"KESALAHAN DIMUSNAHKAN" "KEZALIMAN DIHAPUSKAN" "KEHINAAN DIHANCURKAN" "KEADILAN DITEGAKKAN" "KEBENARAN DIPERJUANGKAN" "KEBAIKAN DIUTAMAKAN" "KEPIMPINAN DITERUSKAN"... Teruskan kepercayaan kalian pada SHEN YEE AUN, selagi hayat dikandung badan, selagi itulah perjuanganya belum tamat! Ia akan bangkit dari lena kealpaan, bangun bersama sengenggam harapan, berdiri dengan penuh kemegahan, berjuang dengan penuh keyakinan dan mati bersama keadilan yang dipaksikan!
Please also visit my new blog in shenyeeaun.disagrees.net
Dahulu, kini dan selamanya...
Shen Yee Aun
PENDIDIKAN ialah agenda utama saya
- Mengembalikan fakta-fakta sukatan pelajaran sejarah yang telah diubah
- Merombak , merogol , memusnahkan dan menghancurkan sistem pendidikan sedia ada ( tidak berkesan )
- Menghapuskan AUKU ( membantut perkembangan mahasiswa/siswi)
- Memastikan semua rakyat Malaysia berpeluang untuk belajar
- Memastikan semua rakyat Malaysia berpeluang untuk belajar
- Menghapuskan buta huruf ( tak tahu baca , kira , tulis)
- Pelajar yang lemah akan dijaga dengan sangat ketat supaya tidak ketinggalan
- Mengutamakan dan memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu ( bahasa kebangsaan )
- Mengutamakan bahasa Inggeris ( bahasa antarabangsa )
- Mengutamakan bahasa Mandarin dan Tamil ( bahasa ekonomi dunia masa hadapan)
- Menjadikan masyarakat Malaysia berilmu dan berpengetahuan tinggi
- Menjadikan Malaysia pusat kecermerlangan ilmu
- Pendidikan rendah lebih berorientasikan pengalaman hidup , kemahiran debat dan seni ucapan , perkembangan minda , pergaulan dan komunikasi , sahsiah dan moral invidudan kurang tertumpu kepada kepentingan akadamik Gaji guru dipertingkatkan sehingga lebih daripada 10 ribu
- Menjadikan pekerjaan guru pekerjaan paling penting dan mulia di negara
- Peranan guru hanya mengajar dan membuat kajian
- Menulis borang , memantau kelab dan persatuan , menyemak dan menyediakan soalan peperiksaan dan tugas-tugas kecil akan diambil oleh orang lain
- Syarat menjadi guru akan diperketat supaya guru-guru berkualiti sahaja layak mendapat gaji dan pengiktirafan yang tinggi
- Biasiswa kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan sama ada yang cemerlang ataupun tidak
- Biasiswa kepada pelajar yang cemerlang dan layak tanpa mengira kaum dan agama
- Mata pelajaran tertentu yang sedia ada dalam sistem pendidikan akan digantikan dengan mata pelajaran yang lebih relevan
- Mata pelajaran yang akan diambil oleh pelajar mengikut kemahiran dan minat masing-masing ( melahirkan kepakaran dalam sesuatu bidang )
- Kajian terhadap sains dan teknologi akan dipertingkat
- Perbincangan dan perdebatan mingguan mengenai isu-isu semasa perlu dilakukan ( pelajar Malaysia kurang peka dan matang
- Sistem kuliah dan kelas akan diperkenal dalam pendidikan menengah ( pelajar akan belajar di kelas seperti biasa tetapi kuliah itu sebagai pengukuhan)
- Sistem kelas kecil dan kelas peribadi untuk pelajar-pelajar dibawah keputusan
- Sistem kuliah dengan penyediaan jadual bab-bab tertentu sepanjang tahun ( supaya pelajar yang merasakan mereka lemah dan kurang faham dalam bab tersebut walaupun sudah belajar , boleh ke kelas kuliah yang akan datang mengenai bab tertentu kerana akan berulang beberapa kali)
- Kemahiran menguasai pelbagai bahasa ditekankan ( Sekurang-kurangnya 3 jenis bahasa )
- Menghidupkan kembali kesusasteraan yang semakin kian terabai
- Melahirkan masyarakat yang suka dan rajin membaca
- Menggabungkan segala tenaga kepakaran dan teknologi untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang terunngul di dunia
- Menjadikan pendidikan sebagai alat dan senjata terpenting negara
- Melahirkan Albert Eintein , Bill Gates , Isaac Newton yang seterusnya
- Kemasukan ke Universiti mengikut keputusan dan bukannya kaum
- Sistem pendidikan rendah bermula pada umur 5 tahun
- Program motivasi sepanjang 10 tahun untuk setiap individu untuk melahirkan individu berdaya saing
- AGAMA
- Membina masjid yang terbesar dan tercantik di dunia
- Membina tokong cina yang terbesar dan tercantik di dunia
- Membina gereja yang tercantik dan terbesar di dunia
- Membina kuil yang terbesar dan tercantik di dunia
- Menggalakkan akitiviti-akitiviti keagamaan
- Pengajaran dan pendidikan agama dititikberatkan
- Menjemput orang mulia seperti dalai lama , pope dan sebagainya ke sini
- Mengistiharkan Malaysia sebagai negara sekular dan bukannya sebuah negara islam
- Kepentingan semua agama terjamin
- Rakyat bebas menganuti dan menukar mana-mana agama yang diingini
- Menghapuskan masyarakat yang fanatik
Menjelaskan erti sebenar jihad iaitu berasal daripada perkataan jahada yang bermaksud berusaha bersungguh-sungguh
EKONOMI
- Menghapuskan DEB
- Perlantikan CEO mengikut kemampuan dan bukan mengikut kaum
- Membina pusat ibadat pelbagai agama paling unik di dunia untuk menarik pelancong
- Menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia supaya dapat menarik pelajar asing ke sini
- Beralih dari sistem ekonomi perindustrian kepada perkhidmatan
- Meningkatkan taraf semua pelabuhan kita lebih-lebih lagi pelabuhan kelang
- Membasmi kemiskinan
- Bangsa India perlu dibantu kerana selama ini kurang bantuan
- Membenarkan sebuah lagi penubuhan kasino untuk menjana ekonomi
- Mempertingkat dan memperbanyak taraf tempat pelancongan Malaysia
- Membangunkan kawasan luar bandar
- Syarikat bebanan kerajaan seperti Proton , Mas dan lain-lain perlu dilakukan sesuatu
- Pemberian AP kepada semua kaum secara adil dan saksama
- Pembangunan perlu digiat
- Pertanian secara komersial dan besar-besaran
- Kesedaran dan hak dan kuasa pengguna perlu dipertingkat
- Mengatasi masalah pengganguran
- Mengatasi kemasukan pendatang asing secara haram
- Menjalankan kajian terhadap alternatif minyak
- Menggunakan kaedah yang baru dan lebih berkesan untuk membantu kaum melayu
- POLITIK
- SPR , BPR yang ada perlu dihapuskan dan ditubuhkan semula kerana berlaku ketidakadilan , penyelewengan dan bukannya satu badan yang bebas sepenuhnya
- Rasuah dihapuskan
- Sistem perundangan dan mahkamah adalah bebas daripada kuasa politik
- ISA dimusnahkan
- Demokrasi perlu dipertingkat
- Kebebasan Media akan diberi lebih ruang
- Parti dan pihak politik tidak dibenarkan memonopoli mana-mana media
- Sistem demokrasi perlu dihidupkan
- Amalan menang tanpa bertanding , tidak berani cabar presiden ataupun orang yang mencabar mesti kalah perlu tukar
- AUKU dihapuskan
- Pelajar bebas bergiat dalam politik untuk melahirkan darah muda yang berkualiti
- Tayangan parlimen akan ditayangkan secara langsung
- Mentaliti wakil rakyat parlimen perlu diubah
- Mentaliti pembangkang ialah musuh kerajaan perlu tukar ( sama-sama rakan seperjuangan berjuang untuk rakyat )
- Jawatan Perdana Menteri dibenarkan kepada mana-mana bangsa yang layak
- Kementerian penting dalam kerajaan seperti Pendidikan , Pertahanan , Kewangan dan sebagainya dibenarkan untuk pelbagai kaum
- Penubuhan IPCMC dibenarkan
- Kebebasan berhimpun , media dan bersuara akan diberi lebih ruang
- MENTALITI
- Mengubah mentaliti dunia ketiga masyarakat Malaysia
- Mentaliti kerajaan membantu orang melayu perlu berubah , cara dan pendekatan yang lebih berkesan akan diambil
- Mentaliti menjaga kebersihan
- Mentaliti menyayangi alam sekitar
- Mentaliti suka membeli barangan cetak rompak akan dihapuskan
- Mentaliti memandang rendah dan mendrikriminasi wanita dimusnnahkan
- SOSIAL
- Gejala rogol yang semakin menjadi-jadi perlu diatasi
- Masalah sosial dalam kalangan remaja perlu ditangani
- Masalah keruntuhan institusi kekeluargaan perlu diselesaikan
- Dadah mesti dihapuskan sehingga ke akar umbi
- Hukuman lebih tinggi dikenakan ke atas penjenayah
- Sikap tidak menjaga kebersihan dan membuang sampah perlu diatasi
- Sikap tidak mengotorkan tandas perlu dilakukan
- Kesedaran tentang Vandalismen perlu diutamakan
- Menghapuskan mentaliti perkauman
- Martabat dan Maruah Wanita akan diperjuangkan
- Sistem Perundangan
- Bebas daripada campur tangan politik
- Penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Mahkamah
- Jawatan ketua peguam negara dibuka kepada pelbagai kaum
- Menjelaskan peranan dan kuasa Mahkamah Syariah dengan lebih terperinci
- Mengheret semua individu yang terlibat dalam rasuah ke mahkamah
- Hukaman yang lebih berat terutama lebih banyak rotan kepada pembunuh dan perogol
- SUKAN
- Memastikan masa depan ahli sukan negara terjamin
- Memastikan pasukan bola sepak negara berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia satu hari nanti
- Memperkembang permainan catur dan menubuhkan sekolah catur
- Mengupah jurulatih berkualiti untuk setiap permainan sukan
- Memastikan masa depan ahli sukan negara terjamin
- Melatih ahli sukan semasa kecil lagi
- Memastikan Malaysia menunjukkan peningkatan dalam semua jenis sukan
- Lebih banyak sekolah sukan khas akan ditubuhkan
- HIBURAN
- Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada industri hiburan negara
- Memperkembang industri muzik dan perfileman
- Membatalkan segala sekatan yang akan membantut perkembangan industri hiburan diberi kebebasan secara terkawal
- Melahirkan bollywood dan hollywood tersendiri di Malaysia , mungkin Mollywood
- Menghapuskan cetak rompak
- SAINS DAN TEKNOLOGI
- Melahirkan lebih banyak saintis negara
- Menggalakan kajian dan penyelidikan
- Projek kesedaran dan penggunaan IT di seluruh negara , lebih-lebih lagi di setiap kampung
- Melahirkan masyarakat celik IT
- Akan ada lebih banyak tambahan dari semasa ke semasa
- Fakulti Sains dan Teknologi perlu dipertingkat taraf dan kualiti

