Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Kenyataan Metro Harian :
1 ) Kenyataan ini bukanlah mengandungi sebarang sentimen tertentu. Hakikatnya, Faizal memang lebih layak memenangi pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta ini.
( Media kita boleh menjadi begitu tidak adil dalam menyiarkan berita. Mereka sepatutnya menyiarkan apa yang berlaku dan penulis tidak seharusnya memberi pendapat peribadi dalam beritanya. Saya tidak kata Faizal tidak layak. Masing-masing Faizal , Alif dan Suki layak menang. Semua mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Juri berpengalaman seperti dan Paul Moss dan Syafinaz sendiri mengakui semua peserta layak untuk menang. Justeru adalah tidak adil untuk mengatakan Suki tidak layak ataupun siapa lebih layak atau tidak. )
2 ) Bersesuaian nama program itu sendiri, One In A Million, Faizal ternyata sudah membuktikan dia punya bakat dan keistimewaan yang mampu diketengahkan lebih jauh lagi dan apa yang penting dia juga lebih menonjol berbanding peserta lain. Maka, apabila Faizal tewas di tangan Suki dengan perbezaan undian sebanyak lima peratus saja, penggunaan OIAM sebagai judul program ini seolah-olah tidak lagi mempunyai sebarang pengertian.
( Pendapat peribadi lagi untuk menjatuhkan seorang pemenang yang diundi melalui undi majoriti. Apakah Harian Metro adil dalam kenyataan mereka ? Siapa mereka untuk mengatakan Faizal lebih berbakat dan istismewa daripada yang lain ? Tidak dapat dinafikan bahawa Faizal sememangnya hebat dan juga berbakat. Pada masa yang sama kita tidak boleh menolak bahawa Suki juga merupakan seorang yang hebat. Jika tidak mengapa Suki pernah memenangi hampir 100 pertandingan nyanyian ? Suki sendiri adalah bekas Juara Astro Talent Kids semasa berumur 12 tahun. Bermula bernyanyi sejak 3 tahun. Mula memenangi pertandingan nyanyian pertama pada umur 5 tahun. Mempunyai latihan dan pengalaman vokal dan muzik selama 10 tahun. Apakah ini tidak cukup untuk menandakan bahawa Suki juga merupakah seorang yang berbakat ? Apakah maksud mereka bahawa apabila Faizal tidak menang maka tiada ertinya ? Adakah pertandingan ini khas untuk Faizal sahaja dan peserta lain yang menjadi pilihan majoriti tidak layak menang ? Harian Metro tolong jelaskan.)
3) Walaupun lagu Berdiri yang dipersembahkannya kurang berjaya menonjolkan persembahannya pada malam itu
( Siapa kata kurang menonjol ? Pendapat peribadi penulis sekali lagi ? . Adilnya kita mesti mengatakan bahasa untuk sesetengah penonton lagu ini amat berjaya dan untuk sesetengah pihak lagi lagu ini kurang berjaya. Bukan semua yang berpendapat seperti penulis. Penulis tidak layak mewakili semua. )
4) Apa yang pasti, walaupun Faizal tidak diangkat sebagai pemenang pertandingan akhir, namun dia sebenarnya berjaya menawan dan memenangi hati ramai penonton pada malam itu.
( Mana buktinya ? Tidak dapat dinafikan majoriti penonton di situ adalah peminat dan penyokong setia Faizal tetapi kita tidak boleh menuduh sebarangan bahawa orang lain tidak mengakui kemenangan Suki. Ada yang mengakui dan ada yang tidak. )
Kenyataan Utusan Malaysia :
5) Tajuk : Suki Ratu SMS ( Bukankah Mawi juga Raja SMS ? Bukankah Jacqueline Victor Ratu SMS ? Bukankah Daniel Lee Raja SMS ? )
6) KALAU masih ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Suki sebagai juara pertama program One In A Million, tudinglah kekesalan anda kepada ‘kekejaman’ khidmat pesanan ringkas (SMS).
(Andaian sendiri lagi. Mana buktinya ? Benar bahawa ada yang tidak berpuas hati tetapi dalam mana-mana pertandingan pula mesti ada yang puas dan ada yang tidak puas. Sebagai pihak media kita harus bersikap adil. Kita tidak boleh melaporkan seolah-olah banyak ataupun semua orang tidak berpuas hati)
7) Jumaat lalu, kuasa SMS yang tidak mempunyai perasaan sekali lagi menentukan siapa barisan pelapis penghibur tanah air.
( Salahkan SMS lagi. Seolah-olah mengatakan Suki tidak layak secara tidak langsung. Kalau begitu pemilihan Mawi , Jacqueline dan lain-lain juga tidak diiktiraf kemenangan dan bakat mereka ? )
8)Ketika Suki atau nama sebenarnya Low Sok Yee diumumkan sebagai pemenang, sebahagian besar penonton di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur mengeluh kecewa dan merungut
( Tipu. Yang saya tahu peminat Faizal sememangnya kecewa tetapi tidaklah merungut seperti mana yang dilaporkan. Hal ini demikian 90% penonton di PWTC adalah penyokong Faizal. Dalam mana-mana pertandingan jika Idola kita kalah mesti ada orang yang merungut. )
9) Berdasarkan persembahan malam akhir itu, Faizal ternyata lebih terbilang, diikuti Alif yang hebat dengan lagu keduanya berbanding Suki yang cuma menampilkan vokal cemerlang.
( Pendapat peribadi sekali lagi. Kedua-dua juri profesional juga mengatakan semua layak untuk menang. Faizal sememangnya hebat tetapi kita perlu ingat bukan semua orang suka lagu jenis Rock. Alif dan Faizal sememangnya dapat beraksi dan aktif di atas pentas tetapi tidak bermaksud cara Suki tidak disukai ramai. Sebagai contoh , Siti Nurhaliza dan Mawi masing-masing hanya fokus kepada penghayatan lagu dan vokal mereka daripada menari-nari dan membuat kejutan tertentu di atas pentas. Ada yang Suka cara Faizal dan Alif. Ada juga yang suka cara Suki. Apa salahnya peserta mempunyai perancangan dan cara masing-masing ? Kita tidak boleh paksa semua orang untuk suka lagu jenis Rock walaupun tidak dapat dinafikan Faizal beraksi dengan baik . Setiap orang mempunyai citra rasa yang berbeza antara satu sama lain. )
10 ) Dari awal lagi gadis Cina berusia 17 tahun itu sudah diduga kemenangannya dan akan menerima undian tidak berbelah bahagi daripada penonton kaum Cina.Apatah lagi 8TV merupakan stesen TV yang lebih separuh daripada jumlah penontonnya terdiri daripada penonton kaum Cina.
( Satu pembohongan. Mana bukti ? Adakah semasa kita mengundi kita akan kata kita cina , melayu dan india ? Maka 8TV pula tahu cina , melayu atau india yang mengundi ? Undi itu adalah sulit. Kita tidak tahu bangsa mana yang undi untuk siapa. Siapa kata lebih daripada separuh penonton one in a million adalah orang cina ? Mengapa tidak melayu ? Bukti saya ialah penonton di PWTC 90% atau lebih adalah orang melayu. Bukankah ada juga ramai penonton melayu yang menonton rancangan ini ? Di PWTC dan forum juga ada banyak cina yang tidak menyokong Suki. Ada dalam kalangan penyokong cina yang menyokong Dayang , Farah , Faizal dan Alif. Bukan satu atau dua orang tetapi banyak. Jangan tuduh sebarangan! Jangan buat andaian sendiri. Suki sendiri juga ada banyak orang melayu yang menyokongnya di PWTC , forum , dan dari rumah. Siapa berani menolak kenyataan ini ? Jelas terbukti bukan sahaja cina menyokong suki dan cina menyokong cina sahaja. Jika cina undi untuk Suki pun bukan kerana Suki adalah orang cina tetapi bakat dan potensi yang ada dalam Suki seperti mana orang undi untuk Jac bukan kerana Jac adalah india dan Mawi adalah melayu.)
Pendapat Peribadi Saya :
Satu lagi ialah menuduh 8tv berpihak kepada cina adalah tidak adil! 8TV merupakan anak syarikat tv3 yang merupakan milik orang melayu Syafinaz , Paul Moss dan Ceo 8tv juga bukan milik orang cina. Jika 8tv milik orang cina mengapa pula tidak kesemua top 12 itu cina ? Utusan Malaysia dengan kenyataan yang tidak berasas menuduh lebih separuh daripada penonton tv8 rancangan one in a million adalah cina. Ini tidak benar. Hal ini jelas terbukti apabila lebih daripada 90% penonton Grand Finale di PWTC adalah orang melayu….
Yang pergi ke PWTC jawab ya atau tidak ? Mungkin melalui statistik ini kita juga boleh membuat andaian bahawa penonton melayu lebih daripada cina ? Jika orang cina menyokong Suki pun bukan kerana Suki orang cina tetapi suki adalah hebat dan berpontesi. Sama juga apabila orang melayu mengundi mawi. Bolehkan kita kata orang melayu racist ? tidak boleh. Mereka undi mawi sebab mereka merasakan mawi itu hebat.
Kenyataan utusan yang mengatakan persembahan faizal dan alif lebih baik daripada Suki juga tidak berasas. Yang pertam , kedua-dua juri profesional muzik sendiri mengatakan semua adalah hebat dan layak menang. Siapa pula seorang wartawan yang mungkin tiada pengetahuan muzik langsung ? Itu hanya pendapat peribadinya! Dia tidak boleh menulis secara umum dan mewakili semua orang. Setiap orang ada citra rasa dan pendapat mereka yang tersendiri.
Dari segi persembahan. Sememangnya faizal dan alif lebih kreatif di atas pentas. Tetapi kita juga tidak boleh menafikan hak orang tertentu yang lebih suki cara suki yang menekankan kepada kehebatan vokal dan cara menghayati lagu seperti mana yang dilakukan oleh siti dan mawi. Mereka berdua tidak aktif dan melakukan banyuk kejutan di atas pentas tetapi boleh menyanyikan lagu dengan amat baik. Agree. Faizal did a great job in the final. Bear in mind again that there are also a lot of people who do not like Rock type of music. Some due to religion reason. Some due to age reason. Or anything you name it.
Faizal is defenetely great. ! Saya tidak kata faizal ataupun sesiapa tidak hebat. Saya cuba ingin tegaskan bahawa orang yang berlainan mempunyai pendapat dan citarasa yang berbeza
Again , you cannot force a vegeratian to eat KFC eventough how nice is KFC. For a vegetarian no matter how good is KFC also they wont feel nice. That apply in Faizal case
Suki won with the majority vote. That proves that those vegetarian like this type of vege rather than fry chicken. There is no fix answer who is better than who Beauty lies on the eyes of the beholder. Bear in mind again that I actually respect and touch by Faizal performance. To be fair again. We cannot prove everyone to agree that Faizal did a great job. It might be good for you. It might be good for me. But it might not be good for he or she.
Do not claim that Suki got no talent as that post that I just publish prove that Suki is multi and super talented.
If you claim that she gain popular vote. Then , dont you think it is important for an artist to be popular among the fans ? Dayang is your OIAM ? Good.! Dayang also good! She is great! Her survivor is PWTC really touches my heart ! Fantastic
But again. If a person like KFC , you cannot force that person to like Mac Donald even Mac donald is very nice. Or ppl are bored with both KFC and Macdonald and they want something new. So they will go for Nando eventough Mac D and KFC is also very nice
Got it ? We cannot blame those people who want to try and eat new things.
Jika saya ialah ahli keluarga Suki. Saya akan meminta penjelasan yang lebih lanjut daripada kedua-dua media ini. Kemungkinan saya akan mendakwa penulis mereka. Tiada etika seorang jurutulis. Saya tidak kata seorang penulis tidak boleh membuat andaian sendiri. Boleh tetapi bukan dalam bentuk laporan atau berita. Jika dalam bentuk surat, forum ataupun rencana maka itu boleh diterima.
5 Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/10/07/media-kita-kurang-adil-dan-tuduh-sebarangan-pada-pemenang-one-in-a-million-suki-low-sook-yee/trackback/
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Two words for you..”I’m Impressed”.
It’s a shame to our local newspaper for such an unethical behaviour
Comment by telle — September 26, 2006 @ 4:27 pm
Thanks Shen,
In Malaysia, only Malays can win.
Comment by ah toi — October 3, 2006 @ 4:37 am
thank god suki didn’t participate in the akademi fantasia…
for sure she will be eliminated in the first week
Comment by joey — October 15, 2006 @ 5:07 pm
baru sebentar tadi saya membaca tulisan saudara tentang kebebasan akhbar untuk bersuara. dalam tulisan ini, saudara seolah2 menidakkan hak akhbar untuk bersuara. memang tidak dinafikan akhbar2 di malaysia selalunya tidak bersikap adil dan menulis dengan menjaga kepentingan pihak2 tertentu. lastly, suki rocks! =)
rumah dah siap, pahat masih berbunyi. mengapa penyokong2 faizal tidak mengundi sedari awal. ada julat masa seminggu sebelum grand finale, mengapa tidak digunakan untuk mengundi? kenapa bila rancangan dah hampir tamat baru nak undi. mereka sepatutnya sedar dengan format oiam iaitu menabalkan juara menerusi undian peminat tertinggi. sekarang siapa yang menyesal.
untuk suki, i’m looking forward to buy her album but it might not happen if she comes out with a chinese album. please don’t ignore your non-chinese-speaking-voters. plz plz plz.
Comment by seseorang — October 29, 2006 @ 9:41 pm
tidak sama sekali. media kita bebas tetapi dalam penulisan mereka dalam menyampaikan berita sepatutnya mengikut peraturan , etika dan lunas berita. Berita dan penulisan berbentuk surat , pendapat , rencana dan kolum adalah berbeza. Mengikut tidak sepatutnya meletakkan interpretasi mereka sendiri dalam menyampaikan berita kepad orang ramai. Dalam bahasa melayu juga kita akan mempelajari berita adalah jenis penulisan pemerian. Segala-galanya mesti tetap dan terperinci. Saya tiada masalah apabila banyak surat dihantar kepada media mengadu tentang kemenangan Suki kerana mereka bukannya tengah melaporkan berita.
Dari segi isu album kini ada sedikit masalah. Susah hendak membuat keputusan. Suki memang mahu mengeluarkan album mixture dari awal tetapi kita perlu faham suki adalah di bawah penjagaan 8tv. pihak 8tv kurang merestui rancangan suki kerana mereka mahu suki mengeluarkan album cina disebabkan album cina dikatakan dapat mendapat pulangan yang lebih lumayan. Biasakan manusia bila soal tentang business ? Alasanan kedua yang diberikan oleh pihak 8tv album mixture ataupun bukan mixture kurang mendapat sambutan di Malaysia. Sebagai contoh Dina hanya berjaya menjual 600 album sahaja. Album kedua Jac sudah menurun dengan banyak berbanding dnegan 10 000 dahulu.
Inilah dilemma yang dihadapi oleh artis muda kita hari ini. Jika keluar album cina maka kritikan daripada sesetengah pihak akan bertambah kuat. Jika keluar album mixture maka kurang mendapat restu , sokongan daripada pihak 8tv disamping menghadapi kemungkinan kurang mendapat sambutan.
Ada apa-apa cadangan yang boleh membantu artis muda kita keluar daripada lingkaran dilemma ini ?
Comment by Shen Yee Aun — October 30, 2006 @ 3:06 am