Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Lina tidak Dibenarkan untuk Menukar Butir Agama dalam Kad Pengenalan
Agama islam adalah agama yang suci. Hal ini jelas terbukti apabila saya mendalami tamadun islam dengan lebih mendalam. Semakin dalam saya mendalami , semakin banyak perkara yang baik saya lihat pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. Baginda tidak pernah mengetepikan hak-hak orang bukan islam. Piagam madinah yang diciptanya juga jelas membuktikan hak semua orang walaupun bukan islam terjamin dan terpelihara.
Agama suci ini juga tidak pernah memaksa orang untuk menganuti agama islam. Perkataan paksa dan tidak ada kebebasan untuk memilih tidak pernah timbul dalam ajaran agama islam yang sebenar.
Namun begitu , sejauh manakah ajaran ini diaplikasi oleh kita masih menjadi tanda tanya. Baru-baru ini , eorang wanita berumur 42 tahun bernama Lina Joy gagal untuk mengeluarkan perkaan islam dari kad pengenalannya apabila rayuannya ke Mahkamah Persekutuan gagal. Sebelum ini juga mahkahmah rayuan juga mengagalkan hasrat wanita ini untuk mendaftarkan agama yang kini dianutinya dalam kad pengenalannya.
Persoalannya , ke manakah kebebasan beragama yang terkandung dalam agama? Sejauh manakah kepimpinan nabi memberi kebebasan beragama kepada orang lain dicontohi? Setusnya , adakah wanita ini akan menjadi mangsa seperti Moorthy apabila dia meninggal dunia nanti? Adakah akan ada konflik untuk mengebumikan mayatnya? Kini , jelas terbukti semasa Lina Joy masih hidup , dia sudah menganuti agama lain dan bukan seorang pengamal agama islam lagi walaupun kad pengenalannya menunjukkan yang dia adalah seorang islam. Oleh itu , adakah adil bila Lina meninggal dunia nanti dikebumikan sebagai seorang islam mengikut cara islam? Adakah rohnya akan tenteram? Adakah Lina akan mati dengan sempurna?
Kes Moorthy sepatutnya cukup mudah. Moorthy itu adalah seorang murtad kerana agama islam tidak membenarkan penganutnya untuk menyembah patung-patung berhala. Tindakan ini adalah salah di sisi ajaran agama. Untuk orang islam , tuhan hanya satu dan tiada tuhan melainkan Allah. Oleh itu , orang islam senantiasa membaca “ah syadu allah ila in lan loh” yang bermaksud tiada tuhan melainkan allah. Jika Moorthy menyembah dewa-dewa hindu seperti mana yang dikatakan oleh isterinya , maka Moorthy tidak lagi dianggap sebagai orang islam. Dia adalah murtad dan munafik. Oleh itu , mengapa pula Moorthy harus dikebumikan sebagai seorang islam apabila orang yang murtad sudah tidak dianggap islam? Jikapun Moorthy ditanam sebagai seorang islam , adakah Yang Maha Esa akan menerimanya? Orang yang tidur sekatil dan sehati sejiwa dengan Moorthy pun tiada hak untuk menentukan cara pengebumiannya. Sayang! Sayang! Tepuklah dada dan tanyalah selera.
Agama islam adalah agama yang mulia , suci dan baik. Diharapkan ajaran agama islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad yang bersifat adil , sempurna dan baik mestilah diaplikasi dengan sebaik-baiknya.
2 Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/05/17/lina-tidak-dibenarkan-untuk-menukar-butir-agama-dalam-kad-pengenalan/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



apa laa lina joy tuh…. mati besok tau laa kau…. kene rejam nanti
Comment by naqib — August 10, 2006 @ 8:23 pm
ALLAHU AKBAR.ALLAHU AKBAR
Comment by dzul — February 28, 2007 @ 2:52 pm