Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Ke manakah Arsenal & Manchester United selepas kehilangan Viera dan Keane ?
Jika sebelum ini Arsenal dan Manchester United memonopoli piala-piala dan kejuaran di EPL selama sedekat lamanya. Kini pula tiba kelahiran sebuah kelab iaitu Chelsea dibawah jagaan seorang pengurus bola sepak yang merupakan antara yang terbaik di dunia ( Jose Moriunho ). Mungkin ada dalam kalangan kalian tanya tidakah Wenger dan Ferguson tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Moriunho? Bukankah kedue-dua pengurus bola sepak ini lebih berpengalaman dan sudah kenal akan selok-belok permainan bola sepak di EPL jika berbanding dengan Morinuho yang baru sahaja tiba?
Oleh itu , jika Wenger dan Ferguson juga tidak kurang hebatnya. Mengapakah pula kedua-dua pasukan ini kurang menyerlah jika berbanding dengan Chelsea bara-baru ini? Lebih-lebih lagi apabila kehilangan ketua pasukan mereka yang merupakan tulang belakang kelab bola sepak masing-masing. Viera dan Keane bukan sahaja berperanan sebagai ketua pasukan malah tanpa mereka Arsenal dan Manchester United bagaikan sebuah badan yang tidak bernyawa.Nyawa mereka seolah-olah telah dikeluarkan. Kedua-dua kelab ini sudah tidak dapat beraksi dengan penuh semangat dan kehebatan seperti dahulu lagi.
Selain itu , kedua-dua kelab ini bukan sehaja kehilangan nyawa mereka ( ketua pasukan ) malah turut menghadapi masalah yang sama. Pertama , masih tidak dapat memiliki penjaga goal yang berwibawa walaupun tidak dapat dinafikan penjaga mereka masih hebat. Kedua-dua penjaga goal mereka sudah kurang hebatnya jika berbanding dengan zaman muda mereka. Semasa mereka muda , mereka sememangnya hebat. Kini usia mereka sudah semakin meningkat dan berapa lama lagikah kehebatan mereka akan kekal? Dalam usia sebegini , kehebatan mereka sudah kurang konsisten yang mungkin akan membahayakan kelab masing-masing apabila beraksi dalam perlawanan-perlawanan yang penting.
Seterusnya , kekuatan benteng pertahanan kedua-dua pasukan ini sudah semakin lemah. Pertama , Sol Campbell yang merupakan pemain pertahanan utama Arsenal sudah semakin meningkat usianya disamping sudah tidak sehebat dahulu lagi. Pemain-pemain pertahanan Arsenal yang lain pula tidak begitu mantap dan menyakinkan. Manchester United turut menghadapi masalah yang sama. Rio Ferdinand sudah semakin lemah dan tidak konsisten. Tambahan pula , Gary Neville dan Michael Sivester yang pada suatu ketika dahulu merupakan antara pemain pertahanan yang mengkuatkan pertahanan Manchester United telah kurang mantap akibat usia yang semakin meningkat.
Pada masa yang sama , majoriti pemain dalam pasukan kedua-dua kelab ini terdiri daripada pemain-pemain yang masih muda. Pemain-pemain muda ini sebenarnya hebat dan mempunyai potensi yang amat besar. Mereka cuma perlu diberi masa untuk memantapkan dan mematangkan permainan mereka disamping menimba lebih banyak pengalaman. Bakat mereka harus terus diasah dan dicungkil! Tidak mustahil kedua-dua kelab ini akan kembali hebat setelah pemain-pemain muda ini berjaya menyesuaikan diri.
Namun begitu , kesetian seya terhadap Manchester United adalah tidak berbelah bagi! Selagi hayat dikandung badan , akan saya tetap bersamamu! Kita tunnggu dan lihat Christiano Ronaldo , Wayne Rooney , Kieron Richardson , Daren Flecther dan sebagainya untuk menjadikan Mancherster United sebagai kelab bola sepak terbaik dunia untuk 2-3 tahun yang akan datang!
You are the best, Manchester United!
Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/01/11/5/trackback/
No comments yet.
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


