Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

July 18, 2006

Hari ini Jeffrey Lim ( shin ) dating ke Klang untuk bersembang-sembang dan berjumpa dengan saya setelah sekian lama tidak bertemu. Kita berbincang tentang banyak isu dari pukul 2 hingga.

Antara isu yang paling banyak dibincangkan ialah mengenai UPP. Menurut Shin , Khalid Jaafar mahu Kai Lun mengetuai UPP. Saya kata Kai Lun tidak sesuai mengetuai UPP bukan kerana beliau tidak layak ataupun tidak berkemampuan tetapi Kai Lun kini sudahpun mengetuai Youth For Change. Lebih-lebih lagi Youth For Change adalah satu organisasi baharu ditubuhkan. Adalah tidak begitu sesuai sekiranya kita mahu Kai Lun mengetuai 2 jenis organisasi pada masa yang sama. Tambahan pula 2 organisasi ini adalah organisasi yang mempunyai tujuan dan hala tuju yang hampir sama.

Saya kata kepada Shin. Beranikan diri dan mengetuai UPP sahaja. Saya akan guna segala kemahiran , kepakaran , kepimpinan dan pengalaman yang ada untuk merancang dan membantu kamu. Saya juga tegaskan kepada Shin jika UPP serius mahukan kita maka IKD perlu setuju dengan segala pembaharuan kearah kebaikan yang akan kita laksanakan.

Antara yang dikemukan oleh saya ialah kita mesti bercita-cita besar. Kita mesti bermimpi dan menjadikan mimpi kita sebagai reality. Kita mesti menjadikan UPP ini sebagai satu organisasi. Oleh yang demikian kita mesti mendapatkan banyak orang lagi supaya satu pasukan dan organisasi yang mantap dapat ditubuhkan. Kita mesti ada senarai ahli-ahli jawatankuasa dalam UPP kerana kita mahu menjadikan UPP sebagai satu organaisasi yang besar dan terunggul. Kita mahu UPP dikenali dan dihormati. Kita mesti membahagikan UPP kepada beberapa unit dengan melantik seorang ketua. Sebagai contoh seorang ketua yang bertanggungjawab terhadap Unit Agama Islam , Unit Agama Bukan Islam , Unit Ekonomi , Unit Politik , Unit Sosial , Unit Pendidikan dan sebagainya. Setiap ketua mesti ada kumpulan dan pasukan yang tersendiri untuk menjalankan perbincangan dan kajian terhadap unit-unit yang dipertanggungjawabkan.

Kita juga mesti meminta kerjasama daripada Biro Penerangan supaya menyediakan 2 halaman besar untuk UPP untuk menyiarkan segala rencana , perjuangan dan aktiviti UPP dalam Suara Keadilan. Kita mesti ada indentiti , manifesto dan perjuangan serta logo yang tersendiri.Kita juga mesti melancarkan satu laman web rasmi baharu untuk UPP.

Perkara yang paling dititikberatkan oleh saya ialah segala yang dirancang dan dibincangkan mesti berakhir dengan kesan dan perlaksaan. Saya cukup benci sekiranya lepas bincang dan rancangan tiada kesan pada akhirnya. Oleh itu , kita mesti mendapat kerjasama daripada Keadilan Pusat dan Negeri dan UPP sendiri akan turun ke padang dari 1 negeri ke 1 negeri untuk bertemu dengan setiap Ketua Perhubungan negeri untuk memberitahu mereka tentang tujuan dan perjuangan kita. Diharapkan segala yang dirancang juga akan mendapat kerjasama daripada mereka untuk melaksanakannya.

Pada masa yang sama , sebuah buku juga mesti diterbitkan. Perkara seterusnya ialah melakasanakan pelbagai aktiviti di bawah UPP. Kita juga mesti menghasilkan satu kertas perbentangan terhadap segala projek yang ingin dilaksanakan untuk meminta tajaan dariapda badan tertentu untuk melaksanakannya. Antara yang paling banyak dibincangkan ialah Forum Memperkasa Parti Keadilan. Forum ini akan menjadi forum yang sangat besar dan jika Keadilan sudi beri kerjamasa , Forum ini akan melibatkan setiap orang dalam parti dari paling bawah ke atas.

Saya juga kata dengan Shin saya menentang suara anum yang bermaksud suara muda! Saya berpaksi pada jiwa muda. Umur bukan faktornya. Sesiapa yang bersemangat dan berjiwa muda boleh menyertai UPP pada bila-bila masa. Aku suruh shin berusaha mencari pelbagai jenis kepakaran untuk UPP.

Kita juga akan menjadikan Sun Tzu Art Of War sebagai kitab suci kita dimana terdapat 36 cara dan setiap cara akan dibahagikan kepada setiap topik. Dalam setiap topik kita mesti berbincang , berdebat dan mengaplikasikannya dalam pentadbiran dan pengurusan politik serta cara-cara untuk menang dalam pilihan raya.

Saya juga mengatakan kita mesti ada unit khas untuk berjuang untuk orang-orang India yang kurang diperjuangkan oleh ahli politik kita selama ini. Saya juga mengatakan kita mesti cuba berbincang bagaimana hendak mengikis Keadilan sebagai Parti Anwar. Kalau tidak bahaya sekiranya Anwar sudah tidak berada di Parti nanti dan Keadilan pula akan pupus.

Saya juga menolak bahawah UPP untuk golongan intelektual sahaja. Yang bodoh , mentah dan jahil juga kita perlu latih dan dalam setiap orang sebodoh manapun tetap ada kelebihan tertentu yang boleh kita eksploitasi.

Saya juga mengatakan kita mesti cukup terbuka untuk berkerjasama dengan pelbagai parti dalam program yang dianjurkan. Jika orang dari DAP dan UMNO sudi bersama-sama maka apa salahnya?

Saya juga mengatakan kita mesti kurangkan debat dan aktiviti berunsur politik. Perbanyakkan aktiviti berunsur pendidikan , sosial , keagamaan dan sebagainya. Bukan tidak ada langsung tetapi dikurangkan.

Saya kata dengan Shin jangan rendah diri. Jika Kai Lun ada Youth For Change maka kita ada UPP. Buktikan organisasi mana yang lebih Berjaya pada masa hadapan di bawah tenaga kepakaran dan kepimpinan yang berbeza.

Shin masih ragu-ragu kerana menurutnya Khalid Jaafar mahukan Kai Lun. Saya kata saya tak dapat buat apa-apa. Kini , saya nasihatkan Shin cari lebih banyak tenaga kepakaran dan lebih ramai orang untuk menyertai UPP. Biarlah Organisasi ini berpuluh ataupun beratus orang. Lebih ramai orang lebih banyak perkara yang boleh dilakukan.

Soal pengurusan dan pentadbiran juga banyak dikemukan oleh saya. Bagi saya ini adalah elemen terpenting untuk mana-mana organisasi di dunia ini.

Sebenarnya banyak lagi cadangan yang dikemukan tetapi nampaknya saya sudah tidak dapat ingat kesemuanya. Biasalah manusia seperti saya yang lemah jika dibandingkan dengan tuhan memang tidak dapat mengingati semua perkara.

Konklusinya , saya mahukan UPP berubah. Jika UPP dahulu kurang berkesan , Shin mesti cuba menjadikannya berkesan. Jika UPP ialah satu unit kecil sahaja kita mesti jadikan sebagai satu organisasi besar. Jika UPP tidak dikenali kita mesti mencari idea menembusi media. Jika UPP sebelum ini kurang menonjol maka kita mesti melaksanakan projek-projek dan aktiviti yang dapat menonjolkan UPP. UPP mesti menjadi senjata terkuat IKD dan Parti Keadilan. Oleh itu , diharapkan pemimpin pusat , negeri , bahagian dan cawangan dapat beri kerjasama.

Oleh itu , saya dan shin sudi membantu Khalid Jaafar untuk bertanding untuk jawatan yang lebih tinggi dalam pusat. Kita sudi membantu. Malangnya mungkin Khalid Jaafar tidak bersetuju. Kita amat menghormat Khalid Jaafar. Beliau cukup liberal dan terbuka. Beliau amat menghormati Shin dan saya dan tidak pernah menganggap kita sebagai mentah dan budak-budak seperti pemimpin tertentu. Khalid Jaafar juga mudah dibawa berbincang. Khalid Jaafar juga cukup rendah diri dan tidak menonjol walaupun penuh dengan ilmu pengetahuan di dada. Khalid Jaafar tidak pernah menunjunkkan tekanan kuasa terhadap kita. Beliau seorang yang baik. Saya hanya dapat berdoa supaya Khalid berada di pusat supaya memudahkan segala perancangan UPP dilaksanakan.

UPP perlukan Khalid. Parti perlukan Khalid. Rakyat perlukan Khalid. Islam perlukan Khalid. Negara perlukan Khalid. Kita perlu seseorang yang bijak , berpengetahuan dan berpengalaman.

Kalian , adakah saya terlalu idealistik dan bercita-cita tinggi? Adakah saya sedang bermimpi? Adakah sudah ada dalam kalangan pembaca sudah ketawa kerana menggangap ini sukar menjadi reality dan tidak praktikal? Adakah sudah ada orang yang menggangap saya masih terlalu muda dan mentah?

Jawapan saya ialah dapat direalisasikan ataupun menjadi kenyataan tidak penting. Paling penting dalam hidup kita mesti ada hala tuju , cita-cita , wawasan dan mimpi yang besar. Kita bertindak tuhan menentukan.

Akhir sekali. Saya doakan Khalid akan bertanding untuk jawatan Naib Presiden dan Khalid akan memilih Jeffrey Lim untuk mengetuai IKD. Beh Lih Yi dari Malaysiakini sebagai setiausaha dan timbalan setiausaha oleh Wong Yen Fern. Saya juga mendoakan Shin dapat menjadi pemuda Exco untuk mengimbangi komposisi kaum dalam Exco Pemuda dan Yern Fern akan menjadi Exco Wanita.

3 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/07/18/4-jam-setengah-shin-mendengar-saya-memberi-pandangan-kepada-upp-unit-pendidikan-politik/trackback/

  1. Inilah ghairah anak muda yang kadangkala menampakkan kenaifan diri sendiri. Sarat dengan idea dan gagasan besar tapi lemah pemahaman terhadap gelanggang realiti sebenar. Sepatutnya isi-isi perbincangan sebegini tidak perlu didedahkan secara umum. Tidak perlu. Mendedahkan segala perancangan dan memetik nama-nama untuk ditelanjangkan identiti mereka dikala musuh-musuh masih berkeliaran mengintip dan mengintai bukanlah satu tindakan yang bijaksana, malahan bodoh.

    Sekiranya kehebatan diri yang mahu ditonjolkan, banyak lagi cara lain yang lebih matang dan berhikmah yang boleh diperagakan didepan khayalak. Sikap memukul canang terlalu awal ini adalah suatu bentuk penyakit yang seringkali menghinggapi diri politikus-politikus ‘wannabe’ yang kadangkala boleh membawa masalah kepada organisasi politik yang didukunginya kerana kurangnya disiplin dan kesabaran dalam menjaga rahsia organisasi. Cabaran sebenar dan keperluan yang mendesak bagi perjuangan untuk membawa perubahan adalah menterjemahkan idealisma perjuangan itu dalam bentuk yang lebih bermakna yang menjangkaui kokokan dan tempikan.

    “Action speaks louder than word” ungkapan inggeris yang seringkali kita dengar tetapi seringkali juga kita lupa menghayatinya.Sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh penyair Rendra, “Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata”.

    Ayuh, laksanakan dahulu. Sekiranya menemui masalah, bincangkan segala masalah strategi dengan mereka-mereka yang ahli dalam hal ini secara tertutup dan tidak perlu diperhebahkan secara umum. Sekiranya usaha gigih dan perancangan rapi telah dibuat dan berhasil mencipta kejayaan,maka pada waktu itu bercerita panjanglah kamu semahu-mahunya kepada masyarakat,keluarga dan anak cucu kamu.

    Harap teguran ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang terbuka.

    Comment by sedikit_nasihat — August 19, 2006 @ 3:58 pm

  2. Teguran dapat diterima dengan baik. Terima Kasih

    Satu nasihat yang baik. Pandangan kamu yang dianggap baik akan saya dengar. Walaubagaimanapun untuk sesetengah perkara saya masih berpendapat saya masih mempunyai pendirian dan pandangan yang tersendiri.

    Bagi saya tiada apa salah sekiranya anak-anak muda hari ini mempunyai gagasan dan impian yang besar. Mungkin permahaman terhadap gelanggang realiti masih belum mencukupi tetapi siapakah yang dilahirkan tahu berjalan? Bagi saya sedikit masa. Pengalaman itu perlu dikecapi dari semasa ke semasa.

    Seterusnya , saya tidak terikat kepada mana-mana parti politik. Saya adalah individu yang bebas. Maka menjerus kepada isu membocorkan isu organisasi atau mana-mana pertubuhan tidaklah harus timbul.

    Nasihat yang baik pula ialah musuh-musuh masih berkeliaran dan sebagainya. Terima kasih. Dari awal saya sudah pun tahu. Apa yang didedahkan ada maksud tersiratnya. Antaranya memang ditulis khas untuk musuh-musuh yang membacanya. Jangan risau. Saya tahu apa yang saya tengah sampaikan kepada musuh. Sekiranya musuh menerima apa yang disampaikan maka saya boleh beri jaminan hanya akan terperangkap dan merugikan mereka.

    Setiap perkataan dan ayat sama mempunyai maksud yang pelbagai.Mempunyai tujuan yang pelbagai.

    Walaubagaimanapun , nasihat tuan/puan , saudara/saudari adalah baik. Terima Kasih !

    Comment by Shen Yee Aun — August 20, 2006 @ 6:12 am

  3. Dear Shen,

    Do keep speaking up and don’t let anything hold you back.We need more young people like you out there, sticking their neck for the sake of freedom and liberty (Not that I am that old la)

    You are from Klang as well?Good for you.And please kick Shin in the head for me for not telling me when he came down to Klang.

    Comment by Emmanuel — August 29, 2006 @ 3:44 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>