Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

July 26, 2006

Sudah ada beberapa orang pernah bertanya kepada saya. Mengapakah kamu asyik menyokong dan membantu Shin? Bolehkah Shin. Menurut mereka shin inilah dan itulah. Jawapan saya tunggu dan lihat sahaja batu yang tidak dianggap tidak berharga akan digilap sehingga menjadi batu permata yang mahal.

Saya memang tidak menyesal kerana dari dahalu lagi menggalakkan Shin kembali ke Malaysia. Kini apabila beliau kembali kurang daripada sebulan sudah melakukan banyak kebaikan. Antaranya membantu Ezam untuk membuat laman web GERAK , Irene Fernandez untuk membuat laman web tenaginita , menghadiri seminar di Johor seorang diri dengan menaiki kereta api yang dianjurkan oleh Ketua Perhubungan Keadilan negeri Johor dan kini yang paling menggagumkan ialah pembentukan UPP ( Unit Pendidikan Pemikiran Progresif ).

Memang tidak sia-sia segala masa , wang dan tenaga digunakan untuk meransangkan semangat shin dan pada masa yang sama asyik memberi dorongan dan motivasi supaya shin senantiasa bergerak ke hadapan

Baharu saya menghantar sms yang mengatakan Many ppl cannot see what you can do. Even yourself. From my judgement you cant perform wonderous if you think you can and if only you are working towards it and being motivated. You can be outstanding. Belief and have faith. Itulah kata-kata saya kepada shin beberapa hari lepas dan kurang daripada 24 jam shin pula menghantar satu berita baik iaitu UPP sudah boleh dimulakan setelah berkali-kali saya menyuruh shin untuk memulakan. Menurut shin lagi , I can now see the future in UPP!

Tahniah! Congratulation. Saya pula menghantar sms seterusnya dan mengatakan 3th August 2006 akan menjadi sejarah permulaan untuk UPP dan kamu ( shin ) …

Teruskan usaha anda. Lipat gandakan semangat anda. Jadikan diri anda antara yang terbaik.

“Harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalakan nama , kalaulah shin dan saya mati kita mesti meninggalkan jasa , budi dan kebaikan…!

Salam perjuangan! Lawan jadikan kawan sebelum lawan tetap lawan !

Sesiapa yang berminat , sila menghubungi shin di myshinshin.blogsome.com ataupun seorang wira cendekiawan yang hebat bergelar Khalid di khalidjaafar.blogspot.com untuk menyertai perjuangan UPP ( Unit Pendidikan Pemikiran Progresif ).

1 Comment »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/07/26/tahniah-kepada-jeffrey-lim-shin/trackback/

  1. Anda mempunya blog dan motto yang bagus,teruskan usaha anda.Selamat berjaya (;

    Comment by rontol — July 26, 2006 @ 5:51 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>