Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

January 16, 2006

Malaysia merupakan antara sebuah negara yang paling selamat di rantau ini. Keselamatan dari segi bencana alam , perpaduan kaum dan keadaan yang aman dan harmoni.

Dalam pada itu , laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2002- 2004 berkaitan dengan kes-kes kematian dalam lokap secara langsung telah mencabar hak asasi seseorang manusia untuk terus hidup dan dihadapkan ke mahkamah untuk pengadilan yang sewajarnya. Persoalannya kini , adakah Malaysia hanya selamat dari segi luaran sahaja? Kita mungkin selamat dari segala bencana alam tetapi secara dalaman kita mungkin akan mati di dalam penjara kita sendiri!

Di manakah keadilan? “…….” sepatutnya ukur baju di sendiri dahulu sebelum jaga tepi kain orang.Jangan “mereka” hanya sibuk mengkiritik penceborohan dan kekejaman tentera Amerika Syarikat sedangkan dalam negara sendiri tidak terurus.

Seterusnya , adakah golongan belia mahupun pemuda atau pemudi yang berada di dalam Universiti akan dilayan seperti kanak-kanak dan banduan? Dimanakah kebebasan dan hak asasi mereka sebagai yang diperuntukkan dalam perlembagaan untuk bebas berpersatuan , berhimpun dan bersuara. Jika umur 18 adalah umur yang dibenarkan untuk menyertai mana-mana parti politik di negara kita. Mengapakah pemuda dan pemudi yang majoritinya berada dalam linkungan 20-30 tahun disekat oleh akta Universiti dan Kolej untuk berpolitik dan sebagainya.

Adakah fenomena ini sihat untuk golongan muda yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara ini? Adakah kita mahu terus melahirkan pemimpin yang hanya menang dengan amalan rasuah sahaja ataupun seseorang pemimpin yang berkarisma tinggi, berkeyakinan, berhemah tinggi dan mempunyai ciri-ciri seseorang pemimpin yang sempurna dari segi ceramahnya , kebijaksaannya dan sahsiah peribadinya yang mulia.

Ciri-ciri pemimpin ideal ini hanya dapat dilahirkan melalui akitivi dan kebebasan berpolitik di Universiti. Antara pemimpin-pemimpin yang pernah dilahirkan daripada kebebasan berpolitik di Universiti adalah Tun Mahathir Mohammad, Datuk seri Anwar Ibrahim dan banyak lagi yang telah dimanfaatkan.

Oleh yang demikian , Akta universiti dan Kolej Universiti (AUKU) harus dimansuhkan!!!!!! Kebebasan berpolitik 100% haruslah dihidupkan semula!!!! Kebebasan ini bukan hanya dalam Universiti tetepi pilihan raya negara kita juga harus diberi kebebasan kepada setiap komponen parti politik!

Pilihanraya secara bersih , cekap , bebas dan demokrasi haruslah dihidupkan semula. Persoalannya kini , mampukah kita memansuhkan akta-akta yang melayan siswazah universiti seperti kanak-kanak dan banduan ? Dicadangkan soal hak asasi manusia , layanan banduan dalam penjara , akta-akta universiti yang tidak relevan akan dijadikan agenda utama parti-parti pembangkan di negara ini dalam pilihanraya kebangsaan yang seterusnya.

Seandainya kebebasan bersuara saya dalam memberi pendapat tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu. Maka , tepuklah dada , tanyalah selera dimanakah keadilan? kebebesan ? dan hak asasi manusia?

“Selamat berjuang , Tegakkan keadilan!”

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/01/16/6/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>