Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

May 19, 2006

Adalah amat tidak begitu sesuai untuk memansuhkan surat khabar yang memaparkan gambar nabi di Sarawak. Media harus diberikan kebebasan yang sewajarnya. Perkara sekecil ini bukan sahaja belaku di Malaysia tetapi juga berlaku di mana-mana negara dalam dunia ini.

Sekirannya benar-benar suratakhbar ini melampui batas kebebasan mereka seperti yang diperkatakan jugaadalah tidak wajar untuk memansuhkan surat akhbar itu hanya kerana alasanini sahaja. Surat khabar ini tidak memainkan sentimen perkauman ataupunsebarang ancaman yang dapat mengancam ketenteraman negera. Antara tindakanyang mungkin boleh diambil ialah dengan memberi amaran ataupun gantung untuktempoh tertentu sahaja.

Persoalannya kini , mengapa pula mereka mesti begitu sensitif terhadap perkara ini? Adakah mereka sensitif terhadap gereja-gerejayang dimusnahkan di Arab? Pemusnahan patung Buddha di Arganistan? Kezaliman polis kita terhadap banduan dalam negara? Ketidakadilan yang berlaku di ISA? Seandainya , negara kita mengamalkan kawalan media , maka kita faham mengapakah sesetengah pihak bertindak sedemikian. Peliknya di sini ialah adakah kita sebuah negara yang mengamalkan kebebasan media ataupun kawalan media? Jawapannya ” tepuklah dada , tanyalah selera “

Mungkin alasan mereka soal agama tidak boleh dipertikaikan. Pada masa yang sama , merekaperlu sedar apakah itu ajaran yang terdapat dalam agama mereka. Agama merekamengajar mereka tentang kesabaran. Nilai saling maaf-bermaafan. Mengapa pulasurat akhbar ini tidak diberi peluang kedua? Di manakah nilah kesabaran ,bermaafan dan bertolak-ansur yang di ajar dalam agama?

Jika perkara sekecil kartun ini diperbesarkan maka jika Nabi masih hidup beliau akan berasakecewa. Beliau akan mula menyoal ketabahan dan kesabaran umat islam dalammenghadapi dugaan dan rintangan dalam hidup. Pada zaman kegemilangan NabiMuhammad S.A.W , Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja difitnah , dihina , cubaan dibunuh , pemulauan keluarga nabi di Makkah oleh kaum arab Quraisy danpelbagai lagi penghinaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Persoalannya kini , adakah nabi marah? Pernahkan nabi menyalahi mereka?Adakah nabi mengambil sebarang tindakan terhadap mereka? Tidak! Ketabahan ,kecekalan dan kesabaran nabi harus dipelajari oleh semua umat manusia didunia ini tidak kira yang islam ataupun tidak.

Oleh itu , jika hari ini nabimasih hidup. Nabi akan terus menyokong kebebasan dan hak asari mediadi samping bersabar dan sanggup memaafkan akhbar yang menghinanya. Itulahnilai-nilai murni yang terdapat pada seseorang insan yang begitu hebat dalamsejarah dunia hari ini. Umat-umat manusia dinasihati mengikuti kebesaran jiwa danhati Nabi anda yang begitu mulia dan berakhlak tinggi! Saya sanjung! Sayahormat! Nabi adalah sangat mulia. Kemuliannya sukar ditandingi oleh majoriti manusia di dunia ini. Harus diteladani! Harus dicontohi! Harus diikuti! Konklusinya di sini , walaupun akhbar tersebut didapati bersalah puntidak patut dimansuhkan begitu sahaja kerana kesalahan yang dilakukan tidak setimpal dengan hukuman yang dilaksanakan!

“Saya kagum , hormat , sanjung !!!!!! “

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/05/19/media-wajarkan-tribunal-sarawak-dimansuhkan/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>