Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

February 26, 2006

Menjelang Tahun Baru Cina tahun ini seramai 11 orang warga tua cina telah ditangkap oleh pihak polis dan rambut mereka telah dipotong. Mengapakah pihak polis hendak bertindak demikian semasa kaum tiong hua masing-masing masih menyambut tahun baru mereka? Adakah mereka prihatin danber perikemanusian? Dari sudut undang-undang pihak polis sebenarnya telah menyalahgunakan kuasa mereka. Perkara ini amat melampui batas kuasa mereka! Siapakah mereka? Samseng ?

Telah berkali-kali mereka telah bertindak liar dan di luar kuasa mereka. Di manakah kewibawaan polis negara kita? Polis tidak boleh bertindak sesuka hati mereka. Segala-galanya mesti mengikut undang-undang dan tatatertib yang betul.

Sekirannya orang 11 orang cina yang menjadi mangsa itu betul-betul didapati bersalah pun perlu dihukum mengikut undang-undang yang sebenar. Pertama mereka boleh disaman dan dibawa ke mahkawah untuk pengadilan sewajarnya sebelum dihukum ataupun dilakukan sesuka hati ke atas mereka.Lebih-lebih lagi mereka ialah warga tua! Tidakkah polis negara kita turut mempelajari apakah itu nilai-nilai murni? Apakah itu pendidikan moral? Apakah itu pendidikan dan ajaran agama? Mengapakah orang-orang tua kita tidak dihormati dan dihukum mengikut tatatertib yang sewajarnya? Adakah masyarakat kita ialah masyarakat yang bertindak liar ke atas warga tua? Adakah agama kita mengajar kita sedemikian ? Tambahan pula, mengikut kesemua orang tua yang menjadi mangsa , mereka tidak berjudi! Mereka hanya bermain mahjong yang merupakan permainan tradisional kaum tionghua sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi.

Orang tua kita tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri mereka di mahkamah sebelum hukuman memotong rambut mereka dilaksanakan. Bukankah Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum , agama , bangsa , budaya dan adat? Adakah kepentingan kaum lain untuk terus bermain permainan tradisional mereka yang diwarisi oleh nenek moyang mereka hendak dihalang? Lebih-lebih lagi permainan ini menjadi pilihan utama semasa tahun baru. Di manakah perpaduan? Di manakah budaya hormat-menghormati? Di manakah nilai-nilai seperti bertolak-ansur dan keprihatinan? Persoalannya kini , sekiranya polis mendapati sesiapa bermain permainan congkak dalam bentuk judi , adakah polis akan juga melaksanakan tindakan yang sama terhadap mereka yang didapati bersalah?

Seterusnya, MCA sebuah parti yang dipertanggungjawab oleh kaum oleh tionghua untuk memperjuang hak-hak mereka masih tidak berani tampil ke hadapan untuk memperjuangkan dan menegakkan keadilan kaum tionghua yang ditindas!!!!!!!!!!! Adakah MCA semakin lemah? Adakah MCA sudah hilang perjuangan mereka? Adakah MCA hanya mengikut UMNO dalam segala hal dengan membabi buta sahaja? MCA! BANGUNLAH! BANGKITLAH! TEGAKLAH! Perjuangan nasib kaum kamu sendiri sebelum multi bangsa seperti Keadilan dan Dap melakukannya.!

Persoalannya kini , kewibawaan polis kita harus dipersoal setelah beberapa isu yang tidak menyenangkan berkaitan dengan polis telah timbul baru-baru ini. 11 warga tua itu harus sehati sejiwa untuk mendakwa tindakan polis yang bertanggungjawab! Dinasihatkan kesemua peguam cina di seluruh tanah air keluarlah secara sukarela untuk mendakwa polis yang melampui kuasa mereka.Biar berribu-ribu peguam mendakwa tindakan polis yang liar itu. Parti-parti seperti DAP , KEADILAN , MCA , GERAKAN dan sebagainya harus berani tampil ke hadapan untuk terus mempersoal integriti dan kewibawaan polis kita dari semasa ke semasa.

Dalam menuju ke arah wawasan 2020 , polis negara kita haruslah adalah yang terbaik dari pelbagai segi. Sebagai contoh , penuh dengan nilai-nilai murni , sedia membantu , adil , bersih dari amalan rasuah , amanah dan senantiasa menjaga kebajikan dan keamanan serta keselamatan masyarakat , rakyat dan negara. “tegakkan keadilan demi rakyat”

1 Comment »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/02/26/66/trackback/

  1. sama sekali x setuju dgn esei awk.
    pertama sekali,esei tu menimbulkan sensitiviti perkauman
    2,perbuatan awk sama macam menyuruh pasukan polis kita diubah secara keseluruhannya.
    3,polis adalah manusia biasa yang melakukan kesilapan juga
    4,adakah org tua berbangsa tiong hua yang menghormati pasukan polis?
    jangan balas mesej nih
    saya cuma menyatakan pendpat demi negara kita yang mengamalkan perpaduan

    Comment by iqa — March 7, 2007 @ 3:13 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>