Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
MENENTANG PERKAHWINAN MISYAR SECARA KERAS DAN HABIS-HABISAN SEHINGGALAH KIAMAT!!!!!!
Seorang pensyarah universiti mencadangkan supaya kaum lelaki dibenarkan mengamalkan perkahwinan misyar bagi mengatasi masalah ramai wanita tidak berkahwin.Malah menurut Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid, perkahwinan tersebut juga mampu mengurangkan perlakuan maksiat di dalam masyarakat.
Perkahwinan misyar bermaksud, suami tidak perlu memikul tanggungjawab memberi nafkah zahir seperti wang ringgit dan pakaian, tetapi cukup hanya dengan memenuhi nafkah batin terhadap isteri.Perkahwinan seumpama ini banyak berlaku di kalangan wanita yang berkedudukan tinggi dan berpendapatan lumayan di negara-negara Arab.Mereka membenarkan amalan tersebut berdasarkan situasi mashalahat berlakunya ramai janda dan gadis yang tidak berkahwin.
Perbezaan antara perkahwinan misyar dengan mutaah ialah mutaah mempunyai tarikh atau tempoh tertentu bagi sesebuah perkahwinan manakala misyar tiada tempoh ditetapkan.Isu nikah misyar mula menjadi tumpuan apabila beberapa pihak menggesa supaya Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa sama ada ia boleh dilaksanakan di negara ini atau tidak.Ini kerana ada umat Islam di Malaysia yang berpendapat bahawa pernikahan tersebut merupakan salah satu cara bagi mengatasi masalah ramai wanita yang belum berkahwin.
!!!!!!!!! Saya SHEN YEE AUN menentang perkahwinan misyar secara keras. Anda boleh menafikan saya bukan seorang islam tetapi anda tidak boleh menafikan perjuangan dan pembelaan saya ke atas wanita , hak asasi , dan keadilan. Apakah sudah jadi kepada lelaki di Malaysia? Jangan kita kembali kepada zaman jahilah di Arab iaitu pada masa itu wanita tiada kedudukan dan diperlakukan sesuka hati. Jangan merendahkan martabat wanita sehingga suatu hari nanti penanaman bayi perempuan secara hidup-hidup berlaku di bumi yang tercinta ini. Saya rasa dasar ini adalah satu penghinaan kepada kaum wanita dan secara langsung memberi peluang kepada lelaki untuk tidak bertanggungjawab.
Nabi Muhaamad sendiri berkahwin dengan Siti Khatijah yang lebih kaya daripadanya tetapi ini tidak bermaksud Nabi Muhamad S.A.W mengamalkan dasar misyar yang syaitan ini seperti yang diutarakan baru-baru ini. Nabi sendiri masih menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dan menjaga isterinya dari sumber wang hinggalah kepada kasih sayang. Jangan kita kata bahawa perempuan yang lebih kaya dan berkemampuan maka suami tidak perlu menjalankan tanggungjawab yang lain selain daripada tenga batin. Hak persamaan taraf ditekankan. Biar perempuan itu sejaya manapun masing-masing mesti menjaga antara satu sama lain secara adil dan saksama.
Jika sekadar memenuhi tenaga batin wanita maka apa bezanya lelaki kita dengan gigolo? Dalam konteks yang lain jika perempuan hendak berkahwin dengan lelaki disebabkan tengan batin apa bezanya perempuan dengan pelacur? Perkahwinan ialah satu perkara yang mulia dan suci. Janganlah kita mencemarinya.
Perkahwinan memerlukan percintaan , keikhlasan , tanggungjawab , komitmen , kasih sayang dan sebagainya. Perkahwinan bukannya sesuatu berangan yang boleh dijual beli di pasar. Perkahwinan yang suci dan mulia bukan hanya sahaja sekadar tenaga batin untuk mana-mana invidiu melepaskan nafsu. Lelaki ataupun perempuan di Malaysia adalah manusia dan berperasaan serta mempunyai martabat dan maruah sendiri. Mereka bukanlah binatang kerana binatang melahirkan anak hanya dengan memenuhi keperluan seks tanpa tanggungjawab dan komitmen. Janganlah membinatangkan manusia di sini.
Seterusnya , bagaimana pula dengan suri rumah dan perempuan yang tidak berkemampuan? Adakah mereka akan mati kebuluran disebabkan dasar misyar yang begitu baik ini? Di manakah perkataan ‘gentleman’ yang dilaung-laungkan selama ini ?
Alasan untuk menangani maksiat tiada kaitan dengan apa yang diutarakan. Janganlah membutakan dan memekakakan deria manusia. Kita bukannya bodoh. Apa pula kaitan maksiat dengan isu yang dikemukakan? Adakah mentaliti masyarakat Malaysia begitu jahil iaitu mengatasi masalah maksiat dengan perkahwinan maksiat ? Apakah penyelesaiannya? Jika perkahwinan hanyalah sekadar tanggungjwab tenga batin tanpa komitmen maka isteri mereka boleh keluar mencari gigolo yang lain untuk memenuhi kepuasan mereka.
Pada masa yang sama , kelakuan maksiat ini adalah disebabkan oleh kelemahan sistem pendidikan yang sedia ada , kurangnnya didikan dan pendedahan agama , kos dan permintaan hidup yang semakin meningkat dan ada juga yang tertipu sehingga melibatkan dalam aktiviti sedemkian. Persoalannya apakah perkahwinan itu boleh bantu? Begitu jahilkah kita? Kita sebenarnya perlu berusaha memperkasa sistem pendidikan kita supaya sempurna dari rohaniah dan intelektual.Pendidkan agama pula perlu diterapkan dalam anak-anak muda kita supaya mereka sedar apa yang mereka lakukan ialah satu dosa. Perkhidmatan kaunseling kepada orang-orang yang melibatkan diri dalam maksift harus dipertingkat. Banyak lagi langkah yang bernas kita boleh ambil untuk mengatasinya.
Jika seseorang isteri itu kurang berkemampuan dan suaminya pula tidak memberi nafkah maka adakah ini akan menyebabkannya isterinya untuk melacur diri? Adakah ini yang dikatakan perkahwinan misyar?
Janganlah kita memberi contoh negara Arab mengamalkan maka kita perlu mengamalkannya. Kita perlu ada prinsip dan amalan kita yang tersendiri. Allah memberi akal kita untuk berfikir apa itu benar dan salah.Janganlah kita ikut dan tiru cara serta amalan orang lain dengan sesuka hati tanpa memikir baik dan buruknya. Jika ada pula amalan Arab yang memakan babi , adakah kita juga perlu ikut? Janganlah marah saya sebab guna perkataan babi untuk menghina agama islam. Saya tidak menghina agama yang mulia ini tetapi menegakkan kebenaran kesucian agama ini daripada dicemari dan dihina oleh umat-umatnya yang jahil.
Bagaimana nak tahu apa itu Islam atau tidak senang sahaja. Jawapannya adakah Al-Quran mengatakan perkahwinan itu adalah sebahagian daripada pesanan Allah? Yang saya tahu Allah menekankan persamaan taraf , keadilan , tanggungjawab , komitmen dan sebagainya. Arab hari ini bukannya negara islam yang disanjungi lagi kerana kini telah menjadi sekutu dan anjing Amerika Syarikat.Negara inilah yang memberi sokongan dan laluan kepada Amerika Syarikat untuk menindas negara islam yang lain iaitu Iraq. Adakah ini negara Islam yang kita mahu ikuti? Negara islam yang membelangki dan membelot islam? Sedarlah rakyat malaysia.
Lebih-lebih lagi seorang profesor yang berpendidikan tinggi sehingga mempunyai phd sanggup mencadangkan amalan sedemikian. Maksudnya dini profesor adakah diri anda sebagai seorang profesor pun tidak mampu melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang suami dan lelaki dengan sempurna? Baik kamu jadi profesor dalam bidang seks supaya dapat membahagiakan isteri kamu dengan hubungan seks semata-mata. Amat memalukan sebagai seorang profesor islam membelakangi islam.Lebih baik menjadi profesor gigolo.
Nabi Muhamad sendiri tidak mengamalkan misyah walaupun isterinya Siti Khatijah berpuluh kali ganda lebih tua dan kaya daripadanya. Komitmen dan tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga dan melindugi wanita tetap dipraktikan.
Wanita tidak mahu berkahwin adalah satu masalah yang perlu diselesaikan tetapi keadaan ini pula dijadikan alasan utama kepada perkahwinan misyar. Persoalannya , apakah kaitannya ? Adakah wanita sanggup berkahwin dengan seorang lelaki yang hanya melaksanankan tanggungjawab tenaga batin dan kepuasan nafsu semata-mata? Janganlah merendahkan martabat lelaki ibaratkan gigolo yang hina dina. Wanita hari ini tidak berkahwin kerana segelintir lelaki semakin tidak guna dan tidak bertanggungjawab serta wanita merasakan mereka tidak dapat menjaga dan melindungi mereka dengan baik.Ini adalah sebabnya wanita tidak berkahwin.
Jantina lelaki semakin kebelakang baru-baru ini seperti 70% daripada pelajar di Universiti adalah terdiri daripada jantina perempuan. Lebih parah lagi lelaki kita hari ini tidak mahu belajar baik-baik tak apa tetapi melibatkan diri dalam vandalisme , gengsterime , dadah , jenayah , kes rogol dan sebagainya. Oleh itu , adakah wanita sanggup berkahwin dengan lelaki sedemikian ? Penyelesain kepada kaum wanita tidak berkahwin perlu diatasi dengan menyelematkan jantina lelaki yang semakin ke belakang dan rosak itu. Perempuan tidak berkahwin disebabkan lelaki semakin kurang wanita boleh bergantung. Lebih kronik lagi jika misyar diamalkan maka lelaki yang hendak digantung itu lagi tidak boleh diharapkan seperti harapkan pagar dan pagar makan padi.
Saya mencabar mana-mana wanita di tanah air untuk mengaku mereka mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak mahu melaksanakan tanggungjawab nafkah dan lain-lain.Saya cabar mana-mana wanita mengatakan mereka mahu kepuasan seks sahaja sebagai syarat perkahwinan. Bagi saya wanita tidaklah segatal yang dikatakan oleh wakil rakyat Rantau Panjang yang hina dina itu yang telah menghina kaum wanita termasuk ibunya sendiri dengan melabelkan wanita itu gatal. Kalau wanita itu gatal maka kamu binatang. Tahu-tahulah sendiri mengapa saya panggil kamu binatang. Manusia semestinya ada akal dan perasaan.
Jantina lelaki , kini bayangkan ibu kamu sendiri dilakukan sedemikian termasuk memasukkan diri anda dalam situasi wanita?
Wanita belum berkahwin disebabkan lelaki semakin sukar dipercayai dan ditambah dengan lelaki yang tidak setia dan apatah lagi tidak boleh diharapkan. Penyelesaian dengan misyar yang jahil ini hanya akan memburukkan keadaan.
Saya cabar tok guru Nik Aziz yang menghalalkan perkahwinan ini supaya kahwinkan anak perempuannya dengan saya dan saya hanya membekalkan seks kepadanya sahaja. Cabaran ini juga diajukan kepada semua orang yang ingin melaksanakan amalan ini.
Lelaki pula jangan anggap wanita sebagai pelacur yang memerlukan seks sahaja. Wanita memerlukan seorang lelaki yang mereka boleh harapkan.Wanita memerlukan kita untuk menjaga , menyayangi dan melindungi kita. Wanita mengharapkan dan mengidamkan lelaki yang gentleman dan bertanggungjawab. Wanita memimpikan lelaki mereka berkebolehan , berwibawa dan berjaya.
Lelaki di sana jangan suatu hari nanti anak tanya “papa apakah yang papa lakukan untuk mama selama ini” dan papa pula jawab papa hanya memuaskan mama dengan hubungan seks. Anak boleh akan jawab ‘oh papa , perkawinan rupa-rupanya tuntutan seks sahaja.
Nasihat saya , lelaki sedarlah ! Kamu semua termasuk diri saya perlu jauhi segala kejahatan , dadah dan jenayah. Marilah kita bersama-sama berusaha supya berjaya di dunia dan akhirat. Marilah kita terus mengejar ilmu supaya ilmu penuh di dada. Kita mesti mengejar ilmu hinggalah ke akhir hayat dan janganlah mengejar ilmu separuh jalan sahaja. Marilah kita berkerja kuat dan berusaha untuk menjadi seorang lelaki yang sempurna , unggul , dihormati. Marilah kita semua menjadi ‘gentleman’ yang mampu memperjuangkan hak wanita , memberi keselesaan dan keselamatan kepada mereka. Marilah kita menjadi seorang lelaki yang sejati. Insya allah masalah perkahwinan dalam kalangan wanita yang semakin membimbangkan dapat diatasi. Lelaki janganlah leka dan terus leka lagi! Bangunlah
http://www.malaysia-today.net/Blog-s/2006/05/keputusan-pilihanraya-dewan-undangan.htm
18 Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/09/26/menentang-perkahwinan-misyar-secara-keras-dan-habis-habisan-sehinggalah-kiamat/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



clap clap clap. bagus, saya sanjung perjuangan awak. saya agak kagum dgn penulisan awak dalam bahasa melayu. lebih hebat dari saya. =p
Comment by abe — June 2, 2006 @ 1:37 pm
Terima kasih kerana sudi memuji dan melawat laman blog saya. Penulisan dan penguasan saya dalam bahasa Melayu biasa sahaja. Tidak semestinya lebih hebat daripada saudara. Hidup ini sukar diramal dan setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Justeru , saya percaya saudara juga ada keunikan dan kehebatan yang tersendiri.
Lawatilah laman ini dari semasa ke semasa
Comment by Shen Yee Aun — June 2, 2006 @ 2:04 pm
you can’t be serious.
Comment by the observer — June 2, 2006 @ 7:13 pm
Isteri saya, dan dua orang anak perempuan saya (seorang lagi belum faham)menyokong awak. Tetapi anak-anak lelaki saya semuanya diam.
Comment by Khalid Jaafar — June 3, 2006 @ 2:42 pm
Diam maksudnya atas pagar ataupun tidak menyokong? haha. Mengapa pula satu lagi tidak faham? Hehe. Adakah yang satu lagi itu masih kecil?
Comment by Shen Yee Aun — June 3, 2006 @ 4:32 pm
saya nak tambah sikit tentang perkahwinan misyar ini. cuba bayangkan sekiranya seorang lelaki berkahwin dgn seorang perempuan atas dasar misyar. itu namanya tidak adil kerana berkahwin semata-mata untuk memuaskan nafsu seks. tiada nafkah diberi, tiada kasih sayang diberi. seperti yang saudara perkatakan : “Jika sekadar memenuhi tenaga batin wanita maka apa bezanya lelaki kita dengan gigolo?” pendapat ini saya setuju. bagaimana pula sekiranya lelaki itu mempunyai nafsu seks yang kuat dan memerlukan layanan dari isterinya yang lebih. sementara si isteri tidak berdaya untuk melayan kepuasannya. tetapi atas nama suami isteri sudah tentunya isteri itu akan menurut perintah suami? betul? tidakkah itu membebani wanita tersebut? so, this problem will eventually come to the beginning again. maaf kerana bahasa melayu saya tidak bagus. hehe =p
Comment by abe — June 4, 2006 @ 12:04 pm
It’s the case of the Arabs hijacking Islam again…kalau tengok punca datangnya perkahwinan secara misyar ini terang2 puncanya untuk menyelesaikan masalah socio-politik orang Arab di Saudi Arabia, dan apa2 yang ulamak Arab kata bagus, kita pon turut…yelah, daripada segi pakaian, corak senibina bangunan, semuanya kita nak turut…macam tidak ada idea sendiri…
Yang paling hairannya orang seperti Prof Zuhdi bukannya membuat penyelidikan bersama Fakulti Perubatan atau fakulti2 yang berkenaan, dia baca daripada mana entah, dan dia buka mulutnya…bla bla bla … yang lain ni, kaum lelaki yang malas nak baca, yang rasa tertindas pon sokong, pak turut… sebenarnya they just have to accept single women and listen to us, what we want, how to protect us, how to make things better for us… nafsu seks adalah semulajadi dan kita perlu kawal…sudah diberikan “tools” seperti solat dan puasa untuk mengawal…kalau tak terkawal, terpaksa melancap, sekali sekala, untuk tidak berzina…bukannya susah sangat…kalau nak kahwin, kahwinlah dengan perkahwinan secara baik…
Comment by QuietMalaysian — June 4, 2006 @ 2:40 pm
such a simple situation, but none of these so called scholars can come up with a solution that can be remotely categorized as “intelligent”. read my lips, we women dun need rescuing. not by men who see us as nothing more than a piece of ass.
Comment by szu — June 5, 2006 @ 11:28 am
Not all mens. There mens who are fighting for women. I am a male , ABE over here is also a male and I belief there is more. The one who see women as a piece of ass is those certain political leader and islamic profesor who suggest the marriage of misyar.
Comment by Shen Yee Aun — June 5, 2006 @ 11:37 am
saya rasa, tulisan awak mungkin lebih bagus jika meminimumkan emosi. tak perlu tunjukkan kemarahan. isi dan hujahan lebih penting. salam.
Comment by lutfi — June 6, 2006 @ 8:37 am
Saudara,
Fakta-fakta yang dikemukakan lansung tidak berasas dan menampakkan ciri-ciri pemikiran budaya Barat. Perkahwinan Misyar dibenarkan dibawah Islam. Diharap saudara memikir kembali perkara ini.
Comment by bbyrn2 — June 6, 2006 @ 1:34 pm
Quote:
Arab hari ini bukannya negara islam yang disanjungi lagi kerana kini telah menjadi sekutu dan anjing Amerika Syarikat.Negara inilah yang memberi sokongan dan laluan kepada Amerika Syarikat untuk menindas negara islam yang lain iaitu Iraq. Adakah ini negara islam yang kita mahu ikuti? Negara islam yang membelangki dan membelot islam?
Kenapa Islam,
Itu ditulis dgn huruf kecil?Comment by aloha — June 8, 2006 @ 5:35 pm
Minta Maaf. Kesalahan ini amat dikesali. Saya sudah pun edit.
Comment by Shen Yee Aun — June 9, 2006 @ 1:47 am
please check my comments on Misyah marriage at my
Http://Amri29ablogpot.com…Insaallah semua akan terhurai
Comment by Johari — June 30, 2006 @ 12:44 pm
Jika u seorang wanita yang hebat dan dapat menahan hawa nafsu maka silakan membujang sampai mati. Tapi jika u seorang wanita yang ada keinginan dan anak sendiri maka ini jalan keluar yang ada.
Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi masalah sosial yang semakin membimbangkan.Wanita yang berharta dan berpangkat kebiasaannya berpendidikan tinggi dan bermaruah. Sekiranya mereka ingin berkahwin pastinya pilihan mereka adalah orang muslim yang berakhlak mulia dan beriman.
Apakah hina bila mereka memiliki semua ini bernikah dengan cara misyar pada hal kaedah itu dibenarkan. Sayangnya bila mereka melakukan kemaksiatan kita hina sehinanya. Apakah bila arnab boleh dimakan dalam Islam, sedangkan kita tak lalu menjamahnya maka kita minta semua manusia muslim jangan makan daging arnab.
Kehidupan hari ini penuh dihiasi dengan dugaan hafsu syahwat dan kebendaan. Di masa saja kita diduga dengan nafsu syahwat. Baik dipejabat ,di pusat membeli belah,bahkan diperkarangan masjid pun atau dirumah dengan adengan memberahikan.
Anda tentu hebat untuk menangkis dugaan ini. Bagaimana dengan insan yang lain. Apakah semua manusia mampu saperti anda?
Secara jujurnya saya lebih terhina bila saya dilahirkan sebagai anak luar nikah dari saya di lahir dari ibu yang bernikah secara perkahwinan misyar ini.Bahkan saya rasa mulia kerna ibu saya dapat membantu kaum lelaki dan merangsang wanita lain untuk maju dan boleh membuat pilihan secara bijaksana.
Comment by Ab.Salam — July 3, 2006 @ 3:38 am
Please refer to my blog on Misyar ifanyone needs to know about my opinon http://Amri29a.blogspot.com
Comment by Johari — July 4, 2006 @ 12:28 pm
saudara penulis,
bagi saya awak memberi pendapat yang sangat tidak adil.dalam penulisan awak ni,awak hanya menekankan nafkah batin tu sebagai sex sahaja.
sebenar nya tidak begitu,dalam Islam nafkah batin merangkumi terlalu banyak aspek.hubungan sex hanyalah salah satu cebisan nafkah batin.
saya percaya anda masih mempunyai ibu,cuba awak tanya ibu kamu,apakah yg dia harapkan dari bapa kamu?adakah dia hanya mengharapkan sex dan duit sahaja dari bapa kamu??saya pasti tidak begitu.
dalam Islam,semua yang berkaitan perlindungan,psikologi adalah nafkah batin.
saya cuba senaraikan beberapa perkara yang dianggap nafkah batin dalam Islam:
1.Perlindungan - lazimnya suami mempunyai tenaga fizikal yang lebih kuat drp isteri,jadi suami dapat mempertahankan isteri dari dikasari orang lain.isteri akan berasa yakin dan selamat utk ke mana-mana
2.cinta - awak terlalu tekankan pasal cinta.dalam kes perempuan jatuh cinta kepada penganggur,lalu mereka berkahwin.ini salah satu perkahwinan misyar,iaitu nafkah batin ialah rasa cinta tu,tapi suami tak mampu memberi nafkah zahir kerana dia penganggur.ini salah satu “point” dari kenyataan TG Nik Aziz iaitu boleh kahwin misyar,tetapi dengan syarat pihak perempuan sanggup terima.
3.kasih sayang - berapa ramai lelaki yang bleh bagi nafkah zahir,tp selalu pukul isteri???apakah orang seperti ini lebih baik daripada lelaki yang belum mempunyai pekerjaan tetapi mempunyai hati yang baik lalu mampu memberi kasih sayang yang secukup nya kepada isteri??
4.Masa - apabila suami meluangkan masa menemani isteri utk membeli-belah,tlg menjaga anak(kerana isteri bekerja),tolong memasak dsb…..ini juga adalah salah satu nafkah batin.
saya rasa cukup dulu setakat ni.banyak lagi yang boleh awak kaitkan dengan nafkah batin dalam kehidupan suami isteri ni.cuma yang saya mahu tekankan di sini,jangan sempitkan pandangan anda mengenai nafkah batin sebagai hubungan sex semata2.jika awak sempitkan nafkah batin sebagai sex sahaja,maknanya awak telah menyalahkan semua suami yang mati pucuk tu sebgai orang yang tidak memberi nafkah batin.itu kan satu pemikiran yang terlalu sempit.bagi saya,awak perlu lihat kembali isi2 penulisan awak tu,kemudian renungkan kembali.
Comment by jemi — July 21, 2006 @ 2:13 am
Wahai Saudara Shen Yee Aun..
Apa yang saudara perjuangkan adalah suatu yang baik..saya tidak nafikan penjelasan saudara tentang perkahwinan misyar ini adalah satu ketidakadilan..tetapi pernahkah saudara terfikir mengapa dan kenapa Professor yang saudara maksudkan menyokong perkahwinan seperti ini..saya tidak bermaksud menolak perjuangan saudara, tetapi didalam islam ini tidak ada pendapat yang lebih kukuh melainkan pendapat orang yang berILMU..sudah berapa lama saudara memeluk islam..setahu saya saudara adalah bukan islam..sudah berapa lama saudara mengkaji islam..1 tahun..2 tahun..3 tahun..berbanding dengan professor tersebut yang dilahirkan islam dan mempelajari islam..jikalau saudara ingin meneruskan perjuangan saudara..saya tidak menghalang dan jika saudara ingin perjuangan saudara lebih baik dan lebih bersih..kaji lah islam sedalam-dalamnya..ketahuilah hukum-hukum didalam islam bukan setakat hukum perkahwinan tetapi juga kesemua hukum..dah hayati serta fahamilah..dan saya doakan agar saudara menemui hidayah daripada Allah dan menerima islam..didalam islam kami memerlukan orang seperti saudara dalam memperjuangkan syariat islam..amin
Comment by aliff — October 24, 2007 @ 12:00 pm