Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

May 27, 2006

Kali ini adalah kali terakhir Steven Goran Erikson untuk memimpin pasukan England. Mampukah bekas jurulatih dari Lazio ini memimpin England ke arah kemenangan ? Pasukan England sebenarnya ialah pasukan ideal pada kali ini. Hal ini demikian buat kali pertamanya barisan pertahan England diwakili oleh pemain pertahanan terkemuka dunia seperti Ashely Cole , Rio Ferdinand , John Terry dan Gary Neville dan pada masa yang sama John Terry dan Gary Neville merupakan ketua pasukan untuk Chelsea dan Mancherster United.

Sebelum ini , tiada gandingan pertahanan sebegini dan ditambah lagi dengan kemunculan pemain pertahanan baharu yang hebat seperti John Terry. Selain itu , untuk barisan pertengahan pula muncul 2 jaguh bola sepak yang baru dalam arena bola sepak iaitu Frank Lampard dan Joe Cole yang tidak pernah muncul untuk England sebelum ini. Tambahan pula , Frank Lampard dan Joe Cole ditambah dengan kepimpinan dan kehebatan Steven Gerad yang juga merupakan ketua pasukan Liverpool. Seorang lagi jaguh sememangnya tidak asing lagi dalam dunia bola sepak iaitu David Beckham yang terkenal dengan ‘passing’ , ‘corner kick ‘ dan ‘free kick’ yang akan mengetuai pasukan England di Germany nanti.

Sementara itu , untuk barisan serangan pula wujudnya penyerang terhebat England pernah hasilkan iaitu Wayne Rooney berganding bahu dengan penjaring gol yang termasyur iaitu Michael Owen. Bilakah England pernah memiliki pasukan yang begitu hebat terdiri daripada anak-anak muda dan juga jaguh bola sepak yang semakin hebat dari sehari ke sehari ? Ketua pasukan Liverpool , Chelsea dan Manchester masing-masing berada di dalam pasukan England.

Walaubagaimanapun , keadaan ini semakin buruk baru-baru ini. Jaguh bola sepak baharu iaitu Frank Lampard sudah tidak dapat beraksi seperti dahulu lagi. Beliau baru-baru ini kurang menyakinkan serta menonjol unuk Chelsea dalam beberapa permainan terakhirnya. Michael Owen pula hilang ketajaman jaringan golnya di Real Madrid pada masa dahulu. Rio Ferdinanan pula semakin menurun prestinya dari sehari ke sehari. Lebih parah lagi , penyerang yang paling hebat pernah dihasilkan oleh England kini cedera parah dan masih berada dalam tempoh rawatan dan jikapun beliau sudah dipulihkan. Persoalannya kini , adakah Rooney mampu memberi prestasi 100%? Oleh itu , keputusan Steven Goran Erikson untuk mengekalkan Rooney dalam pasukan adalah satu perjudian yang besar.

Yang kita boleh harap kini ialah Joe Cole yang berada pada tahap maksimumnya bersama-sama dengan Steven Gerad yang makin hari makin hebat. Barisan pertahanan pula hanya John Terry dan Gary Neville yang boleh diharapakan manakala Ferdianand dengan Ashley cole tidak konsisten prestasi mereka. Di barisan hadapan langsung tiada harapan lebih-leih lagi Jemain Defoe tidak dimasukkan. Sebenarnya Peter Crouch patut dikeluarkan daripada barisan penyerang dan digantikan dengan defoe.Lebih-lebih lagi crouch adalah antara pemain penyerang yang paling lemah yang saya pernah ketahui. Crouch dimasukkan ke dalam pasukan mungkin disebabkan dia beraksi untuk kelab terkemuka dunia yang menjuarai Champion League iaitu Liverpool. Bagaimana pula jika crouch hari ini tidak bemain untuk Liverpool tetapi untuk kelab-kelab lain yang kurang menyerlah? Adakah dia akan terpilih? Jawapan saya tidak.

Saya sebenarnya bersetuju dengan pertaruhan Erikson untuk meletakkan Theo Walcoot iaitu seorang pemain muda yang berusia 17 tahun dalam pasukan England. Saya juga menyokong penuh jika Theo dipertanggungjawab menjadi pemain utama penyerang bersama Michael Owen. Walcoot adalah lebih baik daripada crouch. Walaupun beliau tiada pengalaman tetapi pengalaman boleh dimiliki sepanjang perlawanan. Percayalah darah muda ini mampu melakukan mukjizat. Darah muda tidak kenal erti itu penat dan takut.

Ramalan saya England akan melayakkan diri ke separuh akhir iaitu peringkat quater finals.

Tunggu dan lihatlah.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/05/27/mampukah-england-menawan-piala-dunia/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>