Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

September 20, 2006

Menurutnya dalam chatterbox bahawa kita perlu sokong DAP kerana kita adalah orang cina. Ini adalah satu tanggapan yang salah sama sekali. Pertama , kita bukan orang cina tetapi seorang bangsa malaysia yang bersifat kecinaan. Tolong bezakan. Kedua , DAP bukan parti yang mewakili kaum orang cina tetapi adalah sebuat parti multibangsa. DAP terbuka kepada semua. DAP berjuang untuk semua.

Tidak semestinya saya adalah seorang bangsa malaysia bersifat kecinaan maka saya perlu menyokong orang cina. Kita patut berjuang demi kebenaran. Jika UMNO benar kita sokong. Jika UMNO salah kita tentang. Sama juga kepada DAP , KEADILAN ,PAS, MIC , GERAKAN , MCA , cina , melayu , india dan sebagainya.

Kita mesti berjuang untuk kebenaran tidak kira warna kulit , agama dan status. Perjuangan adalah untuk semua.

Minta maaf saudara pelawat.

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/09/20/saya-kurang-bersetuju-dengan-pendapat-seorang-pelawat-di-sini/trackback/

  1. saya amat menyokong pendapat saudara. adalah malang sekali sekiranya sentimen perkauman dimainkan walau hanya untuk memilih parti. pada hemat saya, parti yang berlandaskan kaum sudah tidak relevan lagi sekiranya dicampur aduk dengan politik semasa. eloklah perkumpulan yang dibentuk untuk menjaga & memelihara budaya sesuatu kaum atau agama di panggil persatuan sahaja. persatuan cina sudah pun banyak tersedia. sekiranya anda hokkien, foochow, kantonis, hakka dll, sudah ada persatuan tersebut utnuk menjaga identiti masing-masing. eloklah sekiranya pemimpin dari pelbagai kaum menganggotai parti campuran seperti PKR, DAP dsb memperjuangkan hak untuk semua atas dasar sayangkan negara, bukannya warna kulit & agama.

    saudara shin yee tidak perlu meminta maaf kepada pelawat tersebut hanya kerana beliau tidak mengiktiraf pendapat saudara. ini blog saudara dan saudara bebas membuat apa sahaja. anggaplah pelawat tersebut orang yang naif & masih betul-betul belum menjiwai jatidiri bangsa malaysia.

    Comment by macanhitam — September 24, 2006 @ 12:42 am

  2. Ya. Ini hanya membawa kita kembali kepada zaman jahiliah iaitu satu zaman yang amat gelap pada suatu ketika dahulu. Antara ciri-cirinya ialah semangat assabiyah yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat. Semangat assabiyah bermaksud semangat kesukuan. Parti berlandaskan kaum adalah seperti sistem politik berdasarkan sistem kabilah. Ketua kaum menjaga kepentingan kaum masing-masing.

    Sistem politik ini tidak seharusnya wujud dalam negara yang kini menuju ke arah wawasan 2020.

    Saya amat bersetuju dengna cadangan yang dikemukan oleh saudara. Persatuan bersifat kaum masih dapat diterima tetapi jika diaplikasi dalam sistem politik negara maka saya rasa masih kurang relevan. Adalah tidak salah untuk persatuan menjaga kepentingan kaum dan golongan yang tersendiri tetapi adalah kurang bernas untuk parti politik yang mewakili sesuatu kaum seperti sistem kabilah.

    saya perlu meminta maaf kerana saya berpendapat bahawa setiap orang mempunyai pendapat dan rancangan yang berbebza. Saya tidak mampu untuk mengatakan apa yang diutarakan oleh saya 100% benar.

    Saya tidak akan menggangap pelawat itu naif kerana dapat setiap kenaifan adalah kebijaksaan mereka. Yang kedua mungkin imej yang dibawa oleh DAP masih belum cukup untuk menyakinkan orang ramai bahawa mereka adalah parti yang memperjuangkan untuk semua kaum. Oleh itu , DAP juga patut dipersalahkan sedikit.

    Walaunbagaimanapun , saya amat menghargai komentar saudara. Terima kasih kerana sependapat dengan saya

    Terima kasih

    shenyeeaun.

    Comment by Shen Yee Aun — September 24, 2006 @ 9:17 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>