Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Suki Menjadi Artis Pertama Dalam Bone Records/ Wawancara CEO 8TV
clown Bone to sign on Suki -by Adly Syairi Ramly -
MILLIONAIRE Low Sook Kee (Suki), winner of reality TV talent search programme One In A Million (OIAM) will be the first artiste to sign under a new record label, clown Bone Records. The recording company, placed under 8TV, will be helmed by people from the now defunct Positive Tone.
“It’s a little label to help artistes,” 8TV chief operating officer Ahmad Izham Omar told The Malay Mail.
He said to some extent, the new label which will take off soon, is going to be a continuation of what he did with Positive Tone.
“clown Bone Records has to create what Positive Tone created in 1996, but not with the same kind of music,” he said.
“We have to find something new that can push music forward.”
It is learnt that besides Suki, OIAM first runner-up, Faizal, will also be signed under clown Bone Records.
On whether the label can help break Suki into the international market, Ahmad Izham said: “If she is capable, of course.
“The thing is people have been complaining that Malaysian talents can be pushed overseas but the only problem is that we don’t have the money.
“Now we give you the money and see whether you can do it or not. If we still fail with the amount of money we have, then, we have to come to terms that our talents are not that good.”
Speaking of Suki’s debut album, clown Bone Records label manager, Simon Choo, when contacted, said it is scheduled for early next year.
Choo, however, said they have yet to decide on her music direction for the album.
“We are going to sit down and discuss with her next week,” he said.
“Like how Positive Tone used to do before, we are getting the artiste’s input both in the musical direction and how to market the album,” said Choo.
“We are going to advise and not dictate the artiste on what to do.”
On plans to expand clown Bone Records’ stable of artistes, Choo said: “For now, we are going to concentrate on Suki’s debut album. As for the future acts that we might sign to the label, we are looking for something marketable, but yet, not too mainstream because we want something different
Wawancara Dengan Ahmad Isham ( CEO 8TV ) Mengenai Suki Dan Faizal
Tajuk : Usah pertikai kemenangan Suki
SIAPA juara One In A Milion (OIAM) musim pertama sudah terjawab. Pada dasarnya, tiada apa yang pelik mengenai kejayaan Suki atau Low Sook Yee, 17, namun di sebaliknya masih ramai menyuarakan rasa tidak puas hati.
Apatah lagi, konsert akhir OIAM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu, menyaksikan Faizal, peserta pilihan yang dikatakan layak membawa pulang hadiah lumayan RM1 juta.
Dalam pada itu timbul pula isu kononnya undian masuk untuk Faizal ditolak dan kesannya dia kalah tipis di tangan Suki dengan jurang undian 5 peratus. Bagi mendapatkan penjelasan, wartawan NORHADIANI BAHAROM (yanie@hmetro.com.my) menemubual Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar.
Soalan (S): Sebaik berakhirnya OIAM musim pertama, apakah bebanan saudara berkurangan?
Jawapan (J): Kalau nak dikatakan berkurangan tidak juga, maklumlah rancangan realiti tidak semua pihak boleh terima keputusan pemenang. Di kalangan penyokong peserta yang tidak berjaya pasti timbul rasa tidak puas hati dan penyudahnya banyaklah soalan yang saya perlu jawab.
S: Pada pandangan saudara, adakah Suki selayaknya muncul juara?
J: Dia dipilih oleh orang ramai, jadi dia pemenang selayaknya. Setiap minggu Suki berikan persembahan yang konsisten, mungkin dua kali saja persembahannya kurang menyengat. Bagi saya, Suki mempunyai kelebihan tersendiri. Tidak hairanlah dia dapat mengumpul peminat dengan cepat, malah anak saya sendiri suka padanya.
S: Apa perancangan untuk Suki dan bagaimana pengagihan wang dilakukan?
J: Saya hanya boleh bercakap perkara ini minggu depan sebab saya kena tanya Suki konsep album bagaimana yang dia impikan dan siapa artis yang dia mahu berduet. Katakanlah dia mahu berduet dengan penyanyi popular Hong Kong, kami kena tanya berapa bajet untuk kerjasama itu. Di samping itu, kami berusaha dapatkan penaja yang bagus. Selain Suki, kami juga tawarkan peluang kepada Faizal untuk rencanakan kariernya dalam jangka masa panjang. Namun, buat masa ini kami biarkan dia berehat bersama keluarga sebab dia cukup berusaha keras sebelum ini. Minggu depan saya akan panggil Faizal untuk berbincang dan harap dia mempertimbangkan tawaran kami.
S: Apakah usaha ini sebagai tanda menghargai bakat Faizal? J: Saya tidak pernah jumpa orang sepertinya. Idea menggabungkan lagu medley Love daripada Ashley Simpson, I Don’t Wanna Be (Gavin DeGraw) dan We Will Rock You (Queen) tidak pernah terjangkau oleh fikiran saya. Dia ada daya kreativiti yang tinggi dan orang macam inilah yang diperlukan dalam industri dan boleh bertahan lama. Masa depannya cerah bukan setakat penulis lagu saja. S: Keseluruhan peringkat akhir, apa yang boleh anda klasifikasi kemenangan malam itu. Penonton memilih bakat atau semangat menolong bangsa sendiri?
J: Tidak, anak saya sendiri pun undi Suki, jadi tidak timbul soal perkauman. Suki masih muda, wajah pun menarik dan menyanyi pun OK, jadi orang suka tengok dia. Lainlah kalau cara nyanyiannya teruk. Inilah realitinya, contohnya Britney Spears, suara tak berapa bagus tapi sebab cantik albumnya dijual berpuluh juta unit. Bagi saya, jika peminat sukakan Faizal, mereka kenalah undi lebih banyak. Lagipun peminat rock kebanyakannya sudah matang dan malas hendak mengundi. Berlainan dengan Suki, rata-rata peminatnya remaja dan golongan inilah rajin mengundi dan beli kaset.
S: Beza undian antara Faizal dan Suki hanya 5 peratus. Barangkali Faizal mahupun Alif berpeluang cerah mengungguli pertandingan ini sekiranya sistem undian malam itu tidak bermasalah hinggakan undi masuk ditolak?
J: Saya banyak terima aduan mengenai hal ini bukan dari penyokong Faizal dan Alif saja malah Suki. Sebenarnya malam itu undian masuk ketiga-tiga peserta ditolak, hinggakan pihak kami sendiri masih berusaha mendapatkan kepastian dari pihak yang berkenaan.
S: Untuk tahun depan, apakah OIAM masih mengekalkan undian keluar. Sistem ini seperti meranapkan masa depan peserta berbakat seperti Dayang Nurfaizah.
J: Sebenarnya undian keluar tidak menjejaskan apa-apa. Sebab ramai yang lebih sanggup mengundi masuk untuk menyelamatkan kedudukan peserta kesayangan dari mengundi keluar peserta yang mereka tidak suka.
S: Apakah OIAM akan teruskan membuka penyertaan kepada artis tempatan?
J: Sudah tentu, kerana saya mahu buka peluang kepada artis tempatan hasilkan album yang berkualiti. Artis kita bukannya ada banyak duit untuk buat album. Tapi kalau beri peluang kepada artis saja kami tidak dapat ketengahkan bakat baru pula.
Justeru, artis tempatan harus berdepan dengan cabaran besar iaitu maruah mereka jika tidak menang. Tapi saya jangka selepas ini ramai artis tidak berani selepas lihat Dayang tewas. Untuk pengetahuan, saya ada terima banyak e-mel dari penonton memberi tahu mereka terkejut kerana selama ini tidak tahu Dayang punya suara yang sedap dan boleh menyanyi sebagus itu. Pendedahan yang diterimanya dalam OAIM nampaknya membantu Dayang meraih peminat baru yang berkemungkinan dapat membantu jualan albumnya pada masa akan datang.
S: Ramai meletakkan OIAM setaraf Malaysian Idol. Mungkinkah tahun depan undian dibahagi kepada dua iaitu juri dan penonton supaya lebih adil?
J: Mungkin. Tapi perlu ingat, Jaclyn Victor menang hasil undian SMS sepenuhnya. Silapnya kami jumpa dia awal sangat. Bakatnya memang hebat dan saya tidak pernah jumpa penyanyi macam dia.
S: Bagaimanakah nasib peserta yang tewas? Adakah sebarang rancangan untuk bakat mereka ?
J: Terus-terang saya katakan saya cuma dapat membantu seorang atau dua peserta saja, sebabnya syarikat rakaman di negara ini bukannya besar. Sembilan tahun dalam industri rakaman belum pernah saya keluarkan 36 album artis setahun dan itu memang tak logik. Saya tidak mahu bagi harapan palsu pada mereka.
2 Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/09/26/suki-menjadi-artis-pertama-dalam-bone-records/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



wah,
aku kira kamu siap tadi,
..
sampe aja di sini
aku terkaku
hihihi
Comment by dingin — September 29, 2006 @ 3:31 pm
Blur. Mengapa saya perlu siap dan mengapa kamu pula terkaku ?
Comment by Shen Yee Aun — September 29, 2006 @ 4:40 pm