Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

May 24, 2006

Orang yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya menurut George Santayana iaitu seorang ahli falsafah terkemuka dunia.

Adakah pihak terlibat yang memansuhkan wayang ini hendak sejarah berulang? Hal ini demikian , apabila generasi seterusnya melupai sejarah disebabkan oleh segelintir masyarakat yang kolot , berfikiran sempit dan terlalu mengawal akan menyebabkan generasi seterusnya untuk cenderung melupai sejarah. Hidup ini sememangnya hitam dan putih , pahit dan manis maka segala perkara yang baik ataupun tidak juga patut diberitahu dan disampaikan kepada mana-mana insan. Janganlah segala yang baik sahaja dibenarkan. Ini bertentangan dengan hidup manusia kerana hidup manusia bukannya setiap masa dan hari baik.

Segala keburukan sejarah dan peristiwa yang diketahui akan dijadikan pengajaran dan bukannya menagung-agungkan peristiwa mahupun tokoh yang jahat. Manusia bukannya bodoh dan buta. Hal ini demikian dengan menonton wayang mereka sendiri akan tahu betapa kejamnya dan sengsaranya kehidupan semasa zaman komunis. Mereka bukannya buta dengan beranggapan komunis itu baik dan betapa baiknya komunis. Oleh itu , mengapa takut pula wayang ini ditayangkan ? Chin Peng tidak akan diagung-agungkan ataupun dipuji tetapi sebaliknya akan memberi pengajaran kepada anak-anak muda kita bahawa cara perjuangan Chin Peng adalah salah.

Lebih-lebih lagi bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Ismail pernah mengatakan perjuangan pelbagai pihak , aliran , kumpulan dan parti perlu dihargai. Pelajar tingakatan 3 , 5 dan 6 akan tahu bahawa komunis juga terlibat dalam proses menuju ke arah kemerdekaan. Hal ini demikian tanpa disedari maklumat ini sudah berada dalam sukatan pelajaran sekolah. Di situ jelas mengatakan dengan kewujudan komunis , pihak british berusaha menjaga hati pelbagai rakyat dan memberi sokongan penuh kepada UMNO dan pada masa yang sama menjadi asas kepada penubuhan MCA. British cuba mempercepat langkah untuk mengurangkan pengaruh dan perjuangan komunis. Selain itu , banyak rakyat dan tentera Jepun dikorbankan oleh ahli-ahli komunis yang bersifat anti penjajah. Inilah yang terdapat dalam sukatan pelajaran kita. Kita masih mempelajari tentang komunis di negara ini.

Persoalannya , sekirannya buku sejarah sekolah yang akan dibaca oleh beratus ribu pelajar tidak dimansuhkan mengapakan wayang ini pula hendak dimansuhkan disebabkan tajuknya sahaja? Adakah orang yang memansuhkannya begitu jahil dan berfikiran sempit? Tidak tahukah mereka bahawa tajuk sahaja tidak memadai untuk memastikan wayang yang hendak ditayangkan seperti mana yang ada di tajuk ? Wayang pun belum dilihati sudah hendak kecoh. Inikah yang dikatakan mentaliti dunia ketiga yang dimiliki oleh sesetengah pihak? Memansuhkan wayang hanya kerana tajuk sahaja?

Jika wayang yang menjadi kontroversi dunia iaitu Da Vinci Code boleh ditayangkan mengapakah laki-laki komunis tidak boleh? Da Vinci Code hanyalah satu wayang berbentuk hipotesis tetapi laki-laki komunis mungkin berkaitan dengan sejarah dan peristiwa yang benar-benar berlaku di tanah air. Saya bukan kristian. Oleh itu , jangan salah anggap saya memuji kelakuan kristian kerana saya adalah beragama kristian.Apa salahnya menayangkan peristiwa yang benar-benar berlaku jika perkara yang tidak semestinya berlaku boleh ditayangkan ? Mengapa tidak kita belajar daripada umat Kristian yang begitu berfikiran terbuka di Malaysia? Walaupun wayang ini menghina ajaran dan agama mereka tetapi tidak pun mereka sekecoh pihak tertentu apabila isu karikutur nabi disiarkan di surat khabar dahalu? Mereka tidak bertindak liar dan mengadakan demontrasi secara besar-besaran? Tidak dapat dinafikan mereka sebenarnya marah juga tetapi mereka juga tahu ajaran agama menekankan kesabaran. Mengapakah pesanan nabi iaitu bersabar itu separuh daripada iman tidak diamalkan oleh semua pihak?

Mengapakah kaum muslimin dan muslimat asyik terperangkap oleh tipu helah barat untuk menghina dan menjatuhkan agama mereka dengan melabelkan mereka sebagai penganas? Yang ganas itu bukan islam tetapi orang islam yang tidak mengikuti islam yang sebenar. Islam menekankan kesabaran , toleransi , kasih saying. Nabi sendiri pernah dicaci , cubaan dibunuh , dipulaukan , dihina dan pelbagai lagi perkara buruk dilakukan ke atas nabi oleh golongan Arab Quraisy. Pernahkan Nabi marah ataupun merungut? Pernahkah nabi pernah berdendam dan menyalahi mereka? Pernahkan nabi anggap orang quraisy itu musuhnya? Tidak! Nabi memang mulia dan sempurna. Umat-umatnya patut mempelajari sifat dan sikap Nabi Muhammad S.AW. Ini hanya surat khabar kecil sudahpun ayam sebiji riuh sekampung. Ajaran islam adalah satu ajaran yang sangat baik dan mulia. Diharapkan umat-umatnya tidak terus mencemarkan nama baik agama ini.

Jika Da Vinci Code ini adalah mengenai Nabi Muhamaad dan bukannya Nabi Isa maka keadaan , sambutan dan reaksinya mungkin berbeza.

Kembali kepada laki-laki komunis terakhir. Di manakah kebebasan media? Adakah wayang ini mengugat ketenteraman negara? Jika tidak mengapakah pula hendak dimansuhkan sebelum mengetahu isi ceritanya? Jika melalui tajuk sahaja sudah dimansuhkan jelas membuktikan mentaliti pihak yang memansuhkannya walaupun sudah 48 tahun merdeka dan negara semakin ke hadapan.

Mungkin sebab inilah industri perfileman negara kita masih tidak mampu bersaing dengan mana-mana negara jiran apatah lagi dunia. Masyarakat berfikiran sempit bagaimana pula hendak menghasilkan wayang yang kreatif dan berkualiti? Mungkin media kita terlampau dikawal dan dikongkong sehingga membantutkan perkembangan mereka. Seandainya keadaan ini masih berlanjutan maka industri perfileman negara tidak akan maju dan semakin ke belakang.

Kini , Dr Rais sendiri sudah menonton wayang ini dan mengatakan tidak mengandungi apa-apa isu sensitif dalam wayang ini.

Oleh itu apa pula seterusnya ? Tengok , tunggu dan lihat.

“shenyeeaun.blogspot.com”

“Kebebasan Media yang terlalu dikawal akan membantut perkembangan”

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/05/24/10/trackback/

  1. hello saya pengunjung baru blog saudara,cukup hebat pada saya, saya menyokong pendapat saudara shen, filem LLKT wajar ditayangkan umum, rakyat malaysia terutamanya golongan muda mudi mesti mengetahui kebenaran walaupun ia pahit untuk ditelan, moga moga yang baik dapat dijadikan panduan dan yang buruk dijadikan sempadan.

    Comment by siti — June 7, 2006 @ 8:33 am

  2. Terima Kasih. Malangnya selepas beberapa hari lagi saya tiada masa untuk terus memblog. Jika adapun hanya sebulan sekali sampailah akhir tahun ini barulah saya akan kembali aktif ke dunia blogging. Diharapakan saudari masih dapat terus bersama saya. Ucapan bahagia dan sejahtera khas kepada saudari.

    Comment by Shen Yee Aun — June 7, 2006 @ 8:57 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>