermain piano di majlis makan malam sempena Persidangan Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN, di Kuala Lumpur, pada 28 Julai 2006?
Banyak pihak tersinggung dengan peristiwa tersebut. Sebab itulah agaknya, Kolumnis Awang Selamat, menyorot perbuatan Coondolezza Rice itu dengan nada sinis, dalam ruangan Bisik-Bisik, Utusan Malaysia 29 Julai 2006, seperti berikut:
“Tergamak Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu bermain piano ketika beratus-ratus orang yang tidak berdosa terkorban dan darah terus mengalir di Lebanon dan Gaza akibat keganasan negara sekutunya, Israel. Lagu apa yang dimainkan dan terhiburkah Menteri-Menteri Luar ASEAN?”
Untuk menjawab Awang Selamat, Condolezza Rice mendendangkan lagu Prayer For Peace atau Doa Untuk Keamanan, ciptaan pemuzik yahudi bernama Mozart. Kalaulah Awang Selamat bertanya, sama ada para Menteri ASEAN yang mendengar dengangan lagu itu telah terhibur, saya pula mahu bertanya, mengapakah Condoleezza Rice diberi peluang bermain piano di majlis itu?
Siapakah yang membuat keputusan itu? Mengapakah Malaysia, selaku tuan rumah, tidak sensitif dan tidak membantahnya? Tidakkah tindakan memberikan peluang kepada wakil AS yang jelas merestui zionis Israel terus membunuh rakyat jelata Lebanon itu satu perkara yang memaluklan umat Islam, khususnya bila Malaysia adalah Pengerusi OIC?
Anehnya, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang bermati-matian menjuarai keprihatinan Malaysia terhadap musibah yang menimpa umat Lebanon akibat keganasan zionis Isral, pun langsung tidak bersuara mengenai insiden di atas.
Berbalik kepada soal permainan piano oleh Condoleezza Rice, adakah seluruh anggota ASEAN menyetujuinya? Atau, adakah insiden itu mencerminkan wujudnya perpecahan di dalam ASEAN pada hari ini?
Kalau begitu, adakah seluruh anggota ASEAN masih setia kepada matlamat asal penubuhannya, iaitu menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai zon aman, bebas dan berkecuali? Adakah seluruh anggota ASEAN tidak ada yang memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia mutakhir ini?
Sebenarnya, permuafakatan dalam ASEAN nampaknya jadi rapuh sejak Peperangan Antikenagasan Global (PAG) dilancarkan oleh AS mulai 2001. Dalam peperangan ini ada segolongan negara ASEAN yang menghantar tenteranya ke Iraq secara bilateral.
Ini bermakna, ada anggota ASEAN, secara langsung atau tidak langsung, turut bertanggungjawab membunuh umat Islam dan menghancurkan negara Islam di Asia Barat. Inikah bentuk keberkecualian ASEAN di abad ke-21?
ASEAN tentunya amat insaf, AS memang telah dan sedang mengeksploitasikan Tragedi 11 September 2001 untuk menegakkan hegemoni dan mengukuhkan neoimperialismenya di Asia Tenggara.
Usaha ini dimulakan pada Januari 2002 - sesudah PAG memusnahkan Afghanistan dan membinasakan Rejim Taliban, tetapi sebelum PAG dilancarkan di Iraq untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein.
Satu perkara yang menarik mengenai PAG di Asia Tenggara ialah, ia tidak dijelmakan dalam bentuk peperangan fizikal seperti di Afghanistan atau di Iraq. Sebaliknya, ia menjelma dalam bentuk siri fitnah, operasi hitam, operasi bendera palsu, ledakan bom secara bersiri, dan pertumpahan darah antara agama.
Contohnya, beberapa bulan selepas tentera AS berkubu di selatan Filipina mulai Januari 2002, sama ada secara terancang atau secara kebetulan, terjadilah pelbagai peristiwa keganasan dan tersebar pula pelbagai propaganda.
Semua ini nampaknya terselaras dan dipercayai akan memudahkan Pentadbiran Bush mengerahkan tentera AS ke beberapa negara lain di Asia Tenggara. Ini termasuklah peristiwa dan propaganda berikut:
Kekecohan kononnya sekumpulan teroris Islam akan mengebom Kedutaan AS di Singapura.
Al-Qaeda kononnya mempunyai sel dan proksinya di Indonesia; peristiwa pengeboman ke atas beberapa kepentingan AS di beberapa kepulauan Filipina dan Indonesia.
Dua siri ledakan bom di Bali dan dua siri lagi ledakan bom di Jakarta, Indonesia.
Beberapa siri pertumpahan darah di selatan Thailand.
Dan, fitnah kononnya Al-Qaeda dan sekutunya mungkin melakukan keganasan berskala besar dan paling dahsyat di Selat Melaka.
Seluruh propaganda, peristiwa, dan fitnah di atas memberikan gambaran seolah-olah Asia Tenggara memang benar-benar dilanda masalah terorisme yang amat parah. Maria Ressa, Ketua Biro CNN Jakarta, di dalam bukunya The Seed Of Terror, menyatakan bahawa “Asia Tenggara adalah sarang teroris kerana majoriti rakyat negaranya adalah Islam.”
Beliau juga menyatakan, ura-ura serangan teroris ke atas beberapa kepentingan AS di Singapura adalah Pelan A kepada rancangan keganasan yang kononnya terbesar yang akan dilaksanakan oleh Al-Qaeda di Asia Tenggara.
Tetapi, serangan tersebut, katanya, gagal dilaksanakan kerana berjaya dikesan dan didedahkan lebih awal oleh pihak keselamatan Singapura. Sebab itulah, tambahnya, Al-Qaeda melaksanakan keganasan alternatifnya menerusi ledakan sebutir bom di Bali, Indonesia, pada 12 Oktober 2002.
Apakah yang dikatakan oleh Maria Ressa itu benar? Tidak mungkinkah serangan terbesar yang kononnya akan dilaksanakan oleh Al-Qaeda di Singapura pada 2002 hanya satu propaganda untuk menghalalkan kehadiran bala tentera AS di beberapa negara di Asia Tenggara di abad ke-21?
Persoalan ini wajar dihalusi kerana Tragedi 11 September 2001 yang telah mencetuskan PAG kelihatannya sentiasa diselubungi misteri, hipokrasi dan konspirasi di peringkat yang paling tinggi. Ia juga perlu dikaji kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh sesetengah kuasa neoimperialis tertentu daripada penyebaran propaganda sedemikian rupa. Antaranya adalah seperti berikut:
· Proses sesetengah kuasa besar tertentu mewujudkan hegemoni dan memperluaskan jaringan neoimperialismenya di Asia Tenggara jadi lebih mudah bila ianya diselindungkan di sebalik PAG.
· Ura-ura keganasan terbesar Al-Qaeda di Singapura dijadikan bahan yang kononnya sahih untuk menakut-nakutkan, mempengaruhi dan mendesak beberapa kerajaan di Asia Tenggara supaya akur kepada apa sahaja saranan dan rancangan oleh sesetengah kuasa neoimperialis dalam melaksanakan PAG di Asia Tenggara.
· Seluruh propaganda, peristiwa, dan fitnah di atas akan dijadikan kes rujukan oleh beberapa media neoimperialis, kononnya untuk membuktikan betapa seriusnya masalah terorisme di Asia Tenggara.
· Seluruh propaganda, peristiwa dan fitnah itu mendorong media neoimperialis dengan sewenang-wenangnya menghebahkan ke seluruh dunia bahawa Asia Tenggara, terutamanya Indonesia dan Filipina, kononnya syurga kepada Al-Qaeda.
Penyembunyian agenda rahsia sebuah kuasa neoimperialis tertentu di sebalik PAG di Asia Tenggara jadi semakin jelas bila Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld, menyatakan di Singapura, pada 4 Jun 2004: “askar-askar AS akan memburu pengganas di Asia Tenggara tidak lama lagi.”
Tambah beliau, “askar-askar AS perlu keluar mencari pengganas di negara yang melindungi mereka serta menjejaki pihak yang membiayai operasi keganasan. AS tidak boleh menunggu satu lagi serangan seperti 11 September 2001 berlaku.”
Kenyataan tersebut membayangkan Pentadbiran Bush mungkin melancarkan PAG di Asia Tenggara dan di negara anggota ASEAN, secara pre-emtif dan ulilateral, pada bila-bila masa. Jika PAG tidak dilancarkan secara fizikal di Asia Tenggara, kemungkinan besar rantau ini dilanda beberapa siri perang saraf.
Kenyataan Rumsfeld di atas menimbulkan pelbagai pertanyaan dan spekulasi yang perlu dihalusi. Antaranya adalah:
Maklumat perisikan dari manakah yang mendorong Rumsfeld mengeluarkan kenyataan di atas?
Negara ASEAN manakah yang sedang disyakki oleh Pentadbiran Bush sebagai “melindungi pengganas” dan “membiayai operasi keganasan” di Asia Tenggara?
Jika PAG dilancarkan di Asia Tenggara, negara ASEAN manakah yang akan diserang? Negara ASEAN manakan yang akan dijadikan “rumah persinggahan” bala tentera AS untuk PAG tersebut?
Jika AS melancarkan PAG secara pre-emtif dan unilateral di Asia Tenggara, apakah reaksi ASEAN dan PBB terhadap peperangan tersebut?
Adakah kenyataan Rumsfeld di atas hanya bertujuan menguji kemuafakatan ASEAN dalam mempertahankan Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali yang ditandatangi di Kuala Lumpur pada 27 November 1971?
Adakah kenyataan di atas bertujuan menggertak Malaysia dan Indonesia yang sentiasa bertegas untuk tidak mengizinkan AS campurtangan di dalam urusan mengawal keselamatan di perairan Selat Melaka?
Adakah kenyataan di atas juga bertujuan mengherdik Thailand yang enggan mengizinkan AS menubuhkan sebuah pengkalan tenteranya di Thailand, dan menolak sebarang campurtangan AS di dalam usaha memulihkan keselamatan dan ketenteraman di selatan Thailand?
ASEAN wajar memandang serius kenyataan di atas. Ini kerana ketika ini memang terdapat banyak faktor kritikal yang mendorong AS menegakkan hegemoni dan meluaskan jaringan neoimperialismenya di rantau ASEN selepas Tragedi 11 September 2001. Antaranya adalah:
Asia Tenggara amat penting kepada usaha AS mengekalkan supremasi ekonominya secara global sesudah China bangkit sebagai kuasa ekonomi terbesar di dunia.
· Asia Tenggara, rakan dagang AS yang kelima terbesar di dunia, dengan 525 juta orang penduduk, dan KDNK US$700 billion setahun, adalah satu daripada pasaran AS yang terbesar di dunia.
· Asia Tenggara jadi destinasi kapitalis gergasi AS dengan pelaburan sejumlah US$35 billion.
· Asia Tenggara mempunyai tiga laluan air yang strategik kepada AS, iaitu Selat Melaka, Selat Lombok dan Laut China Selatan. Sejumlah US$1.3 trillion barang dagangan, atau separuh daripada barang dagangan dunia, termasuk minyak dan gas cecair asli, diangkut oleh kapal dagang menerusi laluan tersebut pada setiap tahun.
· Indonesia selaku anggota OPEC tunggal di Asia Tenggara, adalah pengeksport 20 peratus daripada keluaran gas cecair asli di dunia.
· Bekalan minyak dan gas cecair asli dari Asia Tenggara, khususnya dari Indonesia, Brunei dan Malaysia, adalah penting kepada AS.
· Asia Tenggara dipercayai mempunyai banyak lagi telaga minyak dan gas cecair asli yang belum diterokai, termasuklah di Brunei, Indonesia, Malaysia dan mungkin juga di Vietman, Filipina serta Kepulauan Spratlys.
· Asia Tenggara kini dikategorikan oleh AS sebagai zon yang tidak selamat dan tidak stabil di dunia.
Berdasarkan faktor-faktor strategik di atas, beberapa kumpulan berpengaruh, termasuk warga korporat AS, menyifatkan Asia Tenggara sebagai “wilayah yang mempunyai konsekueansi geopolitik yang besar.”
Satu daripada kumpulan tersebut adalah PNAC yang tokoh-tokoh utamanya kini jadi penasihat Presiden George W Bush. Menerusi laporan bertajuk Pembangunan Semula Pertahanan AS, terbitan September 2000, PNAC menyatakan bahawa pengukuhan tentera AS di Asia Tenggara akan jadi kunci utama kepada usaha AS menangani kebangkitan China sebagai kuasa neoimperialis dunia.
PNAC juga mencadangkan, AS hendaklah mengerahkan tentera darat dan tentera udaranya ke Asia Tenggara, serta membuka beberapa pengkalan hadapan dan satu Unit Ekspedisi Marin di Asia Tenggara.
RAND Corporation pimpinan Zalmay Khalilzad, tokoh PNAC yang kini Duta Khas AS di Iraq, pula menerbitkan satu laporan pada 2000, bertajuk Peranan Asia Tenggara Kepada Strategi AS Terhadap China.
Laporan itu mencadangkan AS mengukuhkan kedudukan tenteranya di Asia Tenggara dan mendapatkan akses kepada kemudahan ketenteraan di wilayah yang sama. Laporan itu menyatakan, pengukuhan tentera AS di Asia Tenggara penting kerana wilayah berkenaan mungkin menghadapi ancaman dari China di masa akan datang.
Ancaman tersebut kononnya akan muncul kerana China yang bangkit sebagai kuasa ekonomi dunia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, mungkin akan menyebabkan konflik bersenjata di Asia Tenggara.
Laporan itu juga mengenalpasti Singapura, Filipina dan mungkin Vietnam sebagai negara yang dijangka boleh memberikan akses kenenteraannya kepada AS, terutamanya kemudahan untuk Tentera Udara AS.
Singapura dikenalpasti kerana kedudukannya yang strategik untuk mengawal laluan di Selat Melaka. Filipina dan Vietnam dikenalpasti kerana mereka akan membolehkan AS membina keperkasaan udara bagi mengawal Laut China Selatan.
Laporan RAND juga mencadangkan agar AS memberikan bantuan keselamatan kepada Filipina, khususnya pertahanan udara dan kawalan laut. Ia juga mendesak supaya AS memulihkan hubungan ketenteraan sepenuhnya dengan Indonesia.
Majlis Hubungan Luar AS pula menyampaikan satu memorandum kepada Presiden Bush pada Mei 2001, bahawa abad ke-21 adalah waktu yang paling tepat dan sesuai untuk Kerajaan AS memfokus kepada Asia Tenggara. Alasannya, kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi yang besar mungkin mengancam dominasi AS di Asia Tenggara di hari muka.
Begitulah warna dan suasana neoimperialisme di Asia Tenggara di abad ke-21 ini. Segala-galanya mestilah difahami sedalam-dalamnya. Selurunya mestilah ditangani secara bijaksana. ASEAN hendaklah bersikap terbuka dan proaktif mengenainya.
Oleh itu, anggota ASEAN wajar bersatupadu. Kalau ada antara mereka yang terlalu intim dengan AS mutakhir ini, intimasi sedemikian harus dikaji semula demi ASEAN. Jika tidak, lama kelamaan ASEAN mungkin retak, pecah dan terbelah.
Berasaskan seluruh hakikat di atas dan perkembangan geopolitik di Asia Barat dan Asia Tengah mutakhir ini akibat angkara AS serta sekutunya, adalah aneh bila Menteri-Menteri Luar ASEAN tiba-tiba sahaja mengizinkan Condoleeza Rice bermain piano untuk lagu Doa Untuk Keamanan. Perkara ini aneh kerana pada realitinya, AS kini menyokong zionis Israel membunuh umat manusia di Lebanon, dan PAG yang dipelopori AS pula menjejaskan kesetiaan sesetengah anggota ASEAN terhadap tanggungjawab mewujudkan zon aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
Jadi, diplomasi jenis apakah yang sedang diamalkan oleh ASEAN? Adakah diplomasi yang boleh menjamin kelangsungan ASEAN di abad ke-21? Adakah diplomasi yang akan menyebabkan permuafakatan ASEAN jadi semakin rapuh? Adakah diplomasi yang mungkin menjadikan ASEAN berkecai seperti nasi yang basi?
Undang-undang antarabangsa adalah badan undang-undang yang “mengawal kegiatan-kegiatan entiti yang mempunyai keperibadian antarabangsa”. Secara tradisi, itu bermaksud kelakuan dan hubungan dua hala antara negara-negara dunia. Akan tetapi, sekarang undang-undangantarabangsa juga difahami sebagai meliputi struktur dan kelakuan pertubuhan antarabangsa dan, setakat tertentu, perbadanan-perbadanan multinasional dan individu-individu. Sebagai contoh, rangkaian restoran McDonald’s adalah badan korporat antarabangsa manakala George Soros adalah salah satu contoh individu berpengaruh di peringkat antarabangsa. Sebagaimana dikatakan oleh Rosalyn Higgins dalam bukunya “Masalah-masalah dan Proses: Undang-undang Antarabangsa dan bagaimana kita menggunakannya” (Problems and process: Undang-undang antarabangsa mengenalpasti dan meletakkan negara sebagai aktor utama di pentas antarabangsa. Oleh sebab kewujudan negara membuat anggapan bahawa adanya kawalan dan jajahan terhadap sesuatu kawasan, undang-undang antarabangsa berkait dengan pengambilan sesuatu kawasan, immuniti negara dan tanggungjawab undang-undang negara dalam perhubungan mereka sesama sendiri. Undang-undang juga mengambil berat akan layanan sesuatu negara terhadap rakyatnya dalam kawasan jajahan mereka sendiri. Secara langsung, wujudnya rejim komprehensif yang mengenai hak kumpulan, layanan terhadap pendatang asing, hak pelarian, jenayah pada peringkat antarabangsa, masalah kewarganegaraan dan hak asasi manusia secara amnya. Ia juga meliputi penjagaan sekuriti, stabiliti dan keamanan di peringkat antarabangsa, kawalan senjata, penyelesaian diplomatik pertikaian yang berlaku dan pengaturan penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Sekalipun undang-undang antarabangsa ada masanya tidak dapat menggelakkan perperangan, ia sekurang-kurangnya dapat mengawal kelakuan antara pihak-pihak yang berbalah dan menggariskan layanan terhadap tahanan perang. Antara fungsi-fungsi lain undang-undang antarabangsa adalah untuk regulasi isu-isu berkait alam sekitar global, perkongsian global seperti perairan antarabangsa, angkasa lepas, komunikasi global dan perdagangan antarabangsa.
Sementara undang-undang munisipaliti di dalam sesuatu negara bersifat hierarchikal ataupun vertikal, dengan badan penggubalan undang-undang (seperti parlimen) yang boleh menguatkuasakan undang-undang terhadap semua, undang-undang antarabangsa pula bersifat horizontal, dengan semua negara berdaulat dan secara teorinya sama taraf. Disebabkan oleh keadaan ini, terdapat masalah asas dalam penguatkuasaan undang-undang diperingkat antarabangsa kerana penguatkuasaannya tertahluk kepada kemahuan negara-negara bersama dan kekuatan negara-negara tersebut dalam penggubalan, kepatuhan dan penguatkuasaan sebarang undang-undang. Walaupun terdapat pengecualian, secara amnya negara memasuki sesuatu perjanjian berdasarkan kepentingan sendirinya dan keuntungan yang bakal diperoleh, dan bukan disebabkan oleh tanggungjawabnya. Sebagaimanya yang diperkatakan oleh D.W. Greig, “undang-undang antarabangsa tidak bolehlah dianggap berasingan daripada faktor politik yang beroperasi dalam perhubungan antarabangsa”.
Walaupun terdapat cabang, undang-undang antarabangsa secara lazimnya tidak mempunyai sistem kehakiman yang wajib bagi mereka yang melanggar undang-undang ini atau bagi negara-negara yang ingin membawa pertikaian sesama mereka untuk diadili. Ini tidak menafikan wujudnya tiada tribunal-tribunal dalam perundangan antarabangsa. Sebagai contoh, kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah sebagai satu cara bagi masyarakat dunia untuk menguatkuasakan undang-undang keatas mereka yang melanggarnya. Secara tradisi, hanya negaralah yang merupakan subjek undang-undang antarabangsa. Akan tetapi, dengan prolifirasi badan-badan yang mempunyai status dwikewarganegaraan ataupun multinasional dalam beberapa dekad kebelakangan ini, mereka telah diiktiraf sebagai pihak-pihak yang relevan juga. Beberapa intepretasi undang-undang hak asasi antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang perdagangan antarabangsa (contohnya NAFTA Bahagian 11) telah turut menyenaraikan badan-badan koperat, dan juga individu.
Konflik pada asas undang-undang antarabangsa Abad ke-17, 18 dan ke-19 menampakkan penularan konsep negara nation-state, iaitu sebagaimana kita kenali pada hari ini diperintah berdasarkan pemusatan kuasa di kerajaan pusat (Contoh: Persekutuan Malaysia merupakan contoh konsep negara yang moden berbanding empayar Melaka yang kuno). Konsep begini wujud disebabkan oleh penularkan sifat nasionalisme, yang menekankan persamaan keturunan dan bangsa sebagai sebab untuk bersatu membentuk suatu negara (Contoh: Republik Rakyat China diasaskan dengan anggapan bahawa China adalah satu negara bersama untuk semua orang Cina). Sehingga permulaan abad ke-20, hubungan antara negara diatur dengan Triti, iaitu perjanjian bagaimana hendak berlaku kepada negara lainnya. Masalah cara ini adalah bahawa perjanjian tersebut tidak dapat dikuatkuasakan, dan negara seringkali bertindak sesuka hati mereka meskipun telah berjanji untuk berlaku baik. Kebanyakan orang kini menganggap bahawa negaralah unit utama perihal antarabangsa. Negara boleh memilih untuk secara rela melibatkan diri dalam komitmen dibawah undang-undang antarabangsa, akan tetapi akan mengikut nasihat peguam mereka sendiri apabila soal interpretasi timbul.
Dengan berlalunya abad ke-20, jumlah konflik yang ganas dan bersenjata, terutama semasa Perang Dunia Kedua dan Perang Dunia Pertama menyebabkan ramai sedar akan kelemahan sistem triti antarabangsa. Dalam satu percubaan untuk mewujudkan sistem perundangan yang lebih gental di peringkat antarabangsa, satu kenderaan untuk penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ditubuhkan dan undang-undang jenayah antarabangsa yang baru diaplikasikan di Perbicaraan Nuremberg. Dalam 50 tahun kebelakangan ini, lebih banyak undang-undang antarabangsa dan badan penggubal undang-undang antarabangsa diwujudkan, seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda.
Terdapat sebilangan orang yang berpendapat bahawa perkembangan semasa ini bahaya kepada konsep negara dengan mengambil kuasa daripada kerajaan negara dan memberikannya kepada badan penggubalan antarabangsa seperti PBB dan Bank Dunia. Sesetengah cendakiawan kini berpendapat bahawa undang-undang antarabangsa telah berkembang menjadi sesuatu yang lebih daripada hanyalah persetujuan negara-negara. Terdapat trend baru untuk mengadili tindak-tanduk sesebuah negara dari segi undang-undang antarabangsa (lihat kerajaan dunia untuk anjakan dan pergerakan ke arah ini). Sesetengah negara lainnya termasuk Amerika Syarikat menentang idea-idea ini dan menekankan bahawa hanya kedaulatan adalah undang-undang antarabangsa sebenar dan negara mempunyai hak mutlak mentadbir perihal mereka sendiri. Sesetengah cendakiawan juga membezakan proses penggubalan dan kehakiman diperingkat antarabangsa dengan proses penggubalan dan kehakiman dalam negara. Para penentang pendapat ini mengatakan bahawa negara hanya memberi komitmen kepada undang-undang antarabangsa dengan kerelaan sendiri dan mahkamah antarabangsa hanya berfungsi dengan persetujuan negara-negara. Disebabkan undang-undang antarabangsa adalah satu cabang undang-undang yang baru perkembangannya tidak dapat dinilai dan kerelevanan dan proprietinya hangat dipertikaikan.
Sumber undang-undang antarabangsa Rencana utama: Sumber-sumber undang-undang antarabangsa Undang-undang antarabangsa mempunyai tiga sumber utama: triti antarabangsa, adat dan prinsip-prinsip am perundangan (dari Artikel, Akta Mahkamah Keadilan Antarabangsa). Triti antarabangsa adalah berteraskan kemestian negara-negara secara expresif dan secara sukarela yang diterima diantara mereka dalam bentuk perjanjian. Adat undang-undang antarabangsa adalah bersumberkan terhadap amalan-amalan biasa negara dalam arena antarabangsa yang diikuti oleh opinio juris iaitu kepercayaan negara-negara yang amalan-amalan ini perlu dikuatkuasakan oleh undang-undang. Keputusan-keputusan kes mahkamah di peringkat antarabangsa dan tulisan para cendakiawan juga dilihat sebagai sumber persuasif adat dan amalan undang-undang antarabangsa disamping juga sebagai bukti kelakuan negara itu sendiri. Cubaan untuk menghuraikan adat dan amalan undang-undang antarabangsa diperkasakan selepas Perang Dunia Kedua dengan penubuhan Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ILC). Adat yang telah dikodifikasikan itu dijadikan wajib dalam mengintepretasikan sesuatu adat yang tersorok dalam sesuatu perjanjian. Untuk negara yang tidak menjadi anggota bagi triti, kerja ILC masih boleh diterima sebagai adat yang diaplikasikan terhadap negara-negara berkenaan. Prinsip-prinsip am perundangan pula adalah prinsip-prinsip yang wujud dalam semua sistem perundangan yang diamalkan di dunia. Sesetengah kebiasaan undang-undang antarabangsa mencapai status kebiasaan utama jus cogens dan berkuatkuasa keatas semua negara dengan tiada pengecualian. Prinsip-prinsip am semua sistem perundangan dunia juga diaplikasi apabila diperlukan.
Tafsiran undang-undang antarabangsa Dimana terdapat pertikaian mengenai maksud sebenar dan setakat mana aplikasi undang-undang kebangsaan, ia merupakan tanggungjawab mahkamah-mahkamah untuk menentukan apakah maksud tepat undang-undang yang dipertikaikan ini. Dalam undang-undang antarabangsa secara keseluruhannya, tidak terdapat mahkamah yang mempunyai kuasa untuk melakukan ini. Secara amnya ia adalah tanggungjawab negara-negara itu sendiri untuk mengintepretasikan undang-undang itu untuk dirinya sendiri. Oleh sebab ini, tidak hairanlah kata sepakat jarang dicapai dalam satu pertikaian. Apa yang terdapat dalam Konvensyen Vienna keatas Undang-undang Triti adalah: “Satu triti itu akan diintepretasi dengan niat baik (Bona fide dalam Bahasa Latin; Good faith dalam Bahasa Inggeris) dengan mengikut maksud biasanya yang diberi kepada triti dalam konteks dan tujuan sebenarnya.” (Artikel 31(1))
Ini sebenarnya adalah kompromi diantara tiga teori intepretasi yang berbeza: • Pendekatan teks atau biasa menggangap satu triti haruslah diintepretasi dalam “maksud biasa” teks triti tersebut. Sebagai contoh, satu perjanjian diantara Malaysia dan Kanada untuk menjual getah dengan gandum sebagai tukaran haruslah dilihat dalam tukaran kedua-dua komoditi itu sahaja dan tiada maksud lain daripada itu. • Pendekatan subjektif iaitu mengira niat disebali triti tersebut, atau “konteks” yang dimaksudkan semasa penulis triti menulisnya. Contoh: Apakah niat Malaysia dalam menjual getah kepada Kanada? Apakah niat Kanada memberi gandum sebagai tukaran? • Pendekatan objektif atau matlamat triti tersebut, iaitu intepretasi yang paling sesuai untuk sebab triti. Contoh: Malaysia mahukan gandum untuk rakyatnya yang sukakan roti canai, maka gandum diperlukan untuk membuat roti tersebut. Kanada pula negara yang berbukit-bukau, maka ia perlukan getah untuk membuat tayar yang berkualiti. Triti diantara mereka mestilah berhaluan matlamat kedua-dua negara ini. Dalam maksud ini, kedua-dua negara ini mesti dapat apa yang mereka hajatkan. Pendekatan ini juga diberikan nama “Pendekatan berkesan”. Apa yang dihuraikan diatas hanyalah peraturan am sahaja; peraturan khusus masih terdapat dalam cabang-cabang khusus undang-undang antarabangsa.
Penguatkuasaan oleh negara-negara Selain daripada kecenderungan sesuatu negara untuk menegakkan sesetengah norma-norma tertentu, penguatkuasaan undang-undang antarabangsa sentiasa bersumberkan tekanan keatas satu sama lain untuk berlaku secara konsisten dan mengotakan janji-janji mereka. Sebagaimana sebarang undang-undang sekalipun, terdapat banyak juga pencabulan undang-undang antarabangsa yang tidak dipedulikan. Yang dipedulikan sekalipun, ia sentiasa diselesaikan melalui diplomasi dan kesan pencabulan itu terhadap imej negara berkenaan. Semasa pencabulan telah menjadi satu kebiasaan dalam realiti, negara-negara secara biasa cuba mengelak daripada dinampakkan sebagai telah melanggar komitmen mereka. Negara juga boleh bertindak sendiri dengan memutuskan perhubungan diplomatik atau mengenakan sekatan tehadap mereka sesama sendiri. Dalam sesetengah kes, mahkamah dalam negara mungkin boleh memberi keputusan yang tidak memihak kepada suatu negara asing (berkenaan undang-undang antarabangsa khusus) dalam satu perbicaraan, akan tetapi cabang ini adalah kompleks iaitu melibatkan pertembungan undang-undang antarabangsa dengan undang-undang kebangsaan. Negara-negara mempunyai hak mempertahankan diri jika adanya negara lain yang bertindak menggunakan kekerasan untuk menyerang kawasan tahlukan negaranya atau kedaulatannya. Negara juga boleh bergabung dengan negara rakan yang lain untuk berkerjasama menyerang kembali pihak lawannya. Negara yang telah dicabuli kedaulatannya itu mesti memberikan persetujuannya keatas sebarang gabungan bersama tersebut. Hak ini diiktiraf dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Penguatkuasaan oleh badan antarabangsa Rencana utama: Sistem undang-undang antarabangsa Pencabulan Piagam PBB oleh mana-mana ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh diungkitkan oleh negara yang tidak puas hati dalam Persidangan PBB untuk tindakan lanjut. Persidangan tidak boleh membuat resolusi yang wajib, tetapi dibawah “resolusi Bersatu Untuk Keamanan” Persidangan PBB telah mengistiharkan bahawa dirinya layak memberi kelulusan penggunakan kekerasan jika Majlis Keselamatan PBB gagal bertindak disebabkan tindakan veto salah seorang anggota Majlis itu. Persidangan PBB juga boleh mengenakan tindakan lain (seperti sekatan ekonomi) jika situasi memanggil untuknya. Akan tetapi, kesignifikanan kesahan resolusi seperti ini masih menjadi tanda tanya kerana Persidangan PBB tidak boleh membuat resolusi yang wajib.
Negara yang tercabar oleh pencabulan tersebut juga boleh mengadu kepada Majlis Keselamatan. Majlis Keselamatan boleh meluluskan resolusi dibawah Bahagian VI Piagam PBB untuk mengsyorkan “Penyelesaian Pasifik Pertikaian”. Resolusi sedemikian tidak wajib dibawah undang-undang antarabangsa, akan tetapi ia dilihat sebagai kehendak Majlis Keselamatan. Dalam sesetengah kes yang jarang, Majlis Keselamatan boleh meluluskan tidakan penggunaan kekerasan, sekatan ekonomi dan tindakan serupa dalam pada tindakan sesorang entiti antarabangsa bertindak “mencabuli Keamanan dan melakukan aksi aggressif” dibawah Bahagian VII Piagam PBB dan ini adalah wajib dibawah undang-undang antarabangsa. Ia telah dikatakan bahawa resolusi-resolusi yang diluluskan diluar Bahagian VII juga boleh mengikat, dengan asas kepada ini adalah kuasa besar yang diberikan kepada Majlis Keselamatan dibawah Artikel 24(2) yang mengatakan bahawa “dalam menjalankan tanggungjawab ini (menjaga keamanan dan sekuriti antarabangsa), ia akan bertindak dengan Prinsip-prinsip dan Matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”. Sifat mandatori resolusi-resolusi seakan ini telah disahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam pendapat nasihatnya keatas Namibia.
Sifat mengikat resolusi berkenaan juga boleh dilihat daripada intepretasi dan gaya bahasa yang digunakan, serta maksudnya. Jika kedua-dua pihak setuju, negara juga boleh membawa pertikaian sebegini ke perbicaraan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda. Keputusan-keputusan yang diberikan Mahkamah dalam kes sebegini adalah mengikat, walaupun ia tidak mempunyai cara menguatkuasakan keputusannya. Mahkamah juga boleh memberikan pendapat nasihatnya keatas apa-apa persoalan undang-undang yang timbul oleh mana-mana organisasi yang diberikan kelulusan melakukan sedemikian dibawah Piagam PBB. Sesetengah kes nasihat yang dibawa ke muka mahkamah telah mencetuskan kontroversi dengan kesahihan mahkamah tersebut membuat perbicaraan.
Biasanya kes-kes yang rumit (yang mana berjumlah kurang daripada 150 sejak mahkamah ini diwujudkan daripada Mahkamah Tetap Keadilan pada tahun 1945) boleh memakan masa bertahun lamanya dan secara amnya melibatkan beribu-ribu muka surat rayuan, bukti, dan peguam yang mempunyai pengkhususan dalam undang-undang antarabangsa yang paling baik di dunia. Dari tahun 2006, masih terdapat 12 kes yang menunggu di ICJ. Keputusan yang dibuat melalui arbitrasi lain mungkin atau tidak mengikat mengikut sifat perjanjian arbitrasi, dengan keputusan yang berpunca kes-kes kontentious yang dilawan dihadapan ICJ mempunyai sifat mengikat keatas negara-negara yang terbabit. Walaupun negara atau organisasi antarabangsa secara biasanya adalah pihak-pihak yang terlibat dalam satu pertikaian, sesetengah triti seperti Konvensyen Antarabangsa berkenaan Hak Sivil dan Politik terdapat satu pilihan protokol yang membenarkan individu yang hak asasinya dicabuli untuk mengemukakan petisyen kepada Komiti Hak Asasi Manusia antarabangsa.
Sejarah Rencana utama: Sejarah undang-undang antarabangsa Sepanjang peredaran zaman, satu kod telah beransur-ansur wujud yang menekankan hubungan antara negara. Walaupun semasa diambang peperangan, envoi dikira sebagai terlindung daripada keganasan. Cubaan-cubaan pertama kearah ini yang telah berevolusi menjadi undang-undang antarabangsa pada hari ini berasal daripada era Renaissance di Eropah. Pada era Zaman Pertengahan, ia dianggap adalah menjadi tanggungjawab Gereja untuk menjadi orang tengah dalam satu pertikaian pada peringkat antarabangsa. Semasa Majlis Constance, satu pemikir agama, peguam dan diplomat terkenal, Pawel Wlodkowic, yang merupakan rektor di Universiti Jagiellonia di bandar Krakow negara Poland mengemukakan teori bahawa semua, temasuk negara-negara bukan Kristian, mempunyai hak memerintah didalam kawasan pentadbiran mereka sendiri dan hidup secara aman dan harmoni diatas tanah mereka.
Pada permulaan abad ke-17, beberapa perkara am boleh didapati daripada situasi politik: 1. Negara-negara bebas dan memerintah sendiri wujud. 2. Hampir kesemuanya diperintah raja. 3. Triti Wesphalia dikatakan menjadi dalang disebalik penularan konsep sesebuah negara moden negara bangsa dengan meletakkan negara sebagai berdaulat dan tidak bertanggungjawab terhadap sesiapa didalam sempadan sendiri. 4. Topik-topik perperangan seringkali berkait dengan perluasan tanah jajahan, kekayaan dan hak perdagangan. Sesetengah orang menggariskan bahawa undang-undang antarabangsa berevolusi untuk menyentuh mengenai negara-negara baru yang bebas daripada pengaruh Paus dan Gereja Katolik dan keadaan ini membawa keperluan kod-kod baru kelakuan antara negara di Eropah. Mubaligh Kristian berbangsa Perancis, Emeric Cruce (1590-1648) mecadangankan mengadakan wakil-wakil daripada kesemua negara berkumpul di satu tempat untuk mengadakan perbincangan tentang konflik-konflik diantara mereka untuk mengelakkan perperangan dan mewujudkan lebih keamanan. Beliau menulis tentang idea ini dalam bukunya Cyneas Baru (1623) dan memilih Venice sebagai bandar tempat pertemuan tersebut. Beliau juga mencadangkan bahawa Paus megetuai perjumpaan itu dan ini ditolak oleh negara-negara Protestan kerana berlakunya Perang Tigapuluh Tahun pada masa yang sama.
Cadangan beliau ini melibatkan penghampusan ketenteraan dan ini tidak dipandang secara berat oleh mana-mana pihak. Meskipun begini, beliau tetap diberikan tempat dalam sejarah kerana membuat ramalan bahawa hubungan antarabangsa merupakan suatu keperluan dalam menyelesaikan pertikaian. Negarawan-negarawan yang wujud pada ketika itu mempercayai bahawa tiada negara yang boleh mengelakkan daripada berlaku perperangan dan semua haruslah bersiap-sedia menghadapi keadaan tersebut. Ketua Menteri Raja Henry VII, Maximilien de Bethune mencadangkan satu perikatan antara negara-negara Eropah untuk perbincangan penyelesaian masalah antara negara dan melakukan perang bersama keatas Kerajaan Uthmaniyyah Islam di Turki.
Beliau memanggi rancangan ini sebagai Rancangan Besar (Grand Design) akan tetapi ia tidak pernah dilaksanakan. Selepas Perang Dunia I, negara-negara di dunia membuat keputusan bergabung membentuk badan antarabangsa. Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson mencadangkan idea Liga Bangsa-Bangsa akan tetapi selepas ia dibentuk Amerika Syarikat tidak pula menyertainya. Liga Bangsa-Bangsa lenyap selepas Perang Dunia II meletus. Pada masa yang sama, badan antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sedang ditubuhkan. Pada tarikh 1 Januari 1942, Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt mengistiharkan “Deklarasi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” mewakili 26 negara yang meyatakan kesediaan mereka menentang kuasa-kuasa Paksi. Sebelum perang itu berakhir, wakil-wakil 50 negara bermesyuarat di bandar San Francisco untuk menulis piagam bagi badan antarabangsa untuk menggantikan Liga Bangsa-Bangsa. Pada tarikh 24hb Oktober 1945, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menjadi kenyataan dengan harapan untuk menghilangkan peperangan dan mewujudkan keamanan buat selamanya.
Prinsip-prinsip pelayaran India menjadi sumber peraturan-peraturan navigasi di lautan dan perdagangan serantau. Sistem bandar-negara yang diamalkan bangsa Greek kuno amat dekat konsepnya kepada sistem negara nation-state yang diamalkan di zaman moden. Liga Aetolia dan Liga Achaea 3 tahun S.M. mewakili cara-cara awal untuk mewujudkan kerjasama di peringkat antarabangsa dan memudahkan kewujudan sistem perbicaraan sebagai cara menyelesaikan pertikaian. Teori perundangan antarabangsa Undang-undang alam
Benih undang-undang antarabangsa sepertimana dikenali pada hari ini ditanam pada abad ke-16 dan abad ke-17, apabila pengaruh Gereja Roman Katolik di peringkat antarabangsa Eropah semakin menapis. Ramai penggubal teori-teori undang-undang antarabangsa pada masa itu hanya mempedulikan kebenaran-kebenaran axiomatik yang difikir terletak dalam undang-undang alam. Francisco de Vitoria, Profesor Dominica keagamaan di Universiti Salamanca, menelitikan apanya yang dikatakan perang yang adil dan kesahan pemerintahan Sepanyol di Benua Amerika. Beliau berbuat demikian semasa kegemilangan penjajahan Sepanyol selepas ketumpasan Peru yang ganas pada tahun 1536.
Sekolah Eklektik Hugo Grotius merupakan ahli agama Belanda dan juga humanis dan perundangan yang menulis De jure belli ac Pacis Libri Tres (”Tiga Buku berkenaan Perang dan Aman”) pada tahun 1625 mengatakan bahawa negara juga seperti individu perlulah dikawal prinsip berdasarkan nilai-nilai moral dan keadilan Tuhan. Kebanyakan isi buku beliau berdasarkan buku Bible dan sejarah klasik perang yang adil teori Augustine dari Hippo. Dia juga bersumberkan undang-undang dalam negara iaitu undang-undang kontrak apabila dia menotakan bahawa perhubungan dikawal oleh jus gentium iaitu undang-undang rakyat yang didirikan dengan persetujuan komuniti negara. Lihat pacta sunt servanda untuk keterangan lanjut. Prinsip-prinsip sekolah eklektik ini kemudiannya menjadi definasi undang-undang antarabangsa di Eropah, terutama doktrin-doktrin kedaulatan dan kemerdekaan negara. Prinsip-prinsip ini diiktiraf dalam Triti Westphalia dan menjadi asas kepada triti-triti lainnya seperti Triti Osnabrück dan Triti Münster.
Satu lagi pemikir ekliktik, ahli falsafah Jerman Christian von Wolff mengatakan bahawa asas kepada komuniti antarabagsa mestilah satu negara kuasa besar dunia yang mempunyai hak memerintah keatas negara-negara lain atau civitas maxima. Pendapat ini ditolak kerana sifat penjajahannya oleh diplomat Swiss Emmerich de Vattel yang lebih sukakan prinsip negara-negara yang sama taraf seperti yang diartikulasi undang-undang alam abad ke-18. Vattel dalam bukunya Le droit des gens mengatakan bahawa undang-undang negara bersumberkan adat pada satu belahnya, dan undang-undang alam pada belahnya yang lain.
Perundangan Positivisme Sekolah positivisme awal menekankan kepentingan adat dan triti sebagai sumber undang-undang antarabangsa. Para pemikir sekolah ini antaranya adalah Alberico Gentilis, seorang profesor undang-undang sivil di universiti Oxford yang menggunakan contoh-contoh dalam sejarah untuk menegak bahawa undang-undang positif jus voluntarium ditentukan melalui persetujuan umum. Satu lagi profesor di Oxford, Richard Zouche, menerbitkan panduan pertama undang-undang antarabangsa pada tahun 1650. Pada abad ke-18, perundangan positivisme menjadi popular dan menjadi sehahagian daripada falsafah perundangan antarabangsa. Ahli falsafah sekolah positif paling utama adalah Cornelius van Bykershoek, satu penggubal undang-undang mashyur yang menekankan bahawa sumber undang-undang antarabangsa adalah adat dan triti yang dipersetujui ramai oleh negara-negara. Satu lagi ahli positif, John Jacob Moser adalah penulis terkenal Jerman yang menekankan kepentingan amalan negara dalam undang-undang antarabangsa.
Ahli positif zaman kini, Georg Friedrich von Martens menerbitkan panduan pertama yang sistematik berkenaan undang-undang antarabangsa, Percis du droit des gens moderne de l’Europe. Perkembangan nasionalisme dan falsafah Hegelia pada abad ke-19 menolak undang-undang alam semakin ke tepi daripada perundangan semasa. Undang-undang komersial dinasionalkan kedalam undang-undang antarabangsa khusus yang lain daripada undang-undang antarabangsa umum. Positivisme menekankan kepentingan rasional lebih daripada nilai-nilai moral dan kelakuan. Kongres Vienna pada tahun 1815 mengiktiraf sistem perundangan antarabangsa dan politik yang berdasarkan keadaan di Eropah pada masa itu.
PBB adalah boneka kepada negara-negara kolonialis, dicipta oleh mereka, dimanipulasi oleh mereka dan pastinya akan dibubarkan apabila ia sudah tidak boleh memainkan apa-apa peranan lagi. Artikel ini akan memfokuskan kepada PBB yang menjadi kubu kontemporari kepada konsep undang-undang antarabangsa. Ini akan diperjelaskan dengan kejituan terperinci mengenai selok-belok bagaimana PBB menjadi alat kolonialis dengan memberikan beberapa kajian kes yang berkaitan….
PBB ALAT NEO-KOLONIALISME Negara-negara BARAT
Bukan lagi menjadi satu keraguan bahawa dunia kapitalis yang diterajui oleh Amerika dan Britain adalah negara penjajah. Kolonialisme mengalir dalam darah mereka dan menjadi penentu hubungan mereka dengan negara lain. Oleh itu, tidak menghairankanlah apabila Penasihat Polisi Luar Negara Tony Blair, Robert Cooper berkata,
“Cabaran dalam dunia pasca moden adalah untuk membiasakan diri dengan idea dwistandard…apabila berurusan dengan negara-negara kolot di luar benua pasca moden Eropah (termasuklah dunia Islam), kita perlu kembali kepada cara kasar era dahulu kala - paksaan, serangan ‘pre-emptive’, tipudaya, apajua yang perlu bagi menangani mereka yang masih hidup dalam abad ke-19 dimana setiap negara bertanggungjawab untuk dirinya sendiri.Maka apa yang diperlukan adalah imperialisme jenis baru.”[Robert Cooper, ‘The New Liberal Imperialism’, 2002].
Sememangnya pandangan ini bukanlah sesuatu yang baru. Walaupun Britain telah kehilangan kebanyakkan dari jajahannya, namun negara ini masih lagi enggan mengecam kolonialisme. Ini jelas apabila British telah menentang perhimpunan umum PBB resolusi 2326 (16/2/1967) yang menyeru supaya kolonialisme dikecam sebagai suatu ‘Jenayah terhadap manusia’ kerana masih menanam impian menghidupkan kembali empayar kolonialisnya.
Dunia kapitalis telah terus-menerus menghalalkan kekejaman mereka atas nama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Oleh itu, seorang ahli politik Islam yang bijak sepatutnya menyedari realiti PBB dan pendapat Islam yang dizahirkan darinya.
PBB adalah boneka kepada negara-negara kolonialis, dicipta oleh mereka, dimanipulasi oleh mereka dan pastinya akan dibubarkan apabila ia sudah tidak boleh memainkan apa-apa peranan lagi. Artikel ini akan memfokuskan kepada PBB yang menjadi kubu kontemporari kepada konsep undang-undang antarabangsa. Ini akan diperjelaskan dengan kejituan terperinci mengenai selok-belok bagaimana PBB menjadi alat kolonialis dengan memberikan beberapa kajian kes yang berkaitan.
STRUKTUR PBB
Terdapat pelbagai pendapat mengenai sifat kolonialis PBB. Di satu pihak yang ekstrim, para pengampu mengatakan PBB sebagai suatu institusi perwakilan antarabangsa tanpa sedikitpun prejudis yang mempunyai 191 anggota, sebaliknya di pihak ekstrim lain para pemikir teori konspirasi mengutarakan keseluruhan PBB dipenuhi perisik dan ejen-ejen yang menurut segala perintah Amerika. PBB telah sengaja dibentuk oleh pengasasnya supaya ia dapat menjadi alat yang boleh menghalalkan neo-kolonialisme. Dengan meneliti kepelbagaian badan di dalam PBB (http://www.un.org/aboutun/chart.html), dua badan yang diamanahkan untuk menegakkan resolusi (undang-undang) adalah ‘Perhimpunan Agung’ dan ‘Majlis Keselamatan’.
Bidang kuasa Perhimpunan Agung adalah seperti berikut;
“Perhimpunan Agung adalah majlis perundingan utama PBB. Ia terdiri daripada wakil-wakil kesemua negara anggota, masing-masing dengan satu hak mengundi. Keputusan mengenai hal-hal penting, seperti berkenaan keamanan dan keselamatan, kemasukan anggota baru dan urusan belanjawan, memerlukan majoriti dua pertiga. Keputusan mengenai hal-hal lain hanya memerlukan majoriti biasa. Keputusan boleh dicapai tanpa mengundi atau dengan undian, yang boleh direkod, tidak direkod atau diperoleh melalui panggilan nama.” Teks ini disambung dengan, “Walaupun kerajaan mana-mana negara tidak akan terikat dengan keputusan Perhimpunan Agung, namun keputusan ini mewakili pendapat dunia tentang isu-isu antarabangsa, termasuklah kewibawaan moral komuniti dunia.” [terjemahan sumber: http://www.un.org/ga/57/about.htm].
Ini adalah suatu halangan besar bagi mereka yang menyokong PBB sebagai suatu kaedah praktikal dalam menyelesaikan masalah. Pandangan 176 daripada 191 anggota PBB yang menjadi sebahagian daripada Perhimpunan Agung tiada kuasa mengikat mana-mana kerajaan.
Mengenai fungsi Perhimpunan Agung pula, sumber yang telah disebut di atas menyenaraikan 9 ciri-ciri penting, dan dengan hanya memetik kata kerja pada setiap perkara, teks ini adalah seperti berikut:
“- untuk mempertimbangkan dan memberi cadangan, - untuk berbincang, - untuk memulakan kajian dan memberi cadangan, - untuk memberikan cadangan, - untuk menerima dan mempertimbangkan laporan”.
Kata nama yang lebih realistik bagi ‘Perhimpunan Agung’ sebenarnya adalah ‘Kedai Kopi’ memandangkan tidak ada satu pun fungsinya yang membolehkan sebarang tindakan tegas diambil ! Tugas terpenting Perhimpunan Agung hanyalah untuk meluluskan belanjawan PBB dan memilih anggota tidak tetap Majlis Keselamatan ! Maka dapat dilihat di sini bagaimana pandangan 176 daripada 191 (92%) anggota PBB menjadi tidak relevan kerana mereka hanya mampu berbincang dan berbahas sementara keputusan yang diperolehi pula tidak berkuasa mengikat mana-mana kerajaan. Contoh yang baik adalah bagaimana Britain menerima resolusi 1810 Perhimpunan Agung PBB bertarikh 17/12/1962 yang mencadangkan pembentukan ‘Jawatankuasa Dekolonisasi PBB’ yang terdiri daripada 24 anggota, kebanyakannya negara dari dunia ketiga. Britain telah menarik diri daripada jawatankuasa tersebut pada 11/01/1971 dengan menyatakan,
“Dalam kes resolusi 1810, Britain tidak menerima campur tangan PBB dalam pentadbiran wilayah (koloni) di mana Britain mempunyai tanggungjawab”.
Britain telah menolak untuk bekerjasama dengan resolusi PBB ini dan telah menghalang sebarang percubaan jawatankuasa ini untuk melawat koloni British di Seychelles dan St. Helena. Alasannya?
“.Britain tidak menerima campur tangan PBB dalam pentadbiran wilayah (koloni) di mana Britain mempunyai tanggungjawab”.
Ini adalah contoh menarik apa yang kolonialis PBB maksudkan dengan frasa “keputusan Perhimpunan Agung (92% anggota) tiada kuasa mengikat mana-mana kerajaan”!
Majlis Keselamatan pula adalah suatu badan yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan resolusi. Majlis ini mempunyai 15 anggota- lima anggota tetap dan 10 lagi dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh dua tahun. Tidak seperti Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa sebenar memandangkan resolusinya berkuasa mengikat setiap negara anggota. Tambahan pula, antara kuasa Majlis Keselamatan adalah “-untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap penceroboh” dan ” - untuk menyeru negara-negara anggota melakukan sekatan ekonomi dan tindakan lain yang tidak melibatkan ketenteraan untuk menghalang atau memberhentikan pencerobohan” [http://www.un.org/Docs/scinfo.htm].
Oleh itu, seperti mana kes Iraq, Majlis Keselamatan boleh membenarkan tindakan ketenteraan. Jelas sekali kuasa terletak pada Majlis Keselamatan tetapi apakah ciri-ciri badan ini? 15 anggota, di mana 5 adalah anggota tetap. Kelima-lima anggota tetap ini mempunyai veto eksklusif yang membolehkan mereka menggunakan kuasa veto mereka terhadap sebarang resolusi walaupun kesemua anggota lain menyokongnya ! Siapakah anggota tetap ini? Amerika, Britain, Perancis, Rusia dan China.
Maka jelaslah bahawa struktur institusi ini membenarkan penganiayaan oleh 5 anggota kelab eksklusif ‘Anggota Tetap’. Dalam situasi sebegini, apa yang dapat menghalang Amerika daripada menakluki negara lain dan kemudian menggunakan vetonya untuk menghalang sebarang resolusi yang menetang tindakannya? Khayalan yang dibuat-buat? Dan tidak berpijak pada realiti. Pada tahun 1989 Amerika telah menggunakan kuasa vetonya ke atas resolusi Majlis Keselamatan yang telah mengecam sifatnya yang suka berperang ! Amerika telah memveto secara sendirian ke atas lebih daripada 20 resolusi semenjak 1983.
Robin Theurkauf, Felo di Universiti Yale dan isteri kepada salah satu mangsa September 11, telah berkata benar apabila beliau berkata,
“Kami di Amerika sukakan undang-undang antarabangsa, lebih spesifik lagi kami suka negara lain patuh kepada kami. Tetapi ia tentulah hipokrasi tahap tertinggi untuk mendesak negara lain supaya patuh kepada tanggungjawab mereka sedangkan kami terus-menerus menolak daripada mematuhi sistem undang-undang antarabangsa” [Milan Rai, ‘War Plan Iraq’ p.205].
Dan PBBlah yang telah membolehkan neo-kolonisasi yang terkutuk ini.
CUBAAN UNTUK MENGGUBAL-BAIKI PIAGAM DIHALANG OLEH PENJAJAH
Lima negara eksklusif, yang dikemudi oleh Amerika dan Britain, sentiasa berusaha untuk mensabotaj sebarang percubaan untuk menggubal-baiki Piagam PBB yang boleh mengancam cita-cita kolonialis mereka.
Pada tahun 1972, Setiausaha Agung (yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan) telah meminta semua negara anggota PBB untuk memberikan idea bagi memperbaharui piagam yang sedia ada. Antara cadangan yang diterima termasuklah meningkatkan anggota tetap Majlis Keselamatan (yang mempunyai kuasa veto), calon-calon termasuklah India dan Jepun, dan yang kedua untuk mengurangkan skop kuasa veto. Britain telah mensabotaj pelan ini dan telah bersedia untuk memveto sebarang resolusi yang menyeru kepada ratifikasi Piagam PBB. Dalam peristiwa ini, USSR (Rusia) telah mengetuai tentangan bagi lima negara eksklusif dan dalam pernyataan daripada dokumen rahsia British 1972,
“Veto Soviet amat bersesuaian dengan kami. Sungguhpun perkara terakhir yang kami mahukan adalah sebarang semakan semula yang boleh mengancam status kami dan Perancis sebagai anggota tetap.”
Dengan biadap sekali dalam utusan kepada Setiausaha Agung pada 30/6/1972 British telah menyatakan
“Tujuan sebenar kami menentang semakan semula piagam adalah kerana takutkan kemugkinan ia mengancam kedudukan kami sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan” [terjemahan sumber: Public Records Office (PRO): FCO 58/677].
Memang betul apabila orang Islam mengatakan bahawa PBB telah direka dan dipelihara oleh golongan kafir untuk menguasai umat Islam dan dunia ketiga. Dengan hati terbuka kami meminta umat Islam yang ikhlas untuk menyedari realiti dan berhenti daripada menyeru kepada resolusi PBB yang sebenarnya membantu pihak kolonialis merialisasikan rancangan jahatnya.
KAJIAN KES: PBB DI PALESTIN
PBB yang telah diperalatkan oleh penjajah telah menyebabkan berjuta-juta umat Islam dibunuh dan juga telah mengetuai pembunuhan beramai-ramai insan yang tidak berdosa. PBB telah mewujudkan Israel dengan Resolusi Perhimpunan Agung 181 (Pelan Pemisahan) 29/11/1947.
Lebih menyedihkan, PBB telah menjadi pemerhati semasa lelaki dan wanita, tua dan muda, sakit dan sihat telah dibunuh oleh Resolusi ciptaan mereka iaitu ‘Israel’. Sememangnya PBB telah gagal untuk bertindak dan juga bersikap prejudis kerana menyokong kepentingan Amerika. Antara insiden di mana PBB telah menolak untuk meluluskan resolusi adalah:
Mengecam tindakan Israel di Selatan Lebanon. S/16732
Mengutuk langkah penindasan Israel ke atas populasi Arab. S/19459
Mengecam tindakan Israel ke atas orang awam di Selatan Lebanon. S/17000
Menyeru kepada Israel supaya menghormati tempat suci orang Islam. S/17769/rev. 1
Membuat draf mengutuk serangan Israel ke atas wilayah Lebanon dan tindakan kejamnya terhadap orang awam di sana. [S/19434]
Mengutuk polisi dan tindakan Israel di wilayah yang diduduki dan juga sikap tidak endahnya terhadap keputusan Majlis Keselamatan yang berkaitan.
Menghantar Pasukan Pemerhati PBB ke Tebing Barat, Gaza. [27/3/2001]
Mengecam perbuatan ganas, mendesak supaya keganasan dihentikan dan juga penubuhan mekanisma pengawasan untuk membawa masuk pemerhati. [15/12/2001]
Bukan setakat menubuh Israel tetapi PBB juga enggan mengecam dan mengutuk aktiviti tidak bertamadunnya. Malah untuk bersepakat menghantar pemerhati bukan tentera pun tidak mampu dilakukannya ! Tetapi sebaliknya senario ini dengan Iraq amat berbeza, mereka dengan cepat memberi respon dan mengerahkan tentera dengan begitu pantas sekali.
KAJIAN KES: PBB DI BOSNIA
Menyingkap kembali kejadian di Bosnia pada dekad 90-an, PBB telah meletakkan embargo senjata ke atas Bosnia dan membiarkan penceroboh Serb (dibantu Serbia) dengan kereta kebal, meriam berat, mortar dan senjata lain sementara orang Islam hanya berbekalkan mesin-gan telah meragut hak mereka untuk mempertahankan diri.
Semasa pembunuhan dan jenayah rogol dilakukan terhadap umat Islam, PBB telah menubuhkan “tempat perlindungan selamat” untuk meredakan tuntutan penduduk dunia yang mendesak sekatan diangkat supaya orang Islam boleh mempertahankan diri mereka. Di salah sebuah “tempat perlindungan selamat” ini seorang jeneral Perancis PBB telah berkata “Kamu sekarang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan PBB”, beberapa senjata api yang dimiliki oleh orang Islam telah dirampas dan akibatnya :
Serb telah datang dan mengebom kawasan tersebut, “pasukan pengaman” tidak berbuat apa-apa, diikuti jenayah rogol beramai-ramai dan sekurang-kurangnya 8000 orang Islam telah dibunuh atau dicacatkan.
“Penawan Serb pada satu masa merungut yang mereka tidak mendapat pilihan wanita Islam yang baik dari Srebrenica” [David Rohde]
Tambah memilukan, PBB bukan sahaja telah menyebabkan wanita Islam dirogol beramai-ramai tetapi sebenarnya telah memberi laluan mudah kepada Serb, ringkasan perilaku “pasukan pengaman” PBB digariskan di bawah ini:
Satu pakatan sulit telah dibuat di antara Jeneral Janvier [pemimpin pasukan PBB] dan Jeneral Mladic [Serb] di Zvornik pada 4 Jun 1995 sebelum pembunuhan beramai-ramai; Komplot dan rancangan jahat di antara Akashi [UN], Mladic, dan Milosevic semasa pembunuhan ini dilakukan;
Penyerahan orang Islam yang tidak bersenjata oleh Batalion Belanda [UN] kepada Mladic semasa komander Belanda sedang minum arak bersama Jeneral Mladic;
“Taklimat Jeneral Van der Wind [UN] pada hari kedua penyerahan orang Islam, 13 Julai, ‘Dutchbrat memindahkan 30,000 liter petrol kepada BSA [Bosnian Serb Army] sesuai dengan kehendak Mladic’.” “Profesor Mark Almond menulis: ‘Pada masa kementerian pertahanan Belanda sedang sibuk menghapus bukti urusannya dengan jeneral Serb untuk membawa pergi tenteranya, bukti video penting telah hilang - walaupun televisyen Serb telah menunjukkan gambar pegawai-pegawai Belanda sedang minum arak bersama Mladic, cukup untuk membuat kita sedih bagaimana mereka dinaikkan pangkat dalam hirarki NATO’.”
[http://www.haverford.edu/relg/sells/srebrenica/srebrenica.html (laporan B.Jagger’s)]
Dengan bukti kukuh menunjukkan penglibatan PBB dalam pembunuhan dan jenayah rogol, Setiausaha Agung Kofi Annan terpaksa memohon maaf dengan menyatakan :
“PBB telah memberikan gambaran kepada Majlis Keselamatan bahawa segala-galanya terkawal. ..sehari sebelum Srebrenica ditawan, kami telah melaporkan bahawa Serb tidak menyerang, sedangkan mereka memang sedang menyerang. Kami laporkan yang rakyat Bosnia telah menembak ke arah kepungan Unprofor, walhal sebenarnya Serb. Kami gagal untuk meminta bantuan segera untuk kekuatan tentera udara.”
Jadi penjajah telah merampas senjata orang Islam dalam menjamin keselamatan mereka, minum arak bersama pembunuh dan perogol, menyerahkan wanita dan kanak-kanak Islam untuk dibunuh, memberi petrol kepada pihak Serb untuk trak yang memindahkan orang Islam ke kubur mereka, menulis surat membantah serangan udara terhadap Serb dan kemudiannya memohon maaf seolah-olah tiada apa-apa berlaku! Itulah PBB Boneka dan anjing kerahan Negara Kolonialis.
UMAT ISLAM PERLU BERHENTI DARIPADA MENYERU KEPADA RESOLUSI PBB
Mengetahui pendedahan yang mengejutkan mengenai realiti boneka ini, sungguh memeranjatkan masih ada yang menyeru kepada penggunaannya! “Maslaha” (manfaat) yang mereka laungkan, walhal tiada apa pun yang menghampiri manfaat. Dari piagam kepada struktur dan polisi yang diamalkan, semuanya berbaur kolonialisme, hegemoni, dominasi dan keaiban. Lagipun konsep tindakan yang disandarkan kepada asas manfaat adalah sunnah Nicolo Machiavelli yang menerangkan dalam karyanya mengenai pentadbiran negara, ‘The Prince’ bahawa kesesuaian sepatutnya menjadi asas tindakan :
“Dalam tindakan setiap manusia.kita mesti melihat kepada penghujung. Jadi jika seorang putera mendapat kemenangan dan mendukung negaranya; kaedah yang diambil akan sentiasa dianggap berbaloi”, seperti pernyataan, “matlamat mghalalkan cara”. (”In the actions of all men.we must look to the end. Let a prince, therefore win victories and uphold his state; his methods will always be considered worthy”, hence the dictum, ‘the ends justifies the means”).
Ulama pada zaman dahulu mencela orang-orang jahil yang menyeru supaya manfaat menggantikan sumber diwahyukan. Salah satu daripada pakar undang-undang Islam pada masa dahulu, Imam Shatibi (ra), menyatakan dalam karyanya, “Al-Muwaffaqat fi Al-Usul al-akham” di halaman 25,
“Objektif di sebalik Shari’ah adalah untuk membebaskan individu daripada kehendak mereka supaya mereka menjadi hamba sejati kepada Allah dan itulah maslahah (manfaat) yang dihalalkan. Mencabuli Shari’ah atas alasan mematuhi objektif/nilai asas (maqaasid) Shari’ah samalah seperti orang yang mengambil berat tentang roh tanpa jasad dan kerana jasad tidak berguna tanpa roh, maka roh tanpa jasad juga tidak berguna.”
Tambahan pula Rafi’ bin Khadij meriwayatkan,
“Rasulullah melarang kita daripada sesuatu yang bermanfaat (naafi’) bagi kita kecuali kepatuhan kepada Allah dan utusanNya lebih bermanfaat (anfa’)” [Sahih al-Muslim].
Malah beberapa cendekiawan yang menerima masalah sebagai sumber undang-undang yang sah pun menekankan bahawa prinsip ini perlu dibendung daripada digunakan untuk menjustifikasi apa sahaja (sepertimana yang berlaku hari ini). Mereka telah menggariskan syarat-syarat,
Ia tidak boleh bertentangan dengan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ Sahabat ataupun Qiyas.
Manfaat ini mestilah Haqiqi (nyata).
Oleh yang demikian daripada asasnya, maslahah adalah tidak munasabah, malah para cendekiawan masa lalu yang menerima maslahah akan menolak PBB kerana ia tidak melindungi kepentingan orang Islam, (Untuk pendedahan yang lebih lanjut rujuk kepada Majalah Khilafah Jan 2003, artikel “The astute Comprehension of International law”).
PENDIRIAN KITA BERKAITAN PBB
PBB adalah sebuah institusi yang rapuh dan akan runtuh dengan mudah apabila berhadapan dengan pendedahan intelektual oleh pihak-pihak tertentu. Britain sendiri mengakuinya,
“PBB adalah organisasi yang sangat rapuh sehinggakan sebarang pertelingkahan mengenai strukturnya akan melemahkannya lagi”. (PRO: FCO 58/677)
Sebagai orang Islam kita seharusnya mempunyai keberanian untuk menegakkan kebenaran dan tidak gentar atau akur sahaja dengan cemuhan si pengampu. Sememangnya apa-apa yang lain adalah sifat pengecut dan kelalaian terhadap tanggungjawab kita memandangkan Allah SWT berfirman:
“Kemudian Kami letakkan kamu (Wahai Muhammad SAW) di atas suatu jalan lurus (Shari’ah). Jadi ikutilah kamu ke jalan ini dan bukannya kehendak mereka yang tidak mengetahui” [Surah Al-Jaatshiya:18]
Kita tidak sepatutnya berasa hairan apabila melihat terdapat mereka dari kalangan orang Islam sendiri, yang bergegas kepada penjajah sambil menyeru kepada orang Islam untuk menyokong mereka kerana Al-Quran telah memberi peringatan kepada manusia tentang kewujudan orang-orang yang tidak menyedari realiti dan panduan (al-Hudaa):
“Katakanlah: ‘Aku mengingatkan kamu hanya dari wahyu. Tetapi mereka yang pekak tidak akan mendengar seruan ini, (walaupun) mereka telah diberi peringatan” [Surah Al-Anbiya:45]
TINGKAHLAKU MEREKA YANG MAMPU MEMUSNAHKAN KOLONIALIS PBB
Mereka yang mempunyai keupayaan untuk memusnahkan “organisasi rapuh” ini dan mengembalikan kegemilangan Islam adalah ketua tentera orang Islam sendiri iaitu para pemerintah. Kita tahu mereka tidak dapat bersepakat untuk mengadakan persidangan, apatah lagi untuk mengusir pengkalan Amerika dari Qatar, Arab Saudi, Turki, Bahrain antara lainnya - begitu dahsyat sifat perhambaan mereka! Dalam “New York Times” (19/2/2003), Stephen Myers menulis, “Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Saud al-Faisal, dalam komen yang diumumkan hari ini berkata beliau tidak nampak sebarang keperluan untuk mengadakan persidangan tergempar, dan menyatakan kebimbangan tentang perpecahan di kalangan negara-negara Arab yang mungkin tidak dapat diatasi. Pegawai di Lebanon, yang kini menjadi pengerusi liga, juga dilaporkan membantah persidangan tersebut.”
Pemimpin-pemimpin penakut ini tidak mempunyai sebarang niat untuk menegakkan dan mempertahankan maruah orang Islam, telah memperhambakan diri kepada pihak kolonialis, dan hanya mengerahkan tentera untuk menyebarkan hasutan di kalangan umat Islam, memenjara mereka dan menakut-nakutkan mereka:
“Dan jika mereka ingin pergi berperang, tentu sekali, mereka akan mempersiapkan diri, tetapi Allah tidak mahu mereka ke sana, jadi Dia memperlahankan mereka, dan dikatakan (kepada mereka), ‘Duduklah kamu di kalangan mereka yang tinggal (di rumah). Kerana jika mereka pergi bersama kamu, mereka hanya akan menjadikan keadaan kucar-kacir, dan mereka akan bergegas di kalangan kamu (menyebarkan fitnah) dan hasutan, dan ada di antara kamu yang akan mempercayai mereka.” [Surah at-Taubah:46-47]
Janganlah kita menuruti mereka dan janganlah pula kita menjadi pemerhati sahaja yang menjadi saksi kepada pembunuhan beramai-ramai saudara kita di Iraq. Kita orang Islam di mana sahaja, boleh menerajui pendedahan kepalsuan PBB dan menunjukkan bagaimana ia sebenarnya adalah boneka penjajah. Kesimpulannya, PBB sebenarnya telah diketahui umum sebagai boneka dan anjing suruhan penjajah dan telah diperjelaskan secara terperinci di sini tentang bagaimana ia memaksa hegemoni, keaiban dan penindasan. Daripada strukturnya kepada piagam hinggalah kepada polisi yang diamalkan, kesemuanya telah dibentuk untuk meneruskan usaha-usaha kolonialisme. Oleh itu, marilah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai orang Islam dan meninggalkan PBB, mendedahkan kepalsuannya dan menyatukan umat Islam untuk bersama-sama mewujudkan satu alternatif - undang-undang Shari’ah - dibawah panji KHIL
Hak veto di PBB adalah hak yang dimiliki lima negara pendiri PBB untuk menggagalkan sebuah resolusi. Jika satu negara menggunakan hak vetonya, maka resolusi tersebut menjadi batal walaupun jika seluruh negara lain menyetujuinya. Negara-negara yang memiliki hak veto adalah Amerika Serikat, Rusia (dulu dimiliki oleh Uni Sovyet), Republik Rakyat China (dulu dimiliki oleh Republik China), Prancis dan Inggris (UK).
Berdasarkan perhitungan saya, negara yang paling banyak menggunakan hak veto adalah Uni Sovyet, yaitu sebanyak 122 kali. Kemudian diikuti oleh Amerika Serikat sebanyak 81 kali. Inggris dan Prancis menggunakan hak veto sebanyak 32 dan 18 kali. Sedangkan China baru menggunakannya sebanyak 5 kali.
Dari 122 hak veto yang digunakan oleh Uni Sovyet dan Rusia, 102 di antaranya digunakan pada 15 tahun pertama PBB berdiri. Sedangkan Amerika Serikat baru pertama kali menggunakan hak vetonya pada tahun 1970.
Dari sekian banyak penggunaan hak veto tersebut, ada beberapa resolusi yang berhubungan dengan Indonesia, yaitu tiga kali ketika perang kemerdekaan Indonesia tahun 1949, dan satu kali saat konfrontasi dengan Malaysia. 3 dari 4 dari kandidat resolusi tersebut diveto oleh Uni Sovyet.
Dari 81 veto Amerika Serikat, nyaris setengahnya berhubungan dengan dukungan Amerika Serikat terhadap Israel, yaitu sebanyak 39 veto.
Dalam konflik Arab-Israel, dari 175 resolusi Dewan Keamanan PBB tentang Israel, 97 menentang Israel, 74 netral dan 4 mendukung Israel. Tentunya ini tidak termasuk resolusi yang diveto Amerika Serikat. Sedangkan pada pemungutan suara pada Majelis Umum, 55642 suara menentang Israel, dan hanya 7938 yang mendukung Israel.
Walaupun negara-negara anggota PBB secara umum tidak mendukung apa yang dilakukan Israel, tetapi pada kenyataannya aksi konkret yang dilakukan PBB justru lebih mendukung Israel. Tak bisa dibantah lagi, hak vetolah yang menyebabkan masalah ini.
Penyapu satu anjakan paradigma — E-mel sokong
Penyapu satu anjakan paradigma — E-mel sokong
SEJAK awal minggu ini pelbagai reaksi yang positif dan negatif timbul akibat ‘Anugerah Penyapu’ yang diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di negeri ini.
Reaksi yang rata-ratanya mengaitkan soal tamadun, budaya serta maruah diri terutama penjawat awam melontarkan reaksi melalui interpretasi masing-masing mahupun organisasi yang mereka wakili.
Pada dasarnya hasrat Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo jelas mahukan perubahan serta peningkatan prestasi kakitangan awam di Selangor supaya tidak merencatkan pembangunan yang telah dirancang serta tidak menyusahkan rakyat.
Mana tidaknya, jika cukai tidak dikutip dengan sempurna serta banyak yang tertunggak mana mungkin pembangunan atau usaha penambahbaikan dalam perkhidmatan dapat dibuat.
Ia sekali gus memberikan impak yang negatif kepada PBT serta PDT sekali gus kerajaan negeri.
Slogan Bersih, Cekap dan Amanah nampaknya hanya tinggal slogan ataupun mentera keramat kakitangan awam sahaja.
Banyak rungutan dan keluhan pengguna terhadap perkhidmatan serta urusan di jabatan kerajaan.
Semuanya berkisar kepada budaya kerja dan cara kerja, kelewatan, kesilapan besar yang tidak masuk akal serta banyak lagi perkara lain. Apakah ini harus kita biarkan berterusan tanpa adanya perubahan?
Satu ketika dahulu kita sibuk dengan ‘anjakan paradigma’ atau paradigma shift, maka berduyun-duyunlah kita berkata itu dan ini yang kononnya faham serta arif dalam maksud yang dibuat. Akan tetapi perkara itu lenyap ditelan masa, jadi mana perginya mereka yang kata faham akan anjakan paradigm itu.
Anugerah penyapu bukanlah satu perkara yang mengaibkan individu, tetapi ia merupakan imej pasukan.
Ini kerana hal yang disebut ialah kerja berpasukan, mungkin ada segelintir individu yang bermasalah dan menyumbang kepada keputusan kemerosotan hasil kutipan cukai.
Jadi kenalah ‘sapu’ mereka ini dengan ‘penyapu’ yang diberikan oleh Menteri Besar. Maka kakitangan awam terutama yang menerima anugerah ini perlu melakukan anjakan paradigma dalam budaya kerja mereka.
Penilai prestasi perlukan satu pengukur baru yang mampu memberikan semangat serta motivasi diri.
Akan tetapi jika beranggapan ia sial, tidak membawa tuah, tidak bertamadun, kurang ajar, kasar dan sebagainya ia merupakan tanggapan semata-mata.
Ada juga yang menyatakan kalau ingin menegur buat cara tertutup atau lebih diplomasi. Rasanya cara ini telah pun diambil dan dilaksanakan oleh kepimpinan di Selangor.
Meminjam kata-kata Allahyarham Usman Awang dalam sajak Melayu:-
Jangan takut melanggar pantang,
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan,
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan,
Jika percaya kepada keadilan.
Oleh yang demikian, ‘Anugerah Penyapu’ yang diberikan oleh Selangor kepada agensi di bawahnya yang tidak menampakkan prestasi yang membangga satu usaha yang perlu diterima dengan positif oleh semua pihak.
Ini semua demi kebaikan bersama, baik di pihak penjawat awam mahupun pengguna yang menerima kesan yang besar.
Jika kita terus berbalah mengenai isu ini, ia tidak ke mana. Malah yang menerima kesan yang paling buruk adalah pengguna perkhidmatan atau mereka yang berurusan dengan agensi kerajaan.
Dan jika ada yang menyatakan sesuatu yang lebih mulia dari penyapu terlalu hina, sila buktikan formulasi anda bagi menambah baik perkhidmatan awam.
– MOHAMAD ASRI SHAFII,
Persatuan Pengguna-Pengguna Prihatin Selangor & Wilayah Persekutuan.
Simbolik sebatang penyapu
Oleh: HASSAN MOHD NOOR
SEBELUM Ramadan yang lalu, Dr. Mohamad Khir Toyo mengeluarkan arahan supaya masjid dan surau di negeri Selangor menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat. Arahan itu tidaklah menggemparkan dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Islam. Ini soal ibadah. Cuma ada yang berkata, dalam soal ibadah terpulanglah kepada individu untuk melakukannya, sama ada lapan atau 20, asalkan seseorang itu bersedia melakukannya dengan kyusuk.
Baru-baru ini pula, Menteri Besar Selangor itu melakukan sesuatu yang lebih menggemparkan (bagi sesetengah orang tidak), iaitu menghadiahkan penyapu kepada ketua jabatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu. Ini benar-benar menimbulkan kontroversi.
Tetapi bagi doktor gigi itu, anugerah tersebut bukanlah untuk memalukan atau menjatuhkan maruah individu atau mana-mana jabatan kerajaan.
‘‘Sebaliknya ia merupakan satu peringatan kepada jabatan kerajaan supaya berusaha meningkatkan prestasi, mengubah sikap, produktif serta bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai,’’ kata Dr. Khir.
Beliau mengakui menerima banyak kritikan berhubung pemberian hadiah itu. Namun tidak kurang juga yang memberi sokongan. Tetapi yang pastinya tentulah lebih banyak kritikan.
Maka khabarnya ada yang sudah berkira- kira untuk menjadikannya isu politik, apatah lagi menjelang pemilihan parti tahun depan. Kenapa? Alasannya mudah, orang Melayu cukup marah kalau diaibkan. Maka ini bagi mereka adalah peluang untuk sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi Menteri Besar itu. Kasihan Dr. Khir Toyo. Apa pun alasan yang diberikannya, lebih banyak buruk daripada baiknya. Berilah apa alasan pun tetapi pada pandangan ramai keburukan terserlah.
Tetapi adakah penyapu itu melambangkan sesuatu yang sial? Di dalam Islam tidak ada sesuatu yang membawa sial. Mempercayai sesuatu yang boleh membawa sial adalah syirik. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial. Anggapan sial itu adalah syirik. Begitu juga dalam sabda baginda yang membawa maksud: Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau minta ditenungkan atau menyihirkan atau meminta disihirkan.
Maka elakkanlah daripada bercakap yang bukan-bukan mengenai penyapu ini.
Dan tidak semestinya penyapu yang murah itu tidak baik bagi kita.
Dalam memperkatakan soal nilai yang murah ini, teringat penulis mengenai filem Ahmad Albab arahan P.Ramlee yang mengisahkan lagak tiga menantu orang kaya Sheikh Mas’ud al-Buaya iaitu Muharram, Safar dan Syawal.
Salah satu babaknya ialah bagaimana para tetamu termasuk menantu-menantu ini menyampaikan hadiah pada kenduri hari lahir Sheikh berkenaan yang juga bapa mentua Muharram, Safar dan Syawal.
Dua menantunya iaitu Muharram dan Safar bersama isteri masing-masing Sapura dan Suhara menghadiahkan kibas, kambing dan emas tetapi Syawal hanya memberikan garam dan gula.
Sheikh Mas’ud memandang rendah pemberian garam dan gula yang katanya benda-benda itu murah. Tetapi akhirnya, beliau secara tidak langsung mengakui nilai gula dan garam apabila seleranya tertutup ketika merasai kari capati anaknya Mastura tanpa garam dan menghirup air kopi tanpa gula.
Mungkin kisah di dalam filem ini boleh diterjemahkan kepada niat murni Dr. Khir Toyo menghadiahkan penyapu yang murah tertapi berguna untuk ‘membersih’. Bagaimanapun garam dan gulu tidak sama dengan penyapu!
Penyapu (kata dasarnya sapu) itu sebenarnya membawa pelbagai maksud baik dan buruk. Apa yang baiknya ialah ia digunakan untuk menyapu dan membersihkan. Dan yang buruknya pula termasuklah bermaksud pengebas atau pencuri.
Terdapat pelbagai ungkapan, perumpamaan atau peribahasa mengenai penyapu.
Antaranya Disambut dengan penyapu tak bersimpai yang bermaksud dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang; Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat iaitu terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri.
Sementara penyapu baru pula bermaksud pekerja yang rajin kerana mendapat kerja atau orang yang baru sahaja mendapat kerja yang sangat dihajati dan oleh itu dia bekerja dengan rajin atau orang yang membuat kerja dengan kemas sekali (Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan).
Lain pula maksudnya dengan penyapu buruk iaitu orang yang tidak berguna lagi kepada masyarakat atau orang yang berperangai tidak senonoh. Satu lagi ialah penyapu kasar yang membawa maksud penipu yang mencari peluang besar.
Maka dalam hal ini, Dr. Khir Toyo telah memberi penyapu baru kepada pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor atas alasan kedua- dua badan itu gagal mengutip hasil cukai dengan cemerlang.
Maka ketepikan sementara soal aib dan fahamilah maksudnya.
Kedua-dua pihak perlu bekerja rajin-rajin ibarat mendapat penyapu baru dan ambil semua sekali (sapu bersih) cukai yang belum dikutip. Jangan menyapu di bawah karpet. Cuma jangan pula ketika pegawai-pegawai ini mahu menjalankan tugas mereka, ada pula campur tangan politik yang menyokong orang itu atau orang ini menangguhkan pembayaran cukai atau dikurangkan cukai dan sebagainya.
Kadangkala orang politik terlupa bahawa ketika mereka mengarahkan pegawai-pegawai membuat kerja ada pula yang se- olah- olah menghalang pegawai-pegawai ini menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Kalau begini halnya, mereka ini sama seperti penyapu buruk atau penyapu kasar dan sampai bila pun majlis daerah ini tidak boleh sapu bersih.
Apa pun mengambil sentimen orang Melayu, penulis bersetuju bahawa bukanlah penyapu harus diberi apatah lagi di hadapan khalayak. Syukurlah, sudah ada kesedaran mengenai perkara ini. Semoga tidak berulang pada masa depan.
Berilah ‘hadiah’ lain. Secara berseloroh, ada juga yang berkata, lebih manis kalau diberi alat mesin hampagas atau vacuum cleaner. Ada juga yang berseloroh, kalau setakat sampah bolehlah menggunakan penyapu tetapi masalahnya ialah mengutip cukai. Tidak kurang juga yang bertanya, kalaulah sesebuah PBT tidak mampu merobohkan rumah setinggan atau bangunan yang tidak mendapat kelulusan, takkan penyapu yang diberi? Tentulah jentolak.
Tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan seandainya wakil rakyat atau pemimpin politik pula disambut dengan penyapu sebagai ganti bunga manggar ketika melawat kawasan kerana mesej yang ingin disampaikan bahawa kawasan mereka serba ketinggalan, kotor dengan sampah sarap yang tidak diangkut dan sebagainya. Apakah reaksi wakil-wakil rakyat ini agaknya?
Justeru elakkanlah memberi sesuatu yang boleh menimbulkan persepsi buruk di kalangan orang ramai kerana warga kita masih belum mampu menerima sesuatu secara simbolik yang boleh mengaibkan.
Seperti kata Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan, Dr. Rais Yatim: “Banyak lagi usaha lain yang boleh dilakukan untuk menggalakkan peningkatan prestasi kerja penjawat-penjawat awam termasuk melalui cara pemberian markah.’’
Bagi Dr. Khir Toyo dan juga pihak yang menerima hadiah penyapu itu, sedikit sebanyak, nama baik mereka terjejas. Walaupun sebelum ini, kerja-kerja yang dilakukan amat baik tetapi kerana sedikit ‘kegelinciran’ maka orang akan membuat pelbagai andaian. Bak kata orang, panas setahun dihapuskan hujan sehari yang membawa maksud kebaikan seseorang itu hilang kerana ‘kejahatan’ yang sedikit.
Ini sudah lumrah dan dalam sejarah orang Melayu, perkara seumpama ini pernah berlaku kepada pahlawan-pahlawan kita seperti Hang Tuah dan Hang Jebat. Maka, bersedialah menerima kesannya akibat berlakunya ‘kejahatan’ yang sedikit itu.
MUKADIMAH Antara usul yang hangat dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-58 baru-baru ini ialah mengembalikan pengajaran subjek Sains dan Matematik di sekolah menengah dan rendah kepada bahasa Melayu. Pengajaran kedua-dua subjek teras itu dalam bahasa Inggeris diperkenalkan tahun 2003.
Usul yang dibentangkan oleh wakil Badan Perhubungan UMNO Johor, Senator Mohd Puad Zarkashi antara lain untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Penggunaan sepenuhnya bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik sepatutnya dilaksanakan tahun depan tetapi terpaksa ditangguhkan.
Cadangan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris telah mendapat tentangan khususnya daripada kalangan pejuang bahasa dan budaya. Bagaimanapun pelaksanaan menggunakan bahasa Inggeris diteruskan sekalipun banyak pihak melihat itu tidak banyak membantu penguasaan bahasa Inggeris kalangan pelajar.
Tokoh akademik Tan Sri Ainuddin Wahid berkata, beliau tidak nampak rasionalnya pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris selain daripada andaian bahawa bahasa Inggeris bahasa antarabangsa.
Ainuddin yang juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sangat konsisten bahawa pembelajaran lebih berkesan menggunakan bahasa ibunda yang kebetulan bahasa kebangsaan negara ini.
Beliau sejak awal lagi tidak setuju pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris bagaimanapun setuju dimantapkan pengajaran subjek bahasa Inggeris. Memantapkan pengajaran subjek bahasa Inggeris dengan mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bagi Ainuddin jauh berbeza.
“Kenapa Turki boleh maju tanpa menggunakan bahasa Inggeris? Begitu juga Jepun dan Korea. Ini menunjukkan kemajuan bukan disebabkan bahasa Inggeris tetapi sikap dan kesungguhan,” demikian tegas Ainuddin semasa diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan SITI MARIAM MD ZAIN di kediamannya di Ampang, Khamis lalu.
Beliau menganggap usaha untuk kembali mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sebagai langkah yang tepat. Ainuddin melahirkan kebimbangan apabila bahasa Inggeris dijadikan seolah-olah bahasa kebangsaan di negara ini.
“Saya malu bercakap Inggeris dengan orang Melayu,” tegas tokoh akademik yang berusia 78 tahun ini.
MINGGUAN: Apa yang dapat Tan Sri katakan tentang isu yang terus berbangkit ini?
AINUDDIN: Ada dua perkara di sini. Pertama, setiap anak itu mudah belajar atau dapat belajar dengan lebih baik melalui bahasa ibunda mereka. Kedua, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Kalau kedua-dua ini digabungkan, tiada sebab kita perlu beralih kepada bahasa lain. Ini adalah asas yang perlu kita pegang sampai bila-bila.
Bukankah tujuan asal memperkenalkan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah untuk memahirkan para pelajar kita dengan bahasa tersebut. Tan Sri setuju dengan pendapat ini?
AINUDDIN: Itu yang saya tidak faham. Setiap pendidik mesti tahu, untuk mendidik para pelajar, yang semudah-mudahnya dengan bahasa ibunda mereka, kebetulan bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu. Kalau belajar dalam bahasa Inggeris boleh menghasilkan pelajar lebih baik mungkin pandangan kita berbeza. Tetapi sekarang ini, saya masih tidak faham bagaimana isu menjadikan bahasa Inggeris bahasa pengantar boleh timbul. Sepatutnya bahasa yang digunakan di sekolah tidak harus diubah-ubah kerana jelas bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu. Bagi saya, tidak mungkin orang di kementerian tidak tahu hakikat masyarakat kita. Anak-anak kita lahir – bercakap Melayu. Mungkin orang akan kata saya berkasar pula nanti. Tetapi seharusnya perkara ini tidak dibangkit-bangkitkan lagi.
Tan Sri melihat desakan supaya kembali kepada kaedah pengajaran asal ini sebagai tepat?
AINUDDIN: Itu semestinya. Ia dasar pokok seperti saya katakan tadi. Mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak menghasilkan faedah yang lebih kalau kita mengajar menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul. Sebaliknya, masalah semakin membesar kerana para pelajar kita hakikatnya tidak begitu memahami kedua-dua subjek ini. Kalau mengajar dengan menggunakan bahasa lain, lagi susah mereka hendak menerimanya.
Bila bercakap soal menjadi negara maju, kita tidak dapat menafikan kepentingan bahasa Inggeris. Ia dilihat sebagai bahasa ilmu kerana banyak maklumat tentang sains dan teknologi ditulis menggunakan bahasa ini. Pandangan Tan Sri?
AINUDDIN: Saya ingin bertanya, bagaimana orang Turki boleh maju? Saya sebutkan Turki sebab saya pernah beberapa kali ke sana. Saya lihat tiada masalah bahasa yang timbul. Walaupun mereka menggunakan bahasa ibunda dalam mencari ilmu, kemajuan yang dicapai bukan baru sekarang tetapi sejak lama dulu. Begitu juga Jepun, kenapa mereka maju? Bukan sebab bahasa Inggeris tetapi kerana sikap dan kesungguhan mereka.
Bukankah hakikatnya jika kita tidak mementingkan bahasa Inggeris di era globalisasi sekarang kita akan terus ketinggalan dalam arus kemajuan?
AINUDDIN: Bukan bermakna kita tidak mementingkan bahasa Inggeris. Memang bahasa Inggeris penting untuk kita berkomunikasi dengan orang luar tetapi cukuplah sekadar itu. Jangan sampai ia akhirnya dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Itu sahaja kebimbangan saya.
Dakwaan mereka buku-buku sains dan teknologi ini dikatakan banyak dalam bahasa Inggeris?
AINUDDIN: Siapa kata? Macam saya dulu, semasa penjajahan Jepun, saya belajar bahasa Jepun. Dengan izin Allah, saya menjadi Naib Canselor (UTM). Hakikat itu yang kadang-kadang kita tidak perasan atau buat-buat tak perasan.
Mengapa persepsi bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa ilmu tidak wujud di Malaysia?
AINUDDIN: Saya fikir kerana budaya kita akur kepada apa sahaja yang dikatakan oleh menteri, kita tidak berani berhujah dengan mereka.
Apa yang ada pada Turki dan Jepun yang boleh maju dengan bahasa sendiri, sebaliknya tiada pada negara kita. Ini berbalik semula kepada dakwaan sesetengah pihak bahawa untuk menjadi maju kita perlu bergantung kepada bahasa Inggeris kerana ia dilihat sebagai bahasa ilmu?
AINUDDIN: Inilah akibatnya kalau ada jarum yang cuba mencucuk di kiri dan kanan. Saya cakap begini bukan kerana benci kepada pihak-pihak tertentu tetapi bagi saya ini adalah kenyataan yang patut orang Melayu fikirkan bersama. Kita tidak sedar pengaruh mereka kerana mereka melakukannya dengan cara cukup halus, kelemahan kita ialah selalu memberikan ruang.
Tetapi dalam hal ini kementerian cuma memperkenalkan pengajaran bahasa Inggeris kepada dua subjek saja – Sains dan Matematik?
AINUDDIN: Itu langkah pertamanya, ini yang saya katakan jarum halus yang cuba dilakukan pihak-pihak tertentu. Lama-kelamaan bahasa Melayu kita akan terus terpinggir. Kita tidak sedar kadang-kadang kita dipermain-mainkan. Saya sedih jika perkara begini pun kerajaan atau lebih tepat lagi UMNO tidak mampu menanganinya.
Kesan jelas ialah yang menjadi mangsa adalah pelajar-pelajar kita sendiri – kerana sistem itu sekejap begini, sekejap begitu, tidak konsisten?
AINUDDIN: Betul. Tetapi saya tetap berpegang kepada hukum semula jadi iaitu setiap anak itu akan lebih mudah belajar dalam bahasa ibunda mereka. Bukan saya sengaja mereka-reka cerita tetapi memang sudah menjadi pendapat umum.
Kira-kira tiga tahun lalu, apabila mendapat tahu kementerian akan melaksanakan pengajaran bahasa Inggeris untuk kedua-dua subjek ini, apa yang terdetik di fikiran Tan Sri ketika itu?
AINUDDIN: Terpulang pada persepsi masing-masing untuk menerimanya atau tidak (diam). Tetapi saya mengandaikan yang ada jarum cuba masuk. Sebenarnya tujuan mereka hendak mengetepikan bahasa kebangsaan, itu yang saya terfikir pada masa itu. Saya juga tidak faham mengapa kementerian mahu melakukan perubahan mengajar dalam bahasa Inggeris ini.
Mungkin ini cara singkat untuk membolehkan para pelajar menguasai bahasa Inggeris?
AINUDDIN: Mana boleh cara singkat. Lagi susah bagi pelajar-pelajar Melayu. Mereka hendak memahami bahasa Inggeris itu satu usaha, hendak mempelajari Matematik dan Sains pula satu usaha lain. Bila ini berlaku, dengan sendirinya keputusan peperiksaan pelajar-pelajar terbabit akan merosot. Ini semua tidak pernah dibincangkan kerana ada pihak-pihak tertentu yang percaya bila kita membangkitkan isu ini dikatakan sengaja menyentuh soal perkauman.
Maknanya tiada alasan untuk kita meneruskan pengajaran subjek itu dalam bahasa Inggeris?
AINUDDIN: Ya. Apa alasan kita berpatah balik? Adakah dengan menggunakan bahasa Malaysia, pencapaian anak-anak kita semakin menurun? Tidak, sebaliknya saya percaya semakin ramai yang akan mencatatkan keputusan cemerlang.
Bagaimana Tan Sri meletakkan kepentingan bahasa kebangsaan ini kepada negara?
AINUDDIN: Dari segi hakikatnya, bahasa ini lambang kebanggaan negara. Cuba lihat di sekeliling kita bila bercakap sesama sendiri, mereka menggunakan bahasa apa? Kalau saya, saya malu hendak menggunakan bahasa Inggeris.
Bila memikirkan kecelaruan dan ketidaktentuan ini, apa yang dapat Tan Sri katakan?
AINUDDIN: Sudah lama sangat kita memperjuangkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, ini pula kita hendak mengundur. Kalau ada bukti sahih mengatakan mengajar dalam bahasa Inggeris itu langkah yang baik, saya boleh terima tetapi sekarang apa alasan yang boleh diberi untuk mengatakan ia dapat meningkatkan kecemerlangan?
Langkah ini dibuat tanpa ada kajian terperinci?
AINUDDIN: Tiada. Semua ini (tindakan) dibuat berdasarkan andaian semata-mata.
Tan Sri sedih dengan apa yang berlaku?
AINUDDIN: Saya memang tidak boleh langsung berkompromi tentang isu ini. Patutnya kita malu membincangkannya. Tambahan pula selepas kita bersetuju menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Universiti Malaya (UM) dulu bahasa pengantarnya bahasa Inggeris tetapi pencapaian pelajar Melayu tidaklah melangit bagusnya. Begitu juga semasa saya di Maktab Teknik. Bila ada cadangan mahu menukarkan bahasa pengantarnya daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, saya terus setuju. Ini baru langkah yang betul. Kalau hendak menunjukkan bahasa memainkan peranan penting, Soviet Union (Rusia) tidak pun menggunakan bahasa Inggeris tetapi negara itu yang dulu ke bulan.
Tan Sri terlalu sensitif tentang isu bahasa ini?
AINUDDIN: (Senyum) Memang saya tidak boleh bertolak ansur langsung. Kalau ada alasan munasabah, lain. Saya mula-mula masuk ke Maktab Teknik sebagai pengetua, memang saya menerima keadaan yang ada. Dalam hati terdetik perasaan mengatakan inilah satu sebab pelajar Melayu banyak gagal (kerana bahasa pengantarnya bahasa Inggeris). Selain itu berlaku juga sikap pensyarah tertentu yang sengaja menggagalkan pelajar Melayu. Saya ada bukti tentang apa yang saya perkatakan ini. Pernah seorang pelajar datang berjumpa saya dan mengatakan dia sebenarnya dapat menjawab soalan peperiksaan yang diberikan tetapi keputusan yang diperoleh menunjukkan dia gagal. Saya sendiri menyiasat perkara ini dan selepas membandingkan dengan kertas jawapan pelajar kaum lain, saya dapati dakwaan pelajar Melayu itu benar. Saya panggil pensyarah tersebut dan dedahkan apa yang dia lakukan, dia menggigil di depan saya. Akhirnya pensyarah itu ditukarkan ke sebuah politeknik. Pada saya, sepatutnya dia diberhentikan terus daripada mengajar kerana sikap perkauman yang ditunjukkan jika tidak, mungkin dia akan melakukan perkara yang sama di tempat baru. Kes ini terungkai pun sebab pelajar Melayu itu kenal saya, kami boleh berbual. Mungkin perkara sama berlaku kepada pelajar lain tetapi mereka tidak berani membuat aduan tentang sikap pensyarah.
Mungkinkah ini berlaku kerana budaya orang Melayu itu sendiri yang mengamalkan dasar selalu berlembut?
AINUDDIN: Kalau lembut tidak mengapa, tapi bagi saya ini bodoh. Ada satu lagi kes, seorang pelajar Melayu tahun akhir gagal di UM, semasa itu saya masih di Maktab Teknik. Bila dia gagal, pada satu peringkat dia berjumpa saya. Saya lihat keputusan peperiksaan dia yang lepas-lepas, semua lulus. Cuma satu perkara (subjek) disebabkan dia dikatakan gagal, dia dibuang universiti. Saya dan beberapa rakan lain berusaha mendapatkan biasiswa Mara untuk membolehkan dia menyambung pelajarannya ke Scotland. Yang menggembirakan kami, dia berjaya mendapat pingat emas dalam peperiksaan akhir mengalahkan pelajar-pelajar orang putih di sana. Ini contoh penganiayaan yang dilakukan ke atas pelajar-pelajar Melayu.
Mengapa Tan Sri tidak boleh berkompromi tentang isu bahasa ini?
AINUDDIN: Kerana ia aib kepada orang Melayu.
Dalam usaha meningkatkan minat pelajar terhadap bahasa Inggeris, mungkin masalahnya berkaitan kaedah pengajaran kurang menarik atau ada sebab-sebab tertentu menyebabkan mereka gagal menguasai bahasa ini. Pandangan Tan Sri?
AINUDDIN: Tiada sebab anak Melayu itu tidak boleh belajar bahasa Inggeris. Persoalannya, kenapa dia gagal? Mungkin antara sebabnya ialah wujud sikap mengajar sambil lewa guru kaum lain terhadap pelajar-pelajar Melayu. Ataupun berlaku kes seperti yang dialami oleh pelajar UM yang saya katakan tadi. Kemungkinan itu ada.
Bagi Tan Sri, apa cara terbaik untuk memahirkan para pelajar dengan bahasa Inggeris?
AINUDDIN: Cukup dengan pengajaran subjek itu sebagai satu bahasa, diwajibkan pun tidak mengapa tetapi bukan sebagai bahasa pengantar. Apa yang saya bimbangi ialah mula-mula mengajar subjek Sains dan Matematik, lama-lama menjadi bahasa pengantar kepada subjek-subjek lain pula, akhirnya bahasa kebangsaan bertukar daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.
Mengapa pelajar Melayu kita sukar untuk menguasai bahasa Inggeris?
AINUDDIN: Ini yang saya minta supaya kementerian membuat kajian. Dulu saya juga bermula di sekolah Melayu, sampai darjah empat baru masuk ke sekolah Inggeris. Tidak pula saya rasa macam menghadapi satu masalah besar untuk mempelajari bahasa Inggeris ini. Cuma saya bimbang ada unsur- unsur lain. Saya ingin bertanya, dah berapa lama kita menggunakan bahasa kebangsaan dalam sistem pengajaran di sekolah? Adakah para pelajar kita menjadi semakin bodoh? Tiada bukti mengesahkannya.
Sampai bila isu bahasa ini harus berterusan?
AINUDDIN: Pada saya, tiada isu lain yang lebih penting daripada mempertahankan bahasa kita. Jangan dibenarkan sekali-kali orang lain mengetepikan bahasa kita. Kalau ini berlaku, lebih baik orang lelaki Melayu pakai gaun. Ini bukan perkara aib bagi kita semua. Ini benda yang perlu kita perkatakan untuk kebaikan kita juga. Saya sanggup berhadapan dengan apa juga tindakan selagi saya tahu saya berkata benar. Mungkin orang nampak saya perkauman, sebenarnya tidak. Saya cuma menjaga kepentingan kedudukan bahasa kebangsaan kita.
Bagaimana Tan Sri melihat masa depan bahasa Melayu itu sendiri?
AINUDDIN: Saya yakin jika kita ikhlas dan jujur, masa depan bahasa kita akan terus terpelihara.
Apa yang boleh Tan Sri simpulkan tentang perbincangan isu bahasa ini?
AINUDDIN: Pada saya, yang betul kita kata betul, yang salah kita mesti mengatakan itu salah. Daripada pengalaman saya sendiri jelas menunjukkan penganiayaan ini memang berlaku. Bukan semua pensyarah bersikap begini tetapi yang segelintir ini yang perlu kita betulkan kerana mereka ini yang merosakkan matlamat negara.
Harapan Tan Sri sekarang?
AINUDDIN: Bagi saya kalau Kementerian Pelajaran meneruskan juga keutamaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran di sekolah, tidak tahulah di mana kita harus menyorokkan muka kita, khususnya kepada kaum-kaum lain. Apa yang dicadangkan ini – balik semula mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu bagi saya adalah betul.
Penyapu terlalu hina
DATUK ZAINAL ABIDIN BORHAN.
MUKADIMAH Baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo telah menunaikan “janji” pada Januari lalu untuk menganugerahkan penyapu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak menunjukkan prestasi yang baik. Mohd Khir pada majlis Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil Negeri Selangor 2006 telah “menganugerahkan” penyapu kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail.
Menganugerahkan penyapu apa lagi kepada seorang Yang Dipertua Majlis Daerah kelihatan suatu yang melucukan. Tetapi di sebalik kelucuan itu, ada pihak menganggap tindakan itu sebagai tidak wajar. Ini kerana penyapu dalam masyarakat Melayu membawa makna yang buruk dan hina.
Walaupun Mohamad Khir menganggap anugerah itu bukan menjatuhkan maruah tetapi banyak pihak menganggap banyak lagi benda lain selain penyapu untuk dijadikan “anugerah”.
Ini merupakan kali pertama penyapu diangkat menjadi satu anugerah. Tetapi penyapu tetap dilihat dalam konteks budaya dan pemikiran orang Melayu yang memberikan makna yang tidak baik.
Mohamad Khir pula melihat penyapu sebagai lambang membersihkan sikap dan amalan negatif PBT yang tidak mencapai prestasi yang diharapkan.
Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan menganggap penyapu tidak wajar dijadikan pengukur prestasi kakitangan awam kerana maknanya sangat hina.
Kata Zainal Abidin, pihak yang memberi anugerah mempunyai rasional dan justifikasinya sendiri tetapi semua itu tidak boleh memadamkan makna penyapu yang tertanam dalam benak akal orang Melayu.
“Saya juga ingin bertanya apakah perasaan pemimpin seandainya rakyat memberi penyapu sebagai menilai prestasinya?” kata Zainal Abidin semasa diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan RAJA SYAHRIR RAJA ABU BAKAR Jumaat lalu.
Menurut Zainal Abidin yang juga pensyarah di Jabatan Sosio Budaya Melayu Universiti Malaya, niat yang baik belum tentu diterima dengan baik kalau tidak kena pendekatannya.
MINGGUAN: Dari sudut antropologi, apakah semantik atau maknanya penyapu bagi orang Melayu?
ZAINAL ABIDIN: Bila kita bercakap tentang penyapu, kalau dalam istilah antropologinya atau pandangan dunianya, ia telah mantap dalam benak orang Melayu membawa makna yang sangat hina. Setahu saya penyapu daripada semantiknya belum diubah kepada makna yang baik. Memanglah kita juga selalu beli penyapu dan selalu guna penyapu tetapi ini tidak bermakna semantiknya berubah. Pandangan dunia (world view) orang Melayu terhadap penyapu sudah mantap dan kekal, sudah kekal zaman-berzaman. Bila disebut penyapu, ada makna tertentu yang telah mantap dalam benak akal orang Melayu.
Apabila melihat anugerah penyapu di akhbar, apalah reaksi pertama Datuk?
ZAINAL ABIDIN: Saya geleng kepala dan macam tidak percaya semua ini berlaku. Saya betul-betul terkejut kerana inilah kali pertama penyapu dijadikan sebagai trofi untuk diberikan kepada orang. Di akhbar, ada pihak yang menyokong dan juga membantah. Bagi saya masing-masing ada rasionalnya. Pihak yang memberi anugerah ada rasional dan justifikasinya. Tetapi jangan lupa semua justifikasi itu tidak boleh memadamkan makna yang tertanam dalam benak akal orang Melayu tentang penyapu.
Tetapi ini menunjukkan kekecewaan pihak yang memberi dan kiasan kekecewaannya ialah penyapu. Apa komen Datuk?
ZAINAL ABIDIN: Memang betul ini sebagai satu kiasan. Tetapi setiap benda ada makna, ada kiasan dan analoginya. Analogi atau kiasan ini adalah lambang yang ada semantiknya. Jadi sebagai se- orang Melayu, saya fikir kita tidak wajar mengetepikan semantik ini. Kerana ini melambangkan tradisi. Malah melambangkan proses sosialisasi, pendidikan dan sebagainya.
Adakah mungkin selepas ini penyapu ada makna baru selepas dijadikan trofi tanda prestasi yang tidak baik?
ZAINAL ABIDIN: Tidak boleh diubah. Tetapi nampaknya pihak berkuasa mahu memberi makna baru yang berbeza dengan makna atau semantik yang sedia ada dalam benak akal orang Melayu. Selain daripada benak akal, ia telah tersemat di hati sanubari orang Melayu bila dimarahi, “Aku penyapu engkau.” Ini sudah sedia ada dan orang Melayu tahu apa ertinya itu. Itu tidak perlu kita persoalkan. Dan kalau ada makna baru, saya percaya makna baru yang diberikan itu tidak sama dengan yang telah mantap sejak ratusan tahun.
Tetapi penyapu bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu malah menjadi benda yang perlu dalam kehidupan?
ZAINAL ABIDIN: Betul, dalam masyarakat Melayu penyapu bukan sesuatu yang asing. Saya sendiri pun apabila balik kampung kadang-kadang saudara-mara berikan penyapu kerana rumah saya tidak ada penyapu. Penyapu lidi kelapa. “Hang balik bawak penyapu ni pi rumah hang.” Saya menerima pemberian penyapu itu dengan gembira kerana mendapat penyapu percuma. Tetapi ini tidak bermakna menghina. Itu konteks lain. Sama juga dengan penyapu yang banyak dijual di tepi jalan tetapi konteksnya lain. Tetapi apabila memberi penyapu sebagai hadiah prestasi, itu maknanya lain.
Hina sangatkah penyapu?
ZAINAL ABIDIN: Iya, memang terlalu hina. Dalam benak akal orang Melayu penyapu maknanya hina tetapi bekerja menyapu tidak hina. Seorang tukang sapu tidak hina. Tapi bila diasosiasikan dengan penyapu dalam kerangka medan semantik orang Melayu, maksudnya lain. Itu suatu tindakan yang saya kira berniat baik. Tetapi niat baik belum tentu diterima dengan baik kalau tidak kena dengan caranya. Macam dalam hal anugerah penyapu ini, niat baik hendak membetulkan pendekatan-pendekatan yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi masyarakat mentafsir yang lain. Saya sebolehnya tidak mahu menggunakan perkataan sial, tetapi itulah yang ditafsirkan. Penyapu selalunya diletakkan di sudut-sudut dan tersorok. Apabila dijadikan anugerah, adakah kita boleh menerima penyapu digantungkan di dinding bersama-sama surah Kursi? Saudara fikirlah sendiri. Tetapi kalau kita sudah begitu terbuka atau toleran untuk meletakkan penyapu bersama-sama surah Kursi, apa yang boleh saya katakan lagi.
Adakah ini disebabkan oleh orang Melayu ni terlalu emosi hingga susah hendak menerima sesuatu yang baru?
ZAINAL ABIDIN: Saya hendak tanya saudara, siapa yang tak emosi? Beritahu saya. Semua masyarakat di dunia beremosi. Emosi itu bertitik-tolak kepada makna yang telah terungkap oleh masyarakat dan budayanya. Kalau saudara membaca mana-mana buku peribahasa atau kamus, apakah erti yang diberikan di dalam kamus itu? Itulah yang saya cakapkan tadi, ini bukan makna baru. Ini menyentuh tentang harga diri. Banyak orang yang tak fikir tentang harga diri. Apa erti maruah? Bila orang tak fikirkan tentang harga diri dan maruah banyak perkara buruk berlaku. Apa erti Pelan Integrasi Nasional (PIN)? Bagaimana perasaan pegawai itu tentang keutuhan diri? Bagaimana perasaan saudara kalau saya menengking saudara depan orang ramai dengan saya marah saudara dalam bilik saya? Penerimaannya berbeza. Dalam tradisi orang lain seseorang itu boleh tengking orang di hadapan orang ramai. Tradisi orang Melayu panggil dan tegur satu per satu. Halus. Kerana kita dididik secara halus, tidak secara kasar.
Jadi Datuk tetap tidak boleh melihat penyapu di luar makna yang difahami orang Melayu?
ZAINAL ABIDIN: Seperti saya kata tadi, kalau pemimpin dinilai dengan penyapu apa rasa orang itu? Atau pemimpin dikejar dengan penyapu. Saya minta maaf, saya melihat dari perspektif apa yang saya tahu dan sedikit sebanyak pengetahuan saya. Jadi kita pujilah kalau takrifnya untuk kebaikan. Tetapi lambang yang digunakan itu tidak kena dalam kerangka pemikiran orang Melayu. Kalau kita bawa kerangka pemikiran orang Cina dan India sekalipun mereka akan membuat tanggapan yang sama.
Kalau sekiranya Datuk dianugerahkan penyapu, apa yang Datuk akan lakukan?
ZAINAL ABIDIN: Saya akan letak jawatan. Ini soal maruah. Kalau saya dianugerah penyapu, ini menunjukkan pendidikan saya, didikan yang diberikan oleh ibu bapa saya, guru-guru yang mengajar agama kepada saya habis tercemar. Saya telah mencemarkan dan memalukan seluruh keturunan saya. Malu dalam konteks masyarakat Melayu bukan sekadar malu tetapi maruah yang dikaitkan dengan sosialisasi dan pendidikan kita. Pendidikan yang kita terima daripada ibu bapa kita. Kerana itu saya memuji Yang Dipertua PBT yang menerima anugerah itu dengan tenang dan positif. Bagi saya beliau sangat berjiwa besar. Bukan semua orang mempunyai jiwa yang besar seperti pegawai itu. Beliau menerima dengan hati terbuka dan akan bekerja keras untuk mempertingkatkan kutipan hasil. Saya puji sikap begini.
Jadi maknanya pemimpin juga mesti memahami benak akal orang-orang yang dipimpinnya?
ZAINAL ABIDIN: Pemimpin mesti pandai membaca apa yang tersemat dan dalam sanubari dan benak akal orang Melayu. Lepas itu carilah lambang-lambang tertentu yang sesuai dengan mengukur ketidakcemerlangan atau prestasi yang memuaskan itu. Carilah lambang-lambang baru yang sesuai dengan makna prestasi pegawai berkenaan yang dikatakan kurang baik itu. Saya kira pemikir- pemikir di peringkat negeri mesti perlu memikirkan apakah imej-imej atau lambang yang membawa maksud prestasi yang tidak baik. Apa salahnya diberikan anugerah ataupun hadiah yang bertulis “Hadiah ini diberikan kepada PBT yang tidak mencapai tahap prestasi.” Misalnya dalam sukan ada disediakan pingat emas untuk yang paling cemerlang, perak yang cemerlang dan gangsa yang kurang cemerlang. Dalam perkhidmatan awam ada pelbagai kaedah untuk menilai prestasi. Ada yang dahulu melintang dan menegak, sekarang ini mesti dapat markah 90 ke atas atau 80 ke atas. Kaedah- kaedah ini yang perlu digunakan. Dah ada dalam prosedur, dalam pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk menghargai kakitangan awam. Selain dari khidmat cemerlang, anugerah kerana lama berkhidmat, anugerah bintang atau sijil yang diberikan akan tercatat dalam rekod perkhidmatan.
Kita hanya menghargai yang baik-baik saja dan trofi dalam almari semuanya baik-baik. Apa komen Datuk?
ZAINAL ABIDIN: Betul. Dalam Galeria Perdana Menteri pun semua yang terbaik sahaja.
Sesetengah berpendapat di Jepun atau di Korea sudah buat anugerah -anugerah tidak masuk akal begini yang bertujuan memberikan suatu yang sinikal. Kenapa kita tidak boleh terima?
zainal abidin: Kalau nak sinikal pun buatlah dalam kaedah Melayu. Kita ada kaedah-kaedah yang lebih halus tetapi berkesan. Inilah yang melambangkan kehalusan kita. Kalau guna imej penyapu itu satu imej yang kasar. Kalau orang Korea atau Jepun bagi anugerah penyapu misalnya, kita kena membaca semantik dalam konteks budaya mereka. Mungkin imej-imej yang bagi kita buruk tetapi bagi mereka tidak seburuk penyapu.
Adakah isu penyapu ini soal persepsi saja?
ZAINAL ABIDIN: Manusia sesama manusia apabila diberi anugerah menggunakan lambang-lambang menghina, perasaan mereka terhiris. Apa perasaan seseorang itu kalau kita panggil khinzir, bukannya babi? Walaupun ditukarkan kepada khinzir tetapi orang masih ingat babi. Kerana cara berfikir kita, nilai kita dan pandangan dunia kita tidak sama dengan orang lain. Walaupun Jepun telah melakukannya, tetapi itu konteks masyarakatnya. Makna dan medan semantik mereka berbeza dengan kita. Sebagai contohnya, “menyapu di bawah karpet”, “penyapu buruk”, “penyapu baru”. Apakah “penyapu buruk” yang diberikan kepada pegawai berkenaan? Maknanya ini masa untuk kamu berhenti, kamu dah tak digunakan. Apakah maknanya “penyapu baru?” Orang baru yang bekerja, maka rajinlah. Saya ingin memberitahu bahawa kedua-dua penyapu sama ada buruk atau baru tidak membawa makna yang baik. Inilah dalam benak akal orang Melayu.
Adakah penganugerahan yang sangat menyinggung perasaan ini boleh mengubah prestasi menjadi lebih baik?
ZAINAL ABIDIN: Dalam perkhidmatan kerajaan dan juga swasta, apabila ada pegawai atau kakitangan yang prestasinya rendah, mereka dihantar ke kursus motivasi. Kalau tidak cergas juga, diberikan motivasi di tempat-tempat tertentu untuk memulihkan jiwa dan semangatnya. Maka pegawai berkenaan perlu dihantar untuk dimotivasikan atau ditukarkan ke tempat lain. Misalnya kalau yang dituduh melakukan rasuah boleh dibekukan atau dibangku panjangkan dalam istilah Indonesia. Kenapa tindakan itu tidak digunakan?
Adakah penyapu langsung tidak boleh dijadikan imej untuk mengukur prestasi?
ZAINAL ABIDIN: Orang Melayu masih lagi berpegang kepada makna-makna yang telah mantap itu, melainkan dengan pendidikan dan proses sosialisasi serta permasyarakatan. Bagi saya penyapu masih boleh digunakan, apa salahnya kalau diberikan plak yang ada imej penyapu. Kita kena faham perasaan orang Melayu, pukul dengan kayu atau benda-benda lain tidak sesakit dipukul dengan penyapu.
Dalam pengetahuan Datuk, adakah ini yang pertama dalam sejarah kita?
ZAINAL ABIDIN: Barangkali ini yang pertama. Kalau kita rujuk kepada kitab Sulatus Salatin semasa zaman Temasek ketika raja Jawa datang ke Singapura. Dia membawa kayu yang diketam. Itu simbolik kuasa. Kayu yang diketam, bergulung-gulung tak putus. Itu simboliknya. Itu juga kehalusan yang tetap membawa makna yang besar.
Pada pendapat Datuk, apakah pemimpin juga wajar diberikan penyapu kalau tidak menjalankan tugas dengan baik?
ZAINAL ABIDIN: Saya juga ingin bertanya, apa perasaan seorang pemimpin jika rakyat memberikan penyapu sebagai tanda penilaian prestasinya? Setiap lima tahun sekali pemimpin dinilai dan rakyat memberikan penyapu. Bagaimanakah agaknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu meletakkan calon-calon pemimpin yang diberikan penyapu? Kalau kita boleh menerima anugerah penyapu, saya tidak fikir pemimpin boleh dikecualikan untuk dinilai dengan penyapu oleh rakyat. Tetapi saya harap perkara ini tidak berlaku.
Tetapi sekarang kita seolah-olah membuka jalan untuk pemimpin dinilai secara demikian?
ZAINAL ABIDIN: Para pemimpin perlu sedar hati nurani rakyat. Ini kerana mereka yang bekerja dengan kerajaan juga rakyat sekali gus pengundi. Jaga hati nurani dan membaca perasaan mereka.
Pada tangapan Datuk, apakah pegawai berkenaan mampu menerima hakikat ini dengan positif?
ZAINAL ABIDIN: Mungkin beliau terus terasa, apatah lagi anugerah ini tercatat dalam rekod perkhidmatan dia. Tetapi alhamdulillah pegawai berkenaan dalam laporan di akhbar saya perhatikan mempunyai jiwa yang besar. Saya harap beliau dapat menerima perkara ini seperti yang dilaporkan di akhbar baru-baru ini.
Tapi Menteri Besar Selangor berkata tidak ada lagi anugerah penyapu selepas ini?
ZAINAL ABIDIN: Saya menghormati beliau. Setiap orang bila tersilap, akan belajar dari kesilapan itu. Jadi saya fikir pihak berkuasa atau pemimpin perlu sensitif. Bukan sahaja rakyat perlu peka kepada sensitiviti pemimpin, pemimpin juga harus begitu kerana hidup dan masa depan pemimpin itu saling melengkapkan antara rakyat dengan pihak berkuasa. Tampuk pemerintahan juga perlu memikirkan bukan sahaja rakyat malahan pegawai-pegawainya. Saya kira satu kaedah yang perlu dipelajari ialah melihat semua orang sebagai sebahagian daripada kita. Baru kita dapat meraikan bersama-sama. Jangan melihat kamu, kamu, aku, aku. Aku bos, kamu bukan bos.
Tetapi PBT juga mempunyai sebuah majlis dan ahli majlis terdiri daripada wakil-wakil parti politik yang memerintah. Adakah wajar Yang Dipertua saja yang dinilai?
ZAINAL ABIDIN: Sebagai rakyat, saya juga hendak tanya apa fungsi majlis itu? Bukan sahaja Yang Dipertua bertanggungjawab tetapi seluruh ahli majlis yang dianggotai oleh wakil-wakil dari parti-parti politik pemerintah mesti bertanggungjawab. Apa fungsi mereka? Mereka perlu kerja keras memerah otak membantu Yang Dipertua Majlis Kerajaan Tempatan untuk mempertingkatkan pendapatan. Sepatutnya mereka juga dapat penyapu kerana mereka mewakili rakyat. Mereka tidak efektif. Ahli majlis takkanlah nak pakai sticker kereta dan dapat parking percuma saja. Mereka kena bertanggungjawab kerana mereka mewakili rakyat.
Sebagai pengkaji budaya, adakah Datuk mengharapkan ini yang pertama dan terakhir?
ZAINAL ABIDIN: Sebagai seorang yang mengkaji budaya, saya fikir kita boleh belajar dari pengalaman ini. Lepas ini harap tidak ada lagilah macam ini. Kalau kita hendak menilai prestasi carilah kaedah-kaedah yang telah terkandung dalam syarat dan sistem kerajaan.
Apa kesan psikologinya seandainya pegawai yang menerima penyapu mencampakkan penyapu itu?
ZAINAL ABIDIN: Orang Melayu tidak akan memalukan pemimpin mereka. Saya tidak fikir perkara itu berlaku. Ini juga tertanam dalam benak akal orang Melayu.
Kerajaan negeri berkuasa untuk tegur PBT
Kerajaan negeri berkuasa untuk tegur PBT
SHAH ALAM 17 Nov. - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata hari ini, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menegur atau menambah baik perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri mereka.
“Perkhidmatan PBT adalah perkhidmatan tertutup yang memang telah ditetapkan mengikut Perlembagaan. Mereka tidak semestinya pegawai perkhidmatan awam dan tertakluk kepada undang-undang atau peraturan perkhidmatan awam.
“Dengan perkhidmatan tertutup itu kita perlu ikutlah apa-apa undang-undang yang sedang diguna oleh mereka,” katanya kepada satu sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2007 dan Ekspo Kitar Semula 2007 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, semalam, bahawa penjawat awam Selangor termasuk PBT yang tidak mempamerkan prestasi kerja baik akan ditawarkan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) atau bersara awal.
Mengikut Perkara 74 Jadual Sembilan Senarai Kedua - Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan memperuntuk PBT sebagai di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan pula menggariskan Kerajaan Persekutuan boleh membuat undang-undang untuk negeri-negeri dalam hal-hal tertentu bagi mengadakan persamaan undang-undang dan dasar melalui Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Ditanya adakah beliau merasakan cadangan Khir munasabah, Ong berkata: “Bagi Kerajaan Persekutuan kita tengok semua perkara ini secara makro, secara menyeluruh.”
Katanya, kementerian sedang mengkaji semula sistem perkhidmatan PBT secara menyeluruh dan melihat bagaimana struktur dan sistem itu boleh ditambah baik, katanya.
Sambil menyatakan kajian itu meliputi sejauh mana perkhidmatan PBT itu boleh menjadi perkhidmatan terbuka dan tetap di dalam bidang kuasa kerajaan negeri, beliau berkata:
“Ini sesuatu yang kita kaji. Banyak lagi perkara yang kerajaan pusat sedang bincang. Kita harap boleh bawa sesuatu perubahan yang berkesan terhadap perkhidmatan PBT.”
Mengenai langkah kerajaan Selangor melakukan penggredan ke atas prestasi PBT negeri itu, Ong berkata sesuatu yang baik hendaklah diteruskan.
Dalam perkembangan lain, Ong berkata, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun ini bakal dilaksanakan mulai April depan.
Katanya, kementerian sedang mengambil dan mengisi jawatan-jawatan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal bagi memastikan sumber tenaga mencukupi di samping menggubal peraturan-peraturan baru.
Setelah peraturan-peraturan berkenaan disediakan dan jawatan-jawatan di perbadanan itu diisi, baharulah kementerian mengambil alih pelupusan sampah dan pembersihan di negeri-negeri, katanya.
“Ambil alih pun, kita tidak akan ambil alih semuanya sebab PBT masih mempunyai peranan dan kita perlu PBT memberi kerjasama. Sebahagian kuasa untuk memantau dari segi kebersihan dan sebagainya masih akan diberi kepada PBT.”
Melalui pelaksanaan akta itu, Ong berkata, kerajaan mensasarkan 20 ke 30 peratus daripada sampah yang dikutip adalah sampah yang boleh dikitar semula menjelang tahun 2020.
- Bernama
Rela bersara awal — Amat sukar menerima penyapu sebagai hadiah – Tukiman
Rela bersara awal — Amat sukar menerima penyapu sebagai hadiah – Tukiman
Oleh: CYNTHIA YEOH
TUKIMAN NAIL.
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail (gambar) menegaskan, beliau lebih rela bersara awal atau mengambil Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) jika itu yang dimahukan oleh kerajaan negeri daripada dihadiahkan penyapu.
Beliau berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menghadiahkan penyapu amat sukar untuk diterimanya sebagai kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat selama 28 tahun.
Menurutnya, beliau terpaksa juga menerima hadiah penyapu itu dengan menganggapnya sebagai cabaran supaya lebih gigih untuk mengutip hasil pada tahun hadapan, apatah lagi ia dipersetujui dalam mesyuarat bersama tahun lepas.
‘‘Kalau ada pilihan, saya sebenarnya lebih rela ambil VSS atau bersara awal daripada dapat hadiah penyapu yang bagi saya amat sukar untuk diterima,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Nada beliau kali ini jelas berbeza dengan kenyataan sebelum ini yang mahu menjadikan penyapu yang diterimanya daripada Menteri Besar Selangor sebagai sumber inspirasi untuk bekerja keras.
‘‘Saya letak penyapu itu dalam pejabat sebagai inspirasi serta iktibar kepada saya dan kakitangan,’’ katanya sebelum ini.
Tukiman menyatakan demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan Selangor tidak akan memberikan penyapu sebagai anugerah kepada PBT yang gagal memperoleh tahap pencapaian minimum tahun depan, sebaliknya mengarahkan para pegawai atasan PBT melepaskan jawatan ma
sing-masing dengan bersara awal atau mengambil VSS.
Mohamad Khir mengambil keputusan tersebut setelah langkahnya menghadiahkan penyapu kepada PBT yang gagal berkhidmat dengan baik telah menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat yang antara lain menganggap penyapu sebagai pembawaan sial.
Menurut beliau, untuk penilaian pada tahun hadapan, pihaknya tidak hanya memfokuskan kepada pencapaian sesebuah jabatan tetapi juga akan menilai prestasi individu yang bertanggungjawab terhadap organisasi yang dipimpin.
Dalam hubungan ini, Tukiman berkata, langkah meminta kakitangan kerajaan supaya bersara awal atau mengambil VSS adalah lebih praktikal kerana ia tidak menghina atau memalukan mereka.
Bagaimanapun katanya, sebarang keputusan berhubung cadangan memperkenalkan VSS atau bersara awal hendaklah mengambil kira pandangan serta persetujuan daripada pelbagai pihak sebelum dilaksanakan.
‘‘Ia perlu bagi memastikan sebarang tindakan baru yang bakal diambil terhadap kakitangan kerajaan tidak menimbulkan sebarang kontroversi,’’ katanya.
Wawasan generasi bestari (DATUK NORAINI AHMAD KETUA)
UCAPAN DASAR DATUK NORAINI AHMAD KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA PADA 14 NOVEMBER, 2006
Memacu Minda Melayu ( Datuk Seri Najib )
Alhamdulillah, kita merafakkan syukur setulusnya ke hadrat Allah s.w.t. yang telah mengizinkan kita berhimpun di Dewan Merdeka penuh bersejarah. Pada tahun ini, perwakilan Wanita yang hadir, mewakili lebih 1.3 juta ahli dari seluruh negara.
Baharu Tamat Makan Malam Bersama Suki Low Sook Yee
Berlangsung hampir 4 jam dan hampir 3 jam setengah saya asyik bercakap dan mengeluarkan segala idea dan cadangan saya..Amat panjang dan tiada masa untuk memblog!
Duduk sebelahnya dan kita ambil hampir 10 keping gambar bersama.
Kesannya , semua orang amat gembira kerana saya dapat meluahkan idea untuk setiap perkara dari segi pengurusan , jualan sehinggalah kepada aktiviti dan banyak perkara lagi.
A Let Down To Democracy By Jacqueline Ann Surin
A letdown to democracy ( Jacqueline Ann Surin)
It would be reasonable for any citizen to expect that with the current administration’s promises of transparency and accountability, our national leaders’ response to independent research that disputes official data would have been met with a little more openness.
Mengapa Suki Adalah Terunggul ? ( Low Sook Yee , Juara One In A Million )
Suki adalah antara penyanyi Malaysia bukan melayu yang boleh menyanyi dan pada masa yang sama bertutur dalam bahasa Kebangsaan kita dengan begitu baik. Sebagai rakyat Malaysia baik melayu , cina , atau india , kita seharusnya berbangga atas kelahiran seorang penyanyi yang rasa begitu megah dan selesa apabila bernyanyi dan bertutur dalam bahasa Melayu.
Kenyataan Metro Harian :
1 ) Kenyataan ini bukanlah mengandungi sebarang sentimen tertentu. Hakikatnya, Faizal memang lebih layak memenangi pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta ini.
( Media kita boleh menjadi begitu tidak adi (more…)
Kenyataan media Ronnie Liu Tian Khiew, Ahli Pusat Tertinggi dan Ketua Biro NGO DAP Kebangsaan
Mengikut satu lapuran hari ini dari Muar, Johor, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kenyataan sebuah kumpulan penyelidik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa orang Melayu kini sudah (more…)
Shin, Bak Kut Teh,Yee Aun and the UPP
By : http://emmanuel83.blogspot.com/
In that order or is it jumbled up?LOL.Had breakfast with the flamboyant, illustrous , legendary Shin , and the young, vibrant and very outspoken Yee Aun who I foresee one day will either be a Cabinet Minister, an Opposition Leader or a Jedi.We had bak kut teh which Shin called ’sahur’ but it was at 10 so I guess we missed the time la.Later retreated to the neighbourhood friendly mamak for some milo ais.It was fun, and lookinf forward to doing it again.
Berita Suki Oleh mSTAR , NST , THE SUN , MALAY MAIL
KUALA LUMPUR: Impian Low Sook Yee atau Suki untuk merangkul RM1 juta tercapai apabila dia berjaya dinobatkan sebagai juara program realiti One In A Million (OIAM) pada pertandingan peringkat akhir program tersebut yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.
Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis ( IPCMC)
Suruhanjaya ialah satu badan yang ditubuhkan tanpa campur tangan secara langsung daripada mana-mana pihak demi kepentingan rakyat. Antara suruhanjaya yang kita ada ialah Suruhanjaya Pilihanraya , Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan sebagainya. Mutakhir ini , debat mengenai isu penubuhan IPCMC semakin hangat dan panas. Bahang isu ini masih dapat dirasai.
‘’Tariklah nafas'’.Fikir sejenak erti dan maksud bebas aduan dan salah laku polis. Jika anda benar-benar berbuat demikian maka , penubuhan suruhanjaya ini bukanlah satu badan untuk memantau pergerakkan polis seperti yang difikirkan oleh sesetengah individu apatah lagi untuk menjejaskan imej dan kredibiliti seseorang polis. Erti perkataan tersebut cukup mudah iaitu satu tempat bebas untuk rakyat mengadu terhadap segala salah laku polis terhadap mereka. Persoalannya kini , adakah salah untuk rakyat mengadu sekirannya mereka dianiayai ? Ke manakah rakyat hendak bergantung apabila pergantungan kepada pihak polis yang sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan tidak terjamin? Bolehkah rakyat kita diperlakukan seperti yang disukai oleh “segolongan” pihak polis ? Di manakah keadilan?
Perancangan Terbaru Saya Untuk Supersukis / Wawancara / Biodata
1 ) Melantik dan memilih ahli jawatankuasa Supersukis ( 8-12 )
Masih ingat dahulu di sabah UMNO sendiri yang kata tak perlu gilir-gilir. Bila gilir-gilir kemajuan sukar dilakukan kerana pemimpin asyik tukar sedangkan rancangan mereka belum dilaksanakan. Sebagai contoh , sekarang pemimpin A yang menjadi Ketua Menteri/ Menteri Besar. Lepas itu sebelum rancangan yang dirancang belum berjaya dilaksanakan sudah mesti digantikan dengan B. Inilah alasan yang diberikan oleh orang UMNO dahulu.
JIKA SAYA DIBERI PELUANG BERUCAP DI KONGRES PARTI KEADILAN RAKYAT
Yang dipuji Tuhan yang Maha Besar. Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis. Yang berusaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat , Datuk Seri Anwar Ibrahim , Pengerusi tetap , Haji Abdul Rahman Abdul Kadir , Presiden Parti , Datin Wan Azizah , dan Timbalan Presiden Dr Syed Hussein Ali. Yang dihormati kesemua Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat , Ahli Jawantankuasa dalam pemuda , wanita , negeri , bahagian dan cawangan. Yang dialu-alukan pihak media tempatan dan antarabangsa ( jika ada ) , para penyokong , para pejuang reformasi dan akhirnya kesemua ahli PKR yang berada di sini ataupun di luar sana. Seterusnya kepada tuan-tuan ,puan-puan , hadirin dan hadirat dan saudara dan saudari sekalian. Selamat sejahtera dan salam perjuangan reformasi kepada semua yang berpaksi pada kebenaran dan keadilan.
Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna dan saya percaya hari ini akan menjadi sesuatu yang bersejarah dalam sejarah politik negara. Hal ini demikian , saya percaya akan ada perubahan yang besar setelah 3 hari dan 3 malam kita semua berkongres di sini. Apakah perubahannya ? Jawapannya semestinya perubahan ke arah kebaikan. Sejarah yang memberi ruang kepada PKR dan kita semua memulakan titik permulaan ke arah perkembangan dan kemajuan PKR , negara dan rakyat.
Pengkhianat MCA Sila Letak Jawatan
Ong Ka Ting kata kenyataan Ong Tee Keat tiada kaitan dengan MCA ? Memalukan. Kamu tidak layak untuk mewakili MCA. Andaikan hari ini anak kita berhadapan masalah dengan orang lain. Apakah sebagai ibu dan bapa kita kata itu bukan hal mereka ? Andaikan sesuatu perkara berlaku di sesebuah sekolah dan apakah seorang pengetua akan kata tiada kaitan dengannya ? Jika dalam kongsi gelap sekali pun , sekiranya ada seseorang ahli yang bermasalah maka adalah masalah semua orang ahli. Kini , bila seorang Naib Pengerusi berhadapan dengan masalah dalam perjuangannya maka Presiden parti dengan tidak penuh bertanggungjawab dengan mengatakan isu ini tiada kaitan dengan MCA ? Jangan merosakkan nama MCA.
Suki Menjadi Artis Pertama Dalam Bone Records/ Wawancara CEO 8TV
clown Bone to sign on Suki -by Adly Syairi Ramly - (more…)
MENENTANG PERKAHWINAN MISYAR SECARA KERAS DAN HABIS-HABISAN SEHINGGALAH KIAMAT!!!!!!
Seorang pensyarah universiti mencadangkan supaya kaum lelaki dibenarkan mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin.Malah menurut Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid, perkahwinan tersebut juga mampu mengurangkan perlakuan maksiat di dalam masyarakat.
Perkahwinan misyar bermaksud, suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin terhadap isteri.Perkahwinan seumpama ini banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara-negara Arab.Mereka membenarkan amalan tersebut berdasarkan situasi mashalahat berlakunya ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin.
Perbezaan antara perkahwinan misyar dengan mutaah ialah mutaah mempunyai tarikh atau tempoh tertentu bagi sesebuah perkahwinan manakala misyar tiada tempoh ditetapkan.Isu nikah misyar mula menjadi tumpuan apabila beberapa pihak menggesa supaya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa sama ada ia boleh dilaksanakan di negara ini atau tidak.Ini kerana ada umat Islam di Malaysia yang berpendapat bahawa pernikahan tersebut merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah ramai wanita yang belum berkahwin.
!!!!!!!!! Saya SHEN YEE AUN menentang perkahwinan misyar secara keras. Anda boleh menafikan saya bukan seorang islam tetapi anda tidak boleh menafikan perjuangan dan pembelaan saya ke atas wanita , hak asasi , dan keadilan. Apakah sudah jadi kepada lelaki di Malaysia? Jangan kita kembali kepada zaman jahilah di Arab iaitu pada masa itu wanita tiada kedudukan dan diperlakukan sesuka hati. Jangan merendahkan martabat wanita sehingga suatu hari nanti penanaman bayi perempuan secara hidup-hidup berlaku di bumi yang tercinta ini. Saya rasa dasar ini adalah satu penghinaan kepada kaum wanita dan secara langsung memberi peluang kepada lelaki untuk tidak bertanggungjawab.
Ciptaan Sajak/Lirik Lagu Untuk Suki ( Low Sook Yee ) / Ciptaan Tajuk Lirik Lagu
Hasil : shenyeeaun
Tajuk : Perjuangan Ke Arah Sejuta
17 lilin sudah ditiupkan
Banyak telah dirasai , didengari , dilihat , ditimba , dikenali , dilalui
Masa berlari dengan begitu pantas
Tidak sempat saya mengejarnya
(more…)
Gemilang - Jaclyn Victor - Qualifications
Saya Kurang Bersetuju Dengan Pendapat Seorang Pelawat Di Sini
Menurutnya dalam chatterbox bahawa kita perlu sokong DAP kerana kita adalah orang cina. Ini adalah satu tanggapan yang salah sama sekali. Pertama , kita bukan orang cina tetapi seorang bangsa malaysia yang bersifat kecinaan. Tolong bezakan. Kedua , DAP bukan parti yang mewakili kaum orang cina tetapi adalah sebuat parti multibangsa. DAP terbuka kepada semua. DAP berjuang untuk semua.
Tidak semestinya saya adalah seorang bangsa malaysia bersifat kecinaan maka saya perlu menyokong orang cina. Kita patut berjuang demi kebenaran. Jika UMNO benar kita sokong. Jika UMNO salah kita tentang. Sama juga kepada DAP , KEADILAN ,PAS, MIC , GERAKAN , MCA , cina , melayu , india dan sebagainya.
Kita mesti berjuang untuk kebenaran tidak kira warna kulit , agama dan status. Perjuangan adalah untuk semua.
Minta maaf saudara pelawat.
Kita perlu adil kepada masyarakat cina yang berbangsa Malaysia. Jangan kita lihat ini sebagai isu orang cina maka orang melayu ataupun orang tertentu mula menggangap ini sebagai isu perkauman. Kita harus lihat dari segi keadilan. Adakah adil sesuatu peruntukan untuk memperbaik sekolah cina telah disalahgunakan wangnya ? Bukankah ini rasuah ataupun penyelewengan telah berlaku ? Tambahan pula , ini bukan isu yang baru tetapi sebenarnya sudah bertahun-tahun telah berlaku di majoriti sekolang jenis kebangsaan cina di negara ini.
Debat Dengan Guru Mengenai Isu Kong Xi / Deepa Raya
Cikgu A : Saya tidak bersetuju dengan konsep Kong Xi Raya
Saya : Mengapa tidak ?
Cikgu A : Islam kata tak boleh
Saya : Islam dari mana ?
Terima Kasih dan Tahniah Kerana Sudi Mengkritik
Saya adalah seorang cina tetapi pada masa yang sama saya adalah seorang cina buatan Malaysia. Produk Malaysia. Oleh itu , saya adalah bangsa Malaysia. Seorang cina yang bersifat kemalaysiaan dan bukan cina yang bersifat kecinaan..
Saya masih tertanya-tanya dapatkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri kita yang keenam ataupun yang ketujuh ? Seterusnya adakah orang-orang kanan DSAI seperti Azmin dan Ezam akan tetap setia pada perjuangannya walaupun DSAI sudah tiada ada lagi pada suatu hari ?
Tahniah Kepada Jeffrey Lim ( shin )
Sudah ada beberapa orang pernah bertanya kepada saya. Mengapakah kamu asyik menyokong dan membantu Shin? Bolehkah Shin. Menurut mereka shin inilah dan itulah. Jawapan saya tunggu dan lihat sahaja batu yang tidak dianggap tidak berharga akan digilap sehingga menjadi batu permata yang mahal.
Apakah mimpi besar saya yang dianggap tidak boleh berjaya tetapi akhirnya berjaya dengan cemerlang semasa zaman muda saya ? Ceritanya begini. Dahalu semasa saya berada di tingkatan 3 dan menghadari mesyuarat Kelab Leo ( Lion Club ) dan secara kebetulan mereka sedang memilih seorang Pengerusi Pengelola Untuk Minggu Kesihatan kerana Projek ini kurang diminati ramai kerana masing-masing menganggap projek sekecil ini kurang menyerlah dan mereka sukar untuk membuktikan kemampuan masing-masing semasa pemilihan jawatan kelab nanti. Keajaibannya ialah saya adalah seorang pelajar tingakatan 3 yang pertama dipertanggunjawabkan untuk mengelolakan sesuatua projek atas undian orang ramai. Perkara ini tidak pernah berlaku kerana biasanya pelajar tingkatan 4 yang bakal mengetuai Kelab yang akan terlibat dalam menganjurkan pelbagai Projek yang dirancangkan.
4 Jam Setengah Shin Mendengar Saya Memberi Pandangan Terhadap UPP. ( UNIT PENDIDIKAN POLITIK).
Hari ini Jeffrey Lim ( shin ) dating ke Klang untuk bersembang-sembang dan berjumpa dengan saya setelah sekian lama tidak bertemu. Kita berbincang tentang banyak isu dari pukul 2 hingga.
Antara isu yang paling banyak dibincangkan ialah mengenai UPP. Menurut Shin , Khalid Jaafar mahu Kai Lun mengetuai UPP. Saya kata Kai Lun tidak sesuai mengetuai UPP bukan kerana beliau tidak layak ataupun tidak berkemampuan tetapi Kai Lun kini sudahpun mengetuai Youth For Change. Lebih-lebih lagi Youth For Change adalah satu organisasi baharu ditubuhkan. Adalah tidak begitu sesuai sekiranya kita mahu Kai Lun mengetuai 2 jenis organisasi pada masa yang sama. Tambahan pula 2 organisasi ini adalah organisasi yang mempunyai tujuan dan hala tuju yang hampir sama.
Aku Rindu Zaman Kegemilanganku
Aku rindu zaman mudaku yang senantiasa pergi ke atas pentas untuk menerima hadiah ataupun sijil kemenangan dalam majoriti pertandingan yang disertai.
Aku rindu zaman mudaku yang mana pada masa itu hampir seluruh warga sekolah dari yang kecil sehinggalah yang paling besar mengenali diriku.
Aku rindu zaman mudaku apabila hampir setiap hari mendengar pujian daripada guru ataupun rakan tertentu.
Aku amat rindu untuk berceramah dan berucap di depan lapan ratus lebih pelajar. Aku sudah berucap ! Adakah saya akan berpeluang untuk berucap sekali lagi pada masa hadapan? Aku amat suka setiap kali aku memberi ucapan yang baik akan adanya tepukan gemurah yang amat kuat.
Aku rindu setiap kali aku membuat persembahan di pentas akan berakhir dengan tepukan gemurah daripada para pelajar.
Saya Orang Rasional Bukannya Liberal
Jika Tuan Khalid Jaafar dalam laman blognya mengatakan beliau adalah seorang Liberal dan bukan islam Liberal maka saya Shen Yee Aun di sini yang sering dikaitkan sebagai seorang pemikir dan pengamal liberal ingin mengatakan saya bukan liberal , moden ataupun terbuka tetapi saya adalah RASIONAL. Saya berlandaskan pada ciri-ciri dan pemikiran Rasional. Liberal atau kolot itu soal kedua. Yang penting di sini Rasional mengikut tafsiran dan pemikiran saya
SAYA ORANG RASIONAL! PEMIKIRAN RASIONAL BERDASARKAN PEMIKIRAN SENDIRI YANG MENAFSIR APA ITU BENAR DAN SEBALIKNYA…
Saya tiada masa untuk berhujah secara panjang lebar di sini kerana jadual hidup terlalu sibuk. Namun begitu , saya bersetuju atas dasar perpaduan dari segi sosial dan politik. Dari segi agama islam atas dasar persaudaraan. Dari segi masyarakat atas dasar membentuk bangsa Malaysia.
PAS dari satu muka ingin membuka keahlian kepada bukan muslim tetapi dari satu muka lagi menentang pergabungan perayaan. Saya pernah dilabelkan sebagai orang kafir apabila menyentuh isu perkahwinan Misyar. Persoalan saya , mengapa pula orang muslim membuka keahlian kepada orang kafir sekiranya setakat memberi pendapat dalam soal islam sudah tidak dibenarkan apatah lagi menyertai perjuangan mereka ?
Saya Rasa Semua Orang Akan Mengatakan Penulisan Saya Amat Beremosi ?
Sepanjang perjalanan dan pengalaman saya dalam dunia blogging ialah biasanya saya sudah dinasihatkan oleh beberapa orang sama ada secara komentar ataupun peribadi tidak kira di blogspot , malaysia-today ataupun yang terkini di blogsome supaya tidak menulis dengan emosi tetapi dengan fakta dan hujah sudah memadai.
Penjelasannya adalah saya sebenarnya adalah seorang yang amat taksub kepada bidang kesusasteraan. Saya amat meminati sajak , pantun , syair dan karya-kaya sastera dalam bahasa Melayu walaupun kadang-kala saya tidak memahami apa yang dibaca. Saya masih ingat lagi apabila saya berada di tingkatan 4. Guru Displin saya sentiasa menangkap saya kerana menyimpan rambut dan panjang dan setiap kali ditangkap Guru Displin itu akan mengatakan ‘saya tahulah kamu ini orang seni dan sastera tetapi ini sekolah , rambut panjang tidak dibenarkan.
It’s men who are the surplus goods ( Against Misyar Marriage!!!!! )
By Zainah Anwar
FOR every 100 women who are not married in Malaysia, there are 130 unmarried men. It is men who are surplus goods on the marriage market in this country, not women. So how does nikah misyar as proposed by certain quarters help to solve the purported social problem of unmarried women and divorcees? This is a solution in search of a problem.
An Open Letter To The Prime Minister
(Jacqueline Ann Surin , thesun , 1st june 2006 )
Dear Prime Minister Abdullah, When you first came into power after the 2004 general election, you promised us that you would be prime minister for all Malaysians.
In fact, I still have the letter you sent out to voters before the elections that promised you would fulfill your duties with sincerity, integrity, efficiency and fairness.
Pendidikan ialah agenda utama saya
Mengembalikan fakta-fakta sukatan pelajaran sejarah yang telah diubah
Merombak , merogol , memusnahkan dan menghancurkan sistem pendidikan sedia ada ( tidak berkesan )
Menghapuskan AUKU ( membantut perkembangan mahasiswa/siswi)
Memastikan semua rakyat Malaysia berpeluang untuk belajar
Memastikan semua rakyat Malaysia berpeluang untuk belajar
Menghapuskan buta huruf ( tak tahu baca , kira , tulis)
Pelajar yang lemah akan dijaga dengan sangat ketat supaya tidak ketinggalan
Mengutamakan dan memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu ( bahasa kebangsaan )
Mengutamakan bahasa Inggeris ( bahasa antarabangsa )
Mengutamakan bahasa Mandarin dan Tamil ( bahasa ekonomi dunia masa hadapan)
Menjadikan masyarakat Malaysia berilmu dan berpengetahuan tinggi
Menjadikan Malaysia pusat kecermerlangan ilmu
Pendidikan rendah lebih berorientasikan pengalaman hidup , kemahiran debat dan seni ucapan , perkembangan minda , pergaulan dan komunikasi , sahsiah dan moral invidudan kurang tertumpu kepada kepentingan akadamik
Pencapaian Saya Pada Zaman Muda
KEPIMPINAN
Presiden Kelab Sejarah dan Geografi
Presiden Kelab Catur
Presiden Kelab Bola Tampar
Presiden Persatuan Agama Buddha
Pengerusi Majlis Presiden sesi petang
Pengerusi Pengelola 1st La Salle Unity Day
Pengerusi Pengelola Projek Kebajikan Sekolah Khas ( leo club )
Pengerusi Pengelola Minggu Kesihatan ( Anugerah Outstanding Project District 308 B2 , kebangsaan )
Anugerah Leo Outstanding Member , Kebangsaan
Pengerusi Pengelola Gotong-royong Sekolah ( leo club )
Naib Pengerusi Kelab Catur ( 2002 , 2003 )
Naib Pengerusi Pengelola 5TH Red Crescent Annual Gathering ( 2002 )
Penolong Pengurus Belian Kooperasi Sekolah ( 2000 , 2001 )
Penolong Pengurus Jualan Kooperasi Sekolah ( 2002 , 2003 )
Jurulatih Pasukan Catur Sekolah
Naib Johan Pertandingan Sketsa Sekolah ( ketua pasukan , 2002 )
AJK Pengelola Kem Pertolongan Cemas ( 2002 )
Mewakili Sekolah Untuk Pertandingan Sketsa ( watak utama , tempat ketiga peringkat daerah )
Repersenting school for more than 20 over Chess Taunaments
AKADEMIK
Pelajar Kedua Terbaik SPM aliran Sastera Sekololah
Anugerah Kehadiran Penuh 2000
Johon Debate English Week 2001 (Best Speaker pusingan pertama)
Johan Pertandingan Bersajak ( 2000 , 2001 , 2002 , 2003 )
Naib Johan Pertandingan Bercerita ( 2000 , 2001 , 2002 )
Ketiga Pertandingan Pidato
(more…)
Pada beberapa hari yang lepas seorang insan yang jahil terjumpa sebuah laman blog dan secara kebetulan menulis dalam ruangan komentar Tuan Khalid Jaafar yang dikagumi lagi disanjungi. Pada masa itu , saya ingat beliau mungkin adalah seorang guru ataupun seorang pesara yang meluangkan masanya untuk memblog. Insan yang dikagumi lagi disanjungi ini sememangya sangat rendah diri dan mesra. Walaupun penguasan bahasa jiwa bangsa kita masih belum mantap dikuasai oleh saya sepenuhnya dan banyak lagi yang saya perlu belajar untuk memantapkan penguasaan dalam bahasa perpaduan ini tetap dikatakan sungguh baik oleh Tuan Khalid Jaafar. Siapakah saya jika dibandingkan dengan penguasaan bahasa Khalid Jaafar dalam bahasa ini ?
Mampukah England Menawan Piala Dunia ?
Kali ini adalah kali terakhir Steven Goran Erikson untuk memimpin pasukan England. Mampukah bekas jurulatih dari Lazio ini memimpin England ke arah kemenangan ? Pasukan England sebenarnya ialah pasukan ideal pada kali ini. Hal ini demikian buat kali pertamanya barisan pertahan England diwakili oleh pemain pertahanan terkemuka dunia seperti Ashely Cole , Rio Ferdinand , John Terry dan Gary Neville dan pada masa yang sama John Terry dan Gary Neville merupakan ketua pasukan untuk Chelsea dan Mancherster United.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapakan ribuan terima kasih kepada beliau kerana peka terhadap perkembangan rakyat termasuk terbaca rencana saya di shenyeeaaun.blogspot.com pada bulan April yang lalu dan kini setelah membacanya beliau menghantar email kepada saya dan menjelaskan keadaan sebenar bagi pihak DAP.
Tahniah. Anda sememangnya seorang pemimpin yang berwibawa dan bertanggungjawab. Bagi saya mungkin ada sedikit salah faham kerana rencana tersebut lebih kepada memuji kepimpinan Lim Kit Siang selaku ketua pembangkang. Walaubagaimanapun , saya tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak kerana tidak menyiarkan rencana saya. Saya hanya tulis apa yang berlaku sahaja tanpa ada niat untuk menyalahi sesiapa pun.
Saya juga tidak mahu digelar sebagai anti kerajaan dan pro pembangkang. Perkara ini tidak berasas kerana saya hanya berpaksi pada neraca keadilan. MP rantau panjang yang mendrikriminasi kaum wanita dihentam dan dicaci oleh saya teruk-teruk walaupun dia adalah seorang ahli pembangkang. Oleh itu , tidak semestinya saya selalu menentang kerajaan. Saya hanya menentang apa yang tidak betul dan secara kebetulan apa yang tidak betul itu merujuk kepada kerajaan. Saya juga tidak pro DAP ataupun Keadilan kerana satu hari nanti mungkin saya akan berada di Gerakan , MCA , PAS , DAP , Keadilan ataupun mana-mana parti politik. Kini , saya hanya berpaksi pada apa yang benar. Yang salah itu akan ditentang sepenuhnya.
Kembali kepada surat daripada teng chang khim. Nampaknya DAP sekali lagi membawa roket mereka ke langit setelah berkali-kali memenangi hati rakyat. Balasan surat daripada Teng ini telah menambah persepsi baik saya terhadap parti ini. Alangkah baik jikalah semua pempimpin begitu peka sepertinya dan cepat bertindak untuk memohan maaf ataupun memberi penjelasan. Bagus! Diharapkan kepimpinan Lim Kit Siang dan Teng Chang Khim dalam respon terhadap rakyat dapat diteladani.
Suratnya adalah seperti berikut ,
Hello, Yee Aun,
Semasa membaca blog saudara, saya “terbaca” rencana saudara bertarikh April, 27 2006 yang menegur pemimpin DAP yang tidak membalas email saudara dan tidak menyiarkan rencana saudara.
Walaupun saya telah menyemak peti email saya dan mendapati saudara pernah menghantar sesalinan rencara mengenai suruhanjaya polis yang dihantar untuk pernebitan di Malaysia-Today, dan komen saudara terhadap satu rencana di blog saya dan mendapati bahawa sepatutnya saya bukanlah pemimpin DAP yang saudara sebutkan, tetapi saya ingin meminta maaf sekiranya saya sebenarnya adalah pemimpin yang saudara sebutkan. Sekiranya saudara merujuk kepada pemimpin DAP yang lain, saya juga ingin meminta maaf bagi pihaknya.
Saya percaya bahawa saya atau saudara seperjuangan saya dalam DAP tidak berniat menghina sesiapa sekalipun. Apabila kami sudi membela nasib golongan yang papa kedana dan tidak berpendidikan dengan sedaya upaya kami, adalah tidak masuk akal untuk saya atau saudara seperjuangan saya memandang rendah terhadap golongan muda yang terpelajar seperti saudara.
Oleh yang demikian, saya berharap kecuian saya atau saudara seperjuangan saya dalam DAP untuk membalas email saudara tidak lagi meninggalkan kesan negatif kepada persepsi saudara terhadap DAP atau mana-mana pemimpin DAP.
Hubungilah saya sekiranya saudara masih berminat untuk menyertai perjuangan kami.
Sekian, salam mesra daripada saya dan rakan seperjuangan saya dalam DAP.
Terima kasih.
Media : Laki-laki Terakhir Komunis Dimansuhkan
Orang yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya menurut George Santayana iaitu seorang ahli falsafah terkemuka dunia.
Adakah pihak terlibat yang memansuhkan wayang ini hendak sejarah berulang? Hal ini demikian , apabila generasi seterusnya melupai sejarah disebabkan oleh segelintir masyarakat yang kolot , berfikiran sempit dan terlalu mengawal akan menyebabkan generasi seterusnya untuk cenderung melupai sejarah. Hidup ini sememangnya hitam dan putih , pahit dan manis maka segala perkara yang baik ataupun tidak juga patut diberitahu dan disampaikan kepada mana-mana insan. Janganlah segala yang baik sahaja dibenarkan. Ini bertentangan dengan hidup manusia kerana hidup manusia bukannya setiap masa dan hari baik.
Segala keburukan sejarah dan peristiwa yang diketahui akan dijadikan pengajaran dan bukannya menagung-agungkan peristiwa mahupun tokoh yang jahat. Manusia bukannya bodoh dan buta. Hal ini demikian dengan menonton wayang mereka sendiri akan tahu betapa kejamnya dan sengsaranya kehidupan semasa zaman komunis. Mereka bukannya buta dengan beranggapan komunis itu baik dan betapa baiknya komunis. Oleh itu , mengapa takut pula wayang ini ditayangkan ? Chin Peng tidak akan diagung-agungkan ataupun dipuji tetapi sebaliknya akan memberi pengajaran kepada anak-anak muda kita bahawa cara perjuangan Chin Peng adalah salah.
Politik : Wakil Rakyat Rantau Panjang Mencaci dan Mendriskriminasi Wanita !!!!!!!!!!
Perkataan wakil rakyat telah menjelaskan kepada kita bahawa seseorang pemimpin yang dilantik adalah atas sokongan rakyat. Mereka tidak mewakili diri sendiri ataupun sesiapa tetapi rakyat!! Rakyat pula terdiri daripada pelbagai golongan yang meliputi kaum lelaki , perempuan , muda dan tua. Oleh itu , seseorang wakil rakyat tidak harus ’syok’ sendiri kerana segala tindakan dan perlakuan mereka mengambarkan suara rakyat. Jawatan mereka adalah melalui sokongan dan undian rakyat. Kini , apabila MP Abdul Fatah Harun wakil dari Rantau Panjang menghina kaum wanita di negara kita dengan mengatakan wanita adalah ‘gatal’ dalam parlimen. Dia ( saya tidak guna beliau kerana beliau dirujuk kepada orang yang dihormati sahaja tetapi orang yang tidak tahu menghormti orang lain dan diri sendiri tidak layak dihormati ) menghina , mencaci dan mendriskriminasi kaum wanita di sebuah dewan yang mulia. Penghinaan dan pendinaan ini dilakukan di tempat mulia.
Politik : Perletakan Jawatan Seorang Wira Sebagai Pengerusi BNBBC.
Parlimen ialah satu tempat yang mulia. Kemulian parlimen haruslah setimpal dengan orang-orang yang berada di dalamnya. Orang yang berjaya menjejakkan kaki ke Parlimen adalah orang-orang mulia yang telah dipilih oleh Rakyat , yakni wakil adalah wakil rakyat yang berjuang dan bekerja untuk rakyat.
Persoalannya kini , adakah kepentingan parti diletakkan melebihi rakyat ? Hiprokrit ini jelas terbukti apabila setiap 4 atau 5 tahun menjelang pilihanraya semua pemimpin akan berebut-rebut bekerja dan berjuang untuk rakyat. Pada masa itulah , rakyat dijaga dan dibodek dengan baik. Sebaik sahaja golongan ini berjaya melayakan diri ke Dewan yang mulia , suara rakyat sudah kurang kesannya. Buktinya , apabila rakyat menyuarakan aduan dan pendapat mereka tidak diperjuangkan oleh orang yang sepatutnya memperjuangkannya. Malangnya , apabila individu yang lain menawarkan diri untuk berjuang untuk rakyat , orang-orang yang sepatutnya berjuang untuk rakyat pula melupakan rakyat. Yang diperjuangkan hanya kepentingan parti dan peribadi semata-mata. Partilah yang akan memastikan mereka terus kekal dalam jawatan , berpengaruh dan ada kebarangkalian menjadi orang-orang penting kerajaan.
J (more…)
Wajarkan Tribunal Sarawak Dimansuhkan ?
Adalah amat tidak begitu sesuai untuk memansuhkan surat khabar yang memaparkan gambar nabi di Sarawak. Media harus diberikan kebebasan yang sewajarnya. Perkara sekecil ini bukan sahaja belaku di Malaysia tetapi juga berlaku di mana-mana negara dalam dunia ini.
Bercium dan Berpelukan tidak Dibenarkan
“I dont know why local governments always do such foolish things” kata Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Pelancongan yang baru dilantik. Syabas! Beliau adalah seorang yang cukup terbuka dan berpandangan jauh. Bagus!
“The authorities concerned should not formulate laws based on the values of a single religion or one ethnic group , less it would attract criticisms. The civil liberties enshrined in the Federal Constitution should also be given due consideration” kata Datuk Ong Tee Keat selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga baru dilantik. Tahniah. Sudah jarang saya lihat pemimpin MCA hari ini yang berani bersuara. Teruskan!
“Local governments should consider the feelings of all races and foreign tourists , espeacially those from western countries. ” To westerners , hungging and kissing are part of their etiquette and not indecent or immoral behaviour. Even in Malaysia , it is normal for non-muslim couple to hold hands in public” kata Datuk Tan Chai Ho yang menjadi Ketua Bereau Hal Ehwal Agama MCA. Hebat!!! Penyataan yang cukup baik.
“The legislators should gather the pulic opinions before enacting and enforcing such by laws” kata Datuk Ng Yen Yen selaku Ketua Wanita MCA.
Lina tidak Dibenarkan untuk Menukar Butir Agama dalam Kad Pengenalan
Agama islam adalah agama yang suci. Hal ini jelas terbukti apabila saya mendalami tamadun islam dengan lebih mendalam. Semakin dalam saya mendalami , semakin banyak perkara yang baik saya lihat pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda tidak pernah mengetepikan hak-hak orang bukan islam. Piagam madinah yang diciptanya juga jelas membuktikan hak semua orang walaupun bukan islam terjamin dan terpelihara.
Tahniah : Pelajar saya menunjukkan peningkatan di dalam pelajaran mereka
Walaupun saya tidak berkelulusan. Walaupun saya tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang guru. Walaupun umur saya masih muda. Walaupun saya masih merupakan seorang pelajar tetapi sejarah perkembangan saya dalam mengajar 3 tahun ini jelas membuktikan ‘dimana ada kemahuan , di situ ada jalan. Semasa saya berada di tingkatan 5 saya sebenarnya ditawarkan untuk mengajar bahasa Melayu di sebuah pusat tuisyen sekolah rendah. Pelajar yang saya sememangnya lemah dalam bahasa Melayu kerana berasal dari sekolah cina. Oleh itu , penguasan mereka terhadap mata pelajaran ini adalah tidak memuaskan. Kedua-dua pelajar ini walaupun sangat lemah tetapi berjaya mendapat A dan B untuk mata pelajaran ini dalam peperiksaan UPSR mereka. Keputusan ini adalah di luar jangkaan ibu bapa termasuk diri mereka tetapi saya sebenarnya sudah meramal bahawa mereka sememangnya dapat lulus dengan cemerlang. Lebih-lebih lagi doa saya kepada mereka yang tidak berbelah bagi sebanyak sedikit telah membantu. Tuhanlah yang menerangi mereka. Tuhanlah yang memberi mereka A dan B ini.Selepas tamatnya SPM , saya pula ditawarkan oleh sebuah Pusat Tuisyen yang baru dibuka untuk mengajar mata pelajaran sejarah dan geografi. Malangnya , saya berkata kepada pemilik Pusat Tuisyen ini bahawa saya hanya mampu mengajar subjek sejarah. Oleh itu , mata pelajaran geografi pula diserahkan kepada sahabat saya. Pada mulanya , saya hanya dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelajar tingkatan 3 sebagai percubaan.
Politik : Tafsiran dan Pendapat Peribadi Mengenai Perkembangan Politik
Pendapat , tafsiran dan ramalan mengenai perkembangan politik hanyalah pendapat peribadi semata-mata. Pendapat ini tidak semestinya benar dan tidak ada kepastian dalam ramalan saya. Oleh itu , janganlah mana-mana individu mengaitkan pendapat saya dengan mana-mana individu. Terpulang pada masing-masing untuk menafsir mengikut pemikiran tersendiri.
Bagi saya Khairy adalah seorang pecatur politik yang cukup handal. Beliau sememangnya seorang ahli politik yang bercita-cita tinggi dan bijak mengerak buah caturnya. Saya berpendapat isu pelepasan Anwar sebenarnya ada berkait rapat dengan Khairy. Hal ini demikian , pelepasan Anwar langsung tidak mengugat kedudukannya. Jelas terbukti khairy hanya berumur 28 manakala Anwar sudah 68 ( jika tidak silap).
Kepimpinan Lim Kit Siang haruslah dicontohi
Good arguement , congratulation and keep it up adalah antara kata-kata Lim Kit Siang selaku ketua pembangkang dan penasihat parti DAP kepada saya melalui e-mail. Bayangkanlah beliau betapa rendah diri untuk menghantar dan membalas e-mail kepada seorang insan yang lemah , tidak berkedudukan dan biasa seperti saya. Beliau adalah berbeza dengan beberapa orang pemimpim selama ini yang saya cuba berkomunikasi dengan mereka tetapi langsung tiada apa-apa berita daripada mereka sekian lama. Pernah sekali saya mengaju soalan kepada seorang pemimpin DAP yang disegani ramai termasuk saya untuk bertanya tentang proses penubuhan DAP bahagian cawangan untuk orang-orang muda yang sebaya dengan saya tetapi tiada maklum balas daripada pemimpim tersebut hanya kerana saya muda , orang biasa dan tidak berkedudukan. Pada masa itu , hampir ada lebih daripada 5o orang muda yang sebaya dengan saya bercita-cita tinggi untuk bersama saya untuk membawa bendera DAP tetapi semangat kita dihampakan dan tidak kesampaian. Ada yang bertanya kepada saya mengapa saya tidak terus bertanya ataupun menghantar email kali kedua? Jawapannya , Shen Yee Aun adalah seorang yang bermaruah. Tidak mungkin saya akan menghantar buat kali kedua apatah lagi momohon dan merayu. Saya juga adalah orang yang dihormati dan disegani dalam kalangan rakan-rakan saya. Oleh itu , tidak perlulah saya merendahkan martabat diri untuk berbuat demikian.
Sejarah Perkembangan Catur Saya Dijadikan Pengajaran Kepada Semua
Saya sebenarnya jahil dalam permainan ini. Kejahilan ini adalah seperti insan kita yang berjiwa lemah ( weak soul) dalam pelbagai bidang dan ilmu yang tidak diketahui oleh kita. Kejahilan ini tidak menghalang saya untuk meneranginya. Sejarahnya saya hanya tahu bermain catur selepas UPSR di darjah enam. Hal ini kerana selepas tamatnya UPRS sekolah masih berlangsung untuk sebulan lebih. Dalam zaman kebudak-budakan saya tidak tahu apa itu ponteng dan didapat setiap masa dan hari ramai pelajar di kelas saya bermain catur. Saya pula diajak bermain tetapi tidak tahu bermain. Bertuahnya ialah orang yang mengajak saya bermain kata jangan risau , saya akan ajar. Maka , bermulalah sejarah perkembangan saya dalam catur.
Sajak : Menguatkan Pertahanan , Menyerang Peperiksaan , Menembusi Cita-Cita
(oleh : shen yee aun)
Dihasilkan khas untuk pelajar dan remaja yang perlu berhadapan dengan peperiksaan. Diharapakan juga saya akan memperoleh keputusan yang cermerlang sebagai kekuatan untuk menembusi batu loncatan saya untuk menjadi seorang peguam dan ahli politik kelak jika ada rezeki. Yang penting ialah peperiksaan yang bakal dihadapi pada tahun ini perlu ditawan supaya menjadi kunci kemenangan dalam menembusi mana-mana kubu pertahanan. Peperiksaan ini adalah peperiksaan yang paling penting dalam hidup saya. Keputusannya akan menentukan hidup saya untuk 60 tahun yang akan datang. Keputusan ini layak menentukkan sama ada saya layak ke bidang perundangan ataupun jika tidak begitu baik akan ke bidang bahasa dan lebih teruk tiada saya bidang yang dapat ditembusi. Untuk pelajar-pelajar yang berhadapan dengan peperiksaan besar seperti UPSR , PMR DAN SPM. Saya berdoa supaya semua akan berjaya!
Pertahanan kamu perlu dikukuhkan
Kekuatan diri perlu ditingkatkan
Usaha semua perlu digandakan
Senjata individu perlu ditajamkan
Latihan perlu diperbanyakkan
MAMPU adalah singkatan untuk Malaysia Administrastion Management Planning Unit. MAMPU adalah sebuah badan kerajaan yang terletak di Putrajaya. Badan ini bertanggungjawab untuk mempertingkat kualiti perkhidmatan awam dan juga penggunaan ICT dalam kalangan kakitangan kerajaan. Pada masa yang sama , badan ini juga berperanan untuk memperkembang penggunaan ICT dalam masyarakat kita.
Sesi soal dan jawab :
Encik Amat Tarop : Saya nak tanya sejauh manakah kempen mempertingkat kualiti dalam perkhidmatan awam berkesan? Yang kedua saya nak berkongsi dengan semua bahawa Maybank yang saya berurusan di Kajang amat rendah tahap layanan dan perkhidmatanya.
Pihak Mampu : Sebagai orang KERAJAAN , jika kamu tanya saya dari sudut dan pihak kerajaan saya mengatakan kempen ini berkesan. Mungkin kebetulan Maybank yang encik lawat begini sahaja tetapi tempat lain mungkin tidak berlaku dan perkhidmatannya baik. bla bla bla bla bla bla bla.
Shen Yee Aun : Selamat pagi dan Salam Sejahtera. (more…)
Menjelang Tahun Baru Cina tahun ini seramai 11 orang warga tua cina telah ditangkap oleh pihak polis dan rambut mereka telah dipotong. Mengapakah pihak polis hendak bertindak demikian semasa kaum tiong hua masing-masing masih menyambut tahun baru mereka? Adakah mereka prihatin danber perikemanusian? Dari sudut undang-undang pihak polis sebenarnya telah menyalahgunakan kuasa mereka. Perkara ini amat melampui batas kuasa mereka! Siapakah mereka? Samseng ?
Telah berkali-kali mereka telah bertindak liar dan di luar kuasa mereka. Di manakah kewibawaan polis negara kita? Polis tidak boleh bertindak sesuka hati mereka. Segala-galanya mesti mengikut undang-undang dan tatatertib yang betul.
Wajarkah pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah?
Saya bersetuju dengan cadangan supaya telefon bimbit dibenarkan untuk dibawa ke sekolah! Hal ini demikian saya berpaksi pada neraca keadilan! Keadilan mesti ditegakkan! Sekirannya penggunaan telefon bimbit dilarang di kawasan sekolah , mengapakah pengetua-pengetua , kakitangan dan guru-guru di sekolah menggunakannya? Jika mengikut peraturan bukan sahaja pelajar yang tidak dibenarkan untuk membawa malahan semua insan yang berada di dalam sekolah juga tidak dibenarkan! Apatah lagi penggunaan telefon bimbit di bilik darjah? Tidakah penggunaan ini akan menganggu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah? Seandainya sebelum ini para pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di bilik darjah , siapa pula insan yang menggunakannya selain daripada para pelajar?
Mampukah Malaysia menjadi sebagai Pusat Kecemerlangan Ilmu ?
Dewasa ini , pendidikan semakin penting dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian , kerajaan Malaysia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Sehubungan itu , pusat kecemerlangan ilmu adalah sesuatu tempat rujukan ilmu dan mempunyai tenaga pengajar yang berwibawa. Persoalannya kini , dapatkah hasrat Kerajaan tercapai ? Pada pendapat saya , hasrat kerajaan dapat tercapai. Namun begitu , masih terdapat beberapa masalah yang mungkin akan menjadi penghalang kepada tercapainya hasrat tersebut.
Adakah Malaysia selamat dan masih wajarkah Akta Universiti?
Malaysia merupakan antara sebuah negara yang paling selamat di rantau ini. Keselamatan dari segi bencana alam , perpaduan kaum dan keadaan yang aman dan harmoni.
Dalam pada itu , laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2002- 2004 berkaitan dengan kes-kes kematian dalam lokap secara langsung telah mencabar hak asasi seseorang manusia untuk terus hidup dan dihadapkan ke mahkamah untuk pengadilan yang sewajarnya. Persoalannya kini , adakah Malaysia hanya selamat dari segi luaran sahaja? Kita mungkin selamat dari segala bencana alam tetapi secara dalaman kita mungkin akan mati di dalam penjara kita sendiri!
Ke manakah Arsenal & Manchester United selepas kehilangan Viera dan Keane ?
Jika sebelum ini Arsenal dan Manchester United memonopoli piala-piala dan kejuaran di EPL selama sedekat lamanya. Kini pula tiba kelahiran sebuah kelab iaitu Chelsea dibawah jagaan seorang pengurus bola sepak yang merupakan antara yang terbaik di dunia ( Jose Moriunho ). Mungkin ada dalam kalangan kalian tanya tidakah Wenger dan Ferguson tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Moriunho? Bukankah kedue-dua pengurus bola sepak ini lebih berpengalaman dan sudah kenal akan selok-belok permainan bola sepak di EPL jika berbanding dengan Morinuho yang baru sahaja tiba?
Keruntuhan Moral , Malaysia Boleh dan Rakyatnya Glokal ?
Dewasa ini Malaysia merupakan negara kedua terpantas di dunia yang paling cepat membangun selepas India. Pascamerdeka negara telah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang begitu rancak dan pesat membangun. Selain itu , Malaysia telah berjaya menawan puncak Gunung Everest, merentasi Selat Inggeris dan Kutub Antartika serta mengelilingi dunia secara solo oleh rakyat Malaysia yang ‘glokal’.
Tidak dapat dinafikan bahawa kita turut memiliki infrastruktur dan prasarana yang bertaraf dunia seperti Menara Berkembar Petronas , Lapangan Terbang KLIA , Bandar Putrajaya , Litar Antarabangsa Formula Satu dan sebagainya.
Namun disebalik kejayaan, kemegahan dan keagungan ini , negara pula terpaksa berhadapan dengan krisis keruntuhan moral di kalangan remaja yang semakin menjadi-jadi. Krisis ini bukan sahaja akan mengugat kestablian politik , membantut perkembangan ekonomi dan menjejaskan keamanan sosial malah boleh meranapkan dan seterusnya menghancurkan peradaban bangsa.


