Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

January 27, 2006

Dewasa ini , pendidikan semakin penting dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian , kerajaan Malaysia berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Sehubungan itu , pusat kecemerlangan ilmu adalah sesuatu tempat rujukan ilmu dan mempunyai tenaga pengajar yang berwibawa. Persoalannya kini , dapatkah hasrat Kerajaan tercapai ? Pada pendapat saya , hasrat kerajaan dapat tercapai. Namun begitu , masih terdapat beberapa masalah yang mungkin akan menjadi penghalang kepada tercapainya hasrat tersebut.

Kerajaan Malaysia serius dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu. Oleh yang demikian , kerajaan Malaysia tentunya kan berusaha ke arah mencapai hasrat tersebut. Sejajar itu , kerajaan berpegang pada dasar menggalakkan kemasukan pelajar asing. Antara usaha-usaha yang dilakukan ilah memberi kelonggaraan dari segi bahasa iaitu Universiti Swasta dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Baru-baru ini kursus-kursus tertentu dalam Universiti Awam juga membenarkan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu , kerajaan juga telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelajar-pelajar asing. Sebagai contoh , kerajaan menyedikan kemudahan asrama ataupun tempat tinggal untuk pelajar-pelajar yang datang ke Malaysia untuk menuntut ilmu.Implikasinya , pelajar-pelajar asing akan berasa selamat dan selesa untuk berada di Malaysia dan seterusnya lebih ramai pelajar akan dating ke Malaysia.

Dalam pada itu , Malaysia sudah mempunyai banyak institusi pengajian yang meliputi Universiti Awam , Universiti dan Kolej Swasta serta program pendidikan jarak jauh. Pelajar-pelajar asing dari dunia ketiga ataupun kurang berkemampuan tidak perlu risau akan kos pendidikan tinggi yan gperlu ditanggung oleh mereka. Hal ini demikian kerana pengajian tinggi di Universiti-universiti awam adalah jauh lebih rendah kosnya berbanding dengan universiti-universiti di luar negara. Selain itu , terdapat juga universiti awam yang telah diperbadankan seperti universiti Malaya. Keadaan ini secara langung akan meningkatkan kecekapan pentadbiran dan pengurusan universiti. Tambahan pula , universiti dan kolej swasta di negara kita sudah mempunyai cawangan universiti luar negara yang terkemuka.Sebagai contoh , cawangan Universiti Monash di Universiti Kolej Sunway dan cawangan Universiti Reading di Kolej Taylor. Seterusnya , program pendidikan jarak jauh dapat memberi peluang kepada golongan pelajar yang tidak berjaya memasuki ke mana-mana institusi pengajian tinggi untuk meneruskan pengajian mereka.

Pada masa yang sama , perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) telah memberi nafas baru dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini demikian kerana pelajar tidak akan ketinggalan dalam arus pemodenan melalui sistem pendidikan yang berlandaskan ICT. Lebih-lebih lagi , proses pemelajaran juga akan menjadi lebih berkesan kerana semua maklumat boleh didapati melalui internet. Perkara inijuga akan meringkankan beban guru yang semakin bertambah. Seterusnya , nota-nota dan latihan akan diberikan melalui saluran rangkaian yang ditetapkan melalui internet. Senario ini secara tidak langsung telah menjimatkan masa untuk memberi dan menyalin nota. Implikasi daripada perkembangan ICT mutakhir ini akan meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Malaysia. Kualiti yang semakin baik pula akan menarik lebih ramai lagi pelajar asing ke Malaysia untuk meneruskan pengajian mereka.

Di samping itu , Malaysia juga merupakan sebuah negara yang stabil sosio politiknya. Oleh sebab itu , keadaan di Malaysia adalah aman dan tidak huru-hara seperti yang berlaku di Filipina untuk menumbangkan Presiden Aroyo. Kerajaan Malaysia juga senantiasa menjaga kepentingan semua warga di Malaysia tanpa mengira bangsa , asal usul dan agama samaada rakyat tempatan ataupun asing.Oleh yang demikian , pelajar-pelajar tidak perlu bimbang akan keselamatan terancam. Keadaan yang selamat dan aman ini akan menjamin pembelajaran yang lebih efektif. Selain itu , para pelajar juga adalah bebas dan selamat untuk ke mana-mana tempat di Malaysia disebabkan keadaan yang aman. Senario ini akan menyebabkan ibubapa di rantau ini untuk menghantar anak mereka ke Malaysia tapa perlu berasa bimbang.

Sementara itu , disebalik kemunkinan Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu terdapat juga masalah yang mungkin akan menjadi penghalang untuk merealisasikannya. Keadaan ini disebabkan infrastruktur dan sumber pendidikan kita masih belum mencukupi dan tidak canggih. Hal ini mungkin disebabkan penyediaan infrastruktur yang lebih baij akan memerlukan kos yang amat tinggi dan sumber pendapatan negara terhad. Seterusnya , kekurangan tanah untuk mempertingkat taraf infrastruktur yang sedia ada juga merupakan puncanya. Selain itu , bahan rujukan dan sumber-sumber ilmiah masih terhad di Malaysia. Hal ini demikian kerana usia dan sejarah universiti di Malaysia masih muda jika dibandingkan dengan universiti terkemuka dunia yang sudah mempunyai sejarah yang lebih daripada 200 tahun lamanya. Sebagai contoh Universiti terkemuka dunia ialah Universiti Harvard , Cambridge dan Oxford.

Kini tiba pula giliran saya meluahkan segala-gala yang benar-benar dalam hati saya. Pada pendapat saya saya sebenarnya maklamat ini adalah sukar untuk dicapai! Pertama , masihkah saudara dan saudari ingat akan masalah ketuk-ketampi ?

Penduduk di dunia luar sudah mula takut dengan kelakuan polis di negara kita. Banyak lagi kejadian-kejadian yang dahsyat berlaku di penjara kita tidak dilaporkan oleh media. Kedua , pertukaran daripada penekanan terhadap bahasa Melayu kepada Inggeris sudah merojakkan sistem pendidikan kita. Buku-buku dan sumber adalah terhad. Tenaga pengajar yang baru tamat ijazah mereka berada dalam zaman penekanan terhadap bahasa Melayu dan kini akan membawa sedikit cabaran dan masalah untuk mereka mengajar dalam bahasa Inggeris.

Kita sudah ketinggalan bahasa Inggeris lebih daripada sedekat. Kita sudah jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Singapore. Mengapakah sistem pemdidikan kita tidak ada perancangan jangka pangjang? Lebih-lebih lagi sukatan pelajaran sering ditukar. Sistem pendidikan kita semakin tidak relevan dalam zaman yang moden hari ini. Masa pembelajaran yang terikat sebenarnya tidak memanfaatkan para pelajar. Hal ini demikian kerana pembelajaran secara intensif sukar dilaksanakan. Keadaan ini berlaku kerana berapa banyakah yang dapat dilakukan oleh guru tertentu untuk mengajar dalam 1 atau 2 masa yang terikat kepada jadual?

Mengapa pula pusat tuisyen yang menjalankan kelas secara intensif dapat menghabiskan pengajaran mereka lebih cepat daripada sekolah malahan lebih efektif untuk sesetengah pelajar? Seterusnya , tepuklah dada dan tanyalah selera berapa banyakah buku teks sekolah kita dapat digunakan untuk proses pengajaran dan pemelajaran? Adakah buku teks tersebut benar-benar membantu pelajar? Adakah guru-guru pakar buku-buku teks sekolah kita berkualiti? Tepuklah dada dan tanyalah selera!

Ketiga , masalah sosial semakin berleluasa dalam kalangan pelajar kita hari ini. Kita sering kali melihat di kaca televisyen , dengar melalui gelombang radio dan baca melalui paparan di akhbar bahawa remaja-remaja kita terlibat dalam black metal , kes buli , rogol , dadah dan sebagainya. Adakah fenomena seperti ini akan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu? Mungkin kita akan menjadi pusat kecemerlangan masalah sosial yang terhebat! Kita mungkin akan dikenali raja dadah , raja buli dan raja segala kejahatan !

Keempat , Akta Universiti dan Kolej (AUKU) telah membantut perkembangan kepimpinan dan minda mahasiswa dan mahasiswi kita. Mahasiswa dan mahasiswi kita disekat dan dikekang untuk berpolitik secara sihat di Institusi pengajian tinggi di negara kita. Perkara ini amat mengecewakan kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik bukannya autokratik! Kelima , mengapakah Universiti Malaya daripada kedudukan 89 di dunia kini pula berada di tangga 169? Universiti Sains Malaysia pula di bawah tangga 120 di dunia kini pula tidak tergolong dalam 200 Universiti terbaik dunia? Di manakah kualiti institusi pengajian tinggi kita yang dilaung-laungkan selama ini? Apakah punca-puncannya? Bukankah “Malaysia Boleh”?

Konklusinya , dapatkah hasrat tersebut tercapai? Terpulang pada individu tertentu untuk mentafsirnya. Sebarang pendapat adalah amat dialu-alukan. Pada pendapat saya , hasrat tersebut adalah amat sukar dicapai! Didapati sistem pendidikan kita semakin kurang kualitinya dari sehari ke sehari! Lebih-lebih lagi tenaga pengajar yang dilahirkan semakin mengecewakan pada pendapat saya. Entahlah mereka adalah tenaga pengajar ataupun sebenarnya diri mereka yang patut diajar. Entahlah! Jika negara kita sebenarnya tidak kurang hebatnya daripada negara lain di dunia ini. Persoalannya kini , mengapakah korporat-korporat , menteri – menteri , tan sri , datuk , dato , orang-orang kaya dan berkemampuan menghantar anak-anak mereka ke luar negara untuk belajar? Di mana letaknya semangat patriotisme? Saya tidak mengatakan semua tetapi sebilangannya sememangnya berbuat demikian. Mengapa? Entahlah!

” Malaysia bangkitlah dan merealisasikan apa yang tidak mungkin”

1 Comment »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/01/27/mampukah-malaysia-menjadi-sebagai-pusat-kecemerlangan-ilmu/trackback/

  1. saya memang bersetuju dengan penyataan kamu. Sekarang guru yang ada 80% daripadanya adalah guru 25 haribulan.Menunggu tarikh tersebut untuk mendapat habuan bukannya mempunyai kesedaran untuk mendidik anak bangsa menjadi terbilang dan cemerlang. Malah kementerian dan sekolah hanya berlumba-lumba untuk mendapatkan pujian dan pangkat dalam kementerian, jabatan dan sekolah untuk kebaikan diri tetapi bukan kerana mereka mahu berjuang meningkatkan jati diri pelajar-pelajar di sekolah.

    Comment by Intan aida — January 9, 2008 @ 3:05 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>