Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Apakah mimpi besar saya yang dianggap tidak boleh berjaya tetapi akhirnya berjaya dengan cemerlang semasa zaman muda saya ? Ceritanya begini. Dahalu semasa saya berada di tingkatan 3 dan menghadari mesyuarat Kelab Leo ( Lion Club ) dan secara kebetulan mereka sedang memilih seorang Pengerusi Pengelola Untuk Minggu Kesihatan kerana Projek ini kurang diminati ramai kerana masing-masing menganggap projek sekecil ini kurang menyerlah dan mereka sukar untuk membuktikan kemampuan masing-masing semasa pemilihan jawatan kelab nanti. Keajaibannya ialah saya adalah seorang pelajar tingakatan 3 yang pertama dipertanggunjawabkan untuk mengelolakan sesuatua projek atas undian orang ramai. Perkara ini tidak pernah berlaku kerana biasanya pelajar tingkatan 4 yang bakal mengetuai Kelab yang akan terlibat dalam menganjurkan pelbagai Projek yang dirancangkan.
Sebagai seorang yang dianggap masih kecil dan mentah telah mengakibatkan pelajar tingkatan 5 mula ragu-ragu akan kebolehan saya. Biasanya sebelum ini minggu kesihatan untuk beberapa tahun yang lepas hanya akan diadakan selama sehari dan kurang daripada 2 jam iaitu aktiviti ceramah. Ini sahaja yang ada dalam pemikiran pemimpin-pemimpin dahalu mengenai minggu kesihatan. Masing-masing tidak berfikir di luar kotak dan tidak bercadang untuk mengeksploitasi segala peluang yang ada.
Shen Yee Aun iaitu saya telah memberi nafas baru kepada projek ini dengan membuktikan kepada orang ramai apa itu wawasan , mimpi dan cita-cita. Jika sebelum ini minggu kesihatan yang berlansung selama sehari dan hanya ada aktiviti ceramah kesihatan maka Shen Yee Aun telah mengemukakan satu usul iaitu minggu kesihatan yang dijalankan selama 7 hari berturut-turut. Daripada satu aktiviti saya memperkembang sehingga kepada berpuluh projek. Antara yang dijalankan ialah gotong-royong sekolah , mencuci tandas sekolah , ceramah kesihatan yang melibatkan doktor dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah , pertandingan poster , pertandingan kuiz kesihatan , pameran kesihatan , berkhidmat di sekolah khas untuk golongan pelajar yang kurang bernasib baik , ‘firedrill’ yang melibatkan pihak bomba , program kecemasan dan ‘first aid’ yang melibatkan kerjasama daripada pegawai Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan sebagainya.Majlis pembukaan projek ini juga dilancarkan dengan begitu meriah ditambah pula dengan ceramah yang diberikan oleh saya yang mendapat pujian daripada Pengetua , guru-guru ketua bidang dan guru-guru di sekolah.
Minggu Kesihatan terus disebut-sebut oleh para pelajar dan guru-guru walaupun sudah lama berlepas. Pengetua berkali-kali berterima-kasih dan memuji kewibawaan saya dan pengetua sendiri terlalu tafsir pada masa itu bahawa saya adalah Presiden Kelab. Manalah mungking seorang pelajar tingkatan 3 menjadi Presiden Kelab? Akhirnya minggu kesihatan ini dinobatkan sebagai Most Outstanding Project berbanding dengan beribu-ribu project yang dianjurkan oleh beratus buah sekolah di Malaysia yang biasanya penganjur mereka adalah pelajar tingkatan 4 dan 5. Mulai saat ini Projek ini terus direbut-rebut oleh para pelajar kerana masing-masing ingin menonjol dan memudahkan mereka mendapat perhatian untuk pemilihan kelab. Setahun selepas itu , oleh kerana perancangan saya untuk anak murid dalam politik sekolah yang cukup rapi , beliau berjaya mengetuai Projek Minggu Kesihatan. Anak murid saya dengan penuh bersemangat berkata, I will prove that I am better than you. I will prove that my health week is more successful and I will prove that beside you I am also can get an award for this project. Bagus! Seorang yang bercita-cita tinggi. Memang tidak menghampakan saya. Tidak dapat dinafikan Projek ini dianjurkan dengan berjaya dan baik tetapi masih belum cukup untuk mendapat anugerah pada akhirnya. Walaubagaimanapun , projek ini sudah menyerlahkan kepimpinan anak didik saya dan mulai saat ini beliau mula disebut-sebut dan akhirnya dengan perancangan yang lebih rapi beliau berjaya menjadi Presiden Kelab.
Presiden yang seumur dengan saya sebenarnya sudah ada cadangan tidak mahu melantik anak murid saya sebagai Presiden kerana menggangap anak murid saya mirip saya yang terlalu berwawasan dan selalu melakukan sesuatu yang mega. Saya mendapat berita ini dengan cepat dan saya cepat bertindak dan meneruskan dengan perancangan saya untuk memastikan anak didik saya berjaya dan akhirnya beliau berjaya. Setelah berjaya , jawatan Presiden dalam kelab-kelab yang dipegang oleh saya , saya agihkan melalui pemilihan tetapi sebenarnya dirancang kepada penyokong-penyokong setia saya secara adil dan saksama.
Jika sebelum ini Minggu Kesihatan dipandang rendah. Kini dipandang tinggi. Jika sebelum ini Minggu Kesihatan dianggap tidak relevan tetapi hari ini dianggap sangat penting sehingga menjadi orang ramai. Jika sebelum ini orang lain tidak percaya Shen Yee Aun akan berjaya merealisasikan mimpinya tetapi akhirnya setelah berjaya mereka mahu ataupun tidak terpaksa percaya. Jika sebelum ini Minggu kesihatan tidak dikenali kini sudah dikenali. Daripada satu projek yang sangat kecil saya jadikan sebagai satu projek yang sangat besar!!!
Siapakah yang pernah terfikir bahawa minggu kesihatan ini mampu dianjurkan oleh seorang pelajar tingkatan 3? Siapakah pada masa itu yang sedang ketawa dan tunggu untuk melihat kegagalan rancangan Shen Yee Aun yang dianggap terlalu mega sehingga tidak mampu direalisasikan ? Kepercayaan diberikan kepada saya dan saya buktikan saya dapat melakukan keajaiban dan melakukan sesuatu yang orang lain tidak pernah buat sehinggalah saya tidak melibatkan seorang pelajar tingakatan 4 atau 5.
Keadaan ini telah merugikan saya dari segi politik dalaman kelab kerana pelajar tingkatan 4 terguris apabila projek yang begitu bersinar dan menyerlah ini saya tidak melibatkan mereka kerana masing-masing ingin menyerlah untuk mendapat jawatan tertinggi dalam kelab. Saya melibatkan kesemua tenaga kerja pelajar tingkatan 3 dan 2. Saya mahu bukitkan tanpa mereka saya juga mampu berdiri atas kaki sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan mereka menggangap saya ini angkuh sehinggalah ada ura-ura yang mengatakan sekiranya pelajar tingkatan 4 mengambil alih pucuk pimpinan kelab nanti maka berakhirlah sejarah politik saya dalam kelab. Ura-ura ini sebenarnya adalah benar.
Akhirnya walaupun saya menang dengan undi tertinggi tetapi mereka menjalankan secara tertutup untuk menjatuhkan saya maka Presiden Kelab bukan saya. Akhirnya saya meletak semua jawatan saya dalam Kelab Leo kerana janji saya sekiranya saya tidak dilantik sebagai Presiden Kelab semasa berkempan maka saya akan mengundur diri. Ini adalah janji daripada seorang pemimpin maka saya perlu ‘gentleman’. Lebih-lebih lagi ini bukan kali pertama saya meletak jawatan dalam sebarang pertubahan. Bila saya berada di tingkatan 3 saya bertanding untuk jawatan School Service Director tetapi diberikan jawatan Vice Secretary dan walaupun Vice Secretary jawatannya adalah lebih tinggi berbanding School Service Director tetapi saya meletak jawatan kerana jawatan yang dipertandingkan walaupun menang tetapi diberikan kepada orang lain. Apabila saya menjadi Presiden Kelas 4 tahun berturut-turut di sekolah perkara ini juga biasa berlaku apabila berlaku sesuatu ketidakadilan. Saya akan meletak jawatan dan biasanya guru kelas dan rakan-rakan akan memujuk dan melantik saya semula.Semasa berada di sesi petang dimana pada masa itu saya meletak jawatan sebagai Presiden Of Monitor Council bersama-sama timbalan , setiausaha dan bendahari apabila apa yang diperjuangkan ditolak oleh pihak sekolah. Akhirnya pihak sekolah iaitu penyelia petang terpaksa tunduk dan melantik kita semula.
Keputusan kelab Leo telah mengecewakan penyokong-penyokong setia saya malahan diri saya juga amat sedih pada masa itu. Namun begitu kurang daripada seminggu saya telah dilantik dan diundi sebagai Presiden Kelab Catur , Bola Tampar , Agama Buddha dan Sejarah dan Geografi. Penyokong-penyokong saya mula bersemangat semula dan perkara ini juga telah menjadi sesuatu yang ajaib sekali lagi dalam sejarah sekolah. Kebangkitan Shen Yee Aun. Saya sebenarnya boleh menjadi Presiden untuk lebih banyak kelab dan persatuan lagi tetapi sudah bersyukur dengan apa yang ada dan tidak bercadang untuk bertanding lagi kerana keputusannya akan sama sahaja sekiranya pemilihan secara terbuka dijalankan.
Baru beberapa hari lepas saya kemukakan cadangan dan harapan besar saya kepada Shin mengenai UPP tetapi baharu semalam beliau menghantar SMS kepada saya dan mengatakan UPP is about debate , discuss and publish. Is just to provoke critical thinking. That it. Harapan setinggi gunang ibaratkan secetak dasar laut kini. Saya pula menghantar SMS kepada Shin dan mengatakan if UPP is only about Debate and Publish ( critical thinking ) then I think you may start your work now. You need not to find more members as you already got 5-6 that can start to discuss and publish. All the best.
Sebelum ini saya ingat UPP yang akan menjadi satu organisasi yang besar yang akan membuka keahlian kepada orang ramai. Oleh sebab itu saya asyik suruh Yeen dan Shin mencari lebih ramai orang lagi termasuk diri saya. Saya rasa kini tidak perlulah. UPP telah disalah tafsir oleh saya. UPP hanya satu unit yang kecil yang berbincang , berdebat dan menyiarkan.
Walaubagaimanapun , SHIN ( saya percaya kamu akan melakukan kerja dengan baik ) . Mula berjuanglah dengan orang-orang yang kamu ada terutamanya Yeen Fern yang kini mempunyai dedikasi dan semangat berkobar-kobar terhadap UPP. All the best again and again.
Itulah kata-kata saya kepada Shin. Pada masa yang sama Shin dan Yeen Fern tertanya-tanya mengapa saya anti Kai Lun. Jawapan saya , saya tidak anti Kai Lun. Saya menghormatinya. Saya mengakui kehebatan dan kewibawaannya. Saya hanya mahukan Shin janji kepada saya bahawa suatu hari nanti Shin akan menjadi lebih hebat daripada Kai Lun. Itu sahaja. Kalau begitu juga tersilap tafsir maksudnya maka minta maaf. Tujuan saya hanya mahu Shin bersemangat tinggi dan berdaya saing. Itu sahaja.
bilakah keajaiban seterusnya akan berlaku dan keajaiban hanya akan berlaku apabila diberi kepercayaan dan peluang
Projek Minggu Kesihatan adalah hanya salah satu daripada keajaiban yang pernah saya lakukan. Kalau ada masa lagi akan saya ceritakan berpuluh-puluh keajaiban yang pada mulanya orang lain tidak percaya pada saya. Masing-masing ingat saya masih kecil dan mentah. Itulah pada permulaanya.
Akhir kata. Ini bukan apa yang harus saya risau dan fikir banyak kini. Sudah banyak masa saya luangkan untuk memerah otak untuk ini semua. Kini saya ada perkara yang lebih penting di hadapan saya dan masa semakin kesuntukan. Saya rasa saya harus melupakan segala-galanya dan menumpukan segala usaha dan tenaga untuk sesuatu yang lebih penting dalam beberapa bulan lagi. Yang lain saya tidak mahu ambil kisah lagi. May God Bless me to get the best result.
Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/07/22/keajaiban-tidak-akan-berlaku-2/trackback/
No comments yet.
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>


