Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

May 16, 2006

Walaupun saya tidak berkelulusan. Walaupun saya tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang guru. Walaupun umur saya masih muda. Walaupun saya masih merupakan seorang pelajar tetapi sejarah perkembangan saya dalam mengajar 3 tahun ini jelas membuktikan ‘dimana ada kemahuan , di situ ada jalan. Semasa saya berada di tingkatan 5 saya sebenarnya ditawarkan untuk mengajar bahasa Melayu di sebuah pusat tuisyen sekolah rendah. Pelajar yang saya sememangnya lemah dalam bahasa Melayu kerana berasal dari sekolah cina. Oleh itu , penguasan mereka terhadap mata pelajaran ini adalah tidak memuaskan. Kedua-dua pelajar ini walaupun sangat lemah tetapi berjaya mendapat A dan B untuk mata pelajaran ini dalam peperiksaan UPSR mereka. Keputusan ini adalah di luar jangkaan ibu bapa termasuk diri mereka tetapi saya sebenarnya sudah meramal bahawa mereka sememangnya dapat lulus dengan cemerlang. Lebih-lebih lagi doa saya kepada mereka yang tidak berbelah bagi sebanyak sedikit telah membantu. Tuhanlah yang menerangi mereka. Tuhanlah yang memberi mereka A dan B ini.Selepas tamatnya SPM , saya pula ditawarkan oleh sebuah Pusat Tuisyen yang baru dibuka untuk mengajar mata pelajaran sejarah dan geografi. Malangnya , saya berkata kepada pemilik Pusat Tuisyen ini bahawa saya hanya mampu mengajar subjek sejarah. Oleh itu , mata pelajaran geografi pula diserahkan kepada sahabat saya. Pada mulanya , saya hanya dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelajar tingkatan 3 sebagai percubaan.

Lama-kelamaan , apabila keyakinan dan kepercayaan pemilik Pusat Tuisyen ini terhadap diri saya yang tidak berkelulusan , berpengalaman , berkelayakan dan masih belajar ini semakin bertambah , beliau secara sah menghentikan seorang guru sejarah yang berpengalaman , berkelayakan , berkelulusan tinggi dan jika tidak silap saya juga merupakan seorang guru sekolah. Selepas itu , pemilik ini terus membuka kelas tingkatan 1 dan 2 untuk saya mengajar disamping tingkatan 3.Hasilnya , pada ujian bulanan pertama pelajar saya di sekolah tidak mengecewakan saya dan ibu bapa mereka. Keputusan pelajar tingkatan 3 saya adalah cukup baik. Lebih daripada separuh mendapat 80% ke atas dalam mata pelajaran sejarah dan dalam kalangan mereka ramai yang tidak pernah mendapat setinggi ini. Pada masa yang sama , seorang pelajar 3 saya juga telah memecah rekod hidupnya apabila kali pertama mendapat 90% ke atas. Kini , seorang pelajar tingkatan 3 lagi pada ujian bulanan keduanya turut mendapat 90% iaitu merupakan satu markah yang dia belum pernah capai sebelum ini. Diharapakan 75% pelajar PMR saya akan berjaya mendapat memperoleh A dalam sejarah di bawah saya tahun ini.

Saya akan terus berdoa dan membuat terbaik untuk mereka walaupun saya tidak berkelayakan , berkelulusan , berpengalaman dan masih seorang pelajar.Untuk pelajar tingkatan 2 saya pula lebih daripada separuh mendapat 70% ke atas dan baru-baru ini seorang pelajar telah mendapat 78% untuk ujian keduanya berbanding dengan 60% pada ujian bulanan pertama. Bagus! Tingkatkan lagi usaha anda. Saya akan teruskan doa saya untuk kecermelangan kalian. Pada masa yang sama , pelajar tingkatan 1 saya kurang menonjol kerana itu adalah pendedahan pertama mereka dalam mata pelajaran ini apabila menjejak kaki ke alam menengah.

Walaupun begitu , semua pelajar tingkatan 1 saya berjaya lulus.Teruskan usaha kalian. Buktikan kepada dunia luar bahawa kalian adalah pelajar saya yang unggul. Percayalah tuhan akan merahmati anda semua. Percayalah anda semua mampu berjaya dengan lebih cemerlang lagi. Saya berharap pelajar ketiga , keempat dan seterusnya dapat memecah rekod mendapat lebih daripada 90% ke atas.

Selain daripada menjadi guru dalam bidang akadamik , saya juga adalah guru catur kepada adik ke 2 saya dan kini hampir setiap hari adik ini membawa kembali pingat kemenangan pertandingan catur yang dianjurkan di pelbagai tempat. Tahniah! Teruskan kejayaan anda. Kini , adik bongsu saya yang berumur 10 tahun juga telah menjadi anak murid saya dalam permainan ini secara tidak langsung. Baru 2 hari belajar catur daripada saya sudah mampu menang pertandingan catur sebanyak 3 pusingan daripada 6 pusingan. Mutakhir ini , walaupun hanya belajar kurang dari sebulan , adik ini sudah mampu mengalahkan saya beberapa kali walaupun tidak banyak. Dia juga telah berjaya mengalahkan beberapa pemain komputer chessmaster yang mempunyai ‘rating’ melebihi 1000+. Bagus!

Anak murid saya dalam bidang politik di sekolah juga berjaya. Saya yang menjadikannya seorang pemimpin yang dihormati dan terkenal di sekolah. Saya yang merancang perjalanan politiknya sehingga dia berjaya mendapat jawatan yang dimimpinya iaitu Presiden Leo Club. Untuk mendapatkan jawatan ini untuknya , saya telah banyak berusaha dan melakukan pelbagai sandiwara politik untuk mematahkan dan melemahkan semua musuh-musuhnya.

Yang terkini , saya berjaya memberi tunjuk ajar kepada pasukan pembahas sekolah saya yang baru sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan debat daerah klang dan mewakili klang walaupun semasa latihan di sekolah mereka langsung tidak dapat menjawab segala hujah dan soalan yang diutarakan oleh saya pada kali pertama. Setelah diberi pendedahan , mereka menjadi semakin mantap dan berkeyakinan pada latihan yang kedua. Bagus dan tahniah. Anda semua berpotensi untuk lebih berjaya lagi. Mereka hanya berumur 15 tahun mampu mengalahkan banyak sekolah yang biasanya terdiri daripada pelajar 16 atau 17 tahun. Teruskan kejayaan anda.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/05/16/tahniah-pelajar-saya-menunjukkan-peningkatan-di-dalam-pelajaran-mereka/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>