Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

September 14, 2006

Cikgu A : Saya tidak bersetuju dengan konsep Kong Xi Raya

Saya : Mengapa tidak ?

Cikgu A : Islam kata tak boleh

Saya : Islam dari mana ?

Cikgu A : MUFTI

Saya : MUFTI itu tidak semestinya betul

Cikgu A : Kamu bukan islam memanglah kata begitu. MUFTI itu satu pertubuhan islam

Saya : MUFTI itu satu pertubuhan sahaja. Dalam islam sendiri kita mempunyai banyak tokoh yang menafsir agama islam dari pelbagai segi. Oleh itu , kita tidak boleh mengatakan apa yang diutarakan oleh MUFTI itu seratus peratus benar

Cikgu A : Perayaan keagamaan mana boleh digabungkan ?

Saya : Cikgu , itu nama sahaja. Bukannya kita suruh orang cina baca sembayang islam dan orang islam ambil colok. Lebih-lebih lagi , tahun baru cina itu tiada kaitan tentang agama buddha ataupun apa-apa agama. Itu hanya satu perayaan tahun baharu sahaja.

Cikgu A : Bagaimana pula dengan Deepavali ?

Saya : Meraikan bersama-sama bermaksud kita saling mengunjungi antara satu sama lain. Itu sahaja. Kalau dari segi keagamaan Hari Deepavali bermaksud kejayaan menentang syaitan. Bukankah selepas sebulan berpuasa itu sebenarnya umat islam sendiri juga berjaya menewaskan godaan syaitan ? Anggaplah yang masing-masing sudah berjaya mengatasi godaan syaitan dalam mengawal nafsu diri. Tambahan pula , perayaan ini nama sahaja. Orang islam tetap meraikan hari Raya mereka dan Hindu meraikan Deepavali. Tiada unsur yang merosakkan.

Cikgu A : Unsur keagamaan mana boleh dicampur adukan

Saya : Asalkan demi kebaikan apa salahnya ? Kita menuju ke arah permuafakatan. Dalam zaman Khalifah Umar Abdul Aziz sendiri mengalakkan asimilasi. Iskandar Zulkanian mengabungkan ciri-ciri timur dan barat yang dikenali sebagai hedonistik.

Cikgu A : Dalam islam tidak boleh. Islam tidak sama dengan agama lain

Saya : Kalau begitu dalam islam ada raja atau tidak ? Bukankah raja itu pengaruh hindu buddha ? Bukankah adat pertabalan raja juga merupakan antara adat yang telah diasimilasikan dalam islam ? Islam menekankan persamaan taraf dan demokrasi. Kini , aplikasinya ialah mengapa tidak Kong Xi Raya mahupun Deepa Raya asalkan tujuaan dan niatnya adalah baik ?

Cikgu A : Kalau mahu bermuafakat mengapa tidak guna cara yang lain ? Adakah ini satu-satu caranya sahaja ?

Saya : tidak sempat bercakap lagi kerana perlu turun ke bawah.

Jawapan saya cukup mudah. Ini bukan satu-satu caranya tetapi antara cara dan usaha yang baik yang menuju ke arah pembentukan masyarakat majmuk. Apa-apa cari sekali pun. Asalkan demi kebaikan apa salahnya ? Cikgu kemudian beralih kepada isu murtad dan sebagainya. Pada pendapat saya , orang yang murtad itu tidak salah. Orang yang salah ialah orang yang menyampaikan agama itu kepada islam yang murtad. Bagaimana mereka sampaikan ajaran islam sehingga orang boleh hilang kepercayaan pada islam dan seterusnya murtad harus menjadi persoalan.Antara orang yang bertanggungjawab islam pemimpin-pemimpin melayu yang beragama islam , guru-guru sekolah yang beragama islam dan seterusnya ibu dan bapa.

5 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/09/14/debat-dengan-guru-mengenai-isu-kong-xi-deepa-raya/trackback/

  1. Sebelum saudara bercerita lebih lanjut mengenai fenomena murtad di kalangan Melayu Muslim di Malaysia, lebih elok jika saya bertanya satu soalan kepada saudara. Adakah saudara tahu salah satu faktor terbesar yang menyebabkan golongan Melayu Muslim keluar dari Islam? Oh, you don’t have to answer this question. I’ll answer it for you, it has been a pain in the ass listening(reading) to whatever you said.

    Quote:
    “Pada pendapat saya , orang yang murtad itu tidak salah. Orang yang salah ialah orang yang menyampaikan agama itu kepada islam yang murtad. Bagaimana mereka sampaikan ajaran islam sehingga orang boleh hilang kepercayaan pada islam dan seterusnya murtad harus menjadi persoalan.”

    Tidakkah saudara tahu, majoriti orang yang murtad adalah golongan yang menerima didikan agama yang cukup. Kebanyakan mereka mampu membaca al-Quran dgn baik, menutp aurat, malah ada juga yang menerima pendidikan di Mesir. Namun, mengapakah mereka mengambil keputusan utk keluar dari islam? Slah satu faktor terbesar ialah kerana cinta. Ya, cinta kepada lelaki/wanita yang bukan beragama Islam. Kerana cinta, akidah dilacurkan. Jika faktor ini diambil kira, siapakah yang salah? Adakah saudara masih dengan pendirian saudara iaitu: golongan murtad tidak berslah, tapi orang yg menyampaikan islam itu yang salah. Siapakah yang saudara maksudkan? Ibu bapa? ustaz? Adakah mereka bersalah?

    baiklah, cuba letak diri saudara dalam posisi seorang bapa kpd seorang gadis yang nurtad. Anak gadis saudara seorang guru agama yang telah menerima pendidikan di Uni al-Azhar. Anda begitu berbangga pd anak anda. Seorang ustazah muda yang perpendidikan agama, warak, rajin dan hormat pada ibu bapa. Tiba-tiba, saudra dikejutkan dgn keputusan anak saudara utk keluar dari islam krn ingin berkhwin dgn seorang pemuda india dan sekaligus menjadi murtad. Adakah anda yg bersalah? Bukankah saudara yg mendidiknya dengan didikan agama? Bukankah saudara juga yang telah menghantarnya ke al-Azhar? SEKARANG, SIAPA YANG SALAH, SI ANAK ATAU SI BAPA?

    Comment by Liquid Snake — October 2, 2006 @ 4:14 pm

  2. Bagi pendapat saya, tidak salah untuk kita meraikan perayaan bersama2. daripada apa yang saya lihat, masyarakat hari ini meraikan perayaan dengan kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan saling bermaafan. jadi tidak salah untuk kita sama2 kunjung mengunjung dan maaf memaafi antara satu sama lain biarpun berbeza bangsa. sebagai seorang warganegara malaysia, saya cukup berbangga dan bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa. saya juga bertuah kerana dihantar ke sekolah yang mempunyai pelbagai bangsa malaysia, smk kgv. i don’t see races, i don’t see colours. saya cukup benci dengan orang yang bersikap perkauman. tetapi saya bukanlah pengkhianat bangsa. warna kulit tidak membezakan darjat. bagi saya apa yang membezakan darjat seseorang manusia itu adalah nilai2 insaniah yang dipegang oleh setiap individu.
    saya amat berminat dengan tulisan saudara. saya seorang yang berfikiran terbuka tetapi dalam masa yang sama sedar akan batas2 yang perlu saya akui. saya harap dapat bertukar2 fikiran dengan saudara.

    Comment by seseorang — October 29, 2006 @ 9:24 pm

  3. pada saya ada salah faham apabila merujuk kepada kongsi raya. yang tidak dibenarkan oleh mufti iaitu bersama-sama merayakan perayaan agama lain bukan bermaksud tidak boleh saling kunjung mengunjung dan bertukar juadah dan sebagainya. Ia lebih kepada soal kepercayaan.

    Comment by mukhsen-x — November 1, 2006 @ 8:22 am

  4. mungkin anda akan menganggap saya terlalu ekstrim terhadap islam tetapi sebagai muslim saya bertanggungjawab untuk menegur saudara kerana mengulas mengenai islamic rule kerana kami sebagai muslim apabila menyentuh mengenai islam kami perlu berpandukan al-quran dan hadis itulah yang menyebabkan islam itu cantik kerana jika mengeluarkan sesuatu kenyataan tidak hanya berpandukan akal fikiran yang dipenuhi nafsu atau dengan kata lain hanya mengikut kata hati tanpa memikirkan kesan kepada generasi akan datang……dan untuk pengetahuan saudara pandangan mufti perlu diambil kira kerana mereka merupakan golongan ulama yang dikatakan rasul sebagai pembimbing kami…..

    Comment by muhammad afiq darduri — February 26, 2007 @ 2:50 am

  5. kongxi raya tak ada masalah… itu perayaan kaum. asalkan cara merayakan tidak melibatkan unsur yang ditegah.

    orang hindu nak menyambut deepavali kami orang islam tak bermasalah, kami senang jika mereka senang.

    tapi adakah anda memaksakan nilai-nilai kesejagatan sekularisma anda ke atas kami umat muslim? itu juga satu proselytisation, seperti satu pemaksaan agama.

    merayakan perayaan keagamaan agama lain adalah melakukan ibadah agama lain.

    seorang muslim haruslah menzahirkan syahadah bukan sahaja dengan lafaz, tapi dengan lafaz, perbuatan serta hati.

    dan perlu ingat juga, bagi seorang muslim itu dituntut menjaga identiti agar utuh identiti muslimnya.

    adakah anda pasti anda sudah faham konsep syirik? bagaimana anda boleh bergembira dengan perayaan yang merayakan ketuhanan yang secara teologinya bertentangan dengan keesaan tuhan anda? padahal tunggak akidah islam adalah keesaan tuhan itu maha satu.

    niat tidak menghalalkan cara.

    jika niat boleh menghalalkan segala sesuatu, islam perlu dengan rasa malu memansuhkan pengharaman unsur-unsur khayal kerana rastafarian percaya ganja menjadikan ibadah mereka lebih khusyuk. ini sudah percangahan konsep. jika menggunakan logik anda, wajar-wajar saja kita menghisap ganja dengan ahli rasta kerana niatnya baik, sedangkan islam menganjurkan agar umatnya sentiasa menjaga minda yang ’sober’ sepanjang masa.

    jika menggunakan logik anda maka islam hari ini pasti akan ada berpuluh-puluh jenis kerana dengan peredaran masa akan berlaku syncretism hasil hybrid amalan lama dengan islam yang baru dianuti.

    sebab itu jugalah di dalam islam, umat muslim dinasihati agar tidak terlalu mudah mempertikaikan hukum agama.

    ada landasan untuk membincangkan tentang penafsiran hukum. tapi pastikan ilmu cukup dan telah melalui satu proses keilmuan yang maksima lewat tradisi keilmuan islam. jika islam itu sendiri bersifat absolut total tanpa ruang perbincangan tiadalah empat mazhab utama di dalam sunnah al jamaah.

    empat orang imam yang menjadi tunggak sunnah adalah empat pemikir yang sangat agung. ini bukan claim dari ketaksuban, tapi para orientalis sendiri mengakui mereka ini adalah genius dan polymath walaupun dalam standard zaman sekarang.

    proses mengumpul dan menapis sunnah rasullullah sendiri adalah satu proses saintifik lama sebelum wujud sains di eropah.

    benar mufti boleh membuat silap, tapi mufti pun dipilih-pilih juga. dan dari mufti yang dipilih-pilih itu pula adalah dari golongan yang pengertian terhadap proses hukum islam adalah sangat dalam.

    adakah anda boleh dengan yakin mendiagnos penyakit saya sedangkan anda bukan doktor? adakah anda seorang peguam? arkitek?

    jika mufti boleh buat silap (khilaf), apatah lagi anda?

    itu juga yang dipegang oleh orang-orang islam. melayu kata, jika kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. ini kerana jika kita tersalah membuat ‘andaian’ dan sekiranya ia mengakibatkan kesilapan pada orang lain juga, dosa ditanggung oleh si pembuat fatwa. itu tanggungjawab berat.

    Comment by megat sri rama — November 8, 2007 @ 8:17 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>