Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

September 15, 2006

Kita perlu adil kepada masyarakat cina yang berbangsa Malaysia. Jangan kita lihat ini sebagai isu orang cina maka orang melayu ataupun orang tertentu mula menggangap ini sebagai isu perkauman. Kita harus lihat dari segi keadilan. Adakah adil sesuatu peruntukan untuk memperbaik sekolah cina telah disalahgunakan wangnya ? Bukankah ini rasuah ataupun penyelewengan telah berlaku ? Tambahan pula , ini bukan isu yang baru tetapi sebenarnya sudah bertahun-tahun telah berlaku di majoriti sekolang jenis kebangsaan cina di negara ini.

Masing-masing ibu bapa dan guru yang mengajar di sekolah cina tahu akan perkara ini. Kali ini sahaja telah membuka mata orang ramai disebabkan Ong Tee Keat sebagai seorang yang berpengaruh di negara ini membangkitkan isu ini. Apakah salah Ong Tee Keat untuk berjuang demi Keadilan ?

Kita jangan lihat dari segi semangat assabiyah dan berpuak-puak seperti mana yang diamalkan orang masyarakat Arab Quraisy semasa zaman jahiliah. Kita lihat dari segi kebenaran. Bayangkanlah kalau peruntukan wang itu sepatutnya digunakan untuk Sekolah Kebangsaan tetapi telah disalahgunakan maka apakah reaksi orang ramai ? Letakkan diri sendiri dalam situasi tersebut.

Tindakan Datuk Mustapha juga tidak betul. Andaikan kita mendengar anak kita telah bercakap sesuatu yang menyakitkan hati rakannya. Sebagai ibu atau bapa kita tidak boleh membabi buta dengan terus memohon maafa kepada rakannya. Kita perlu siasat dahulu siapa yang benar dan siapa yang salah. Kita juga perlu tahu apakah yang dikatakan oleh anak kita itu betul ataupun tidak sebelum memohon maaf. Ini merupakan sesuatu yang tidak profesional oleh Datuk Mustapha.

Ong Tee Keat sudah membuat penjelasan bahawa maksudnya sudah disalahtafsir oleh pihak tertentu. Namun begitu , Hishammuddin berkata, beliau memang sudah menduga Tee Keat akan menggunakan istilah tertentu untuk mengaburi pemikiran orang ramai. Saya hendak tanya Hishammudin , semasa Khairy kata jika UMNO lemah maka MCA akan mengambil kesempatan. Selepas itu bila isu ini menjadi kronik Khairy pula kata maksudnya disalahtafsir orang !!!!!!!!!!!!!! HISAHMMUDIN SENDIRI KATA KHAIRY SUDAH JELAS. Kita tidak perlu ungkit lagi. Kalau ungkit lagi maksudnya anda mahu mencabar kita ? !!!!

Jangan hiprokrit Hisham. Jangan hanya kerana Khairy itu orang UMNO maka bila dia kata disalahtafsir kamu terima. Kini bila Ong Tee Keat kata begitu kamu pula seolah-olah menyindir.

Najib pula jangan perasaan. Ong Tee Keat tidak berucap sebagai wakil timbalan menteri ataupun mewakili mana-mana kementerian . Ong Tee Keat berucap sebagai seorang wakil rakyat yang berjuang untuk rakyat dan kebenaran. Ong Tee Keat berucap dengan STATUSNYA sebagai NAIB PRESIDEN MCA dan bukannya timbalan menteri Kementeri Pelajaran Tinggi. Mustapha pun jangan perasaan mahu meminta maaf atas nama kementerian.

Jika Khairy tiada apa-apa jawatan dalam kerajaan boleh langtang bersuara dan mengkrititk. Mengapa tidak Ong Tee Keat ? Kalau hendak kira proseder. Adakah apa yang kini dilakukan oleh UMNO Penang itu mengikut prosedur dan semangat setia kawan yang ada dalam Barisan Nasional ? Tidak. UMNO tidak membawa isu ini untuk berbincang. Najib tidak sekat mereka daripada bersuara.

Di manakah keadilan ? Ong Ka Ting yang penakut keluar mempertahankan Ong Tee Keat. Jangan jadi pengecut. Jika tidak letak jawatan sebagai Presiden MCA. Jangan tunduk kepada tekanan. Jika kerajaan mahu ambil tindakan dan lucutkan jawatan kementerian pun kamu perlu terus berjuang untuk setiap ahli dan masyarakat kamu asalkan demi kebenaran dan keadilan. Jangan ragu-ragu hanya kerana Ong Tee Keat team B. MCA adalah parti yang bebas dan tidak terikat kepada UMNO. Laksanakan tugas dan kewajipan kamu tanpa ragu-ragu. Chan Kong Choy keluar ! Semua jangan sembunyi.

Wee Ka Siong keluar bangkit isu ini di seluruh negara. Hal ini demikian mereka kata timbala menteri tidak boleh bersuara maka saya rasa kamu tiada apa-apa jawatan kementerian dan kamu boleh bersuara atas jawatan Setiausaha Agung MCA.

Penyelewangan wang yang berlaku harus disiasat. Rasuah harus dihapuskan. Hishammudin yang harus meminta maaf dan bukannya Mustapha. Najib harus hentikan UMNO Penang daripada bersuara jika dia mahu bercakap tentang peraturan dan tatatertib.

Jika wakil rakyat yang diundi oleh rakyat tidak dibenarkan bersuara maka siapa lagi yang boleh bersuara ? Jawab ! Siapa ? Adakah hanya orang UMNO sahaja yang boleh bersuara ? Orang lain semua plastik dan dianggap pesalah setiap kali bersuara ? Orang dalam UMNO yang tidak berjawatan dalam kerajaan ataupun tidak mewakili mana-mana rakyat juga boleh bersuara dan kini mengapa tidak orang lain ? Lebih-lebih lagi seorang wakil rakyat.

Kebenaran dan keadilan harus ditegakkan.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/09/15/hidup-ong-tee-keat/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>