Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Aku Rindu Zaman Kegemilanganku
Aku rindu zaman mudaku yang senantiasa pergi ke atas pentas untuk menerima hadiah ataupun sijil kemenangan dalam majoriti pertandingan yang disertai.
Aku rindu zaman mudaku yang mana pada masa itu hampir seluruh warga sekolah dari yang kecil sehinggalah yang paling besar mengenali diriku.
Aku rindu zaman mudaku apabila hampir setiap hari mendengar pujian daripada guru ataupun rakan tertentu.
Aku amat rindu untuk berceramah dan berucap di depan lapan ratus lebih pelajar. Aku sudah berucap ! Adakah saya akan berpeluang untuk berucap sekali lagi pada masa hadapan? Aku amat suka setiap kali aku memberi ucapan yang baik akan adanya tepukan gemurah yang amat kuat.
Aku rindu setiap kali aku membuat persembahan di pentas akan berakhir dengan tepukan gemurah daripada para pelajar.
Aku amat rindu zaman mudaku yang mempunyai banyak penyokong dan anak murid dalam perjalanan politik sekolah sehinggalah hampir setiap pilihan raya persatuan yang saya pergi akan berakhir dengan undi yang terbaik. Aku bukan menang sekadar 1 ataupun 2 undi tetapi biasanya menang melebihi 90% iaitu sekiranya ada 10 orang maka 9 undilah yang akan saya peroleh. Keadaan ini telah menyebabkan musuh politikku dalam Kelab yang lain tidak mahu menjalankan proses pilihan raya secara terbuka supaya saya tiada alasan untuk menjadi Presiden Kelab. Mereka tahu keputusannya akan berakhir dengan undi terbanyak sekiranya dijalankan secara terbuka. Oleh itu mereka jalan secara tertutup dan menyingkirkan saya dari kelab.
Aku rindu zaman mudaku yang akan diajak untuk mewakili sekolah untuk setiap pertandingan yang melibatkan bahasa Melayu. Antaranya ialah pertandingan berbalas pantun , perbahasan ala parlimen , sajak dan sebagainya.
Aku rindu zaman mudaku apabila diriku berjaya mendapat Johan pertandingan catur peringkat daerah berkumpulan dan Naib Johan Individu. Aku rindu zaman mudaku di sekolah dengan gelaran chessmaster.
Aku rindu zaman mudaku yang menganjurkan dan mengetuai lebih daripada 50 aktiviti serta program sekolah mahupun kelab.
Aku rindu zaman mudaku yang penuh dengan kenangan manis dan pahit. Aku rindu zaman mudaku apabila diriku dihormati dan disanjungi ramai. Namun begitu , saya tidak menafikan ada juga yang membenci dan memusuhi diriku.
Aku berharap saya akan berperluang berucap di hadapan beratus atau ribuan orang satu hari nanti. Aku rindu saat-saat memberi ceramah dengan penuh bersemangat dan berkeyakinan. Kini saya hanya mampu mengajar di depan berpuluh pelajar saya sahaja. Itupun suara saya cukup kuat sehingga kerani di tingkat bawah pun boleh mendengarnya. Dia pernah tanya saya ini tengah mengajar ataupun tengah bersyarah? Saya jawab saya mengajar dengan sepenuh hati saya.
Aku rindu zaman mudaku apabila saya mendklemasikan sajak guru-guru bukan melayu yang biasanya tidak suka sajak tetapi akan berlari dan bergegas untuk mendengar sajakku yang penuh bersemangat , jiwa dan emosi ! Sehingga hari ini pengetua lama saya tidak tahu nama saya tetapi setiap kali jika bertemu beliaulah yang akan memanggil saya dahulu. Beliau memanggil ‘penyajak’. Selamat pagi penyajak. Apa khabar penyajak.
Aku rindu terlibat dalam Projek International Understanding Day yang mana saya terlibat untuk menganjurkannya untuk 3 tahun berturut-turut walaupun bukan berperanan sebagai pengerusi pengelola. Projek ini memerlukan modal mencecah RM 15 ribu dan melibatkan 400-600 orang. Satu projek ataupun aktiviti yang memerlukan perancangan dan persedian selama 4. Satu projek yang amat mencabar tetapi menarik.
Aku rindu zaman mudaku yang senantiasa mengetuai untuk membuat kebajikan. Aku mengetuai pencucian tandas sekolah yang dianggap sesuatu yang kotor dan hina tetapi saya berjaya menjalankan aktiviti ini. Aku mengetuai aktiviti melawat ke rumah orang tua dan anak yatim piatu. Aku mengetuai untuk bergotong-royong di sekolah khas yang mana sekolah ini adalah untuk pelajar-pelajar kurang berupaya.
Persoalannya , semua ini hanya tinggal menjadi memori. Adakah zaman kegemilanganku akan kembali lagi? Adakah saya akan dikenali? Adakah saya akan mempunyai penyokong setia pada masa hadapan? Adakah saya masih berpeluang untuk berucap? Adakah , adakah , adakah , adakah dan seterusnya.
Jawapannya, mungkin tidak akan berlaku lagi. Siapakah saya untuk menjadi gemilang di dunia luar? Di peringkat sekolah mungkin ya tetapi shenyeeaun once you are out from the school you are nobody. Well , thats life. Will I be waiting for the moment again? It will be so naive for me to wait as I might not have the opportunity and chance again.
I miss. Saya rindu.
3 Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/07/05/aku-rindu-zaman-kegemilanganku/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



dalam Islam ada kata , rebut lah yang 5 sebelum datang yang lima…..satu drpd yg lima itu ialah muda sebelum datang tua……
Comment by rastom — July 9, 2006 @ 12:21 pm
Bagaimana hendak rebut ?
Comment by Shen Yee Aun — July 9, 2006 @ 1:49 pm
Bila kita dilahirkan, kita menangis dan orang lain ketawa. Bila kita mati, mampukah kita ketawa dan orang lain menangis?
Comment by fauzi — July 18, 2006 @ 1:50 am