Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

May 18, 2006

“I dont know why local governments always do such foolish things” kata Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Pelancongan yang baru dilantik. Syabas! Beliau adalah seorang yang cukup terbuka dan berpandangan jauh. Bagus!

“The authorities concerned should not formulate laws based on the values of a single religion or one ethnic group , less it would attract criticisms. The civil liberties enshrined in the Federal Constitution should also be given due consideration” kata Datuk Ong Tee Keat selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga baru dilantik. Tahniah. Sudah jarang saya lihat pemimpin MCA hari ini yang berani bersuara. Teruskan!

“Local governments should consider the feelings of all races and foreign tourists , espeacially those from western countries. ” To westerners , hungging and kissing are part of their etiquette and not indecent or immoral behaviour. Even in Malaysia , it is normal for non-muslim couple to hold hands in public” kata Datuk Tan Chai Ho yang menjadi Ketua Bereau Hal Ehwal Agama MCA. Hebat!!! Penyataan yang cukup baik.

“The legislators should gather the pulic opinions before enacting and enforcing such by laws” kata Datuk Ng Yen Yen selaku Ketua Wanita MCA.

Begitulah kata-kata yang telah dikeluarkan daripada pemimpin kita. Walaupun isu ini masih belum dibahaskan di parlimen , undang-undang sudah diwujudkan bagi melarang masyarakat kita berbuat demikian. Suatu hari nanti kita akan lihat nenek dan datuk , datuk dan cucu , ibu dan bapa , ibu dan anak , bapa dan anak , suami dan isteri dan banyak lagi golongan masyarakat akan ditangkap. Institusi kekeluargaan semakin tidak baik pada hari ini kerana sikap manusia yang terlalu mengejar kebendaan. Kini , suami dan isteri , ibubapa dan anak tidak dibenarkan untuk berpelukan di tempat awam lagi. Hal ini kerana berpelukan dan mencium akan ” menggugat ketenteraman awam ” , akan membahayakan orang lain , “jenayah” , ” memberi ancaman dan sebagainya.

Mengikut pemahaman saya agama Hindu , Buddha dan Kristian tidak pernah melarang kita untuk berpelukan. Peluk itu adalah tanda kasih sayang. Tanda cinta dan mesra. Ketiga-tiga agama ini mengalakkan mengalakkan perkembangan kasih sayang. Melainkan agama yang dibawa oleh Ayah Pin saya tidak berani untuk memberi komentar. Yang lain saya pasti tiada larangan sedemikian.

Saya faham orang islam tidak dibenarkan untuk berpelukan dan mencium di tempat awam. Saya hormati larangan orang islam ini tetapi pada masa yang sama hak-hak orang bukan islam tidak harus diabaikan. Isu moral bukanlah satu alasan yang kukuh kerana perkataan moral adalah subjektif dan berbeza mengikut pandangan orang yang berbeza. Tiada pendapat ‘universal’ mengenai isu peluk dan cium adalah kurang bermoral. Membunuh , merogol , merompak , bersetubuh di tempat awam adalah antara pendapat “universal” yang bersetuju adalah perkara yang tidak bermoral.

Jika tempat awam tidak membenarkan perlakuan ini. Adakah tempat-tempat yang tidak dianggap sebagai tempat awam seperti hotel , rumah pelacuran , tandas, dan sebagainya dibenarkan ?

Dari segi ekonomi , undang-undang ini bertentangan dengan dasar menarik pelancong asing ke negara kita. Undang-undang hanya akan menjadi bahan ketawa pelancong asing dan akan menakutkan mereka untuk ke Malaysia. Majoriti penduduk di seluruh dunia menggangap peluk dan cium adalah lumrah alam yang biasa. Tengku Adnan Tengku Mansor mesti melalui cabaran yang sukar apabila undang-undang ini dikuatkuasakan.

Mutakhir ini , terdapat seorang insan yang dianggap luar biasa dan suci apabila insan yang bergelar ‘ah ma’ memeluk mana-mana insan yang bermasalah dan sakit dapat dipulihkan. Dalam surat khabar The Star telah memaparkan bahawa sebanyak 24 000 rakyat kita berebut-rebut untuk dipeluknya. Dijangka lebih ramai lagi yang akan dipeluk oleh insan yang suci yang bergelar ‘ah ma’. Persoalannya , adakah pihak polis mahu menangkap kesemua 24 000 orang ini? Adakah mahkamah akan menyabitkan kesalahan terhadap 24 000 rakyat malaysia yang memeluk insan yang suci ini? Bukankah mereka berpeluk di tempat awam?

Selain itu , pasangan kekasih yang ditangkap pada 2003 harus dilepaskan dengan segera. Mengapa? Hal ini demkian , semasa mereka berpelukan di taman adalah berada di bawah jaminan kebebasan di taman. Undang-undang ini hanya disahkan pada tahun ini dan adalah kurang adil untuk kita menyabitkan kesalahan yang baru disahkan. Pasangan kekasih tidak tahu bahawa 3 tahun selepas itu undang-undang akan melarang mereka daripada berbuat demikian. Mereka bukannya tuhan dan mampu meramal. Mereka menyalahi undang-undang ini sebelum disahkan pada tahun ini. Justeru , keadilan harus ditegakkan dan mereka harus dilepaskan. Melainkan mereka ditangkap selepas undang-undang dikuatkasakan saya tidak ada komentar dan saya akur pada sebarang keputusan undang-undang

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/05/18/mencium-dan-berpelukan-tidak-dibenarkan/trackback/

  1. Yee Aun, bercium, bukan mencium.

    Comment by Khalid Jaafar — May 27, 2006 @ 12:33 pm

  2. apa yang saya faham larangan bercium dan berpelukan adalah dilarang antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim(boleh berkahwin), dalam islam amat melarang keras pelakuan yang tidak bermoral ini, amat elok undang2 ini ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah sosial remaja islam yang amat meruncing sekarang ini. saya memetik kata2 saudara ini
    “Suatu hari nanti kita akan lihat nenek dan datuk , datuk dan cucu , ibu dan bapa , ibu dan anak , bapa dan anak , suami dan isteri dan banyak lagi golongan masyarakat akan ditangkap. Institusi kekeluargaan semakin tidak baik pada hari ini kerana sikap manusia yang terlalu mengejar kebendaan. Kini , suami dan isteri , ibubapa dan anak tidak dibenarkan untuk berpelukan di tempat awam lagi. Hal ini kerana berpelukan dan mencium akan menggugat ketenteraman awam akan membahayakan orang lain , “jenayah” , memberi ancaman dan sebagainya” untuk pengatahuan saudara islam tidak melarang golongan tersebut yang disebut juga sebagai muhrim(haram dikahwini) berpelukan untuk meluahkan kasih sayang, yang diharamkan ialah sesorang lelaki dan perempuan yang tiada ikatan, harap saudara faham itu. sekian..

    Comment by siti — June 7, 2006 @ 3:07 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>