Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Saya Rasa Semua Orang Akan Mengatakan Penulisan Saya Amat Beremosi ?
Sepanjang perjalanan dan pengalaman saya dalam dunia blogging ialah biasanya saya sudah dinasihatkan oleh beberapa orang sama ada secara komentar ataupun peribadi tidak kira di blogspot , malaysia-today ataupun yang terkini di blogsome supaya tidak menulis dengan emosi tetapi dengan fakta dan hujah sudah memadai.
Penjelasannya adalah saya sebenarnya adalah seorang yang amat taksub kepada bidang kesusasteraan. Saya amat meminati sajak , pantun , syair dan karya-kaya sastera dalam bahasa Melayu walaupun kadang-kala saya tidak memahami apa yang dibaca. Saya masih ingat lagi apabila saya berada di tingkatan 4. Guru Displin saya sentiasa menangkap saya kerana menyimpan rambut dan panjang dan setiap kali ditangkap Guru Displin itu akan mengatakan ‘saya tahulah kamu ini orang seni dan sastera tetapi ini sekolah , rambut panjang tidak dibenarkan.
Para pembaca sekalian , saya tidak berani mengatakan cara penulisan saya adalah baik tetapi ini adalah gaya dan cara saya yang tersendiri. Saya tidak suka kepada penulisan yang tidak bernyawa dan amat static. Oleh itu , saya menulis dengan jiwa dan hati saya tanpa menggunakan minda. Majoriti penulis biasanya menulis dengan akal dan minda tetapi saya boleh menulis seperti seolah-olah sedang menghasilkan sebuah sajak iaitu menjadikan penulisan saya amat beremosi dan seolah-olah bernyawa dan seolah-olah ada orang sedang bercakap dengan kalian.
Kadang-kala setelah habis menulis saya akan baca kembali dengan menggunakan otak sedar untuk menafsirnya dan saya sendiri akan terperanjat dengan luahan hati yang begitu langtang , tajam , terlampau dan sensitive tetapi saya tetapi masih membuat keputusan untuk tidak mengubahnya penulisan yang asal. Saya hanya akan mengubah dalam situasi yang tertentu dan biasanya segala yang dihasilkan adalah daripada jiwa dan hati saya, Kadang-kadang menulis dalam keadaan tidak sedar sehingga ada sedikit kesalahan ejaan yang tidak diperasaan.
Sekirannya saya menggunakan minda maka secara tidak langsung penulisan saya akan menjadi hiprokrit dan mungkin bertentangan dengan perjuangan saya. Penulisan secara statik dan tidak bernyawa yang mempunyai banyak hujah dan fakta yang hebat sudah banyak.
Biarlah kita pula menikmati bentuk penulisan yang seolah-olah hidup dan penuh dengan emosi. Penulisan bentuk ini hanya dapat dihasilkan dengan minda separa sedar sahaja. Oleh sebab itu , biasanya untuk menghasilkan sebuah rencana yang pendek pun akan mengambil masa paling minama 2 setengah jam!!! Kalau guna minda sedar dan akal saya rasa kurang daripada sejam sudah akan habis.
2 Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/06/08/saya-rasa-semua-orang-akan-mengatakan-penulisan-saya-amat-beremosi/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



i think u write ok, and u definitely have a flair for language. the thing is, good writing dun come overnight. it comes from practice and more practice, and of course from learning from other writers. good luck man, dun let criticisms like these bring u down.
Comment by szu — June 11, 2006 @ 10:04 am
Thank you. I will try my best to write better from time to time. Sure. Criticisms is the key towards sucess and it will defenetely bring me higher and make me a better person and writer.
For time being , I still prefer to write with the style that I use to writer which is using the sub conscious mind , heart and soul to write to make the writtings more lively.
Have a nice day.
Comment by Shen Yee Aun — June 11, 2006 @ 1:10 pm