Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

April 28, 2006

Pendapat , tafsiran dan ramalan mengenai perkembangan politik hanyalah pendapat peribadi semata-mata. Pendapat ini tidak semestinya benar dan tidak ada kepastian dalam ramalan saya. Oleh itu , janganlah mana-mana individu mengaitkan pendapat saya dengan mana-mana individu. Terpulang pada masing-masing untuk menafsir mengikut pemikiran tersendiri.

Bagi saya Khairy adalah seorang pecatur politik yang cukup handal. Beliau sememangnya seorang ahli politik yang bercita-cita tinggi dan bijak mengerak buah caturnya. Saya berpendapat isu pelepasan Anwar sebenarnya ada berkait rapat dengan Khairy. Hal ini demikian , pelepasan Anwar langsung tidak mengugat kedudukannya. Jelas terbukti khairy hanya berumur 28 manakala Anwar sudah 68 ( jika tidak silap).

Seandainya , Anwar kembali ke UMNO dan berjaya Perdana Menteri , siapakah yang paling beruntung antara Khairy , Najib dan Hisham ? Oleh itu , Khairy adalah orang pertama yang melawat Anwar selepas pelepasannya. Mungkin sebab itu ada khabar angin sebelum ini bahawa Anwar akan kembali ke UMNO. Seterusnya , bagaimana pula Anwar tidak menyertai UMNO dan kekal berada di Keadilan ? Kedudukan Khairy terancam sebab yang pertama perbezaan umur yang menyebabkan perebutan kuasa antara mereka tidak mungkin berlaku. Percaturan ini juga adalah senjata terbaik untuk memberi tekanan kepada saingan sengit Khairy iaitu Hishammudin. Hal ini umur Khairy dan Hisham tidak jauh beza dan jika Hisham menjadi Perdana Menteri maka peluang untuk Khairy menjadi Perdana Menteri mungkin tidak akan tercapai. Kita dapat lihat , banyak isu mengenai Hisham ditimbulkan oleh Parti Keadilan sejak pelepasan Anwar. Siapa yang rugi dan siapa yang untung?

Seandainya benar tafsiran saya mengenai khairy , bahawa beliau adalah penasihat utama Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi maka sekali lagi jelas terbukti beliau sememangnya hebat. Mengapa saya berkata demikian ? Yang pertama , pengenalan Islam Hadhari sudah secara tidak langsung menggugat kedudukan Pas untuk membawa isu Islam dan agama sebagai perjuangan utama mereka. Hebat! Seterusnya , pengenalan mata pelajaran bahasa Cina dan India diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan telah melemahkan perjuangan MCA , MIC , DAP dan bukan melayu untuk memperjuangkan bahasa ibonda. Cukup hebat percaturan ini. Melemahkan perjuangan lawan.

Pada masa yang sama , stategi perang Sun Tzu yang mengajar kita menjadikan musuh itu kawan kamu. Kalau boleh jangan bunuh musuh kamu tetapi buat mereka tunduk kepada kamu. Kalian hendak tahu bagaimana Khairy mengaplikasi stategi ini? Sekirannya benar rombakan kabinet ada berkaitan dengannya maka jelas terbukti mengapa tiada perubahan besar yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang bergelar Pak Lah. Kita dapati majoriti Menteri dikekalkan dan sebenarnya menteri-menteri yang dikekalkan adalah penyokong-peyokong setia bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir. Percaturan untuk mengekalkan menteri-menteri dalam kabinet telah menyebabkan perubahan sokongan daripada penyokong-penyokong setia bekas Perdana Menteri kepada Perdana Menteri yang baru. Oleh itu kita dapati menteri-menteri yang dikekalkan di kabinet kini memberi kesetian dan sokongan penuh kepada ‘Pak Lah’. Keadaan jelas terbukti apabila semua membantu Perdana Menteri apabila Pak Lah diserang oleh bekas Perdana Menteri berkali-kali. Satu perubahan sokongan. Hebat!

Antara ajaran Sun Tzu yang diaplikasi ialah mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu walaupun pengorbanan ini satu pertaruhan dan tiada kepastian mendatangkan manfaat. Jika benar khairy menasihati Pak Lah supaya tidak meneruskan rancangan jambatan maka ini adalah teori yang digunakan oleh beliau. Pengorbanan yang harus dikorbankan ialah jambatan supaya yang pertama dapat mengejutkan pihak lawan , yang kedua melembutkan pihak lawan jika boleh , dan seterusnya mendapat manfaat dalam isu-isu yang masih selesai dibincangkan seperti isu CPF , air , pulau batu dan lain-lain.

Sementara itu , tafsiran saya mengenai MCA ialah Ong Tee Keat dan Wee Ka Siong mempunyai masa depan yang amat cerah. Jika tidak silap ramalan saya , antara mereka akan menerajui pimpinan parti suatu hari nanti. Ong Tee Keat cukup hebat kerana merupakan salah satunya pemimpin sokong B yang masih hidup dan berpengaruh. Yang lain sudah hampir dihapuskan. Antaranya Chua Jui Meng , Tan Yee Kew dan sebagainya.Tafsiran mengenai Parti Keadilan pula sukar diramal apa yang akan terjadi selepas kepimpinan Anwar? Jika keadilan masih hidup pada masa itu maka Azmin Ali diramal akan menerajui Parti Keadilan. Azmin Ali adalah seorang ahli politik yang saya sanjungi. Ceramah-ceramah yang diberikan olehnya juga cukup menarik dan panas. Perjalanan politiknya amat cerah. Beliau adalah pengganti Anwar yang terbaik. Karisma dan kewibaannya tidak dapat dinafikan dan tidak kurang juga jika dibandingkan dengan Anwar. Dalam PAS pula , Muhammad Sabu diramal oleh saya akan menjadi antara orang yang paling berpengaruh di PAS suatu hari nanti selepas Nik Aziz dan Hadi Awang. MIC , saya melihat perjalanan politik Sothinathan cerah selepas kepimpinan Samy dan Palanaviel. Dalam DAP , percayalah bahawa Teng Cham Khim akan bangkit dan menonjol selepas kepimpinan Lim Kit Siang. Cham Khim mungkin akan lebih berpengaruh daripada Lim Guan Eng. Dalam UMNO pula , Muhiyidin Yassin , Mustapha Muhamad dan Sharir Ahmad akan semakin menonjol dan berpengaruh walaupun tidak berpeluang menjadi Perdana Menteri. Saya berpendapat ada kemungkinan Pak Lah akan meyerahkah takhta kepada Muhiyidin. Ada kemungkinan sahaja jika tidak diserahkan kepada Najib. Perkara yang menarik ialah perbutan Ketua Pemuda antara Khir Toyo dengan Khairy. Kita tunggu dan lihat bagaimana anak muda ini mengerakkan buah caturnya untuk melemahkan mahupun mamatikan saingannya lebih tua dan berpengalaman daripadanya.

Kini , pencatur politik yang handal selepas Mahathir hanya tinggal Khairy dan Anwar. Tidak dapat dinafikan Najib adalah seorang pecatur politk veteran tetapi pergerakan buahnya tidak sehebat dua orang yang disebut sebentar tadi. Yang pasti , Mahathir adalah pecatur politik yang paling unggul di negara ini. Percaturannya selepas kempimpinannya masih wujud dan pergerakkan ini telah digerak sebelum beliau meletakkan jawatan. Hebat. Beliau sememangnya seorang yang amat berpandangan jauh

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/04/28/politik-tafsiran-dan-pendapat-peribadi-mengenai-perkembangan-politik/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>