Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Saya tiada masa untuk berhujah secara panjang lebar di sini kerana jadual hidup terlalu sibuk. Namun begitu , saya bersetuju atas dasar perpaduan dari segi sosial dan politik. Dari segi agama islam atas dasar persaudaraan. Dari segi masyarakat atas dasar membentuk bangsa Malaysia.
PAS dari satu muka ingin membuka keahlian kepada bukan muslim tetapi dari satu muka lagi menentang pergabungan perayaan. Saya pernah dilabelkan sebagai orang kafir apabila menyentuh isu perkahwinan Misyar. Persoalan saya , mengapa pula orang muslim membuka keahlian kepada orang kafir sekiranya setakat memberi pendapat dalam soal islam sudah tidak dibenarkan apatah lagi menyertai perjuangan mereka ?
Samy Vellu telah mencabar kewibawaan PAC dan sememangnya telah menghinan PAC secara tidak langsung. Saya pun tiada masa untuk berhujah panjang lebar di sini. Soal kedua yang berkaitan dengan Uncle Sam ialah dia secara tidak langsung telah merosakkan sistem demokrasi dalam parti. Menyatakan pilihan calon walaupun tidak salah di sisi undang-undang tetapi telah merosakkan semangat demokrasi! Penyuaran pilihan calonnya meliputi semua jawatan yang dipertandingkan dari bawah hingga ke atas! Autrokratik!
Perkara yang saya ingin lihat sekarang ialah kebangkitan Datuk Seri Anwar Ibrahim! Pilihan raya hanya 2-3 tahun dari sekarang. Saya berharap dia dapat kembali menjadi dirinya yang sebenar! Saya harap dia akan mula mengorak langkah dan mencari strategi yang terbaik. Saya berharap cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri masih berkobar-kobar dalam dirinya. Minta Maaf Datuk Seri Anwar Ibrahim , kini adan nampak lemah. Anda nampak lesu. Anda nampak tidak seberani zaman mudamu. Mungkin anda ada perancangan tersendiri yang saya tidak tahu. Parti anda iaitu Keadilanrakyat seolah-olah tidak wujud di negara ini. Dari segi penglibatan , pengurusan , perjuangan dan pelbagai lagi masih tidak cukup untuk menyakinkan rakyat. Hidup Anwar! Hidup Anwar! Hidup Anwar. Saya masih ragu-ragu adakah anda masih ingat mantra Hidup Anwar? Adakah anda masih hidup ? Yang dihormati , bangkitlah dan buat segala-galanya dan berjuang hingga ke akhir nafasmu walaupun suatu hari nanti mungkin impian anda tidak tercapai tetapi ada usaha dan semangat itu. Harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama. Gunakanlah segala kebijaksaan dan pengalamanmu untuk mentadbir dan mengurus Parti Keadilan dengan baik dan sempurna. Gunakanlah segala kewibawaanmu untuk terus berjuang untuk rakyat dan cuba sedaya upaya untuk menang dalam pilihan raya yang akan datang. Saya tahu situasi tidak menyelebelahi anda tetapi apa-apa sahaja yang boleh berlaku dan tiada yang mustahil dalam dunia ini. Gunakanlah segala pengalaman dan kepakaran kamu semasa yang dihormati berada di UMNO untuk menentang UMNO. Atasilah segala tektik kotor dan cara yang mereka gunakan untuk menang sekiranya kamu sudah tahu segala selob-beloknya.Satukanlah jiwa , minda , hati dan tenaga kamu untuk buat yang terbaik.
Saya harap Suara Keadilan akan menjadi media yang paling efektif disamping berkualiti untuk yang dihormati untuk menang dalam pilihan raya yang akan datang. Saya harap pasarannya dalam diperluaskan. Saya berharap kualiti dan mutu media ini dapat dipertingkatkan. Saya juga berharap mulai sekarang yang dihormati dapat membuat rombongan ke seluruh Malaysia tanpa berputus-asa dan mengenal apa itu letih dan jemu untuk menjelaskan perjuangan kamu disamping berjuang untuk rakyat jelata yang memerlukannya. Saya berharap mesyuarat Ketua cawangan Parti Keadilan seluruh Malaysia dapat diadakan dan dalam mesyuarat ini pelbagai nasihat dan tunjuk ajar kepada bahagian Keadilan supaya mula aktif dan berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing. Sebagai contoh , mungkin setiap cawangan mesti mengedarkan Suara Keadilan. Mereka juga mungkin diwajibkan memulakan laman web bahagian masing-masing dan berhubungan dengan laman web rasmi pada setiap masa. Pengedaran VCD ceramah politik di kawasan masing-masing. Mungkin setiap cawangan diwajibkan menghantar akitiviti laporan bulanan kepada pusat. Antara aktiviti yang dapat dilakukan ialah perkhidmatan guaman secara percuma sekiranya Ketua Cawangan ialah seorang peguam , perkkhidmatan pendidikan secara percuma sekiranya seseorang Ketua ialah seorang pendidik , memberi perubatan secara percuma sekiranya beliau ialah seorang pengamal perubatan. Selain itu , aktiviti seperti bergotong-royong , kitar semula dan pelbagai lagi boleh dilakukan. Diharapkan hubungan antara cawangan , bahagian , negeri dan pusat dalam parti dapat bersatu dan berhubungan serta berkerjasama antara satu sama lain.
Hamas telah berjaya mengambil pucuk pimpinan dan mengalahkan pemerintah kerajaan asal di Palestin. Bagi saya , saya tidak bersetuju dengan cadangan PAS supaya berdemonstrasi seperti Hamas tetapi mengikut Shin parti Hamas banyak berkhidmat dan melakukan kebajikan sehingga berjaya menawan Palestin.
Oleh itu , lupakan nasihat dan seruan PAS. Nasihat saya kalau nak dengar berkhidmat dan buatlah sebanyak kebajikan yang boleh. Mungkin rancangan yang lebih baik ialah pemimpin pusat sendiri turun pada setiap bulan ke rumah orang tua , golongan cacat , anak yatim piatu , rumah-rumah ibadat , menderma dan pelbagai lagi! Tidak payah bersusah payah berceramah politik untuk berkempen. Strateginya menawan hati rakyat.
Banyak lagi sebenarnya dan saya mempunyai masa yang terhad. Saya akan huraikan secara lebih terperinci jika masa menginzinkan. Anwar be yourself baik. Hanya anda yang dapat menentunkan arah tujuan yang dihormati sendiri. Buat kajian ke atas segala kelemahan dan kekalahan parti dan bukannya mengagung-agungkan kemenangan Domique di Sarawak sahaja.
2 Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/06/16/konflik-perlaksanaan-kong-xi-raya-dan-konflick-antara-sharir-dengan-sami-vellu-serta-harapan-saya-terhadap-datuk-seri-anwar-ibrahim/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Saya rasa mufti itu terbabas. Masakah kegiatan berkenal-kenalan, aktiviti soal yang memupuk keharmonian, perpaduan dan toleransi itu boleh menjejaskan akidah.
Comment by Khalid Jaafar — June 17, 2006 @ 1:38 pm
pembukaan keahlian PAS utk bukan muslim adalah untuk menerap perpaduan seperti mana yg dilakukan oleh Rasulullah saw ketika pembukaan Kota Madinah.
org kafir zimmi dilayan dgn seadil dan sebaiknya selagi mereka tidak memusuhi dan menikam org Islam.
manakala, dalam soal kongsi raya pula, ia adalah melibatkan soal aqidah kami yang mana ia tidak membenarkan kami untuk bertolak ansur mengenainya walau 1% sekalipun
oleh itu saya harap saudara memahaminya
soal dakwah adalah dakwah
namun soal aqidah tetap soal aqidah
islam menggariskan panduan buat umatnya dengan begitu teliti
terutamanya dalam soal pergaulan lelaki dan perempuan
mungkin ada yg melihat ianya terlalu ketat
tp bg sy ia adalah wajar
krn kesan jngka pnjang sekarang sudah terjadi di depan mata
inilah akibat jika memudahkan hukum Allah SWT
yg baik itu dtg dr Allah,
yg buruk itu kerana kecuaian saya
Comment by Nuril — March 24, 2007 @ 9:38 am