Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

April 27, 2006

Good arguement , congratulation and keep it up adalah antara kata-kata Lim Kit Siang selaku ketua pembangkang dan penasihat parti DAP kepada saya melalui e-mail. Bayangkanlah beliau betapa rendah diri untuk menghantar dan membalas e-mail kepada seorang insan yang lemah , tidak berkedudukan dan biasa seperti saya. Beliau adalah berbeza dengan beberapa orang pemimpim selama ini yang saya cuba berkomunikasi dengan mereka tetapi langsung tiada apa-apa berita daripada mereka sekian lama. Pernah sekali saya mengaju soalan kepada seorang pemimpin DAP yang disegani ramai termasuk saya untuk bertanya tentang proses penubuhan DAP bahagian cawangan untuk orang-orang muda yang sebaya dengan saya tetapi tiada maklum balas daripada pemimpim tersebut hanya kerana saya muda , orang biasa dan tidak berkedudukan. Pada masa itu , hampir ada lebih daripada 5o orang muda yang sebaya dengan saya bercita-cita tinggi untuk bersama saya untuk membawa bendera DAP tetapi semangat kita dihampakan dan tidak kesampaian. Ada yang bertanya kepada saya mengapa saya tidak terus bertanya ataupun menghantar email kali kedua? Jawapannya , Shen Yee Aun adalah seorang yang bermaruah. Tidak mungkin saya akan menghantar buat kali kedua apatah lagi momohon dan merayu. Saya juga adalah orang yang dihormati dan disegani dalam kalangan rakan-rakan saya. Oleh itu , tidak perlulah saya merendahkan martabat diri untuk berbuat demikian.

Oleh itu , sehingga hari ini saya masih belum menyertai mana-mana parti politik dan banyak dalam kalangan rakan-rakan saya yang berjiwa politik sudah luntur. Yang tinggal dengan saya hanya beberapa orang tetapi orang yang berkualiti dan berbakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Mungkin pemimpim keadilan yang kenali lebih mesra oleh itu saya lebih kepada parti keadilan baru-baru ini. Sesungguhpun demikian , saya masih belum menyertai mana-mana parti politik secara sah. Saya masih menunggu masa yang paling sesuai untuk membuat keputusan dan saya pasti pada masa itu akan menjadi satu sejarah. Kita tunggu dan lihat. Kini , saya masih sibuk untuk mengejar ilmu supaya menjadi seorang yang lebih baik , bijak dan berpendidikan serta berpengetahuan tinggi suatu hari nanti.

Seorang pemimpim DAP lagi yang saya pernah menghantar beberapa isu dan rencana kepadanya juga tiada maklum balas.Mungkin beliau sibuk.Mungkin beliau tidak menerima mail saya. Mungkin saya dianggap sebagai orang yang tidak penting. Namun begitu , Lim Kit Siang adalah lain daripada mereka. Beliau membalas mail saya dalam jangka masa sehari sahaja. Saya hormat. Saya sanjung. Kepimpinan haruslah diteladani. Itu adalah antara ciri-ciri kepimpinan yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin. Oleh itu , tidak hairanlah Lim Kit Siang adalah seorang ahli politik yang telah menjadi sejarah politik dalam tanah air kita. Beliau melayani setiap rakyat dengan baik walaupun orang itu adalah orang biasa dan tidak berkedudukan. Beliau sememangnya hebat.

Laman web parti keadilan juga tidak pernah menerima beberapa rencana yang telah dihantar oleh saya walaupun telah beberapa kali dijemput oleh salah seorang ahli pengelola mereka untuk menghantar rencana kepada lawan web keadilan.Begitu juga dengan Utusan Malaysia sehingga hari ini masih belum menyiarkan mana-mana rencana yang telah dihantar oleh saya ke ruangan pendapat dan forum. Malaysia today dianggap boleh tahan kerana pernah menyiarkan 1 daripada beberapa rencana yang pernah saya hantar termasuk mendapat maklum balas daripada Raja Petra. Saya sebenarnya ingin menguji beberapa media termasuk harakah semalam. Lim Kit Siang adalah antara pemimpin yang telah lulus ujian ini. Beliau mesra rakyat. Lim Kit Siang haruslah dicontohi , diikuti , diteladani dan dihormati. Pemimpin lain juga dinasihatkan supaya mesra rakyat sebelum anda kehilangan sokongan daripada rakyat.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/04/27/kepimpinan-lim-kit-siang-haruslah-dicontohi/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>