Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

August 19, 2006

Saya adalah seorang cina tetapi pada masa yang sama saya adalah seorang cina buatan Malaysia. Produk Malaysia. Oleh itu , saya adalah bangsa Malaysia. Seorang cina yang bersifat kemalaysiaan dan bukan cina yang bersifat kecinaan..

Saya baharu dilabelkan sebagai ‘I am nothing’ oleh seorang pelawat di laman blog saya. Jika kita mahu meneliti sejarah kemunculan manusia dalam tamadun islam maka manusia di dunia ini memanglah nothing. Manusia ini sebenarnya asal daripada tanah dan tulung rusuk sahaja dan bukannya daripada emas ataupun daripada apa-apa yang unik. Justeru , siapa berani kata mereka adalah something di permukaan bumi ini? Kita adalah hanya salah satu buatan Tuhan yang Maha Esa. Melainkan seseorang manusia itu beranggapan mereka adalah Masa Besar di permukaan bumi ini maka mereka memang patut melabelkan seseorang itu sebagai nothing because there are something. If not akan menjadi the pot calling the kettle black.

Seterusnya . saya di sini tidak pernah mengatakan I am Something. Bagi saya , saya adalah seorang insan yang lemah dan masih mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaik dari sehari ke sehari. Banyak lagi perkara yang perlu saya belajar untuk menuju ke arah kesermpurnaan. Bukaannya sempurna tetapi menuju ke arah itu.

Perkataan kagum pada diri sendiri ? Itu adalah sebahagian daripada hidup. Bila kita mula bersyukur dengan apa yang kita ada maka secara tidak langsung kita akan mengagumi pada diri sendiri. Melainkan seseorang manusia itu tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada dan sering kali mahu lebih dan lebih baik ataupun senantiasa bersikap negatif sahaja. Ini adalah proses yang perlu dialami oleh seseorang manusia dalam dunia ini melainkan seseorang itu bukan manusia ataupun jika seseorang itu manusia mungkin manusia yang tidak beragama kerana biasanya ajaran agama akan menekankan aspek kesyukuran.Kita adalah makhluk unik yang dicipta tuhan maka kita perlu berterima kasih dengan tuhan dengan mula dengan mengagumi diri sendiri sebagai salah satu keunikan pencipataannya.

Naik dan Turun. Menang dan Kalah. Berjaya dan Gagal. Suka dan Duka. Semua ini adalah lumrah alam dan juga merupakan sebahagian kehidupan kita. Bila kita naik , menang , berjaya dan suka maka kita perlu sentiasa bersifat kesederhanaan dan pada masa yang sama mengingati segala kelemahan , kesalahan dan kegagalan kita yang dahalu supaya kita tidak akan mengulanginya disamping mengagumi dengan apa yang dicapai. Sebaliknya , pada masa kita turun , kalah , gagal dan duka kita perlulah bersikap positif dan menggangap yang terjadi hanyalah sementara jika kita bangkit dengan mengagumi segala kesyukuran yang pernah dicapai. Hidup manusia akan menjadi lebih cerah.Motivasi dalaman akan menjadi lebih kuat. Bukankah ini adalah sesuatu yang baiK?

Namun begitu , saya menghormati dirinya yang berani untuk bersuara. Berani untuk mengkritik. Oleh sebab itu saya ‘approve’ komentarnya disamping berasa sangat gembira dengan keberaniannya. Akan menjadi lebih baik jika dia mengkritik dengan nama yang sebenar. Dia berpaksi pada kepercayaannya. Dia berpaksi pada kebebasan bersuara dan media. Bagus! Tahniah. Ucapan terima kasih kerana sudi mengkritik. Kritikan ini hanya akan menjadikan saya seorang insan yang lebih baik. Jika dia berpendapat bahawa saya adalah seorang cina maka saya perlu belajar untuk menjadi seorang bangsa Malaysia dan produk Cina Malaysia dengan lebih baik lagi. Terima kasih kerana juga menyerdarkan saya bahawa kesyukuran itu adalah menggagumi pada masa yang sama. Terima kasih juga menasihatkan saya bahawa kita semua hanyalah buatan tuhan yang nothing. Saya hanya boleh cuba terbaik untuk menjadi something. Be something out of nothing if only I could. Even I cant I will try my best close to it. Thank you! You are great!

Saya hormat!!! Teruskan kritikan untuk segala kebaikan! Teruskan kritikan untuk segala pembaharuan! Yes! You are the best… Saya seru kepada yang lain ikut jejaknya untuk mengkritik untuk kebaikan dan bukannya mengkritik dengan niat yang jahat. Jauhilah niat jahat kerana niat jahat adalah dorongan syaitan yang menggoda jiwa dan nafsu kita.

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/08/19/apakah-benar/trackback/

  1. Well im really impressed with your writing here..

    Comment by nai — September 26, 2006 @ 9:35 am

  2. may i link this site

    Comment by nai — September 26, 2006 @ 9:36 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>