Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Pada beberapa hari yang lepas seorang insan yang jahil terjumpa sebuah laman blog dan secara kebetulan menulis dalam ruangan komentar Tuan Khalid Jaafar yang dikagumi lagi disanjungi. Pada masa itu , saya ingat beliau mungkin adalah seorang guru ataupun seorang pesara yang meluangkan masanya untuk memblog. Insan yang dikagumi lagi disanjungi ini sememangya sangat rendah diri dan mesra. Walaupun penguasan bahasa jiwa bangsa kita masih belum mantap dikuasai oleh saya sepenuhnya dan banyak lagi yang saya perlu belajar untuk memantapkan penguasaan dalam bahasa perpaduan ini tetap dikatakan sungguh baik oleh Tuan Khalid Jaafar. Siapakah saya jika dibandingkan dengan penguasaan bahasa Khalid Jaafar dalam bahasa ini ?
Mengapakah saya kata beliau mesra? Beliau mesra menjawab soalan. Mesra untuk berkomuniki. Mesra untuk berkawan dengan seorang darah muda belasan tahun seperti saya. Mesra menjawab soalan. Mengapahkah saya kata beliau bersifat rendah diri? Kalian tahu ataupun tidak siapa sebenarnya Khalid Jaafar yang saya sebut? Saya sendiri masih tertanya-tanya ‘ya ke” ? Saya tidak tahu bahawa dia juga merupakan seorang ahli politik sebelum diberitahu. Beliau bukan sekadar ahli politik biasa tetapi beliau ialah bekas ketua penerangan Keadilan yang kini dipegang oleh seorang lagi saya saya amat menyanjunginya iaitu Tien Chua. Selain itu , beliau juga merupakan antara orang yang paling penting di Keadilan yang kini mengetuai IKD dan juga merupakan pengelola blog Anwar disamping Jalan Telawi.
Saya memang jahil. Dunia ini begitu kecil. Dalam semangat jiwa saya yang begitu kuat dalam politik pula diikuti dengan pertemuan dengan seorang tokoh yang begitu hebat. Setelah diberitahu oleh Abang Shin saya pun bertanya apakah itu IKD? Menurut Shin IKD ialah ‘think tank’ iaitu perancang dan politik politik sesebuah parti yang kini diketuai oleh beliau. Selepas itu saya baru tahu rupa-rupanya dia ialah Zhu Ge Liang kepada Guan Gong ( Anwar ). Hebat. Siapa itu Zhu Ge Liang? Zhu Ge Lianglah yang menjodohkan pertemuan kami. Zhu Ge Liang ialah seorang ahli falsafah , akadamik , strategi , politik , cendekiawan dan penasihat yang paling hebat dan bijak dalam sejarah ketamadunan cina.
Peranan yang dimainkan oleh Khalid Jaafar kini adalah seperti Zhu Ge Liang seperti dahulu. Hebat ataupun tidak? Kagum? Saya kagum kerana beliau begitu rendah diri dan merahsiahkan identiti diri. Dalam pada itu , cara penulisannya sememangnya mencapai tahap penulisan yang tertinggi. Jika saya kurang menguasai bahasa ini mungkin saya tidak akan faham apa yang ditulis oleh beliau. Insyallah , saya dapat memahami semua. Hal ini demikian , cara penulisan khalid memerlukan pemahaman yang amat mendalan ditambah dengan bahasanya yang begitu baik.
Pada masa yang sama , beliau adalah seorang yang cukup berfikiran terbuka. Walaupun saya lantang menyuarakan pendapat saya yang mungkin dianggap sensitif tetapi perkataan sensitif ini nampaknya tidak pernah muncul dalam kamus beliau. Pemirkiran mentaliti kelas pertama. Tahniah. Sedia menerima kritikan dan pembaharuan tanpa batasan.
Tambahan pula , Khalid Jaafar adalah seorang yang cukup berpeNgetahuan tinggi dan ilmu sememangnya penuh di dada beliau. Biar rambut putih tetapi beliau tahu akan banyak perkara dan semestinya seorang yang bijak.
Bagi saya , sebelum mengetahui identitinya beliau lebih kepada seorang ahli falsafah daripada seorang ahli politik. Walaubagaimanapan , kualiti yang dimilikinya kini selaras dengan peranan yang dimain oleh beliau. Persoalan saya ialah adakah kerjasama antara Keadilan dengan PAS adalah satu percaturan yang baik?
Dalam bersembang-sembang mengenai Tuan Khalid Jaafar , saya pula berjenaka dengan Shin bahawa jika saya ialah Anwar kedua masa hadapan saya akan mengupah kamu menjadi penasihat saya. Saya juga berkata itu hanya gurauan dan perkara ini tidak akan berlaku kerana siapakah saya? Seorang yang lemah , jahil , berdosa dan banyak kelemahan dan keburukan lagi sebagai seorang insan yang biasa. Shin pula menjawab mana tau saya tidak akan menjadi Anwar dengan gurauan Khalid kan sudah mengenali kamu ? Saya kata tidak mungkin. Mustahil insan selemah ini akan jadi Anwar 2.
Kembali kepada Tuan Khalid , setelah mengetahui identitinya saya pula kini berasa segan untuk berkomunikasi dan berkawan denganya kerana siapakah saya untuk berkawan dengan seorang insan yang hebat begini? Saya risau saya akan mula berasa kekok untuk terus berkomunikasi dan berkawan dengan beliau kerana ’sendiri tahu diri sendiri ialah siapa’. Kini pula saya mewakili CERMIN untuk mewawancara beliau setelah kerja-kerja khas dan soalan tertentu telah siap diselesaikan. Bayangkanlah bagaimana saya hendak mewawancara seorang yang dari asalnya saya ingat seorang insan biasa yang hebat kepada seorang insan luar biasa yang amat hebat? Oleh itu , saya tiba-tiba ‘blank’ dan tidak tahu apa yang hendak ditanya.
Berwibawa , bijak , pemikiran mentaliti kelas pertama , mesra , rendah diri , hebat , berkarisma , berpengetahuan dan sebagainya adalah antara kata-kata yang dikita boleh rujuk kepada seorang insan yang bergelar TUAN KHALID JAAFAR.
Shen Yee Aun tadbir hormat bersama-sama Abang Shin kerana menurutnya jika boleh pilih dia mahu Khalid menjadi Presiden Parti manakala pilihan saya sebelum ini ialah Tien Chua sebelum mengenalinya.Abang Shin turut amat menghormati dan mengagumi penulisan , bakat , kepimpinan . pemikiran , kebijaksaan dan kehebatan beliau. Pernah sekali saya tanya Abang Shin jika kita boleh membuat sebuah laman web sendiri gabungan daripada beberapa blogger siapakah pilihan anda? Antaranya Fathi , Clarisa , Khalid Jaafar dan sebagainya. Shin tahu tidak mungkin orang seperti saya dan dia dapat bekerjasama dengan tokoh-tokoh terkemuka seperti mereka. Dari muka hingga ke lutut diri kita masih jauh dibandingkan dengan mereka apatah lagi tahap penulisan kita yang masih jauh dibelakang. Sesugguhpun demikian , saya tahu sebenarnya adalah satu impian jika saya , shin boleh berkerjasama dengan clarisa , khalid dan fathi dan sebagainya untuk membentuk sebuah laman web. ‘Well it will not happen” . Shin juga pernah kata boleh dapat 1 daripada pemikir liberal ini kita pun sudah cukup bertuah. Jangan kata 1 , setengah ataupun suku pun tak dapat.
shenyeeaun mungkin di persada dunia tetapi tetap berada di bawah Khalid Jaafar.
17 Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/05/28/khalid-jaafar-amat-dikagumi/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Yee Aun, jangan puji kuat sangat, nanti saya mabuk. Dan tambah ramai yang cemburu!
Comment by Khalid Jaafar — May 28, 2006 @ 8:25 pm
Tentang wawancara hubungi saya di khalid.jaafar@gmail.com
Comment by Khalid Jaafar — May 28, 2006 @ 10:15 pm
Minta maaf. Saya tiada tujuan untuk memuji Tuan kerana selama ini saya sememangnya terkenal dengan suara langtang saya yang suka mengkritik.
Lebih-lebih apa yang dikatakan untuk tiada ada direka ataupun terdapat unsur tokok tambah di dalam.Semuanya benar-benar belaka.
Minta maaf jika sebelum ini tidak mengenali identiti sebenar Tuan. Saya memang seorang manusia yang lemah lagi jahil.
Mengenai wawancara Tuan akan mengambil sedikit masa dan setelah kita menyelesaikan semua perkara yang perlu dilakukan untuk mewanwacara baru kita akan menghantar email kepada Tuan yang amat mulia lagi rendah diri.
Orang ramai cemburu? Inilah sikap asal manusia. Biar sebaik ataupun seburuk mana kita pun akan ada orang yang menyukai dan pada masa yang sama akan membenci kita. Inilah realiti hidup. Ambilah mana-mana pemain bola sepak , artis , ahli politik ataupun mana-mana individu. Semestinya ada orang yang akan menyukai dan akan ada orang yang akan mencemburui mereka.
Falsafah ying and yang. haha.
Tuan apa sebenarnya IKD yang disebut oleh saudara SHIN? Saya masih kurang faham dan jelas akan peranannya walaupun telah berkali-kali dijelaskan oleh Shin. Adakah IKD ialah satu badan yang dibiayai? Apakah tugas-tugas dan perjuangannya?
Comment by Shen Yee Aun — May 29, 2006 @ 3:26 am
salaam,
saya pengsan sekejap bila baca entri ini. nasib baiklah anda puji Pak Khalid, kalau puji Fathi Aris, tentu sudah kena libas! hehehe :-)
Aqil
Comment by aqil-fithri — May 29, 2006 @ 6:55 am
Aqil jangan pengsan. Hidup ini ada kalanya kita kena puji dan ada kalanya kita kena caci. Inilah yang dikatakan lumrah hidup. Fathi itu Abang Shin ( Jeffrey Lim ) juga banyak memujinya di depan saya cuma saya sendiri belum menyaksikan dan mengetahui dirinya lebih lanjut. Oleh itu , tidak mungkin saya mampu untuk memujinya tanpa mempunyai bukti-bukti yang kukus.
Untuk Tuan Khalid pula , shin sememangnya sudah menceritakan kepada saya mengenainya cuma saya tidak tahu Tuan Khalid ini adalah khalid yang disebut shin pada mulanya.
Fathi pernah melawati laman blog saya di blogspot dan menulis dalam ruangan komentar mengenai laki-laki terakhir komunis. Namun begitu , saya masih tidak mengenalinya.
Comment by Shen Yee Aun — May 29, 2006 @ 11:35 am
Yeen Aun, tak usah kenallah dengan Fathi Aris tu. Nanti dia syarah kau fasal Jurgen Habermas dan ruang awam. Kau mungkin bukan sahaja pengsan. Boleh jadi mati jugak!
Comment by Khalid Jaafar — May 29, 2006 @ 1:25 pm
Shen Yee Aun & Pak Khalid,
Semenjak dua-menjak ni Fathi semacam sudah lupakan Habermas dan Popper. Sudah dua posting foto cewek jelita saja… :)
Comment by jiwarasa — May 30, 2006 @ 6:27 am
jiwa rasa. apa itu habermas dan popper? haha.
Jiwa rasa , ” what are u doing currently”? Studying or working?
Comment by Shen Yee Aun — May 30, 2006 @ 6:35 am
sheen,
merujuk kepada ungkapan, ‘Well it will not happen - untuk menyatukan suara liberal dalam satu laman bukan satu impian. Saya akan usahakan. Segalanya bermula dengan impian.
Comment by rastom — May 30, 2006 @ 9:29 am
Yee Aun,
Kerja atau belajar?
Bekerja sampai pencen. Belajar sampai mati. he he
Comment by jiwarasa — May 30, 2006 @ 11:14 am
Manalah mungkin untuk orang-orang seperti saya bergabung dengan khalid , fathi , clarisa dan orang-orang terkemuka yang menjadi impian jeffrey lim dalam usaha bersama kita yang tidak dikenali ini.
Jika hanya sekadar membentuk satu laman blog untuk menyuarakan suara liberal sememangnya mungkin akan tercapai. Pada masa ini juga saya sedang cuba mencari beberapa blogger liberal untuk menjayakan usaha ini.
Biarlah laman web itu bukan sahaja satu tentuk untuk suara liberal tetapi satu tempat ataupun media yang meliputi pelbagai bidang seperti bahasa , muzik , sastera , politik , sosial , agama , hiburan dan sebagainya.
Oleh itu , kita perlu bersama-sama berusaha mencari lagi pelbagai jenis blogger yang mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentu yang berbeza-beza.
Comment by Shen Yee Aun — May 30, 2006 @ 12:15 pm
Sdr Shen, saya sudah beberapa kali singgah di blog sdr ini. Kali ini saya tinggalkan komen sebagai bukti. Bahasa Melayu sdr amat bagus. Adakah sdr seorang Baba?
Comment by Puan Ainon Mohd. — May 31, 2006 @ 11:02 am
Saya adalah seorang cina tulen dimana Datuk saya ialah pensyarah pengajian cina di Universiti di Shanghai sebelum perang jepun-china berlaku dan melarikan ke sini dan merupakan seorang guru besar sekolah cina di Malaysia. Beliau dijodohkan dengan seorang lagi seorang isteri yang juga merupakan seorang guru bahasa Cina.
Saya pula tiada pengetahuan apa-apa mengenai bahasa Cina walaupun boleh bertutur. Haha
” So what do you think? Am I a baba or a pure chinese ” ? hahah
Comment by Shen Yee Aun — May 31, 2006 @ 12:21 pm
Kamu sekolah srjk ke sekolah kebangsaan?
Comment by Khalid Jaafar — May 31, 2006 @ 3:19 pm
Saya dari Sekolah Kebangsaan. Dari butiran biodata di Navigate tuan sudah boleh tahu saya dari sekolah mana. Saya tamat SPM di sekolah tersebut dan kini sedang mengambil peperiksaan yang paling mencabar dan sukar di dunia di sekolah kebangsaan yang baharu.
Comment by Shen Yee Aun — May 31, 2006 @ 3:30 pm
Khalid Jaafar bayar la hutang Seruan Keadilan yang saudara berhutang dahulu. Baru la boleh cakap pasal politik
Comment by ADIL — December 24, 2006 @ 3:36 pm
Khalid Jaafar bayar hutang seruan keadilan dahulu baru cakap pasal politik
Comment by ADIL — December 24, 2006 @ 3:39 pm