Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

September 27, 2006

Ong Ka Ting kata kenyataan Ong Tee Keat tiada kaitan dengan MCA ? Memalukan. Kamu tidak layak untuk mewakili MCA. Andaikan hari ini anak kita berhadapan masalah dengan orang lain. Apakah sebagai ibu dan bapa kita kata itu bukan hal mereka ? Andaikan sesuatu perkara berlaku di sesebuah sekolah dan apakah seorang pengetua akan kata tiada kaitan dengannya ? Jika dalam kongsi gelap sekali pun , sekiranya ada seseorang ahli yang bermasalah maka adalah masalah semua orang ahli. Kini , bila seorang Naib Pengerusi berhadapan dengan masalah dalam perjuangannya maka Presiden parti dengan tidak penuh bertanggungjawab dengan mengatakan isu ini tiada kaitan dengan MCA ? Jangan merosakkan nama MCA.

Segala-gala yang berkaitan dengan ahli MCA adalah masalah MCA. Segala-gala yang berkaitan dengan bangsa Malaysia adalah masalah MCA. Segala-gala yang berkaitan dengan penyelewengan dan rasuah adalah masalah MCA. Segala-gala yang berkaitan dengan bahasa dan sekolah cina ada kaitan dengan MCA. Jika tidak , orang yang memimpin parti itu tidak layak memimpin parti.

Masyarakat cina di China dahulu percaya kepada tanggungjawab bersama. Jika seseorang bersalah maka seluruh komuniti dan orang yang terlibat juga bersalah. Namun begitu , kali ini Ong Tee Keat tidak bersalah dan seluruh komuniti harus keluar mempertahankannya.

Amat memalukan sekiranya seorang Presiden tidak mampu menjaga dan mempertahankan anak buahnya sendiri. Pemimpin jenis apakah ini ? MCA tidak perlu meminta maaf adalah betul tetapi jika sehingga isu ini tiada kaitan dengan MCA adalah salah. Jika Khairy yang bersalah itu tidak mahu meminta maaf disebabkan perjuangannya ke atas bangsa dan parti maka Ong Tee Keat juga tidak perlu maaf kerana beliau berjuang untuk menentang penyelewengan , bahasa , sekolah dan bangsa Malaysia. Lebih-lebih lagi perjuangannya adalah tulen dan tidak bersalah. Perjuangannya tidak seperti individu tertentu yang mahu menjadi hero ketua kabilah puak tertentu dengan menyerang rakan seperjuangannya sendiri dengan andain yang tidak munasabah.

Jika Hisham mampu mempertahan Khairy walaupun Khairy bersalah dan Lim Keng Yaik mampu menjaga Koh Tsu Khoon yang sememangya mangsa politik UMNO di Penang dan kini Ong Tee Keat yang tidak bersalah itu tidak mampu dipertahankan oleh Presiden parti sendiri. Memalukan.

Jika Ong Ka Ting tidak mahu ataupun tidak mampu memikul tanggungjawab tersebut maka disarankan supaya letak jawatan dan beri laluan kepada orang yang sudi memikul beban itu. Kita tidak mahu ada pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan memcuci tangan setiap kali ada masalah. Kita tidak mahu ada pemimpin yang mengabaikan kepentingan pendidikan dan bahasa. Kita tidak mahu ada pemimpin yang tidak berjuang untuk menentang rasuah dan penyelewengan. Kita tidak mahu pemimpin yang tidak dapat berjuang untuk bangsa Malaysia. Kini isu ini bukan sahaja melibatkan pelajar cina tetapi seluruh bangsa Malaysia yang ingin mempelajari bahasa cina. Sudah ada banyak orang melayu dan india yang kini menghantar anak-anak mereka ke sekolah cina. Kita tidak mahu seorang pengkhianat bangsa dan negara untuk memimpin parti. Kita tidak mahu seorang penakut untuk memimpin parti.

Bila Khairy ada masalah dengan MCA. Ong Ka Ting dengan cepatnya menyelesaikan masalah tersebut. Kini anak buah sendiri ada sedikit masalah , dia pula larikan diri daripada masalah. Penakut !

Ong Tee Keat tidak berucap sebagai wakil kementerian. Beliau tidak berucap sebagai status seorang timbalan menteri pelajaran tinggi. Beliau berucap sebagai seorang wakil rakyat yang berjuang untuk kepentingan rakyat. Beliau berjuang sebagai seorang Naib Presiden parti MCA. Oleh itu , Mustapha tidak perlu perasaan dan sibuk meminta maaf sedangkan Ong Tee Keat tidak bersalah. Hisham yang patut meminta maaf kerana tidak adil dalam pendiriannya. Hal ini jelas dibuktikan bila Khairy kata maksudnya disalahtafsir , Hisham dengan terang-terang kata Khairy sudah jelaskan dan tidak perlu cabar kita lagi. Bila Tee Keat kata maksudnya juga disalahtafsir , Hisham dengan lantang menyindir mengatakan ada individu tertentu akan menggunakan istilah tertentu untuk menggaburi mata orang ramai. Hiprokrit !

Hisham bukan harus meminta maaf kepada Tee Keat tetapi kepada tuhan kerana tidak mempertahankan seorang insan yang suci dalam perjuangannya malahan menentangnya. Yang patut ditentang oleh Hisham ialah perasuah-perasuah dan orang yang terlibat dalam penyelewangan peruntukan wang dan bukannya Tee Keat.

Najib juga jangan perasaan. Tee Keat tidak berucap sebagai wakil kementerian. Jika kita mahu menyentuh tentang soal prinsip. Mengapa kamu tidak menghalang seorang individu dalam UMNO yang tiada jawatan dan kuasa dalam kerajaan dalam serangan-serangan dan isu-isu yang ditimbulkannya olehnya ? Prinsip setia kawan Barisan Nasional seperti yang berlaku di Penang. Mengapa tidak UMNO Penang dihalang daripada terus bersuara ? Hiprokrit!

Ong Ka Ting yang pengecut lagi penakut. Jika mereka mahu menentang Tee Keat mungkin saya faham kerana mereka semua berpaksi pada semangat assabiyah iaitu semangat berpuak-puak dan kesukuaan yang tinggi. Mereka ingin jaga kabilah masing-masing. Kini kamu sebagai seorang Ketua Kabilah pula mahu melihat kabilah kamu sendiri mati ditikam orang walaunpun tidak berdosa ? Lelaki apakah kamu ? Manusia jenis apakah yang tidak bertanggungjawab ini ? Pemimpin jenis apakah yang tidak berkarisma dan tidak berani ?

ONG KA TING harus letak jawatan. Selain daripada Ong Ka Ting , pengkhinat-pengkhinat parti yang lain yang menentingkan diri sendiri dan penakut sila keluar dari MCA. Letak jawatan. Tinggalkan parti. Jika tidak saya minta seluruh rakyat Malaysia boikot MCA dan pemimpin-pemimpin tersebut dalam pilihan raya yang akan datang.

Hidup Ong Tee Keat. Letak jawatan semua pengkhinat dan penakut

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/09/27/pengkhianat-mca-sila-letak-jawatan/trackback/

  1. well…yes…i agreed with you that he is absolutely a coward but this is not the first case….about his history of not taking his responsibilities and braking his promises..he did not lead MCA well….and absolutely he is doing something that damaging the party and had been loosing the faith of the chinese community…while in this case…he is loosing his faith among the delegates…how the party members will view him…we shall wait and see

    Comment by angel of music — September 17, 2006 @ 5:16 pm

  2. well, a good one.

    Comment by nai — September 26, 2006 @ 9:34 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>