Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

April 14, 2006

Saya sebenarnya jahil dalam permainan ini. Kejahilan ini adalah seperti insan kita yang berjiwa lemah ( weak soul) dalam pelbagai bidang dan ilmu yang tidak diketahui oleh kita. Kejahilan ini tidak menghalang saya untuk meneranginya. Sejarahnya saya hanya tahu bermain catur selepas UPSR di darjah enam. Hal ini kerana selepas tamatnya UPRS sekolah masih berlangsung untuk sebulan lebih. Dalam zaman kebudak-budakan saya tidak tahu apa itu ponteng dan didapat setiap masa dan hari ramai pelajar di kelas saya bermain catur. Saya pula diajak bermain tetapi tidak tahu bermain. Bertuahnya ialah orang yang mengajak saya bermain kata jangan risau , saya akan ajar. Maka , bermulalah sejarah perkembangan saya dalam catur.

Pengajaran pertama ialah memberitahu kepada kita bahawa tiada sesiapa yang tahu segala-galanya dalam buana ini. Manusia perlu belajar baru akan mahir dan pandai dalam sesuatu yang dipelajari. Remaja-remaja dan pelajar sekalian teruskan usaha anda dalam meluaskan pengetahuan masing-masing. Kejahilan dapat diterangi

Seterusnya , minat saya terhadap permainan ini semakin mendalam. Oleh kerana minat , saya terlampau gila catur sehingga mula membeli set sendiri dan bermain dengan rakan-rakan setiap hari. Boleh dikatakan dalam pada mulanya saya kalah sejumlah 300 kali setiap kali bermain dengan sesiapa. Kekalahan ini tidak mematikan minat saya dan usaha saya untuk mendalami catur. Masa itu , saya juga bermain di rumah apabila mengajar adik bermain. Adik ini 3 tahun lebih muda daripada saya. Saya juga terlampau gila catur sehingga membawa set saya ke rumah nenek dan bermain dengan datuk , pak cik dan saudara mara. Pada mulanya saya kalah , lama-kelamaan apabila pemahaman saya terhadap catur semakin kukuh saya sudah berjaya mengalahkan datuk , pak cik dan saudara saya.

Kini cuba tinggal ayah saya dan rakan-rakan yang berada di kelas masih tidak dapat mengalahkan mereka. Oleh kerana pemahaman yang semakin mendalam dan saya berani menyertai pertandingan catur yang dianjurkan di luar. Walaupun saya lemah dan tidak hebat pada masa itu , saya tetap berani menyertai pertandingan tanpa rasa segan. Pertandingan pertama saya adalah di Hotel Redison dan yang kedua di UM. Kedua-dua pertanding ini saya hanya berjaya memenangi 2 perlawanan daripada 6.

Lama-kelamaan , pelajar yang mengajar saya catur sudah dikalahkan. Pelajar yang paling hebat di dalam kelas dan pemain catur kedua terhebat di sekolah dan juga no 10 di daerah klang bawah 12 kerana masa itu pelajar ini mendapat tempat ke 10 di klang. Pelajar ini seolah-olah mencabar saya. Oleh kerana cabaran itu , saya telah berjaya seri dengannya dalam perlawanan itu. Satu pretasi yang cuba membanggakan kerana pemain selemah saya mampu seri dengan seorang lawan yang disegani.

Pengajaran kedua ialah minat yang menentukan segala-galanya. Oleh itu para pelajar mesti meminati semua bidang dan mata pelajaran supaya anda dapat pergi dengan lebih jauh ke hadapan dengan kecermelangan.

Ketiga ialah tidak putus asa walaupun lemah dan gagal. Kegagalan bukan segala-galanya. Saya kalah sebanyak 300 perlawanan sebelum mula untuk seri dan menang. Berapa kali anda sudah gagal jika dibandingkan dengan 300 kali perlawanan saya ? Pelajar perlu bangkit. Pelajar perlu belajar dari kegagalan kerana kegagalan ada kunci kejayaan kita untuk mara ke hadapan. Kuatkan semangat! Kuatkan jiwa yang lemah! Tidak boleh berputus-asa selagi hayat dikandung badan.

Keempat ialah kesabaran dan ketabahan. Pelajar perlu sabar dan tabah baru boleh kita berhadapan dengan kegagalan dan bangkit. Ketabahan dan kesabaran akan memberi kekuatan kita untuk mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan dalam hidup yang penuh cabaran. Pelajaran yang penuh kesukaran dapat diatasi.

Kelima ialah manusia perlu dirangsang baru akan bergerak ke hadapan. Sebagai contoh , apabila saya dicabar oleh pemain yang disegani , secara tiba-tiba saya menjadi seorang yang berlainan. Maksudnya seorang pemain catur yang tiba-tiba menjadi pada waktu dirangsangkan. Setelah dirangsang dan dicabar maka saya berjaya seri dengannya walaupun jika ikut prestasi sebenar saya masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengannya.

Keenam ialah berani. Keberanian saya kerana tidak gentar untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan walaupun diri saya lemah. Pertandingan adalah latihan yang terbaik. Oleh itu , latihan dan ulangkaji adalah pemantapan yang terbaik.

Seterusnya , setelah menimba pengalaman daripada pertandingan. Saya sbenarnya kini sudah berjaya menewaskan pelajar kedua terbaik di sekolah. Prestasi saya sudah jauh lebih mantap berbanding dengannya disebabkan minat , usaha , kegagalan , kesabaran , ketabahan dan keberanian saya

Kini mahaguru saya seterusnya ialah pemain no 1 sekolah dan pemain ini adalah no 2 di daerah klg bawah 12 masa itu. Setelah kalah kepadanya hampir lebih 60 kali dan keberanian saya bermain dengan abangnya yang berada di tingkatan 4 masa itu. Abangnya adalah lebih hebat daripadanya dan saya turut berani bermain dengannya walupun tahu akan kalah. Setelah 2 bulan , saya sudah berjaya mengalahkan kedua-dua pemain no 1 bawah 12 dan abangnya sekali. Kini , ayah saya pun bukan saingan saya lagi.

Apabila di tingkatan satu. Minat saya pada catur diteruskan dan saya membawa set catur ke sekolah dan bermain setiap hari. Pada masa itu , sekolah saya sememangnya mempunyai ramai jaguh catur yang terlampau hebat. Setiap kali saya bermain catur di kantin sekolah telah menarik perhatian peminat-peminat catur. Seniour saya di tingakatan 2 juga adalah hebat. Sekolah saya memang terkenal dengan catur. Saya dengar sudah hampir 1 dekat kita menjuarai pertandingan catur daerah klang. Seniour f5 adalah yang paling unggul diikuti dengan f3 dan f2. Semuanya ada pencapaian di peringkat dearah , negeri dan kebangsaan. Oleh kerana saya berada di sesi petang saya sering kali bermain dengan 4 pemain utama sekolah yang merupakan seniour f2 saya. Mereka adalah lebih hebat daripada saya. Dan kali ini saya hanya kalah lebih kurang 30 perlawanan sahaja dan sudah berjaya mengalahkan mereka. Pada tahun selepasnya , saya sudah mula mewakili sekolah walaupun adalah junior sahaja. Dalam pasukan ini walaupun saya junior tetapi saya lebih hebat daripada ketiga-tiga seniour saya.

Oleh kerana saya masih mengganggap saya masih lemah dan tiada pencapaian. Saya ada semangat untuk terus belajar. Tekad ini telah mengejutkan saya kerana saya tidak tahu prestasi saya sudah melepasi apa yang saya sendiri sangkakan. Saya pergi ke pertandingan catur MSSD ini tanpa kalah dalam sebarang perlawanan. Dalam perlawanan pertama hingga 4 saya menang dan seri dalam perlawan kelima. Pelawan kelima ini adalah pemain sangat disanjungi kemahiran dan bakatnya dalam catur. Dia juga telah menjuarai pertandingan ini tahun tersebut. Bayangkanlah! Saya mampu seri dengannya walaupun saya adalah lebih muda daripadanya. Lebih perlawanan itu dia terus mengatakan kepada saya bahawa akan menjuarai tahun depan selepas kepergiaannya. Dalam perlawanan terakhir , pemain ini juga adalah seorang jaguh catur yang beberapa tahun selepas itu menjuarai individu bawah 18. Bayangkanlah dia sudah ragu-ragu akan kebolehannya setelah saya seri dengan pemain kelima yang paling hebat bawah 15 masa itu. Keraguan itu menyebabkannya menawar untuk seri tanpa bertanding. Oleh kerana saya sudah ada semangat untuk menjuarai pertandingan saya mesti menang dan seri tidak wujud lagi dalam pemikiran saya. Boleh dikatakan saya langsung tidak pernah terfikir akan pergi dengan begitu jauh dalam pertanding ini. Keputusannya tetap adalah seri walaupun bertanding. Saya adalah naib johan individu dan kumpulan dearah klang masa itu.

Ketujuh , pelajar perlu mempunyai sifat rendah diri disamping berkeyakinan untuk berjaya dalam mana-mana aspek dalam hidup kita. Apabila kita bersifat demikian , banyak keajaiban yang boleh kita lakukan. Sebagai contoh , saya tidak terfikir untuk pergi dengan begitu jauh dan apatah lagi seri dengan 2 jaguh catur yang di luar jangkaan semua pihak

Seterusnya , prestasi catur saya semakin meningkat. Semakin hebat. Satu persatu pemain di sekolah saya kalahkan kecuali seniour yang 2 dan 4 tahun lebih besar daripada saya tidak dapat dikalahkan. Seniour inilah yang banyak memberi pengajaran kepada saya setelah mengetahui bakat yang saya miliki. Mereka juga terperanjat apabila saya mendapat naib johan dalam peringkat daerah. Seniour-seniour ini sebenarnya johon dearah dan negeri.

Malangya! Saya sudah berasa sangat angkuh dan terlampau berkeyakinan terhadap catur selepas itu. Saya sudah kurang berusaha untuk belajar catur. Sikap rendah diri sudah hilang Kemegahan ini pula membantutkan perkembangan saya daripada terus berkembang.

Saya sebenarnya layak untuk mewakili dearah klang untuk pertandingan catur peringkat negeri kerana 6 pemain terbaik akan dipilih dan saya adalah kedua terbaik bawah 15 dalam pertandingan tersebut. Oleh kerana tiada sokongan ibu bapa dan saya tidak berusaha untuk mewakili maka saya tidak mewakili klang. Hal ini untuk mewakili klang saya perlu menghadiri pemilihan. Saya tak pergi! Jika hanya saya pergi saya percaya catur saya akan lebih mantap dan hebat setelah berhadapan dengan jaguh-jaguh daerah. Ketakutan sayalah yang membantut perkembangan saya. Takut untuk pergi ke permilihan

Kelapan , pelajar tidak boleh takut! Bila takut anda akan mula kalah!

Pada tahun hadapan , saya pula menjadi seniour dan membawa pasukan sekolah yang dilatih oleh saya ke peringkat daerah sekali lagi. Kali ini saya disangkakan akan menjuarai pertandingan ini. Malangnya , walaupun menang 5 perlawanan. Pada perlawanan terakhir walaupun saya hanya perlu seri untuk menjadi juara bawah 15 tidak kesampain. Setelah menang 5 perlawanan terus. Diri saya menjadi semakin angkuh! Keangkuhan ini menyebabkan saya pandang rendah pada pihak lawan sehingga tidak memberi tumpuan semasa bermain. Akhirnya saya kalah dan mendapat nombor 4 di daearah. Saya boleh mewakili daerah tetapi malangnya tahun ini tiada pertandingan peringkat negeri

Kesembilan , bila sudah memperoleh kejayaan jangan angkuh. Kita perlu ada sikap untuk terus membaiki dan belajar

Kesepuluh ialah peluang yang dilepaskan tidak akan kembali lagi. Saya sudah lepaskan mewakili peluang mewakili klang tahun sebelumnnya. Tahun tersebut ingat ada peluang tetapi tiada pertandingan peringkat negeri. Jangan lepaskan setiap peluang yang kalian ada

Kesebelas , ada yang tidak disangkakan akan berlaku seperti naib johon dan apa yang disangkakan akan berlaku mungkin tidak akan berlaku seperti saya disangkakan untuk juara tetapi tidak. Ingat? Pasukan Grace menjuarai Euro? Itulah. Chelsea seri dengan birmingham yang kalah kepada liverpool 7-0?

Selepas mendapat keempat invidu di daerah dengan 5 kemenangan dan 1 kekalahan termasuk johan berkumpulan telah menambah lagi keangkuhan saya

Keangkukah ini telah memusnahkan saya! Semasa di tingkatan 4 dan 5 seorang pemain seperti saya yang menjadi ayam tambatan sekolah sudah merosot prestasinya! Sikap memandang ringan dan rendah lawan telah menhancurkan peluang saya untuk menjuarai pertanding peringkat dearah bawah 18. Dalam kedua-dua tahun tersebut saya kalah dalam keadaaan yang amat memalukan dan berada di luar sangkaan orang ramai.

Keduabelas , pelajar tidak boleh memandang ringan dan rendah terhadap apa-apa dan siapa-siapa

Selepas tingkatan 5 tamatlah riwayat saya dalam catur. Selepas tingkatan 3 saya sebenarnya sudah berhenti bermain catur. Baru-baru ini saya pula menjuarai kejohanan tertutup sekolah saya dengan perasaan yang tidak disangkakan. Hal ini saya pergi dengan sikap rendah diri setelah 4 tahun tidak bermain catur. Saya tidak sangka saya akan menjuarai pertandingan ini. Saya menang semua. Walaupun saya adalah johon tertutup saya tidak dapat mewakili sekolah.Terbantut lagi usaha saya untuk memenangi kejohanan ini.

Ketigabelas , pelajar! kegagalan bukan segala-galanya

Malangnya dalam pertandingan terbuka wilayah kompleks ini berakhir dengan kekalahan walaupun pemain di situ semua tidak hebat! Adik saya diajar oleh saya mampu mendapat naib johan dalam pertandingan ini! Adik bongsu yang diajar oleh saya selama 2 hari sahaja sudah mampu menang 2 perlawanan dan seri 1. Saya pula sebagai seorang yang hebat bercatur dengan pengalaman 6 tahun lebih hanya menang 3. Hal ini saya pergi dengan sikap terlampau berkeyakinan setelah menjuarai pertandingan tertutup sekolah saya baru-baru ini.

Saya tidak akan berputus asa. Saya akan terus melatih diri dan belajar untuk menjuarai pertandingan yang akan datang selepas peperiksaan yang paling penting dalam hidup saya tahun ini. Saya akan kembali ! Saya akan bangkit! Saya kembali menjadi lebih hebat !

Keempatbelas , jangan terlampau berkeyakinan. Perlu ada keyakinan tetapi biarlah sederhana

Diharapkan sejarah ini dapat menjadi tunjuk ajar kepada semua orang dalam pelbagai aspek dalam hidup

1 Comment »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/04/14/sejarah-perkembangan-catur-saya-dijadikan-pengajaran-kepada-semua/trackback/

  1. Keep it up!! :-)

    Comment by Remis Aman — November 18, 2006 @ 12:41 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>