Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

May 21, 2006

Parlimen ialah satu tempat yang mulia. Kemulian parlimen haruslah setimpal dengan orang-orang yang berada di dalamnya. Orang yang berjaya menjejakkan kaki ke Parlimen adalah orang-orang mulia yang telah dipilih oleh Rakyat , yakni wakil adalah wakil rakyat yang berjuang dan bekerja untuk rakyat.

Persoalannya kini , adakah kepentingan parti diletakkan melebihi rakyat ? Hiprokrit ini jelas terbukti apabila setiap 4 atau 5 tahun menjelang pilihanraya semua pemimpin akan berebut-rebut bekerja dan berjuang untuk rakyat. Pada masa itulah , rakyat dijaga dan dibodek dengan baik. Sebaik sahaja golongan ini berjaya melayakan diri ke Dewan yang mulia , suara rakyat sudah kurang kesannya. Buktinya , apabila rakyat menyuarakan aduan dan pendapat mereka tidak diperjuangkan oleh orang yang sepatutnya memperjuangkannya. Malangnya , apabila individu yang lain menawarkan diri untuk berjuang untuk rakyat , orang-orang yang sepatutnya berjuang untuk rakyat pula melupakan rakyat. Yang diperjuangkan hanya kepentingan parti dan peribadi semata-mata. Partilah yang akan memastikan mereka terus kekal dalam jawatan , berpengaruh dan ada kebarangkalian menjadi orang-orang penting kerajaan.

Jaguh dan pahlawan tempatan kita iaitu Datuk Ahmad Sharir Samad menyokong usul Ketua Pembangkang Negara iaitu Yang berhormat Lim Kit Siang untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Persoalan saya ialah adakah yang berhormat Lim Kit Siang berjuang untuk kepentingan Parti DAP dalam usul yang dikemukakan ini ataupun berjuang untuk pendapat dan aduan yang dikemukakan oleh rakyat?

Oleh itu , ‘mentaliti ketiga’ ahli-ahli parlimen haruslah berubah. Datuk Shahrir sebenarnya menyokong usul yang dibawa oleh rakyat iaitu warganegara Malaysia. Oleh kerana rakyat biasa dan tidak dilantik tidak boleh mengemukakan pendapat dan perjuangan mereka di parlimen , maka orang yang diharapkan pula janganlah bak kata pepatah harapkan pagar , pagar makan padi. Yang berhormat Lim Kit Siang sedang mengemukakan usul yang tidak boleh dikemukakan oleh rakyat biasa dan pada masa yang sama Datuk Sharir sebenarnya sedang menyokong usul yang dibawa oleh rakyat. Mengapa saya berkata demikian , usul yang dibawa oleh yang berhormat adalah berpunca daripada pendapat dan suara rakyat di media. Usul ini bukannya komentar yang berhomat sendiri di media. Mentaliti pembangkang tidak boleh menyokong usul kerajaan dan kerajaan tidak boleh menyokong usul pembangkang haruslah dikikiskan. Persepsi sebegini adalah salah dan menjejaskan kemulian parlimen yang mulia.

Ingat! Yang perlu disokong itu ialah usul penting demi kepentingan RAKYAT tidak kira usul ini dibawa oleh orang kerajaan ataupun pembangkang. Kedua-dua pembangkang dan kerajaan sebenarnya berkerja untuk rakyat. Kepentingan rakyat haruslah melebihi parti. Tanpa rakyat siapakah Barisan Nasional , UMNO , MCA , MIC , DAP , PAS , Keadilan dan sebagainya? Jangan sesekali berdosa dan menderheka kepada rakyat. Anda yang dipilih itu adalah harapan 26 juta rakat Malaysia untuk menegakkan keadilan dan berjuang untuk kebaikan. Musuh pembangkang bukan kerajaan dan musuh kerajaan bukan pembangkang. Pembangkang dan kerajaan adalah rakan seperjuangan yang berkhidmat untuk negara , rakyat dan biasa. Tanpa pembangkan siapakah kerajaan? Kita bukaanya negara komunis tetapi demokrasi. Tanpa kerajaan pula , pembangkang hendak membankang apa pula? Binasakanlah mentaliti yang sempit ini.

Tak akan dalam alaf 21 ini dan menuju ke arah 2020 wakil rakyat kita masih mempunyai mentaliti sedemikian? Contohi Datuk Sharir yang berjuang demi kepentingan rakyat dan bukannya melihat siapakah yang mengemukakan usul itu. Jika , usul yang dibawa oleh pembangkang tidak boleh disokong oleh orang-orang kerajaan walaupun demi kebaikan rakyat maka tidak perlulah negara kita mengamalkan sistem kerajaan berlandaskan demokrasi. Biarlah negara ini menjadi negara komunis dan biarlah orang-orang yang berada dalam Parlimen itu ialah orang kerajaan sahaja supaya tidak berlaku penentangan. Biar segala usul yang dikemukan itu disokong.

INSAN YANG HARUS MELETAK JAWATAN KINI BUKAN DATUK SHARIR TETAPI SEMUA ORANG YANG MENDERHAKA KEPADA RAKYAT KERANA MENOLAK USUL YANG BERPUNCA DARIPADA PENDAPAT DAN SUARA RAKYAT. Semua orang yang tidak berjuang dan bekerja untuk rakyat haruslah letak jawatan. Datuk Sharir haruslah dinaikkan pangkat kerana setia dalam perjuangannya untuk rakyat dan bukannya meletak jawatan. Kata-kata Timbalan Perdana Menteri yang mengatakan Datuk Sharir mesti dihukum kerana menyokong usul yang dibawa oleh pembangkang adalah kata-kata yang naif dan tidak matang.

Adakah ini ialah mentaliti yang ada pada pemimpin negara kita? Adakah mereka tidak tahu membezakan antra betul dan salah? Adakah mereka faham apakah itu kepentingan rakyat? Adakah mereka faham pembangkan dan kerajaan adalah rakan seperjuangan dan bukannya musuh? Musuh kerajaan ialah ketidakadilan , kejahatan dan keburukan. Kata-kata itu adalah tidak munasabah dan tidak masul akal langsung. Lebih-lebih lagi Datuk Sharir menyokong usul yang berpunca daripada komentar RAKYAT di media. Adakah ini yang dikatakan Malaysia sedang menuju ke arah 2020 sedangkan mentaliti sebilangan penduduk di Malaysia adalah lebih teruk daripada mentaliti ketiga? Seterusnya , apa gunanya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ditubuhkan tetapi tidak berfungsi?

Wakil rakyat yang didapati bersalah dan menyalahgunakan kuasa haruslah dirujuk kepada Jawatankuasa yang ditubuhkan ini. Janganlah Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk nama semata-mata sahaja tetapi tidak berfungsi. Saya tidak menfitnah mana-mana wakil rakyat yang bersalah tetapi jika mereka tidak bersalah maka tidak ada masalah untuk dirujuk kepada Jawatankuasa untuk disiasat. Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Wakil-wakil rakyat yang tidak sehaluan dengan Datuk Sharir haruslah meletak jawatan kerana mereka menjejaskan kemulian dewan dengan mempertahankan ketidakadilan , kejahatan dan salah guna kuasa. Mengapa saya berkata demikian? Hal ini kerana wakil rakyat yang disyaki melakukan kejahatan , ketidakadilan dan menyalahgunakan kuasa tidak dihapuskan dan bukan sahaja tidak dibawa ke muka pengadilan malahan golongan ini mempertahankan orang sebegini dalam parlimen apabila menentang usul untuk membawa orang ini ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk disiasat. Jelas terbukti mereka menyokong kejahatan , salah guna kuasa dan ketidakadilan. Yang sepatutnya ditentang tidak ditentang dan seharusnya disokong tidak disokong. Orang-orang sebegini haruslah digugurkan dalam pilihanraya yang akan datang.Persepsi zaman purba dan jahiliah harus berubah mengikut perkembangan tamadun. Berfikirlah dengan lebih terbuka dan lebih mendalam apa itu baik dan buruk , adil dan tidak , musuh dan rakan , disokong dan ditentang. Dalam pada itu , jawatan Datuk Sharir haruslah dipulihkan dengan segera. Wahai , orang-orang yang tersilap menentang rakyat bangunlah dan sedar untuk mengubah persepsi anda yang purba itu supaya kepentingan rakyat tidak diabaikan.

Diharapkan juga semua yang tersilap fikir itu insaf dan memujuk Datuk Sharir kembali berjuang bersama anda semua. Jawatan Pengerus BNC haruslah dikosongkan sehingga Datuk Sharir kembali berkhidmat. Semasa zaman kegemilangan Nabi Muhamaad di Madinah , baginda tidak pernah membalas dendam dan menganggap orang-orang yang menentangnya ( golongan arab quraisy ) itu adalah musuh-musuhnya. Baginda berfikiran terbuka dan mempunyai mentaliti kelas pertama yang unggul.

Jangalah sebelum ini Sothinatan tersilap digantung jawatannya kerana memperjuangkan hak-hak pelajar kita yang warganega mereka Malaysia iaitu rakyat Malaysia. Permohonan maaf terhadap Sothinathan mesti dilakukan kerana tersilap mengambil tindakan orang yang berjuang untuk rakyat. Bak kata pepatah yang harus ditentang tidak ditentang dan lebih teruk mementang yang tidak seharusnya ditentang. Kesian Sothinathan. Jika setiap kali wakil rakyat hendak berjuang untuk rakyat sama ada meletak jawatan ataupun digantung mahupun dipecat , maka siapa lagi yang berani berjuang untuk rakyat? Mungkin sebab inilah banyak wakil rakyat yang berjiwa rakyat sudah gentar dan takut untuk bersuara menentang dasar yang tidak baik dan berjuang sepenuhnya untuk menegakkan keadilan. Sekirannya mereka tegas juga maka tahulah akibatnya. Oleh itu , apabila 9 Menteri dan pemimpin negara kita pernah bersatu untuk menghantar memorandum mempertahankan hak penganut bukan islam di negara ini kepada Perdana Menteri terpaksa menarik balik setelah menerima tekanan daripada pihak tertentu.

Insaflah. Sedarlah. Ubahlah. Belajarlah. Persepsi dan mentaliti purba dan jahiliah haruslah dihancurkan , dibinasakan , dikikiskan dan diluputkan.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/05/21/politik-perletakan-jawatan-seorang-wira-sebagai-pengerusi-bnbbc/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>