Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Masih ingat dahulu di sabah UMNO sendiri yang kata tak perlu gilir-gilir. Bila gilir-gilir kemajuan sukar dilakukan kerana pemimpin asyik tukar sedangkan rancangan mereka belum dilaksanakan. Sebagai contoh , sekarang pemimpin A yang menjadi Ketua Menteri/ Menteri Besar. Lepas itu sebelum rancangan yang dirancang belum berjaya dilaksanakan sudah mesti digantikan dengan B. Inilah alasan yang diberikan oleh orang UMNO dahulu.
Apakah benar hanya orang melayu yang susah di penang ? Apakah benar di bawah MB atau KM UMNO orang-orang melayu semua maju ? Satu pembohongan. Di mana semangat setia kawan dalam BN ? Adakah demi kuasa rakan sendiri juga hendak dihancurkan ? Orang-orang melayu dibawah pimpinan orang melayu di seluruh Malaysia masih jauh kebelakang. Masih mundur dan miskin. Perdana Menteri kita orang melayu. Timbalan Perdana Menteri kita orang melayu. Raja-raja kita semua orang melayu. 80% tenaga kerja dalam sektor perkhidmatan dan pentadbiran adalah orang melayu. Persoalannya mengapa orang melayu masih mundur? Mengapa melayu masih miskin ? Jawab! UMNO Penang yang rakus dan tamak akan kuasa JAWAB! Jangan salahkan Koh Szu Khoon. Jangan salahkan Lim Keng Yaik. Kita jangan hanya tahu mencari alasan di atas kelemahan kita dengan menuduh orang lain sebelum kita benar-benar berusaha.
Apakah benar di bawah pimpinan cina semua cina maju dan tak susah di penang ? Bohong ! Kalau UMNO Penang betul-betul berjuang untuk keadilan dan semangat setia kawan maka mengapa tidak kesemua negeri di seluruh Malaysia tukar sistem pengiliran MB/KM dalam kalangan pemimpin antara parti-parti komponen parti Barisan Nasional seperti UMNO , MIC , MCA , GERAKAN dan sebagainya ? Tukar. Kalau alasan melayu susah di Penang maka orang melayu perlu tadbir. Maka saya kata negara ini orang India juga susah maka suruh Perdana Menteri kita beri jawatan PM kepada pemimpin MIC atau PPP. Berilah jawatan KM/MB kepada MIC , MCA dan lain-lain kerana kaum bukan melayu juga susah dibawah pimpinan orang melayu. Tukar semua. Biar adil.
Jangan beri alasan. Jangan bohong. Kalau betul-betul mundur pun orang melayu tetap bukan alasan yang terbaik. Mundur itu ada banyak cara yang boleh dibincang atas dasar setia kawan. Ada banyak cadangan yang boleh dikemukakan. Ada banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu orang melayu.
Kalau alasan mahu tukar sebab perlu adil kepada semua parti komponen maka UMNO adalah betul-betuk baik. Itulah alasan yang paling baik. UMNO itu prihatin sebab mahu jawatan KM/MB adil dan memberi peluang kepada komponen parti lain untuk mentadbir atas dasar keadilan dan setia kawan.Syabas !!!
Tetapi , adakah benar itu alasan yang diberikan ?
GERAKAN! Kalau mereka mahu bagi sahaja. Tak payah berebut-rebut. Keluar dari Barisan Nasional dan tawan kembali Penang tanpa menggunakan tiket Barisan Nasional. Maka , pada masa itu jadilah KM Penang tanpa sebarang kerisauan.
Ini semua gila kuasa!!!
1 Comment »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/09/29/umno-penang-gila-kuasa/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



saudara sangat emosi dalam tulisan ini.
orang melayu mundur kerana sikap mereka sendiri. selalu mengharapkan bantuan. mahu berjaya tetapi dengan mengambil jalan mudah. walaupun pelbagai insentif telah diberikan kerajaan kepada bumiputera tetapi kaum cina lebih banyak menguasai bidang perniagaan di malaysia. jangan salah anggap kerana saya bukan merujuk kepada semua orang melayu. hanya sebilangan. atau mungkin lebih banyak daripada itu. menurut al-quran, sebelah kaki pemimpin telah berada di dalam neraka. dunia politik penuh dengan korupsi.
ini hanyalah pendapat daripada seorang pelajar berusia 19 tahun. minta tunjuk ajar kalau saya silap
Comment by seseorang — November 10, 2006 @ 6:00 pm