Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Politik : Wakil Rakyat Rantau Panjang Mencaci dan Mendriskriminasi Wanita !!!!!!!!!!
Perkataan wakil rakyat telah menjelaskan kepada kita bahawa seseorang pemimpin yang dilantik adalah atas sokongan rakyat. Mereka tidak mewakili diri sendiri ataupun sesiapa tetapi rakyat!! Rakyat pula terdiri daripada pelbagai golongan yang meliputi kaum lelaki , perempuan , muda dan tua. Oleh itu , seseorang wakil rakyat tidak harus ’syok’ sendiri kerana segala tindakan dan perlakuan mereka mengambarkan suara rakyat. Jawatan mereka adalah melalui sokongan dan undian rakyat. Kini , apabila MP Abdul Fatah Harun wakil dari Rantau Panjang menghina kaum wanita di negara kita dengan mengatakan wanita adalah ‘gatal’ dalam parlimen. Dia ( saya tidak guna beliau kerana beliau dirujuk kepada orang yang dihormati sahaja tetapi orang yang tidak tahu menghormti orang lain dan diri sendiri tidak layak dihormati ) menghina , mencaci dan mendriskriminasi kaum wanita di sebuah dewan yang mulia. Penghinaan dan pendinaan ini dilakukan di tempat mulia.
Kita sudah berada abad yang ke 21 dan dunia semakin bergerak ke hadapan. Malangya , ada lagi insan yang masih bergerak jauh ke belakang. Insan ini bergerak ke alam jahiliah. Pada zaman jahiliah kaum wanita dipandang rendah , dihina dan tiada ada kedudukan. Lebih parah lagi pada masa itu ramai bayi wanita ditanam hidup-hidup kerana dianggap menjatuhkan martabat keluarga. Wanita pada masa jahiliah juga boleh diperlakukan dengan sesuka hati oleh masyarakat jahiliah yang jahil dan dianggap sebagai barang permainan. Namun begitu , selepas cahaya islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad menerangi seluruh Arab , kedudukan wanita semakin kukuh kerana islam menekankan PERSAMAAN TAFAF sesama manusia. Islam juga menyuruh kaum lelaki supaya melindungi dan menghormati kaum wanita. Ingat! Abdul Fatah ini adalah pemimpin dari PAS yang selama ini memperjuangkan islam tetapi kini dia telah membelakangi ajaran islam! Hari ini , dairpada 26 juta rakyat kita , yang jahilnya bukan rakyat biasa tetapi seorang wakil rakyat dan pemimpin masyarakat yang selama ini dihormati dan disanjungi.
” Wanita yang bercerai adalah gatal”. Begitulah bunyi seorang wakil dari Rantau Panjang di sebuah dewan yang mulia. Hari ini juga iaitu 29 April 2006 , surat khabar The Sun telah memaparkan stastistik seramai 586 wanita telah dirogol dalam jangka tempoh 3 bulan sahaja iaitu dari Januari hingga March 2006! Kita tidak melihat pemimpin ini mempertahankan kaum wanita yang ditindas tetapi lebih suka ’syok’ sendiri dengan melabelkan perempuan yang bercerai adalah gatal. Seterusnya , adakah adil kepada golongan wanita yang selama ini ditindas oleh suami mereka? Bagaimana pula dengan wanita yang dipukul dan didera oleh suami mereka? Jika wanita sebegini tidak bercerai dengan suami mereka , adakah Abdul Fatah akan menanggung segala kesakitan dan kecederaan mereka yang ditindas? Jangan lupa bahawa orang yang melahirkan kamu itu juga adalah wanita. Pada masa yang sama , orang yang tidur bersamamu serta melahirkan zuriat untukmu juga adalah wanita. Jangan derhaka kepada golongan wanita sebelum membukti yang kukuh untuk menfitnah mereka. Fitnah itu adalah dosa yang besar dalam agama islam. Jangan membelakangi islam.
Terdapat banyak sebab mengapa wanita hari ini bercerai dengan suami mereka. Antara sebabnya ialah mungkin berlaku layanan yang tidak adil sesama isteri oleh seseorang suami , ada isteri yang didera dan dipukul , ada isteri yang dianggap sebagai mainan dan hamba oleh golongan lelaki yang jahil. Selain itu , mungkin berlaku pergaduhan dan konflick antara suami dan isteri. Mungkin juga terdapat suami yang berlaku curang dan ada juga yang tidak setia pada percintaan. Seandainya perkara-perkara ini berlaku dan menimpa kepada golongan wanita dan mereka tiada hak untuk bercerai kerana apabila bercerai dianggap gatal , maka di manakah keadilan? Di manakah hak asasi manusia ?
Saya seru kepada seluruh wanita di negara ini untuk menjatuhkan wakil rakyat ini. Saya nasihatkan supaya perkara ini dibawa ke SUHAKAM supaya hak wanita dipertahankan. Dia juga patut dibawa ke muka pengadilan kerana memalukan dan menjatuhkan martabat wanita iaitu bawa tuntutan ‘defamation’. Memorandum juga patut dihantar kepada Perdana Menteri untuk menyuruh dia menarik balik perkataan tersebut dan meminta maaf kepada seluruh wanita di negara ini termasuk ibu dan isterinya. Diharapkan semua penduduk di Rantau Panjang bersatu untuk menolak Abdul Fatah dalam pilihan raya yang akan datang. Dia tidak layak untuk mewakili anda semua.
Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/05/22/politik-wakil-rakyat-rantau-panjang-mencaci-dan-mendriskriminasi-wanita/trackback/
No comments yet.
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


