Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
MAMPU adalah singkatan untuk Malaysia Administrastion Management Planning Unit. MAMPU adalah sebuah badan kerajaan yang terletak di Putrajaya. Badan ini bertanggungjawab untuk mempertingkat kualiti perkhidmatan awam dan juga penggunaan ICT dalam kalangan kakitangan kerajaan. Pada masa yang sama , badan ini juga berperanan untuk memperkembang penggunaan ICT dalam masyarakat kita.
Sesi soal dan jawab :
Encik Amat Tarop : Saya nak tanya sejauh manakah kempen mempertingkat kualiti dalam perkhidmatan awam berkesan? Yang kedua saya nak berkongsi dengan semua bahawa Maybank yang saya berurusan di Kajang amat rendah tahap layanan dan perkhidmatanya.
Pihak Mampu : Sebagai orang KERAJAAN , jika kamu tanya saya dari sudut dan pihak kerajaan saya mengatakan kempen ini berkesan. Mungkin kebetulan Maybank yang encik lawat begini sahaja tetapi tempat lain mungkin tidak berlaku dan perkhidmatannya baik. bla bla bla bla bla bla bla.
Shen Yee Aun : Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Saya ini mengulas tentang jawapan yang diberikan oleh encik sebentar tadi. Yang pertama , perkara ini tidak berlaku di Maybank Kajang sahaja dan sebagai yang diketahui fenomena ini berlaku di mana-mana sahaja sektor perkhidmatan kerajaan.Tidak dapat dinafikan terdapat perkhidmatan kaunter dan kakitangan kerajaan yang menawarkan kualiti dan layanan perkhidmatan yang baik tetapi sebilangan besar masih rendah tahap perkhidmatannya. Antara masalah yang dihadapi ialah kakitangan yang kurang mesra , lemah , lambat , tidak produktif dan sebagainya. Pada masa yang sama , terdapat juga banyak masalah sampingan yang dihadapi oleh kita semua. ( Tepukan yang kuat daripada semua orang di Auditoriun sebelah jabatan perdana menteri seolah-olah mereka amat bersetuju dengan kenyataan saya ) ..
Yang kedua , mengapakah keadaan ini berlaku? Hal ini demikian pihak yang bertanggungjawab seperti MAMPU cepat bersyukur dan mudah berpuas hati dengan prestasi yang sedia ada. Jika tidak mengapa sebentar tadi pihak MAMPU mengatakan kempen yang dilancarkan oleh kerajaan berjaya dari sudut kerajaan? ( tepukan gemuruh sekali lagi dalam auditorium yang indah itu)
Dari sudut rakyat dan realitinya tidak! Oleh kerana sikap pihak kerajaan yang cepat mengatakan ya untuk semua perkara , maka tidak hairanlah pihak yang bertanggungjawab tidak mencari keadah untuk mempertingkat dan memperbaiki kualiti yang sedia ada sebab pihak tertentu sudah beranggapan bahawa kualiti yang sedia ada sudah ‘baik’. Yang ketiga , saya ingin mengulas kenyataan pihak MAMPU bahawa penswastaan dapat mempertingkat kualiti dan ekonomi negara kita. Kenyataan ini tidak 100% benar kerana kita mempunyai syarikat MAS dan PROTON yang menjadi beban kepada kerajaan dan negara dan bukannya membantu dalam mempertingkat ekonomi negara.
Sebaliknya , RM 4 Billion yang MAS rugi dapat membantut perkembangan ekonomi negara. Yang terakhir , nombor telefon yang diberi tidak dapat dihubungi , nombor aduan yang diberi biasanya aduan tanpa tindakan , lawan web yang diberi pula sehingga hari ini saya masih mempunyai rakan-rakan yang tidak dapat memasuki lawan web yang diberi untuk memohon ke IPTA. Apakah pula yang dilaung-laungkan untuk mempertingkat penggunaan ICT ? Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menyediakan komputer di kebanyakan sekolah tetapi sejauh manakah komputer ini digunakan dengan sebaik-naiknya? Masih ada pelajar dan guru yang tidak tahu menggunakan internet.Komputer yang ada adalah pentium 2 dan 3 tetapi kini sudah pentium 4 dan 5 sudah hampir berada di pasaran.Komputer di sekolah pula sudah berhabuk kerana tidak digunakan sepenuhnya.Sehingga hari ini masih terdapat wakil rakyat yang tidak tahu menggunkan internet sepenuhnya. Majoritinya masih tidak tahu ‘blog’ di internet. Adakah ini yang dilaung-laungkan untuk melahirkan masyarakat ICT?(tepukan sekali lagi yang menggambarkan kalian bersetuju dengan penyataan saya) Apakah ulasan pihak MAMPU.Sekian , terima kasih.
Pihak Mampu : Ayat pertama : Saya sebenarnya pun tak tahu bagaimana nak jawablah…… bla bla blaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….. blaaaaaaaaaaablaaaaaaaaaaaabla bla bla dan penjelasan yang selanjutnya diberi olehnya…. Selepas itu , pihak MAMPU meneruskan dengan menjelaskan tugas-tugas dan peranan mereka. Kini, mereka banyak menekankan tentang kepentingan ICT. Tidak lama kemudian saya bangun dan berjalan ke depan.
Shen Yee Aun : Mengapakah dasar-dasar kerajaan saling bertentangan dan bercanggah? Di sini kata nak melahirkan masyarakat yang celik IT. Di situ , pula melarang para pelajar untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Oleh itu , saya minta jasa baik MAMPU supaya berhubungan dengan Kementerian Pelajaran supaya membenarkan penggunaan telefon bimbit di sekolah.
Pihak MAMPU : Why must the students bring handphone to school? I dont see anything that handphone can help in their studies?
Saya bangun dan berjalan ke depan lagi kerana seolah-olah penyataan saya dicabar!!!!!! Oleh kerana pihak MAMPU menjawab dalam bahasa Inggeris , saya pun mengambil kesempatan untuk tidak menggunakan bahawa kebangsaan kita. sebenarnya saya lebih selesa menggunakan bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa melayu. Oleh kerana rasa tercabar , saya bercadang menjawab dalam bahaasa inggeris dengan nada yang amat kuat dan sinis
Shen Yee Aun : To answer to your question. Students can use handphone as a tool to improve their studies in this modern world of IT and Science and Technology. The handphone can be use to record the voice of our teaching when teaching. ( Tepukan gemuruh ) … Secondly , it can also be use to do presentation. At the same time , the communication between teachers and students is much more easier((tepukan gemuruh). The students also can use the handphone as a calcalator. The handphone can be use to record any lesson taught by teachers in video clip form. (tepukan gemuruh) . the handphone can use to take pictures for any school assignment or projects that need it. The handphone can be use as a small note book to remind the students of any other facts or event that need to jot down. ( tepukan gemuruh )
Pihak MAMPU : Saya sebenarnya tidak tahu mengapa telefon bimbit tidak dibenarkan di sekolah ( indirectly he agree with my statement )…..Saya rasa orang yang melarangnya mesti ada sebabnya yang baik.Oleh itu , disarankan semua pihak ikut sahaja untuk kebaikan. bla bla bla dan penjelasan yang selanjutnya…………………. Selepas tamat penerangan yang diberi
Pihak MAMPU : Keberanian dan semangat individu yang sanggup memberi hujah di depan adalah amat baik. Diharapkan individu tersebut dapat kekal sebegini. Dinasihatkan supaya mencari lebih ilmu dahulu kerana jika ilmu tidak penuh di dada , suara individu tersebut kurang membawa kesan.
Pihak MAMPU 2: Cara individu berhujah sebentar tadi adalah mirip dengan cara penyampaian wakil rakyat di parlimen. Gayanya memang sama seperti seorang wakil rakyat. Saya rasa mungkin masa hadapan dia ada potensi untuk jadi wakil rakyat. Saya kagum dengan semangat dan keberaniannya. Nasihat saya ialah terus mencari ilmu dan kekal dalam semangat yang berkobar-kobar sebegini. Dinasihatkan juga jangan begitu lantang di luar kerana bila-bila masa akan ditangkap. Di sini , adalah terbuka dan kita mengalu-alukan segala bentuk ‘feedback’ daripada mana-mana individu.
Tamat ……………
Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/03/26/lawatan-ke-mampu/trackback/
No comments yet.
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


