Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

August 17, 2006

Saya masih tertanya-tanya dapatkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri kita yang keenam ataupun yang ketujuh ? Seterusnya adakah orang-orang kanan DSAI seperti Azmin dan Ezam akan tetap setia pada perjuangannya walaupun DSAI sudah tiada ada lagi pada suatu hari ?

Jika DSAI dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri maka saya akan menghantar berpuluh-puluh dan beratus kertas cadangan mengenai sistem pendidikan yang terunggul. Beliau terima atau tidak , baca atau tidak itu bukan isunya. Yang penting saya ada usaha untuk membuat kajian menghantar kepadanya dan bagi saya pendidikan adalah senjata terpenting dalam pembangunan insan dan negara. Pendidikan tetap akan menjadi perjuangan utama saya. Sistem pendidikan yang ada pada hari ini telah meranapkan pembangunan insan , bangsa , ekonomi dan kemajuan kita semua dari pelbagai aspek. Secara bayangan nampak ke hadapan tetapi realitinya semakin ke belakang dari sehari ke sehari..

Pada masa yang sama , saya amat menghormati seorang pemimpin india. Beliaulah pemimpin india pertama yang begitu saya kagumi. Berkarisma , berani , berkepimpinan dan lantang bersuara. Beliau ialah Gobala iaitu bekas setiausaha MIC. Saya kini tengah cari lebih maklumat mengenainya dan jika boleh mahu mengenalinya dengan lebih baik. Beliau merupakan antara beberapa pejuang india yang begitu ikhlas yang pernah saya ketahui. Saya sebenarnya mengenali dirinya melalui laman blognya di blog DSAI dan Malaysia-Today.Percayalah , melalui penulisan sahaja sudah begitu mengagumkan.

Sementara itu , Benitez sekali lagi mengalahkan Jose Moriunho pada perlawanan Chelsea lawan Liverpol pada hari itu. Seekor kucing mengalahkan harimau. Kuat bukan segala-galanya. Teknik dan strategi yang menentukan segala-galanya.

Satu lagi jenaka , Khairy kata saya sudah tiada wang ,tiada saham , menggangur. Apa komen kalian ?

Seterusnya , saya baharu menonton sebuah VCD debat agama di Stockholm yang berlangsung selama 3 jam. Cukup terbuka ! Cukup hebat ! Kritikan demi kritikan. Cacian demi cacian. Tetapi dengan cara yang begitu profesional. Berdebat secara intelektual tanpa emosi. Ahmeed Dedat lawan Pastor Stanley. Tetapi saya rasa tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia yang begitu mengongkon , konservatif dan sempit pemikiran dan akal mereka. Bagi saya pemenang ialah Ahmeed Dedat. Seorang pembahasa yang cukup tenang dan hebat. Setiap perkataan membawa maksud yang amat sinis tetapi hebat ! Bagi saya dia adalah pemenang jika debat ini memerlukan hakim. Susah hendak bayangkan 2 orang pejuang agama mengkritik dan menerima kritikan tanpa sebarang emosi ! Alangkah baiknya mentaliti Malaysia sudah capai ke tahap yang begitu tinggi. Inikan artikel 11 sahaja sudah tidak dibenarkan.

http://www.debatelecturedvd.com/ ( vcd debat ahmeed dedat dengan pelbagai Paderi kristian ) Saya berharap ada orang sudi menaja VCD tersebut untuk saya. Haha. Sebuah VCD berharga 5 US Dollar…Terdapat 85 VCD debat kesemuanya…..Sesiapa yang sudi pinjam satu VCD sebenarnya pun sudah memadai.

Saya sudah lama tidak pergi sembayang dan membaca mantra. Dulu seminggu sekali akan saya pergi ke sana membaca mantar selama 2 jam. Qi Gong pun sudah lama tidak pergi berlatih…

Siapa ada tonton One In A Million di sini ? Saya anti dayang dan penyokong setia Suki…

Minggu lepas saya ajar anak murid saya sejarah di Pusat Tuisyen. Kelarkanya belajar tentang semangat nasionalisme. 11 pejuang dahulu temasuk Datuk Maharajelela , Rentap , Dol Said dan sebagainya. Kesannya satu sahaja. Semua gagal. Malaysia boleh.

Ada beberapa persatuan lama di sekolah lama hendak menjemput saya memberi ceramah tetapi malangnya saya terlampau sibuk sehingga tidak dapat berjanji dengan mereka. Dahalu cikgu - cikgu pun takut pada saya. Setiap kali saya buka mulut Cikgu A sampai Z akan dikritik oleh saya. Segala kelemahan dan ketidakadilan dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah akan saya bersuara dengan lantang. Haha

Alangkah baiknya saya dapat berdebat dengan Tuk Guru Nik Aziz dan Hadi Awang ? Bila soal debat saya sentiasa akan dilabelkan sebagai seorang pendebat yang ganas seperti seekor harimau. Jawapan saya , setiap pendebat ada cara dan gaya mereka yang tersendiri. Ada yang tenang. Ada yang perlahan. Ada yang cepat. Saya semestinya sangat kuat suaranya sehingga telinga seseorang boleh pekak, bereomosi dan penuh bersemangat. Belasah dan terus belasah.

4 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/08/17/retorik/trackback/

  1. Kamu hanyalah seorang pemuda cina yang kagum pada diri sendiri. You’re nothing. You’re just a Chinese boy with your so-called ‘perjuangan’. WTF. I don’t freaking care.

    Comment by Liquid Snake — August 18, 2006 @ 9:08 pm

  2. Terima Kasih…Saya tidak pernah kata saya ada sesuatu. Saya hanyalah insan yang lemah yang masih ingin belajar untuk menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.

    Yes. I am nothing. Terima Kasih kerana sudi mengkritik. You are most welcome. Have a nice day. Take care. God bless you

    Comment by Shen Yee Aun — August 19, 2006 @ 12:10 am

  3. if he doesnt care, he wont be reading ur writings. but he did.

    Comment by seseorang — October 29, 2006 @ 9:56 pm

  4. agree with that, it has been a while i haven’t post my comment here(damn i hate those lowlife at the chat box using my id to create such an ugly scene)

    Comment by passer — February 13, 2008 @ 4:09 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>