Dahulu, kini dan selamanya...
"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!


Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net

October 8, 2006

Suki adalah antara penyanyi Malaysia bukan melayu yang boleh menyanyi dan pada masa yang sama bertutur dalam bahasa Kebangsaan kita dengan begitu baik. Sebagai rakyat Malaysia baik melayu , cina , atau india , kita seharusnya berbangga atas kelahiran seorang penyanyi yang rasa begitu megah dan selesa apabila bernyanyi dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang menyeru dan menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri kita iaitu Dato Najib supaya menjadi seorang rakyat Malaysia yang glokal. Glokal adalah perkataan yang digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri kita dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Beliau mahukan rakyat Malaysia bukan sahaja menjadi jaguh kampung tetapi juga jaguh di Persada Dunia.

Untuk menyahut cabaran tersebut Suki telah membuktikan diri bahawa beliau mampu membawa lagu kebangsaan kita ke peringkat yang lebih tinggi. Seterusnya untuk menjadi Glokal , Suki juga mampu menyanyikan lagu Inggeris ( bahasa antarabangsa ) , Mandarin ( bahasa ekonomi dunia masa depan ) , Cantonese dan sebagainya. Fenomena ini jelas membuktikan bahawa Suki bukan sahaja mampu menembusi pasaran tempatan tetapi juga dapat menembusi pasaran di Hong Kong , Taiwan , China , Eropah , Indonesia , Selatan Thailand , Brunei dan sebagainya jika dan hanya Suki diberi peluang yang sewajarnya. Untuk merealisasikan impian ini kita harus terus menyokong dan membantu Suki ke arah itu.

Suki secara tidak langsung telah memecahkan rekod industri muzik tanah air untuk menjadi artis termuda tanah air. Bukankah ini satu perkara yang harus dibanggakan ? Hal ini demikian , industri muzik kita perlu diberi nafas baru oleh darah baharu. Jika di negara-negara barat mereka sudah ada idola remaja yang tersendiri. Mengapa tidak Malaysia ? Senario industri muzik kita hanya berubah dan menerima hakikat bahawa Suki adalah setanding dengan idola remaja terkemuka barat. Pencapaian yang dicapai oleh Suki mungkin adalah lebih banyak berbanding dengan idola-idola terkemuka tersebut.

Buktinya. Suki merupakan Juara Pesta Muzik Kebangsaan selama 6 hingga 7 tahun berturut-turut. Dalam pertandingan tersebut , pengadil profesional telah menobatkan Suki sebagai juara. Pada masa yang sama , Suki sudah mula bernyanyi di atas pentas sejak beliau berumur 3 tahun lagi. Seterusnya , anugerah nyanyian telah dikecapi sejak Suki berumur 5 tahun. Di samping itu , Suki juga berjaya melatih seorang kanak-kanak sehingga ke peringkat akhir dalam pertandingan Astro Kids Talent Quest dan akhirnya anak murid tersebut berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan yang berprestij itu. Suki sendiri telah dihantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk mempelajari muzik , piano dan juga vokal sejak berumur 7 tahun lagi. Tambahan pula , kedua-dua juri Profesional yang mempunyai pencapaian , pengalaman , dan pengetahuan dalam bidang muzik yang luas telah meletakkan Suki sebagai pilihan pertama mereka semasa ‘ minggu pilihan juri’. Keputusan kedua-dua juri yang hebat ini bukan sebarang keputusan kerana mereka meletakkan Suki adalah lebih baik dan berbakat berbanding dengan majoriti artis yang berada di pertandingan tersebut. Antarnya ialah Aliya , Farah , Faizal dan Azfar. Yang paling ketara sekali ialah seorang penyanyi yang sangat terkenal dan hebat iaitu Dayang hanya berada di kedudukan yang kedua. Jika Dayang sudah begitu hebat dan kini Suki dianggap lebih hebat daripada dayang oleh Paul Moss dan Syafinaz. Maka Suki adalah lebih hebat daripada hebat ! The best among the best dalam bahasa Inggeris.

Suki sendiri juga merupakan juara Astro Talent Kids semasa beliau berumur 12 tahun lagi. Di samping itu , juga ada berita dan ura-ura yang mengatakan Suki sendiri pernah memenangi hampir 100 pertandingan nyanyian di luar. Bakat semula jadi yang sukar dipertikaikan.

Yang pertama , jelas bahawa bakat nyanyian telah ada dalam Suki sejak beliau masih bayi lagi. Yang kedua , pencapaiannya dalam Pesta Muzik Kebangsaan sudah tidak dapat dinafikan lagi bahawa Suki sememangnya seorang yang bukan sahaja berbakat malahan sungguh hebat. Ketiga , selain daripada tahu menyanyi Suki juga dapat menjadi seorang mentor dan guru muzik yang baik sehingga budak kecil yang dilatihnya berjaya memperoleh tempat kedua dalam program realiti tersebut. Keempat , berapa ramaikah dalam kalangan penyanyi di negara kita yang ada latihan vokal selama 10 tahun ? Suki adalah salah satunya yang telah berlatih dan mempelajari vokal sejak kecil lagi sehingga sekarang.Kelima , Dayang adalah seorang artis yang amat baik , hebat dan berbakat. Jika Paul Moss dan Syafinaz sendiri berpendapat Suki lebih baik daripada Dayang dalam pilihan juri. Jelas bahawa Suki adalah lebih hebat daripada yang terhebat.

Dalam pada itu , cita-cita dan impian anak muda ini juga amat murni. Suki adalah seorang yang prihatin dan penuh dengan kasih sayang. Hal ini demikian , Suki selalu memikirkan kesusahan yang dialami oleh orang yang sengasara , susah dan miskin. Buktinya. Cita-citanya adalah untuk membantu orang miskin dengan wang yang diperoleh. Suki juga mahu menjadi guru muzik kepada pelajar-pelajar yang miskin. Selain itu , Suki sendiri pernah menyanyikan lagu yang dituju khas kepada golongan kurang berupaya dalam pertandingan tersebut.

Ada juga yang berpendapat umur 17 tahun adalah umur terbaik untuk memulakan karier dalam industri muzik. Hal ini demikian , hidup ini penuh dengan pembelajaran dan Suki masa ada masa untuk terus membaiki diri dalam umur yang begitu muda. Suki akan terus belajar dan menimba pengalaman. ‘Rome tidak dibina dalam sehari’. Oleh itu , untuk mengembangkan pengaruh dan populariti Suki 8TV memerlukan jangka masa yang agak lama untuk mencapai hasrat dan sasaran mereka. Adalah mustahil untuk mempopularkan Suki dalam sehari atau dua. Dalam bahasa Inggeris pula , ” she have time for this , before her glory flew away with her age “.

Suki juga bertambah baik dari sehari ke sehari. Keadaan ini jelas membuktikan Suki senantiasa berusaha dan bekerja keras untuk memantapkan dan meningkatkan diri. Dalam hidup ini bakat sahaja tidak mamadai tanpa usaha. Dalam Suki pula kedua-duanya ada. Justeru , Suki mampu mara ke hadapan dengan lebih jauh lagi.

Bakat suki bukan sahaja boleh menyanyi. Suki juga dapat menjadi seorang mentor muzik yang hebat. Suki dapat mencipta dan menulis lirik lagu. Suki dapat bermain alat-alat muzik dengan baik. Pengetahuannya dalam bidang vokal amat luas. Ini yang dipanggil sebagai multibakat , multipotensi dan multihebat.

Pertandingan ini bukan sahaja menguji kehebatan seseorang perserta dalam bidang nyanyian tetapi merangkumi aspek yang sangat luas. Seseorang peserta itu perlu diminati ramai. Populariti itu juga penting. Tiada guna ada bakat tetapi tiada populariti dan ada populariti dan tiada bakat. Suki memiliki kedua-duanya. Bakat semula jadinya sudah tidak dapat dipertikaikan lagi. Populariti jelas terbukti apabila Suki mendapat undian tertinggi hampir setiap minggu sehinggalah dinobatkan sebagai Juara One In A Million.

Seterusnya. Sifat keperibadian dan personaliti yang unik juga merupakan antara faktor kejayaan Suki. Suki mempunyai sifat keberanian kerana berani mengambil bahagian dalam pertandingan ini tanpa sebarang persedian. Masih ingat lagi ? Suki kata beliau tengah membeli-belah dan ternampak ada pertandingan One In A Million sedang diadakan ? Selepas itu Suki pun mencuba nasib dan berjaya melayakkan diri. Ini yang dikatakan bakat semula jadi.

Sifat sudi bertolak ansur dan bersikap jujur apabila menghadapi masalah dengan Farah. Suki sudi belajar dari kesilapan. Elemen ini amat penting untuk kita pergi lebih jauh dalam hidup kita. Kita bersikap jujur , sudi bertolak ansur dan juga belajar dari kesilapan kita,

Kesabaran dan kecekalan Suki juga dapat dibuktikan apabila Suki sendiri berhadapan dengan begitu banyak masalah dalam hidup. Dalam pertandingan ini pula Suki cekal dan masih dapat menyanyikan lagu walaupun pernah sakit dan deman teruk dalam pusingan top 9 jika tidak silap saya. Semangat perjuangan yang tinggi ini patut dijadikan contoh kepada semua orang. Hebat! Cekal dan Tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan.

Kesedian Suki untuk mencabar diri juga dapat dibuktikan apabila Suki sendiri mengatakan bahawa beliau menyertai pertandingan ingin disebabkan ingin mendengar komentar Paul Moss. Jelas sekali lagi Suki tidak takut dikritik. Suki suka akan cabaran. Suki sanggup menerima kritikan dan belajar.

Sifat berterima kasih dan menghargai jasa seseorang juga mesti dihormati. Selepas sahaja memenangi pertandingan ini Suki terus ke bawah memeluk Paul Moss dan Syafinaz. Adat dan sikap sebeginilah yang kita perlukan untuk memastikan kita disukai dan dihormati oleh orang ramai.

Kesedian Suki mengambil risiko dan mengorbankan segala masa dan tenaga untuk mencapai cita-cita amat hebat. Suki tahu bahawa beliau akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini tetapi beliau masih berani mengambil cabaran dan terus berjuang dalam pertandingan ini sehingga menang! Satu perjuangan yang amat suci dan kental. Sikap tidak pernah berputus asa telah membawa Suki sehingga menjadi Juara!.

Kehebatan Suki tidak akan berhenti di sini. Akan shenyeeaun terus menulis tentang kebaikannya dari semasa ke semasa. Lebih banyak lagi yang akan disiarkan!

Hidup SUKI!

3 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://shenyeeaun.blogsome.com/2006/10/08/mengapa-suki-adalah-terunggul/trackback/

  1. all the best to suki….!!!
    just one more advices…
    follow the path of jacclyn victor, the 1st malaysian idol…
    but don’t ever be like daniel, the 2nd m’sian idol….
    hope you know what i mean…

    Comment by joey — October 15, 2006 @ 5:01 pm

  2. Tahniah Shen, tahniah Suki….saya sudah ramalkan kemenangannya hahahahahah

    Comment by rastom — November 15, 2006 @ 3:40 pm

  3. Sungguh berbangga kita kerana blog CahayaNusantara yang lebih bercorak teologi, mendapat tempat dalam blogroll saudara yang serba hebat itu! Majulah bangsa Malaysia…

    Comment by Hedonese — March 8, 2007 @ 9:30 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>