Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

June 21, 2006

Jika Tuan Khalid Jaafar dalam laman blognya mengatakan beliau adalah seorang Liberal dan bukan islam Liberal maka saya Shen Yee Aun di sini yang sering dikaitkan sebagai seorang pemikir dan pengamal liberal ingin mengatakan saya bukan liberal , moden ataupun terbuka tetapi saya adalah RASIONAL. Saya berlandaskan pada ciri-ciri dan pemikiran Rasional. Liberal atau kolot itu soal kedua. Yang penting di sini Rasional mengikut tafsiran dan pemikiran saya

SAYA ORANG RASIONAL! PEMIKIRAN RASIONAL BERDASARKAN PEMIKIRAN SENDIRI YANG MENAFSIR APA ITU BENAR DAN SEBALIKNYA…

Hanya secara kebetulan segala pemikiran rasional saya adalah lebih kepada ciri-ciri liberal maka secara tidak langsung rasional ini dianggap Liberal. Bagi saya semua insan adalah Liberal kerana masing-masing tinggal dalam dunia yang serba moden ini. Hanya pemikiran dan mentaliti yang memisahkan antara liberal dan bukan tetapi secara keseluruhan , cara hidup , makan dan minum itu adalah liberal. Buktinya , biar seseorang itu konservatif dan sekolot manapun tetap memakai pakaian moden. Adakah mereka memakai daun seperti manusi pada zaman paleolitik? Kita minum air guna cawan dan bukan tangan. Seterusnya apatah lagi cara hidup , makan ,tidur dan sebagainya.Oleh itu orang konservatif ataupun menentang liberal itu sebenarnya menentang diri sendiri juga. Semua liberal. Liberal ini tinggal menetap dalam sebuah bangunan digelar rumah. Inilah pembaharuan dan pemodenan dunia. Adakah penentang liberal itu masih tingga di dalam gua?

Tepuklah dada , tanyalah selera kepada orang-orang penentang liberal. Hujah ini jelas membuktikan kita semua liberal dan saya seorang rasional

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/06/21/saya-orang-rasional-bukannya-liberal/trackback/

  1. Kalau “Rasional ikut fikiran saya”, itu subjektif namanya.

    Comment by Khalid Jaafar — June 22, 2006 @ 11:15 am

  2. Rasionalkah Pas menjadi makmum Mahathir?

    Comment by Khalid Jaafar — June 27, 2006 @ 11:58 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>